Monday, January 30, 2012

Debat Bahasa Melayu - HAKA

Hye
Assalamualaikum

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA ) 2012
UiTM Shah Alam

Sempena dengan HAKA
Sebuah pertandingan Debat Bahasa Melayu dianjurkan

Maka dengan kekuatan 2 Hang Tuah dan 2 Srikandi Kedah
Kami bergabung tenaga dibawah satu pasukan debat

Aku - Azri - Zety - Fifah

Ikuti Perjalanan Kami

Perlawanan Pertama :


Undang-undang adalah mekanisme terbaik memerangi rasuah

Kptm A vS Kptm B

Posisi Kami : Pembangkang

Keputusan : Usul Diterima

Pendebat Terbaik : Haidar Zulkefli

(Margin 1)

Walaupun kami kalah, tapi kami bangga sebab kalah dengan pasukan yang sama2 hebat. Mungkin kelebihan berpihak kepada mereka. Kami kalah margin 1 dan ianya suatu keputusan yg sgt rapat. X sangka mula2 dah jumpe Kptm B. Nampaknya laluan semakin sukar.

Perlawanan Kedua :


Imuniti Raja-raja Perlu Dikembalikan

Kptm A vS Kptm G

Posisi Kami : Kerajaan

Keputusan : Usul Diterima

Pendebat Terbaik : Fatin Nurizzati

( Margin 4 )

Alhamdulillah kemenangan besar utk kami. Walaupun aku down gila masa nak lawan ni sebab kepala aku pening. Lagipun usul ni memang kami x pernah research. Tapi Margin 4 membawa kami berada di tangga ke 6 teratas dalam 17 pasukan yg bertanding. Ini membuka kembali peluang kami utk ke peringkat seterusnya.

Pelawanan ketiga :


Artikel 3 Perlembagaan Persukutuan Tidak Lagi Dimartabatkan

Kptm A vS UiTM D

Posisi Kami : Kerajaan

Keputusan : Usul Ditolak

Pendebat Terbaik : Aimi Nashirah

( Margin 1 )

Secara jujur, memang aku sangat2 kecewa dengan keputusan yang judge bagi. Memang jelas kemenangan sepatutnya milik kami. Hujah yang pihak pembangkang bagi memang x patut diutarakan. Judge nampak sangat bagi keputusan based on his own idea dan bukan atas dasar perdebatan kami. Memang keputusan ni kami betul2 x boleh terima. Kami sangat yakin kami lebih bagus. Kekalahan margin satu cuma satu kekalahan yg sangat tipis. Kami sangat2 kecewa sampai nangis. Tapi rezeki bukan berpihak pada kami. Redha.

Setelah keputusan penuh keluar kelas kami tersingkir daripada 8 kelas terbaik dan menduduki tangga ke-9. Namun setelah beberapa masalah terknikal berlaku. Satu kelas menarik diri dan kami layak ke peringkat seterusnya secara automatik.

Peringkat Quarter Final:


Undang-undang Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional

Kptm A vS UiTM B

Posisi kami : Pembangkang

Keputusan : Usul Diterima

( Hakim 2-1 )

Sekali lagi kami tumpas di medan perdebatan. Tapi kami sangat berpuas hati dengan penilaian juri yang nampak telus dan matang dalam memberikan keputusan. Sememangnya kami akui kehebatan pasukan lawan yang tak pernah kalah sepanjang pertandingan. Namun, keputusan juga amat sukar ut dibuat. Kami kalah tipis dengan keputusan 2-1. Alhamdulillah tamatlah perdebatan kami.

Setelah keputusan keseluruhan dikeluarkan :

4 Pasukan Teratas Mara Ke Semi Final

UiTM B vS Kptm B
UiTM D vS Kptm D

Kalau anda perasan daripada 4 pasukan teratas, pasukan kelas kami dah bertemu 3 daripada mereka, hanya kelas Kptm D sahaja yang kami belum lawan. Jadi, sememangnya laluan dan liku2 perlawanan kami sangat sukar kerana bertembung dengan pasukan2 hebat. Dan kami tetap merasakan kami pasukan yan hebat sebab kesemua perlawanan kami kalah dengan Margin 1.

