Sunday, November 27, 2011

Melayu Bajet Kaya.Meluat Sungguh !

Hye
Assalamualaikum


Aku jumpa sorang makcik ni
Masa melawat sorang pakcik yg sakit tenat
Sekitar 50 an umur makcik ni
Yeee aku hormat die sebagai orang tua
Hormat die sebab aku pangkat anak2 je dgn die
Ya Allah panasnya hati bila die start bercakap

Orang Melayu kalau bajet kaya memang macam ni

Kalah Mak Datin !

Cerita bagai nak rak
Aku p sana aku p sini
aku beli tu aku beli ni
Mahal laaa standart laaa

Padahal kerja ape jeee
so x yah la nak bangga diri.

MakCik ni time2 orang tgh sakit tenat
Die sebuk cerita pasal melancong
Dia pergi Bandung la..pergi Langkawi la..
Lepas tu siap cerita, da boring naek Air Asia
Lepas ni nak pergi Sabah nak naik MAS pulak !!

Then cerita pulak tu Ade orang ajak die pergi Paris la, Mesir la.
Semata mata nak berjalan sajeee sajee.

Wehhhh!! 
Meluat tau x aku dengar 

Rasa nak sembur je makcik ni depan2 la
Tapi xpe..mungkin die megah sangat dengan duit dunia ni

Lepas tu siap boleh cerita yang die x pergi Mekah lagi

Perghhh!!

Memang aku x paham dengan org2 mcm ni.
Duit banyak2 tu, memang untuk berjOLI je kan..
Dia cakap yang suami die mcm da fade up dgn die
Laki die banyak kali tegor die asyik2 kuar umah je.
Suami die suro pergi umrah lagi baik daripada g jalan2.
Sampai suami die cakap, die x yah balik umah lagi bagus.

Tapi diee degil jugak!

Lepas tu dia nak komplen anak2 die degil pulak.
Xgeti dengar cakap die.

See??

Kalau dahh diri sendiri x boleh nak dengar cakap suami
X boleh nak tunjukkan akhlak yang baik depan anak2
So, jangan lah nak salahkan anak2

Aku x paham betul. Sangat2 meluat bile die bercerita tuh.

Memang betul kata sorang akak ni kt aku.

"Akak ni kerja Pramugari da lama dah dek..akak paling menyampah orang Melayu ni kalau naik kapal terbang, mesti nak bajet kaya, bajet hot mcm datin2..nak marah2 orang x tentu pasal..nak arah2 orang suka hati kepala die je..padahal naik Air Asia je..kalau kaya sangat naik la MAS..kalau orang2 cina ke..orang Jepun ke..xde pun belagak mcm ni "

So, Moral of The Story


Xpayah lahh nak berbangga dan menjaja nama sendiri depan orang ramai.Sedar2 lah diri kita ni siket.

Kadang2 kita x perasan, apa yang kita cakap ni buat banyak pihak meluat.So, berpada padalah dengan apa yang kita cakapkan.

Kalau ada harta bertimbun-timbun, paham2 lah gunakan pada jalan yang betul.

Kalau da tahu diri dah tua, bawak2 lah berubah dan sedar diri.

Kalau ada yang terasa harap berubah ye tuan puan :)

TANX




Saturday, November 26, 2011

Ohh Duet Scholar :)



Masih Menanti Dan Terus Menanti

Duet Scholar bila mahu masukkk ??

Terasa dompet semakin kempis
Yang tinggal banyak card daripada duet

Nak cucuk duet kat bank pun maluu
Segan silu tahu ?

HAHAHA

Aku memang macam ni
Xsuke mintak-mintak duet laa
Padahal agak sempit gak skang ni
Boleh ar nak makan2 tu cukup la lagii

Bila Mak Ayah aku tanya

Ada duet x ?? Cukup x?

Jawapan simple aku :
Eh adaa lagi mak..abah..jangan la risau..cukup je duet ni..

