Monday, October 31, 2011

Puisi aku dalam Malaysia Book of Record :)



Berdiri di Penjuru Perjalanan
(khas buat belia harapan Negara, 21.10.2011)

Berdiri di penjuru perjalanan
Melihat ragam manusia yang bertaburan
Menjinjing saki baki kehidupan
Di pesta muda mudi malam hari
Di corong jalanan sepi kala sunyi
Di sudut simpang maut menunggu mati
Masih dijajah minda anak bangsa

Berdiri di penjuru perjalanan
Kunukilkan kata-kata semangat
Agar ada yang bisa sedar
Luka yang lama masih berdarah
Parut sang penjajah masih berbekas
Semakin sakit anak bangsa,remaja dan belia

Berdiri di penjuru perjalanan
Menyelak kembali sejarah perjuangan
Menentang kezaliman, penindasan dan penjajahan
Perit getir mencapai sebuah kemerdekaan
Berbekalkan kecekalan dan keazaman
Bangsaku bangkit bersatu atas nama Tanah Melayu
Tanpa mengira bangsa, warna kulit dan corak kehidupan
Membentuk suatu rumpun bangsa yang disegani dan dihormati
Bangsaku mahsyur di bawah panji-panji Raja Melayu
Daulat Tuanku.

Berdiri di penjuru perjalanan
Semakin deras luka yang lama mengalir
Kerana bangsaku sudah terleka
Tenggelam dalam kemajuan
Bertelanjang dalam berpakaian
Bersatu atas dasar hiburan
Berjuang mencari kedudukan
Berpecah dalam perpaduan
Berlagak seperti tuan
Tapi malang minda seperti haiwan

Berdiri di penjuru perjalanan
Menarik nafas panjang
Menanti saat diri dijemput Tuhan
Aku masih menanti sebuah perpaduan yang hakiki
Bersatu atas satu nama yang digeruni
Membentuk sebuah bangsa beridentiti
Membina transformasi yang dihormati
Agar bumi berdaulat ini terus subur
Dengan benih-benih berkualiti
Dibawah takluk pemimpin yang disegani
Semoga bangsaku mahsyur
Dibawah Satu Nama, Satu Bangsa dan Satu Malaysia.

Nukilan,
(Muhammad Naim bin Fital)
UiTm Shah Alam, Fakulti Undang-undang.





Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011,Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan anjuran bersama Pusat Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Insan (PTKPI) Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan ASWARA dengan kerjasama Malaysia Book of Record akan mengadakan Program Maraton Pembudayaan Puisi 1Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh    : 27 Oktober 2011
Masa     : 1.30 petang
Tempat  : Dewan Kapitol, Kangar

Seminggu sebelum Marathon ni dilancarkan aku baru dapat tahu berita ni.So,memandangkan marathon ni lebih bertema 1 Malaysia.Aku pun dengan ringan tangan memerah kepala otak aku untuk buat satu lagi karya puisi aku

Okeyh Satu lagi perkara yang paling menyeronokkan adalah Puisi Berdiri Di Penjuru Perjalanan Karya Naim Fital telah dideklamasikan semasa Marathon Pembudayaan Puisi Satu Malaysia. Alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah. :)


4 comments:

farah nadia said...

wahh...congrats..x sgka ko ni puitis sungguh..haha

akULah said...

hahaha..ewah..x caya la tuh..nampak je ganas ni..dalam puitis meyh...hahah!

budak_kolej said...

teruskan usaha..

moga terus istiqamah..
salam bumiwaqafan..

akULah said...

insyaAllah...syukran ya ukhti..
"fastaqim kama umirt"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...