Wednesday, November 16, 2011

Detik Mencemaskan Dari Bilik Pembedahan Hospital Putrajaya

Hye
Assalamualaikum

8 JAM BERTARUNG
2 HOSPITAL BERGABUNG
 3 PAKAR BERPADU TENAGA
BERPULUH JURURAWAT BERKERAH KERINGAT

DETIK- DETIK CEMAS YANG MENDEBARKAN...


16.11.2009
Unit Sukan dan Ortopedik Hospital Putrajaya

DEAR BLOGGERS

16.11.2011

 Hari ni genap sudah 2 tahun selepas pembedahan ini. Walaupun dah 2 tahun berlalu tapi apa yang berlaku masih segar dalam ingatan dan betul2 meninggalkan kesan untuk diri aku.

8 Jam bertarung dalam bilik pembedahan bukanlah satu tempoh masa yang pendek dalam satu2 pembedahan.Sebab kecederaan yang aku alami terlalu terok, kes pembedahan ini dikelaskan sebagai major operation yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Dengan persetujuan pakar ortopedik di Hospital Kuala Lumpur, mereka bergabung dengan Hospital Putrajaya untuk pembedahan ni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya?

Okeyh, mengikut pengesahan pakar aku mengalami ligament tear yang terok di 2 bahagian kanan lutut aku. ACL + PLC which mean bahagian depan dan sisi lutut. Ligament yang putus adalah ligament utama dan menyebab kan jumlah urat yang putus adalah 4.

Punca? Owh yea segala-galanya berpunca selepas aku libatkan diri dalam sukan Rugby. Peristiwa hitam dalam lipatan hidup aku yang xkan dan xmungkin aku lupakan. Permulaan kisah baru dalam liku-liku kehidupan aku selepas Doktor mengesahkan aku cedera seumur hidup dan aku perlukan pembedahan untuk proses membaik pulih.Tempoh yang Doktor bagi utk baik adalah 3 tahun dan sepanjang tu aku perlu melakukn physiotheraphy yang berterusan.

Tapi mase tu aku terikat dengan SPM dan macam-macam cabaran lagi yang menyebabkan aku gagal mendapatkan rawatan susulan yang baik. Condition aku untuk SPM pun x berapa baik :(

Masa mula-mula dapat tahu kecederaan aku. 
 Allah je yang tahu betapa sedihnya hati ni.
Aku x mampu teruskan minat aku dalam rugby.

Dan yang paling sedih aku x mampu lari lagi di atas trek walaupun aku bekas pelari peringkat kebangsaan. Sedihhh sgt2 la.

Kos pembedahan ni RM 20 000



Setiap Musibah Yang Menimpa Kita Adalah Satu Ujian Dari Maha Pencipta.Semakin Kuat Ujian Yang Kita Terima Itu Adalah Tanda Kasih Dari Illahi.

Allah Sedang Menguji Hambanya
Erti Sabar Dan Syukur.

Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Orang-orang Yang Bersabar dan Bersyukur.

TANX

6 comments:

ceritakami said...

mungkin ekin sorg yang bru tahu .
tapi takziah . moga ujian ini diterima dgn redha .

tya . chan :) said...

stiap yang berlaku ada hikmahnya . sabar yea ;)

mira moshi;D said...

uish seramnye~

akULah said...

Tanx Tya :)

Mira : Seram ke? hehe..nak rasaa x..dup dap dup dap tau..haha

Nurul Iman Rosman said...

tetibe sebak lepas bace.

sabar ye dlm setiap dugaan ;)

akULah said...

Tanx Iman.byk saya belaja daripada sakit ni sebenarnya. Jujur, sampai sekarang saya terkilan lagi.tapi x baik kan klu mcm tu.Redha je utk semua ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...