HEHEHHEHE

Cepatlah masuk duet scholar weiii
Nak beli buku banyak ni
Nak beli hp baru
Nak beli baju
Nak beli kasut
Nak beli tu
Nak beli ni

KahKahKahKah


Eishhh~ Mata Semakin Rambang

HeHeHeHe

Dah ku usha2 dahh barang ape nak beli nanti

( @ __ @ )


SUNWAY - MID VALLEY 

SIAP SEDIA UNTUK DITERJAH


HeHeHe
Pergi Beli Ikan Sekor !!

TANX


Thursday, November 24, 2011

Contest Blog Simple But Awesome :)

Hye
Assalamualaikum

Blog Simple But Awesome!
Aww aww :)

HAHAHAHA

I Was Tag By Mira Moshi's Sister

TANX SHASHA

( ^ ___ ^ )


Dengan Rela Hatinya Saya Join Contest Ni

Nurul Hanani Saya Nak Menang Okeyh

Nanti Saya Belanja Awak Cornetto! 

HaHaHa

Okeyh Semua Bloggers Yang Rasa Blog Dia Simple But Awesome

Sila Join Contest Ni K ?

RULES

A Malaysia Blogger
Of course la kena ada blog
Follow blog Nurul Hanani ( X wajib k )
Buat Satu Entry ( 10 pun xpe ) haha. Then letak banner contest tu sekali.
Tag rakan blogger ( X wajib )
Paste link entry anda di tapak komen entry Nurul Hanani

CleaR kan?

Senang je nak join contest ni, click banner tu.
Then, follow the procedure yaa :)

TANX


Wednesday, November 23, 2011

Cerita Sem 2 - Aku di UiTM


Apa Khabar Semua Reader Stalkers and Bloggers?

HAHA.Seriuss gilee wajahkuu 

Lama x bersua kat sini
Hati da berkecamuk nak update new entry
Baru 4 Hari x dapat belai blog aku ni
da rasa x sedap badan..mcm nak amik panadol
dah la hP pun teringgal kt umah
waduh waduh waduh makin pusing kepala ini

KAH KAH KAH

*hyperbola je lebih tuu

Soryy la sebab dekat kolej sekarang susah nak dapat wifi. Wifi da leceh, kene register bagai. So, thats why lah aku x dpt nk guna internet sangat kat uitm ni. Sekarang ni pun aku hack password sorang mamat kt kolej ni. HEHEHE. Dapat gak on internet.

Nak cerita2 ni pasal permulaan sem baru ni. Setakat ni alhamdulillah, aku rasa aku da semakin matang sekarang. HAHAHA. Okeyh, serius ni ! Kalau first sem dulu, nak pergi kelas pun malas.. selalu terlewat siket datang kelas.(siket je ok) Sekarang ni 10 ke 15 minit sebelum kelas mula insyaAllah aku da sampai kt kelas. FuiyoOo. Bagus kan? kan? kan?

Kalau first sem dulu, nak turun surau pun liat, nak solat kt bilik je rasa.. tapi alhamdulillah sekarang ni dengar azan je siap2 g surau. Azam baru, xnk tggal surau insyaAllah. Luckily ada kawan2 yang baik kat sini. Terasa gak suasana yang menggalakkan untuk jadi lebih baik dan matang.huuhuuhu.

Kalau dulu, nak puasa sunat tu pun susah. Tapi insyaAllah sem kali ni, aku nak cuba puasa sunat setiap minggu. Kalau larat laa. Kalau x larat x pe la. hehe. Isnin lepas hari pertama sem, and alhamdulillah aku dah mula puasa. Moga2 permulaan sem yang baik akan terus hingga ke akhirnya. :)

Kalau first sem dulu, banyak habiskan masa dengan game and facebook tapi insyaAllah sekarang ni da kurang da benda2 ni semua. Sebelum kelas esok start, malam tu aku da revise dulu da apa2 yang patut. Xde la nak nak men2 game sgt. :)

Kalau dulu suke
buang masa tido lambat2 sebab borak2, on9 bagai tapi sekarang ni tdo awal da. Nanti esok pagi nak bangun subuh pun senang. Xde la liat semacama je. Then,pergi kelas pun x mengantuk. Kalau x memeyhh muka kat meja la macam first sem dulu. HAHA!

