Saturday, November 19, 2011

Edisi Khas : Berakhirnya Zaman Sekolah

Hye
Assalamualaikum


Sempena Berakhirnya Zaman Sekolah Yang Sudah Setahun Jagung
Aku terpanggil untuk membuat entry khas bagi mengenang jasa sekolah-sekolah yang pernah menjadi tempat aku menuntut ilmu.



Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bachang Melaka dari tahun 2000-2005. Prestasi yang membanggakan pada setiap peperiksaan meletakkan aku sebagai pelajar cemerlang sekolah pada masa tu.(huhuhu). Kecemerlangan terus terukir dengan mendapat pelbagai anugerah dalam akademik mahupun bidang sukan. 


Walaubagaimanapun, aku gagal mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR kerana terlalu obses dengan Olahraga sehingga ke peringkat kebangsaan dan aku x hadir ke sekolah sehingga sebulan lebih. Tapi alhamdulillah dapat jugak 4A 1B.hehehe. Achievement : Ketua Pengawas, Olahragawan, Pengerusi PBSM dan Atlit MSSM Negeri Melaka.




Seterusnya aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution sebuah sekolah ternama di Kuala Lumpur beserta biasiswa sukan RM 600 sebulan. Tapi, abang2 dan mak ayah x setuju untuk aku pergi ke Victoria Institution atas faktor2 tertentu. Then dengan  berat hati aku pilih SMKA Sultan Muhammad sebagai tempat untuk aku menimba segala ilmu sepanjang sekolah menengah. Aku memang xnak masuk sini sebab x berani amik Arab. Apa2 pun segala usaha yang aku lakukan untuk mencipta nama di sini akhirnya terbalas dengan Keputusan PMR 9A !! HUHU!! Kemudian atas tiket PMR aku mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, salah sebuah kolej yang menjadi idaman aku pada satu masa dahulu. Alhamdulillah impian dan doa aku dimakbulkan. Aku meninggalkan bumi sultan yang tersayang dengan sejarah tersendiri sebagai Pengawas Sekolah, Pengerusi Kelab Olahraga, Pengerusi Kelab Bahasa Arab, Pengerusi Rumah Sukan, dan Atlit MSSM Melaka.




Kolej Islam Sultan Alam Shah. Dua tahun berada kat sini benar2 mengajar aku erti kehidupan sebenar. Terlalu banyak perkara yang mengajar aku erti kedewasaan dan kat sini daya kepimpinan aku diasah seperti pedang. Sungguh, Kolej ini adalah sekolah menengah terbaik yang pernah ada di Malaysia. X mungkin ada gantinya kerana aku sangat kagum dengan kepimpinan pelajar2 kat sini beserta kemampuan mereka berhujah dalam hal2 agama dan kecemerlangan dalam bidang akademik. Jadi x hairanlah setiap tahun Kolej Islam berjaya meletakkan nama sebagai 5 sekolah terbaik SPM dan sudah beberapa kali menjadi No Satu di Malaysia. Namun, aku gagal menempah kejayaan yang sama seperti kawan2 aku yang lain. 114 orang dapat 11A dalam SPM masa batch aku. Tahniah semua, dan aku bersyukur dengan keputusan 7A 3B+ 1B. Mungkin aku gagal menguruskan masa dengan baik kerana aku terpaksa bertarung dengan kecederaan yang aku alami. Pergi sekolah dengan tongkat. Dan banyak cabaran lain. Apa2 pun aku tetap berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dariapa KISASIANs. Achievement :Prefect, Captain House Omar, dan Atlit Rugby SBP'10.

Sekarang Zaman Sekolah dah pun berakhir. Yang tinggal hanya kenangan yang begitu berharga dan x dapat dijual beli. Masa silam adalah guru terbaik untuk kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam menghadapi hari2 muka. Aku bersyukur kerana Allah telah memberikan segala yang terbaik untuk diri aku. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun aku terkilan dengan keputusan SPM aku tapi aku perlu teruskan kehidupan dengan lebih yakin. InsyaAllah akan ada kejayaan yang lebih berharga pada masa akan datang. Doakan aku jadi orang yang berguna dunia akhirat :)


( ^ _____ ^ )

TANX SUDI BACA
* esok nak balik uitm daaa....

4 comments:

mira moshi;D said...

amin :) hati2 kat uitm tu, hehe :D

akULah said...

tanx mira :)
yuP..doakan sy success always k :D

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

asal ko cite pasal tadika ko?

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

tak*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...