Wednesday, November 2, 2011

Nilai Setitis Air Mata

Hye
Assalamualaikum

Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada


Saudara Saudari Sekalian

Dalam meniti usia kedewasaan
Pelbagai rintangan dan cabaran yang kita lalui

Usahkan jalan yang lurus disangka terus lurus
Usahkan laut yang tenang disangka terus tenang
Usahkan langit yang cerah disangka terus cerah

Sahabat betapa besarnya nilai air mata ini
tidak terbeli dengan mas dan permata
mahupun digadai menjadi sebutir mutiara
sungguh nilai air mata ini tiada taranya dan tiada lawannya

Kalaulah manusia tahu
jika air mata ini jatuh ke bumi
kerana cintanya kita kepada pemilik sekalian alam
nescaya air mata ini menjadi pemadam api neraka yang menyala nyala

Kalaulah manusia tahu
jika air mata ini jatuh ke bumi
kerana menginsafi akan kelemahan dan kekurangan diri
nescaya air mata ini menjadi saksi untuk kita ke syurga yg kekal abadi

Kalaulah manusia tahu
jika air mata ini jatuh ke bumi
kerana berjuang fi sabilillah ila mardhatillah
nescaya air mata ini menjadi penempah buat kita sebagai ahlul jannah

Sungguh bukan mudah untuk menitiskan setitik air mata
kerana air mata ini terlalu bernilai
lahirnya dari hati dan jiwa yang penuh dengan kecintaan
maka mengalirlah air mata ini dengan bermacam perasaan
kerana air mata ini menjadi penyejuk jiwa yang duka

Namun manusia
Adakah kita sedar air mata ini sering kali menghempas bumi
kerana terlalu cintanya kita pada dunia
Adakah kita sedar air mata ini sering kali membasahi pipi
kerana terlalu sayangnya kita pada pinjaman Illahi
Adakah kita sedar air mata ini sering jatuh tanpa erti
kerana terlalu cintakan makhluk lebih daripada pemilikNya

Berhati-hatilah dengan nilai setitis air mata bunda
yang mengalir kerana kederhakaan seorang anak
kelak air mata ini mengheret kita ke neraka jahannam

Sahabat tercinta
masih lalai kita di atas jalan yang lurus
masih goyah kita berlawan dengan air yang tenang
masih kabur kita berteduh di langit yang cerah

Semoga air mata ini bisa mengalir
kerana cintanya kita pada yang hakiki
Semoga bumi gersang ni akan terus subur
dengan titisan-titisan air mata mu'min
yang ampuh dihenyak badai bergelora


Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mara mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri);seraya berkata: " Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi ( atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad saw).
(Al Maaidah 5:83)


~Pesanan buat diri ini yang sentiasa lalai~


( - ____- )


-Aku Yang Lemah-



2 comments:

awin said...

assalamualaikum . nak mintak izin share entry ni boleh ?

akULah said...

wsalam..ok..boleh2..share laa ape yang baik kt blog ni k :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...