Sekarang ni agak bosan jugak sebab lecturer selalu xde. Aku pun naik fade up gak kadang2 tuh. Macam semalam ade 4 kelas, tapi satu je lecturer yang datang.So, satu kelas je la yang ada. Memang rasa mcm x patut datang langsung je. Baik tdo kat bilik kan. Tapi x pe la, maybe lecturer x dpt jadual lagi kot. Bersangka baik lahh.huhuhu.

Erm, baru je 4 hari kat sini, seminggu pun x lepas lagi..So, x yah nak gebangg sangat lah kan aku ni. HAHAHA. Apa2 pun, doakan aku jadi manusia yang berguna okeyh? Doakan aku dipermudahkan segala urusan belajar dan sebagainya. Sekarang ni, aku kene betul2 serius. X boleh daa nak hUhA HuHa Sangat macam first sem dulu. Sebab ni last sem aku untuk foundation. Genting pakkk genting sekarang ni. Bulan 3 next year da final exam tau. Sekejap je kan.

CUAKKK TUh!!

Okeyh Blogger Tersayang
Nanti aku cerita2 lagi okeyh pape yang patut.

TANX SUDI BACA

NAH AMIK SATU SENYUMAN IKHLAS

( ^ ______ ^ )

hUhU..cHoww..



Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya vS Garuda Di Pentas Final Sukan Sea

Hye
Assalamualaikum

MALAYSIA VS INDONESIA
FINAL SUKAN SEA KE-26 2011



Tahniah Kepada Skuad Malaysia dan Indonesia kerana mara ke Final setelah Malaysia menang 1-0 ke atas Myanmar dan Indonesia menang 2-0 ke atas Vietnam semalam.

HANGAT

Sekali lagi Stadium Gelora Bung Karno akan dibanjiri ratusan ribu rakyat Indonesia yang pastinya akan memberi sokongan padu kepada Skuad Garuda setelah mereka tewas di tangan Malaysia pada perlawanan yang lalu. Selaku tuan rumah yang penuh dengan kontroversi sudah tentu Indonesia mengingikan kejayaan buat negara mereka kerana kali terakhir mereka merangkul Emas acara ni pada tahun 1991.

Malaysia pula selaku Juara Bertahan pastinya ingin mempertahankan Pingat Emas yang diminangi pada Sukan Sea yang lalu di Loas. Sekaligus mengulangi sejarah Piala AFF Suzuki yang lepas kerana Malaysia berjaya menumpaskan Skuad Garuda di Stadium Bungkarno. Harapan dan amanah yang besar digalas oleh setiap ahli pasukan Malaysia pada perlawanan akhir nanti.

JADI JANGAN LEPASKAN PERLAWANAN AKHIR INI

PERLAWANAN YANG PASTINYA AKAN LEBIH GAMAT


PENUH DENGAN PROVOKASI DAN KONTROVERSI

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEJAYAAN NEGARA KITA

SEMOGA HARIMAU MALAYA TERUS DIGERUNI

AUMMMMMMMM!!!

Saturday, November 19, 2011

3rd Giveaway by Yana :)

Hye
Assalamualaikum

I WAS TAG BY MIRA MOSHI :)



Untuk Blogger2 Yang Suka Mahupun Kemaruk Join Giveaway

Silalah Join Giveaway Ni k :)

Yang X pernah try macam aku ni pun boleh jugak suka2 nak join.

HAHAHAHA

Geli2 je kan !!

