Saturday, November 5, 2011

Erti Pengorbanan



Sahabat sahabat seperjuangan
bukan cara kita lagi bertempur di medan peperangan
benar kita perlu berjuang mencari redah Illahi
kerana hidup ini tidak kunjung malam perlu berjuang demi Islam
tapi dalam perjuangan perlukan keikhlasan
agar kederat 4 kerat yang dikerah ini menempah syurga Allah swt
kelak namamu disebut sebut sebagai Syuhada yang mati dalam perjuangan

Namun sahabat sahabat perjuangan kita hari ni
jauh lebih dahsyat daripada berjuang di medan perang
kita berjuang mempertahankan akidah Muslim
benar akidah Muslim itu lebih berharga daripada segunung emas dan permata

Barang diingat wahai mujahid dan mujahidah sekalian
setiap perjuangan perlukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan
tiada manusia yang mampu membentuk kejayaan tanpa pengorbanan
Oleh itu berkorbanlah demi agama walaupun sekadar berkorban dengan hati.
Bukan harta bertimbun timbun untuk digadaikan seperti Abu Bakar al-Siddiq
Cukuplah sekadar bangkit,berubah, berkorban tenaga dan masa untuk akidah Muslim.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...