Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah Aku Yakin Ini Yang Terbaik dariMu



Ya Allah atas apa yang telah aku usahakan
aku bersyukur atas pemberianmu ini ya Allah
benar ya Allah aku manusia hanya mampu merancang dan berusaha
hanya dengan izin dan redhamu juga yang menentukan kejayaanku

Alhamdulillah ya Allah atas nikmatmu yang tak terkira
hanya redha dan syukur menemaniku sebagai seorang muslim
aku yakin setiap yang berlaku terkandung seribu satu hikmah dariMu
sungguh keputusan ini bukanlah sebaik teman-teman yang lain
sungguh dalam hati ini telah hadir seribu satu kekesalan
sungguh terdetik hati ini ingin menjerit kekecewaan
tapi ya Allah aku yakin disebalik pemberianmu 
terdapat seribu satu kebaikan

Ya Allah aku yakin ini yang terbaik darimu
syukur ya Allah kerana kau sedang mndidik aku erti mujahadah
syukur ya Allah kerana kau sedang mengajar aku erti kesabaran
syukur ya Allah kerana kau menyedarkan aku erti ketabahan
syukur ya Allah kerana kau masih memberi ruang untuk aku sedar kekhilafan diri

Tiada tangisan kekecewaan yang perlu aku hadirkan
melainkan air mata keinsafan dan taubat padamu
aku sedar ya Allah pada tika dan saat ini
kau sedang menguji ketaatan ku padamu
kau sedang menduga kesabaranku
kerana kau lebih mengetahui yang terbaik untuk diriku
sedang aku hanya mampu memohon darimu

Syukur ya Allah kerana kau menyedarkan aku
bahawa perjuangan seorang muslim perlukan istiqamah
aku masih jauh dari persimpangan jihad yang sebenar
sungguh rahmatmu sangatlah besar
didiklah aku ya Allah agar menjadi insan yang tabah dalam berjihad
malu diri ini untuk mengaku berjihad di jalanmu
kerana aku sedar tangan ini sering kali membawa kerosakan di bumimu
kaki ini sering kali melangkah kejalan kemaksiatan

Ya Allah setiap apa yang kau tetapkan pada rezekiku
kusentiasa pohon yang terbaik
bukan kuasaku menentukan rezeki dan kejayaanku
hanya kepadamu yang ku sembah dan mohon pertolongan.

Ya Allah kuatkan hatiku menerima ujian ini
masih ada jalan untuk aku menebus kesilapan
bimbinglah aku ya Allah
dan aku dapat merasa kau sedang menyedarkan aku
dari mimpi panjang yang mengaburi mataku

Ya Allah andai dengan cara ini kau hadirkan hidayahmu padaku
tiada kalimah yang lebih berharga yang aku hadirkan untukmu
melainkan Alhamdulillah........alhamdulillah...alhamdulillah....

- hamba yang lemah -
- 5.00 A.M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...