OKEYH THIS THE RULES

Buat Entry Bertajuk 3rd Giveaway by Yana
Letak banner di atas dan linkkan ke entry/ blog Yana
Tag 3 orang rakan
Tinggalkan link entry di comment entry yana k :)
Bantu VOTE Yana kat sini ( CLICK )

Tarik Tamat 20/12/2011

NAH AMIK MANGSA TAG SETERUSNYA


Ok Done and Sorry Mangsa2 :)

HEHEHE

Selamat Mencuba 

( ^ ____ ^ )


Edisi Khas : Berakhirnya Zaman Sekolah

Hye
Assalamualaikum


Sempena Berakhirnya Zaman Sekolah Yang Sudah Setahun Jagung
Aku terpanggil untuk membuat entry khas bagi mengenang jasa sekolah-sekolah yang pernah menjadi tempat aku menuntut ilmu.



Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bachang Melaka dari tahun 2000-2005. Prestasi yang membanggakan pada setiap peperiksaan meletakkan aku sebagai pelajar cemerlang sekolah pada masa tu.(huhuhu). Kecemerlangan terus terukir dengan mendapat pelbagai anugerah dalam akademik mahupun bidang sukan. 


Walaubagaimanapun, aku gagal mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR kerana terlalu obses dengan Olahraga sehingga ke peringkat kebangsaan dan aku x hadir ke sekolah sehingga sebulan lebih. Tapi alhamdulillah dapat jugak 4A 1B.hehehe. Achievement : Ketua Pengawas, Olahragawan, Pengerusi PBSM dan Atlit MSSM Negeri Melaka.




Seterusnya aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution sebuah sekolah ternama di Kuala Lumpur beserta biasiswa sukan RM 600 sebulan. Tapi, abang2 dan mak ayah x setuju untuk aku pergi ke Victoria Institution atas faktor2 tertentu. Then dengan  berat hati aku pilih SMKA Sultan Muhammad sebagai tempat untuk aku menimba segala ilmu sepanjang sekolah menengah. Aku memang xnak masuk sini sebab x berani amik Arab. Apa2 pun segala usaha yang aku lakukan untuk mencipta nama di sini akhirnya terbalas dengan Keputusan PMR 9A !! HUHU!! Kemudian atas tiket PMR aku mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, salah sebuah kolej yang menjadi idaman aku pada satu masa dahulu. Alhamdulillah impian dan doa aku dimakbulkan. Aku meninggalkan bumi sultan yang tersayang dengan sejarah tersendiri sebagai Pengawas Sekolah, Pengerusi Kelab Olahraga, Pengerusi Kelab Bahasa Arab, Pengerusi Rumah Sukan, dan Atlit MSSM Melaka.




Kolej Islam Sultan Alam Shah. Dua tahun berada kat sini benar2 mengajar aku erti kehidupan sebenar. Terlalu banyak perkara yang mengajar aku erti kedewasaan dan kat sini daya kepimpinan aku diasah seperti pedang. Sungguh, Kolej ini adalah sekolah menengah terbaik yang pernah ada di Malaysia. X mungkin ada gantinya kerana aku sangat kagum dengan kepimpinan pelajar2 kat sini beserta kemampuan mereka berhujah dalam hal2 agama dan kecemerlangan dalam bidang akademik. Jadi x hairanlah setiap tahun Kolej Islam berjaya meletakkan nama sebagai 5 sekolah terbaik SPM dan sudah beberapa kali menjadi No Satu di Malaysia. Namun, aku gagal menempah kejayaan yang sama seperti kawan2 aku yang lain. 114 orang dapat 11A dalam SPM masa batch aku. Tahniah semua, dan aku bersyukur dengan keputusan 7A 3B+ 1B. Mungkin aku gagal menguruskan masa dengan baik kerana aku terpaksa bertarung dengan kecederaan yang aku alami. Pergi sekolah dengan tongkat. Dan banyak cabaran lain. Apa2 pun aku tetap berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dariapa KISASIANs. Achievement :Prefect, Captain House Omar, dan Atlit Rugby SBP'10.