Akhirnya setelah perlawanan Semi Final mencapai kata akhirnya.
Pasukan yang mara ke peringkat akhir menemukan :

FINAL

Kptm D vS UiTM B

Perlembagaan Persekutuan Tidak Lagi Dijunjung

Kerajaan        : Kptm D
Pembangkang : UiTM B

Keputusan : Usul Ditolak

( Margin 3.3, Keputusan Hakim 7-2 )


Tahniah Diucapkan Kepada :

Salmah - Balqis - Yien - Faiz

Pendebat Terbaik Keseluruhan : Faiz

Maka berakhirlah pertandingan debat Bahasa Melayu HAKA 2012 dengan perjalanan yang begitu mencabar dan sengit. Ianya suatu pengalaman yang begitu bermakna dalam kehidupan sebagai pelajar Asasi di UiTM Shah Alam.

Ayuh Ikuti Liku2 Semua Peserta Debat HAKA :



TANX TO CAMERAMAN :



Disini Segalanya Bermula
2 Hang Tuah Berpadu Tenaga
Suara Kami Bakal Menggegar Parlimen
Nantikan Tampuk Kepimpinan Masa Depan
Legasi Kehakiman Pencetus Keadilan Saksama


TANX READERS

( ^ _____ ^ )

Bola Baling AAPB

Hye
Assalamualaikum

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA ) 2012
UiTM Shah Alam


Sempena dengan HAKA
semua kelas bertungkus lumus membuat persediaan
sempena pertanding2 yang bakal diadakan


Yeah....sangat seronok
budaya persaingan yang sihat ditunjukkan
semua kelas membuat latihan yang secukupnya


Macam tu lah jugak dengan kelas kesayangan aku
bertindak sebagai coach x rasmi
aku dah cuba sedaya upaya melatih dan beri semangat
utk semua kawan2 tersayang


Xkira lah pukul berapa pun diorang nak berlatih
insyaAllah aku akan datang 
X kira lah malam ke pagi ke siang ke
aku mesti semangat nak train diorang

Sebab aku suke nak tengok diorang menang
Yeahh nak sangat..
Sebab aku tahu my classmate mampu


Macam2 aku cuba buat utk tolong diorang
Yang paling penting aku nak diorang happy
dan bersatu dalam satu pasukan

Kemenangan bukan matlamat utama

Teringat masa mula2 train diorang
aku ajar teknik2 basic je
suro diorang buat tu..buat ni..

HAHAHA

Diorang ikut je..tanxx laa x melawan..
Malam2 aku cari video handball kt you tube
sebab nak kasi diorang tengok dan faham
macam mana sebenarnya bola baling ni! ?

YeahhH!! Dari situ ak nampak reaksi2 semangat.
Latihan demi latihan diatur.



Aku yakin sangat my class is the best.
Bila ada friendly match, memang nampak kemampuan diorang.
Aku yakin sangat diorang boleh pergi final.

Maka tiba lah hari yang ditunggu tunggu
Pertandingan bola baling pun membuka tirai.

Masa tu aku kat KL
ada hal sebab attend majlis walimah member.
Dalam hati memang mengharap sgtt kelas aku menang.
Alhamdulillah, got a call from Farah Nadiah!

AAPB menang !! 4-2 !



Memang happy gilee argh aku!
X terkata lah memang suke gile.

Then I was rushing.
Masa tu ride motor je.
Bawak laju2 x ingat dunia sebab nak cepat sampai.

Then otw tu dapat berita diorang kalah 5-0
Xpe lah sebab aku rasa ada peluang lagi.
Memang agak down masa ni.
Tapi aku kene naikkan semangat diorang.

I know they can!



Then perlawanan terakhir pun berlangsung.
Alhamdulillah masa mula2 tu memang kelas A leading!

Farah yang score 1-0.

Aku punyelaa berteriak kt luar tu..
Memang aku marah gile kalau wall x betul2 maen.

Tapi apaa kan daya.
Setiap yang kita rancang x semestinya jadi kenyataan.

AAPB kalah dengan kelas C.

