Saturday, October 15, 2011

Kita Umpama Buih2 Di Lautan




Sejenak aku duduk kt depan rumah
Tgk langit cerah je kan
Angin pun sedap2 jee beralun

orang kata angin sepoi2 bahasa

*biasalah aku kalau duk sorg mmg suke termenung

Lama aku duduk
tiba2 terpikir
indahnya dunia ni
tapi lagi indah kalau xde kerosakan

haissshhhhhh....

*dulu masa mula2 manusia nk diciptakan, para malaikat sume x setuju ! malaikat2 ni kata kat Allah taala, adakah kau ingin jadikan manusia2 ni sebagai perosak kt muka bumi?

Jauh aku pk.
makin jauh pk, makin takut nk berdepan dgn kenyataan
aku lah hamba Allah yang byk buat kerosakan kt muka bumi ni

Lemahnya insan bernama manusia
mudah lupa pada nikmat Allah taala

*teringat peristiwa kaum bani israel yang x pernah bersyukur bila dapat nikmat Allah taala sampai Allah murka kat diorg ni. Apa yang x cukup kt kaum ni? Kaum ni la kaum yang paling byk nabi dan utusan yang Allah hantar.

*org munafik tu bila diberikan nikmat dia cinta pada Islam, bila diberi sedikt kesusahan dan ujian die jauh dari Islam

Makin jauh aku pk makin sayu hati ni
( la tahzan ya akhi )



*semakin kita bersyukur semakin byk nimat yang Allah bagi,
kalau kita kufur maka Allah taala tambahkan azab utk kita

manusia mana yang x nak pada kebaikan
sume org nak kan kebaikan

*hidayah milik Allah

Tapi kita kena berusaha.
dulu2 masa aku join2 tabligh aku selalu ingat kata2 ni



*manusia akhir zaman ni ramai, tapi umpama buih2 di lautan.
Buih kalau sampai ke pantai die musnah. Dia x kuat. Macam tu la manusia akhir zaman yang lemah.

Ada satu hadis yang sgt memberi inspirasi kat aku

*Islam itu bermula dgn dagang ( asing ) dan akan kembali dagang (asing) maka beruntunglah orang2 yang asing.

Satu lagi kata2 yang menjadi kekuatan aku


*walaupun kita x mampu memimpin dunia dan masyarakat, cukuplah kita mampu memimpin diri sendiri dan keluarga.

InsyaAllah.

*perubahan tidak berlaku dalam sehari mahupun suatu tempoh yang manusia rancang, tapi perubahan akan sentiasa berlaku sepanjang hari dalam hidup kita

*walaupun aku bukan org  yang baik mcm sahabat aku yang lain, tapi aku tahu siapa diri aku,hamba yang sgt kerdil. 

*Utk para pembaca,janganlah kita berasa riak dgn amalan kebaikan kita hari ini,jangan sesekali rasa lebih bagus dari org lain, kerana Allah taala Maha Mengetahui kebaikan seseorang.



*kekuatan tidak dibentuk dengan ilmu semata-mata,
pengalaman mengajar kita mengenal kebesaran Allah yang Esa.


*"Sebenar-benar keimanan itu akan dapat dirasai sesudah zaman kejahilan" Saidina Umar


*Menangis kerana mengenangkan dan menginsafi dosa2 yang kita lakukan adalah lebih baik daripada amalan kebaikan yang membuat kita bertambah riak pada dan takbur.


Semoga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...