Sunday, October 30, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Melaka - Ustaz You Tube

Hye
Assalamualaikum

Okeyh Meh Ana Nak Share Siket
*cehh ana terussss~ hahaha

Semalam alhamdulillah berpeluang dgr ceramah
Al-fadhil Ustaz You Tube ni.
HAHAHA

Mungkin ramai lagi yang x kenal
Siapakah Hamba Allah ni kan?
Xpe ary ni nak kasi kenal

Ustaz Azhar memang sgt terkenal di seluruh negara
beliau merupakan bekas Mufti Negeri Perlis
Usaha dakwah beliau sgt cepat tersebar
keseluruh pelosok negara mahupun dunia
sebab kebijakan beliau menggunakan
kemudahan IT yang serba canggih ni
setiap ceramah beliau suree masuk You Tube
sebab tu beliau digelar Ustaz You Tube :)

Harap maklum kawan2 :)

JOM IKUT SIKET WACANA ILMU
  • Pakai Cincin mesti jari kelingking dan jari manis sahaja.Haram pakai di jari telunjuk dan jari tengah.
  • Susu wanita adalah milik suami. Dalam Islam suami digelar Tuan Punya Susu kalau isteri sudah bersalin. Jadi, kalau si isteri hendak menyusukan seorang bayi yang selain daripada anak kandung, wajib meminta izin suami. Walaupun hendak memberi kepada anak saudara sendiri, isteri wajib meminta izin suami.
  • Hukum jual susu badan di internet adalah haram kerana dibimbangi akan mewujudkan perkahwinan sesama adik beradik susuan pada masa akan datang.
  • Melepaskan ikatan rambut ketika bersolat adalah sunat dan bukanlah wajib.
  • MakeUp sejurus selepas wuduk sedikit pun tidak membatalkan wuduk.
  • Orang yang meninggalkan solat, adalah jenayah besar dalam Islam kerana keempat-empat Mazhab meletakkan hukuman Pancung terhadap mereka yang tidak bersolat. Meninggalkan solat adalah lebih besar dosanya berbanding Zina dan mencuri.
  • Menjaga anak perempuan, isteri dan keluarga adalah Wajib dalam Islam dan perlu diutamakan berbanding menambah perkara2 sunat, tetapi perkara2 wajib diabaikan.
  • Wanita di dunia ini tidak akan sama sekali menjadi bidadari di syurga kelak tetapi akan menjadi wanita2 syurga yang darjatnya lebih tinggi daripada bidadari syurga.
  • Sesuatu Perlawananm ( Futsal Misalnya ) dikira judi sekiranya setiap Pasukan yang ingin bertanding dikehendaki membuat bayaran.
Sebagai Contoh : Setiap Pasukan membayar RM 100.
Hasil kutipan semua bayaran,perlawanan memperoleh RM 10000
Kutipan bayaran tadi digunakan untuk membeli hadiah dan dijadikan sebagai habuan sekiranya memenangi pertandingan tersebut.
Jadi hukum perlawanan ini adalah HARAM kerana ianya adalah satu bentuk pertaruhan yang SAMA seperti JUDI.
  • Oleh itu perlawanan dikira HALAL sekiranya duit kutipan bayaran tadi digunakan untuk kegunaan lain seperti membeli jersy, ataupun kelengkapan2 permainan. Dan sedikit pun tidak digunakan sebagai Hadiah mahupun Ganjaran pemenang. Wang untuk dijadikan hadiah kepada pemenang haruslah dari sumber lain seperti mendapat sPonsor daripada pihak lain.  
Maaf sebab xpat nak kongsi semua.
Jadi kawan2 sekalian kalau free2 bolehlah dengar ceramah beliau di You Tube


Dgn Yassir Attiqurrahman.
Muka aku lesu je sebab penat jaga parking semalam.haha


Segala Yang Baik Jadikan Panduan
-aku sama je mcm korg-
 Xsalah tuntut ilmu sementara berpeluang :)


~~Angkat kAki Cabut Lari ~~
*jangan kejar 

5 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas khidmat tuan menjaga parking yang telah melancarkan segala urusan kuliah...

adibah aziz said...

subhanAllah . untungnya

waasil said...

untungla...

hamba-Dia said...

ralat tu,
bekas mufti Perlis ?
bukan dr.MAZA ker?

Naim said...

humm..sebelum Dr. Maza, kalau ikut sumber2 yg pernah dgr.. UAI ni bekas mufti perlis.. Allahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...