Aku memang sdeyh sangat2 la kan.
Tipu laa kalau aku x frust.
I really expect yang diorang boleh menang.
Tapi nak buat mcm ne.
Rezeki x menyebelahi kami.

To Farah, tanx for ur effort.
Aku sebenarnye nak nangis bila kau nangis masa kalah tu.

Aku memang kawal jee perasaan ni.
Memang kecewa sdeyh and bagai2 la.
Sebab aku sama2 buat latihan dengan korang.

Apa2 pun, korang tetap terbaik utk aku!
I know kelas kita memang hebat.


Anggaplah ini pengalaman berharga utk kita semua.
Daripada mula2 aku turun padang utk tolong korang.
Aku x pernah anggap aku bagus dan layak.
Tapi aku turun atas dasar sokongan utk kawan2.
I really happy bila dapat tengok korang maen dengn sungguh2.

Korang dah buat yang terbaik.
Hopefully korang x kan lupe kenangan ni.

And aku nak mintak maaf sangat2 sebab x dapat nak buat yang terbaik. Setakat tu sahaja yang aku mampu tolong. Im not the best person to be your coach, but I am happy to train you. Aku x penah kecewa train korang.

Dengan ada game ni lah kita jadi lebih rapat dan kenal lagi perangai2 korang macam mane. Tanx utk prank bufday aku masa tu.
Really appreciate segala usaha dan effort korang.

Tanx utk semua :




Sunday, January 29, 2012

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA ) UiTM Shah Alam

Hye
Assalamualaikum

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA )
2012 Fakulti Undang-undang
UiTM Shah Alam


Jumaat - Ahad
( 27 -29 Januari 2012 )


Pertandingan Debat Bahasa Melayu
Debate English
Bola Baling Perempuan
Futsal Lelaki


Alhamdulillah sepanjang 3 hari program
Pelbagai liku2 telah dihadapi dgn baik
Selaku peserta debat bahasa melayu
aku sendiri merasakan bahang HAKA
yang begitu mencabar dan meletihkan
Tambahan pula ini merupaka program
yang julung2 kali diadakan di Fakulti Undang2


Bercerita tentang HAKA
Mungkin ramai tertanya tanya sejarah HAKA
Maka dengan inisiatif penulisan ini
Aku terpanggil utk bersama sama berkongsi
Sebuah perjalanan yang membawa kepada tercetusnya


Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA )


Cerita bermula di bilik 1418
Ahli bilik yang terdiri daripada
Aku-Azri-Nas-Azfar-Zaimi dan etc
xdapat nak sebut semua


Aku- Nas- Azri
come from 3 different schools
Kami suke bercerita tentang kisah2 silam
dan pengalaman2 menjadi warga SBP
Lalu terpacul lah cerita2 manis dan pahit
sepanjang duduk sebumbung di bawah naungan SBP


Maka teringatlah kami pada suatu event
Hari Kecemerlangan Sekolah2 Berasrama Penuh
( HKSBP )


Pasti anda penah dengar bukan?


HKSBP merupakan platform utk merapatkan ukhwah antara pelajar2 SBP daripada seluruh negara di samping memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar2. Acara2 yang diadakan juga x jauh bezanya dengan penganjuran HAKA.




Maka Azri mencadangkan utk mengadakan pertandingan Futsal pada asalnya utk pelajar2 lelaki sahaja. Then, saudara Nasruddin sememangnya ghairah kalau bab2 Futsal, lalu dengan rela hati menawarkan khidmat dan tenaga dia utk mengetengahkan penganjuran Futsal ini sehingga ke peringkat atasan. Lalu, kitorang berfikir, kenapa x nak buat game utk perempuan? Then terpacul lah idea utk adakan acara Bola Jaring, namun atas beberapa faktor, kami fikir Bola Jaring x boleh dilakukan. Maka dengan itu, aku mencadangkan utk mengadakan Bola Baling atas faktor ianya lebih sengit dan mendedahkan sesuatu yang baru utk pelajar2 asasi. 


Bagaimana pula dengan Debat?