Sekarang Zaman Sekolah dah pun berakhir. Yang tinggal hanya kenangan yang begitu berharga dan x dapat dijual beli. Masa silam adalah guru terbaik untuk kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam menghadapi hari2 muka. Aku bersyukur kerana Allah telah memberikan segala yang terbaik untuk diri aku. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun aku terkilan dengan keputusan SPM aku tapi aku perlu teruskan kehidupan dengan lebih yakin. InsyaAllah akan ada kejayaan yang lebih berharga pada masa akan datang. Doakan aku jadi orang yang berguna dunia akhirat :)


( ^ _____ ^ )

TANX SUDI BACA
* esok nak balik uitm daaa....

Friday, November 18, 2011

Harimau Malaya Dibawa Pulang Guna Kereta Kebal Barrracuda


GEMPAK !!

HARIMAU MALAYA DIBAWA PULANG GUNA BARRACUDA

Sudah Sedia Menunggu Sebelum Perlawanan Bermula
Barracuda yang digunakan semalam untuk melindungi Harimau Malaya



Terima kasih kepada Pasukan Keselamatan Indonesia dan Bapak-bapak Polisi kerana memberikan kawalan keselamatan yang rapi buat Skuad Harimau Malaya dan kakitangan bola sepak Malaysia. Pasukan Malaysia dibawa pulang ke hotel menggunakan Kereta Kebal Barracuda sejurus keluar dari Stadium semalam.

Lihatlah betapa dahsyatnya ketemadunan rakyat di sana sehingga Pasukan Keselamatan Indonesia sendiri perlu memberikan kawalan keselamatan yang sebegini rupa kerana bimbang dengan sikap rakyat  Indonesia yang akan melakukan sebarang ancaman dan kecederaan kepada Skuad Harimau Malaya. Perkara ini amatlah memalukan.

Apa2 pun Malaysia tetap unggul sebagai Pasukan Bola Sepak Terbaik Asia Tenggara dan terbukti Malaysia tidak gugup berlawan di hadapan ratusan ribu rakyat Indonesia semalam.

Stadium Gelora Bung Karno bakal menjadi saksi kejayaan Malaysia meraih pingat Emas sekali lagi.


Terus Maju Harimau Malaya.


MUET + Shopping + Balik UiTM :)

Hye
Assalamualaikum

Selamat Pagi Kawan2 Blogger Tersayang
Pagi-pagi ni ceriakan lah hidup anda semua dengan ekspresi wajah yang menghiburkan hati.hehehhee

IKUT SAYA BUAT MACAM NI



KAH KAH KAH

DEAR READERS

Saya ada 2 hari stgh je lagi kat umah. Ahad depan da balik Shah Alam. Isnin depan da mula kelas. Waahhh x sabarnya rasa mulakan Sem baru kat Uitm tuh. Yang paling penting RM2000 bakal masuk. 

OUPSSS ~ hehehe

Yelaaahh mestilaa suka kan. Duet tu.sapa xnak kan. Yeah saya ada satu Sem je lagi nak habiskan Foundation ni. Result first sem x berapa ok.Nampkanya bayangan United Kingdom da semakin kabur. Waahhh~ sdihnyaa !! Arghh..x boleh give up. Yang paling penting, saya betul2 usaha nak dapatkan yang terbaik. Doakan sy ok! :)

Esok MUET test. Wahhhhh! Takot tuh. X ready ape2 lagi. Hari2 blogging je kan. X study pun lagi. Xpe lepas sy post entry ni,sampai tgh malam sy study. ( hahahaa poYoo ) Apa2 pun saya merayu pada semua bloggers tolong doakan saya dapat band 4 ok? Atleast band 4 sebab ni requirement utk teruskan Law. Memang tinggi kan. Tolong doakan okeyh. Saya memang betul2 nak kan band 4 ni.

Ahad dah nak balik. Barang satu apa pun x beli agy tau. Eishhhhh~ duk layan blog and Tengok Sukan Sea je kat umah. Nak pergi beli barang pun malas daa. Okeyh esok lepas abes MUET saya nak pergi shoPping! Sapa nak ikut?? Cepat btau saya. Nanti saya bawak jalan sekali dengan kereta Ferrari saya k ? huhu.Saya xde teman ni nak pegi beli barang. Awek pun xde. Sob Sob Sob :(

Berat badan pun da semakin naik masa cuti ni. Cuti sebulan lebih saya x manfaatkan dengan betol. Xpe la. asalkan hidup bahagia kan. Seronok betul dapat blogging 20 jam sehari

HEHEHE.

