Monday, August 15, 2011

Ramadhan Antara Dua Kehidupan


Cantik
baris lurus manusia
yang menghimpunkan hati-hati para pemburu
tiada senjata perjuangan
namun geraknya lebih berat
dari kehidupan di medan perang


Wahai mu'min
jangan ampuh disentak nafsu
jangan angkuh dibelai nafsu
teguh jangan runtuh
sabar jangan melatah
kerana perjuanganmu mulia
tahan sakit perit hati yang membengkak


Mereka juga memburu
tidak sakit
tidak susah
tidak payah
tapi mereka berbeza
buruan mereka nyata
buruan kau maya


Sesak-sesak
tersekat di lautan manusia
Himpit-himpit
gugur iman di sungai berdosa
sakit bukan kepalang
panah yang menjunam
tepat terpaku di mata hitam
puas ketawa nafsu
kerana dimalam mulia
terhibur dengan pusat-pusat manusia
yang menggiurkan


Menjerit iman kepanasan
tiada siapa peduli
tawar-menawar murah
lagi murah harga diri
mereka yang tergadai
di ruang legar itu
entah mereka ingat atau tidak
syahadah yang dilafaz
apatah lagi ingin menjadi pemburu
lailatulqadar


Kau dan mereka sama
syahadah tidak pernah berbeza
namun perjuangan tidak serupa
tangis kau tak sama dengan ketawa mereka
benar dua kehidupan berbeza


Nun jauh di hujung dunia
larilah engkau mencari medan tafakkur
andai ia bisa
mencontohi ashabulkahfi.


nukilan
naim fital ( Isnin 6.9.2010 )
(salam perjuangan buat pemburu-pemburu lailatulqadar )




p/s ; sajak ni aku nukilkan last year 6.9.2010 khas utk rakan2 seIslam sekalian.





2 comments:

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

moga-moga kte dpt la malam lailatul qadar tu ye...

akULah said...

insyaAllah......aminnnn..
weh ramadhan kt uitm x hebat mcm kt kisas...kt uia msti ok kan..haha..(xtau laa ko oK ke x) hek3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...