Thursday, November 3, 2011

Perhatian Mahasiwa : Syeksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan Article 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan

Hye
Assalamualaikum

Panas Panas Panas


Isu AUKU
Akta Universiti Kolej Universiti 1971

Yeah Isu Ini Masih Panas di dada2 Akhbar

Sedikit Perkongsian Buat Semua

Tahun lepas 4 pelajar UKM dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti kerana mereka didapati telah menghadiri suatu kempen Pilihan Raya bertempat di Hulu Selangor. Tindakan ini diambail atas alasan aktiviti mereka didapati menyalahi Syeksen 15(5)(a) AUKU yang melarang mana-mana penuntut Universiti mahupun Kolej Universiti terlibat dalam sebarang aktiviti politik mahupun menzahirkan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik.

Oleh hal yang demikian, ke empat empat Pelajar tersebut telah membawa kes ini ke Mahkamah untuk dibicarakan. Pelajar yang diwakili peguam mereka membela diri mereka tidak bersalah kerana Syeksyen 15(5)(a) AUKU
bertentangan dengan Art 10(1)(a).
Art(10)(1)(a) adalah berkaitan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan.

Walaubagaimanapun,
setelah dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Hakim memutuskan bahawa ke empat-empat pelajar tersebut bersalah dan peruntukan yang terdapat didalam AUKU adalah SAH.

Oleh itu ke empat-empat pelajar UKM ini
membuat rayuan di Mahkamah Rayuan agar kes ini dibicarakan semula di hadapan mahkamah.

Hari ini Appellants ( 4 orang pelajar UKM ) menentang
Respondents ( Kerajaan Malaysia, MOHE, dan UKM ) di Mahkamah Rayuan. Kes yang dihakimi oleh  Hakim Hishamuddin Mohd Yunus bersama-sama Linton Albert dan Low Hop Bing hari ini memutuskan keempat-empat pelajar tersebut tidak bersalah.

Pihak Mahkamah membuat keputusan berdasarkan percanggahan yang berlaku didalam AUKU. Syeksyen 15(5)(a) dikatakan bercanggah dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan seperti yg dijamin di dalam Art 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Art 10(1)(a) ini turut mempunyai sekatan seperti sekiranya mengancam keamanan negara seperti yang disebut didalam Art 10(2)(a). Namun apa yang tersenarai di dalam AUKU tidak sekalipun menyebut berkaitan mengancam keamanan negara.

Oleh itu Syeksyen 15(5)(a) AUKU dianggap terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Kes ini adalah buat pertama kalinya menjadi perdebatan di Mahkamah. Tahniah kepada keberanian keempat empat pelajar UKM ini yang berani menegakkan keadilan.

Walaubagaimanapun sebarang penglibatan berpesatuan yang mengancam keamanan negara adalah HARAM dalam undang2 negara.Jadi berwaspadalah kita sebagai mahsiswa dalam menceburkan diri dalam persatuan-persatuan dan politik di luar sana.

Untuk penuntu-penuntut Undang2 sila ambil perhatian.
Semoga entry kali ini memberi manfaat buat semua.

Terima Kasih Sudi Membaca 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...