Nanti da naik sem x dapat la lagi nak update daily. Xde la jadi updater tegaq lagi da..Eish..Xpe kalau ada masa sy update pape yang patut k. Mane boleh tggal kekasih hati ni. HEHEHE :)

Okeyh readers, stalkers, and bloggers. Saya nak study dulu k. Nanti malam2 siket saya usha blog ni. Tinggalkan komen kat sini ea!! Nanti saya jejak awak semua semula. Jangan lupa btau saya kalau nak teman saya shopping. HUHUHU!! :)

MALAYSIA MENANG WEEII SEMALAM

BANGGA CEKK NAA

( ^ ______ ^ )

TANX

Thursday, November 17, 2011

Harimau Malaya Membaham Garuda 1-0 !!

Hye
Assalamualaikum



TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

1-0

CUKUP BUAT GARUDA PATAH SAYAPNYA


Nampaknya  Malaysia Beraksi Garang Mengganyang Indonesia

KIH KIH KIH

100 ribu penonton Indonesia terdiam

Aku suke Tu.Aku Suke. Yeahhh!

Sungguh x percaya di separuh masa pertama

Harimau Malaya menyumbat masuk Satu Gol utk Malaysia

Provokasi yang tinggi daripada Indonesia menyebabkan

Jurulatih kebangsaan Ong Kim Swee dihalau oleh Pengadil Kebangsaan daripada bangku simpanan.

Owhh Pengadil!!

Aku pun x paham ape yang kau buat.

Apa Dah  Jadi Dengan Izzaq Fariz ??

Berpuluh goal kau bazirkan. Terima hakikat kau malas kejar bola. Yeaa kau malas ! Aku sakit jantung tengok kau depan gawang.

Aku rasa Hairudin Omar diperlukan untuk ajar Izzaq Fariz tanduk bola!


HAHAHA

All The Best Harimau Malaya

Semoga Gold Medal Milik Kita !

Pemain Single Badminton Malaysia Pulang Tanpa Pingat

Hye 
Assalamualaikum

APA SUDAH JADI NI BAM? 



JAWAB JANGAN X JAWAB

Kita Ketandusan Pelapis?

Sukan Sea Ke-26 merupakan tahun ketandusan pingat buat pemain2 badminton Malaysia kerana sehingga hari ini tiada sebarang kutipan pingat yang dibuat oleh pemain2 Malaysia. Apa2 pun, sekalung tahniah ke atas pemain2 pelapis Malaysia atas usaha keras anda. Kita tidak menghantar pemain2 seniour negara kita ke Sukan Sea, dan  BAM memilih untuk menghantar pemain2 baru sebagai pendedahan buat mereka. Indonesia pula bertindak "kecut" kerana menyenaraikan Taufiq Hidayat sebagai pemain single mereka di Sukan Sea ini.

Tahniah atas keberanian BAM kerana mendedahkan pemain2 muda kita di peringkat Antarabangsa. Semoga BAM dan MSN akan berusaha keras melatih pemain2 kita bagi meneruskan kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei.


Lee Chong Wei kat umah gelak je tengok Taufiq Hidayat bantai pemain pelapis Malaysia sambil cakap.." Apa barang maen Sukan Sea Taufiq weeeii " 

HAHAHA.

Majulah Sukan Untuk Negara !

Wednesday, November 16, 2011

It Just A Picture - Atas Kapal Perang


Dah berkurun lamanya aku x naik kapal Muzium Samudera ni
Last sekali masa sekolah rendah.
Dah dekat 10 tahun jugak

HAHAHA

Kebetulan hari tuh bawak member2 luar Melaka datang sini
So, perasaan bila naik masa da dewasa dengan kecik2 berbeza.

Walaupun kapal ni kapal Portugis tapi apa yang aku fikirkan ialah kehebatan pejuang2 bangsa Melayu masa zaman dulu

Bayangkan macam mana nak buat kapal sebesar-besar tidak ni?

Eish..mahu makan berbulan-bulan kan
Tapi kalau kita baca sejarah perang, bangsa Melayu berperang dengan 400 kapal menyerang tentera-tentera Musuh.

WOWWWW.

So, sapa kata bangsa Melayu x hebat?

Sangat2 hebat. 

Masa zaman tu Portugis da maju.
So, x heranlah kalau Portugis mampu cipta kapal dengan lebih canggih

Kalau ada masa datanglah melawat Melaka.
Belajar mencintai sejarah tanah air kita.


Da penah dtg?
Belum lagi?

Ok..datang la kalau berhajat.
aku da bosan dtg sini.

HEHEHE

( ^ _____ ^ )

TANX





Detik Mencemaskan Dari Bilik Pembedahan Hospital Putrajaya

Hye
Assalamualaikum

8 JAM BERTARUNG
2 HOSPITAL BERGABUNG
 3 PAKAR BERPADU TENAGA
BERPULUH JURURAWAT BERKERAH KERINGAT

DETIK- DETIK CEMAS YANG MENDEBARKAN...


16.11.2009
Unit Sukan dan Ortopedik Hospital Putrajaya

DEAR BLOGGERS

16.11.2011

 Hari ni genap sudah 2 tahun selepas pembedahan ini. Walaupun dah 2 tahun berlalu tapi apa yang berlaku masih segar dalam ingatan dan betul2 meninggalkan kesan untuk diri aku.

8 Jam bertarung dalam bilik pembedahan bukanlah satu tempoh masa yang pendek dalam satu2 pembedahan.Sebab kecederaan yang aku alami terlalu terok, kes pembedahan ini dikelaskan sebagai major operation yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Dengan persetujuan pakar ortopedik di Hospital Kuala Lumpur, mereka bergabung dengan Hospital Putrajaya untuk pembedahan ni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya?

Okeyh, mengikut pengesahan pakar aku mengalami ligament tear yang terok di 2 bahagian kanan lutut aku. ACL + PLC which mean bahagian depan dan sisi lutut. Ligament yang putus adalah ligament utama dan menyebab kan jumlah urat yang putus adalah 4.

Punca? Owh yea segala-galanya berpunca selepas aku libatkan diri dalam sukan Rugby. Peristiwa hitam dalam lipatan hidup aku yang xkan dan xmungkin aku lupakan. Permulaan kisah baru dalam liku-liku kehidupan aku selepas Doktor mengesahkan aku cedera seumur hidup dan aku perlukan pembedahan untuk proses membaik pulih.Tempoh yang Doktor bagi utk baik adalah 3 tahun dan sepanjang tu aku perlu melakukn physiotheraphy yang berterusan.

Tapi mase tu aku terikat dengan SPM dan macam-macam cabaran lagi yang menyebabkan aku gagal mendapatkan rawatan susulan yang baik. Condition aku untuk SPM pun x berapa baik :(

Masa mula-mula dapat tahu kecederaan aku. 
 Allah je yang tahu betapa sedihnya hati ni.
Aku x mampu teruskan minat aku dalam rugby.

Dan yang paling sedih aku x mampu lari lagi di atas trek walaupun aku bekas pelari peringkat kebangsaan. Sedihhh sgt2 la.

Kos pembedahan ni RM 20 000



Setiap Musibah Yang Menimpa Kita Adalah Satu Ujian Dari Maha Pencipta.Semakin Kuat Ujian Yang Kita Terima Itu Adalah Tanda Kasih Dari Illahi.

Allah Sedang Menguji Hambanya
Erti Sabar Dan Syukur.

Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Orang-orang Yang Bersabar dan Bersyukur.

TANX

Tuesday, November 15, 2011

Saya Kene Pukul Masa Solat

Hye
Assalamualaikum


Penah X Nampak Org Solat Tepi Jalan?
Tgh Padang ? Kaki lima? Tepi highway? Dalam stadium? Tepi pokok?

Jawab je xpernah sebab memang bukan budaya kt negara kita buat mcm tu kan. Malaysiaa kot..Bersyukur sebab negara kita banyak masjid

OKEYH BACA NI :)

Ada la dalam 2-3 hari lepas aku jalan2 kat satu tempat ni
masa tu ada event dengan kawan2 aku yang datang dari jauh
Kebetulan masa tu dah masuk maghrib..Ya Allah maghrib dah la sekejap je kan

Aku Pun Tercari cari,Mencari cari dan Menggelabahkan Diri..Maghrib dah nak abes ni
Orang tgh ramai berpusu-pusu kt tempat tuh..Surau xde...masjid pun xde...bilik2 kecik pun xde...ALAMAK!!!

Kawan2 aku semua musafir xpe la..

Aku Ni Ha Yang Kene Solat

Lepas tu aku nekad ape nak jadi pun jadi lahhh
Yang Penting Aku Sembahyang

Ade nampak satu bangunan kosong kat depan aku.

Tapi masa tu orang ramai glee laa kat situ.

Aku cepat2 amik wuduk kat satu tempat ni..
*tu pun org pandang pelik sebab kt situ penuh india mase tuh

Diorang buat sambutan penutup deepavali agaknya.

Lepas tu terpaksa la aku masuk celah2 macha,india2 yang ada kt situ sebab nak naik bangunan tu. Diorang da penuh kerumun kawasan bangunan tuh.perghhhh!


Dengan muka slamber aku redahhh diorang.

KAH KAH KAH

Aku tengok ada satu kawasan agak lapang untuk aku solat. 

Tapi tepi aku ada Camera Litar....
Xpe laa..ada gak rakaman Islamik untuk depaaa..

HEHEHEHHEE

Aku terus letak selipar aku kat tepi.
Dengan xtahu kiblat kat mana..aku ijtihad je masa tu.

Terus angkat takbir dan sembahyang

Abess orang2 kat bawah yang lalu lalang pun tengok aku solat.
Tapi xde la kene pukuL pun.
Aku saja jee tuh tambah2..hahahaha..

Uishh x terkata laa perasaan aku masa tuh.

Tapi walau ape pun,aku rasa aku dah buat benda yang sepatutnya.
X perlu malu untuk menunaikan kewajipan kita sebagai Muslim.

Silap besar lah kalau kita malu.

Kalau buat maksiat depan orang ramai x malu pulak kan.
HuhUhuHUhuHU.

Terasa x? terasa X?

Sebenarnya kalau kita ada kt Jepun, Amerika, England kan..
Orang Islam solat kat tepi2 jalan tu biasa je sebab sana x byk masjid.

So orang2 pompuan yang da siap pakai baju tebal2 tuh x yah la nak pakai telekong and stoking bagai. Sebab pakaian korang dah cukup tutup aurat. Just amik wuduk and solat la kt mana2 pun. Atas kerusi pun xpe kalau da terdesak sgt.

Abang aku dulu belajar Jepun pun selalu gak buat. Solat je kat tepi2 jalan kalau da nak abes waktu solat. Takut2 terlepas pulak kan.

Sedangkan dalam berperang pun kita wajib solat tau.
Sebenarnya kita ni boleh je solat kat mana2 yang kita nak. 

Asalkan pakaian kita tutup aurat, tempat solat bersih daripada najis, pakaian pun xde najis. So, solat je la. Ape nak segan2. Mana lah kita tahu kan, dengan usaha kita yang sedikit ni, memberi hidayah pada orang bukan Islam. Alhamdulillah, besar ganjaran pahala tuuu.



Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat. ( hadis Rasullullah)




Islam Itu Mudah Dan Syumul
Janganlah Kita Menyusahkannya

TANX DEAR READERS


( ^ ________ ^ )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...