Pada asalnya Debat bukanlah sesuatu yang wajib utk dimasukkan dalam penganjuran HAKA. Namun, setelah melihat beberapa potensi yang ada pada kami dan pelajar Asasi keseluruhannya, maka aku dan Azri terfikir, apa salahnya diadakan suatu medium utk mengetengahkan bakat2 pelajar2 Asasi Undang2 ini dalam bidang perdebatan. Maka kami fikir, kelas kami bakal menjuarai pertandingan ini memandangkan pengalaman2 yang ada pada ahli kelas kami. Kalau nak difikirkan semula, memang lucu kenapa debat ini diadakan.hahaha.


Atas inisiatif Azri sebagai Ketua Asasi Undang2
maka usul penganjuran HAKA ini dibawa ke tengah
Lalu beberapa mesyuarat dilakukan bersama 
Barisan kepimpinan pelajar2 Asasi yang lain.
Setelah mendapat kata putus dan persetujuan semua kelas.


Kertas kerja dilaksanakan dengan begitu teliti.
Biro2 dibentuk dan AJK2 program dilantik.
Perancangan yang begitu sulit dan berliku ini sememangnya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Aku dan ahli bilik yang lain sentiasa menjadi tulang belakang dalam penganjuran HAKA ini walaupun kami hanya bergerak di belakang tabir. Bagi aku dan ahli bilik, nama dan pangkat bukanlah segala galanya kerana yang penting kami ingin melihat HAKA ini berjaya dilaksanakan.


Alhamdulillah berkat kerjasama barisan CR dan beberapa AJK program, maka HAKA telah diluluskan dan mencapai kata sepakat akan berlangsung pada 27 Januari.


Maka pada Jumaat lepas penantian yang telah bermula sejak 2 bulan yang lalu akhirnya tercapai.Aku tidak pernah terlibat dalam apa2 mesyuarat yang dilangsungkan utk pelaksanaan HAKA tapi hampir setiap malam kami dan ahli bilik akan berbincang bagaimana ingin melaksanakan HAKA ini dengan lancar dan berjaya. Sememangnya kerja belakang tabir ini lebih seronok dan puas.


Mungkin ramai yang ingat penganjuran HAKA sangat mudah.
Selaku ahli bilik, setiap permasalahan dan tekanan2 yang dihadapi Azri-Nas dan lain2 akan diluahkan dibilik kami dan meja mesuarat bersama sama AJK dan Biro program.


Alhamdulillah 3 Hari penganjuran HAKA akhirnya terlaksana.
Aku sebagai pihak yang bersama2 Nas menguruskan masalah pengadil pertandingan Bola Baling turut terasa sukarnya. Jujur aku bukanlah layak utk menjadi pihak yang menetapkan keseragaman undang2 bola baling, tapi atas permintaan Nas dan Azri, aku terlibat sama dalam menjadi pengadil bola baling. Benar orang kata, menjadi pengadil ini bukan mudah, memang benar2 mencabar. Ada sahaja2 bunyi2 xpuas hati daripada pemain2 kerana mengatakan masalah2 yang berlaku dalam pengadilan.




Walau apa2 pun. Matlamat utama HAKA adalah utk memupuk semangat perpaduan dan persahabatan dalam kalangan pelajar2 Asasi Undang. Dan ternyata ianya menjadi kerana daripada HAKA inilah aku mengenali lebih ramai kawan2 baru dan melebarkan sayap2 perkenalan. Tahnia dan sekalung ucapan terima kasih kepada Pengarah Program, barisan CR, AJK program dan seluruh pihak yang terlibat atas penganjuran HAKA. Mudah2 han HAKA akan menjadi penganjuran tahunan pada masa2 akan datang.


Majulah Asasi Utk Universiti

Saturday, January 21, 2012

Cuti Raya Cina Bermula :D

Hye
Assalamualaikum


Harap Semua Dalam Keadaan Sihat2 Sentiasa

Alhamdulillah cuti raya cina dah bermula
Walaupun x sampai seminggu
Tapi dah cukup untuk rehatkan urat2 otak ni
Sem 2 yang sememangnya bertambah busy
Assignment yang masih tertunggak
Ditambah dan terus ditambah

Ya Allah bila lah aku nak siapkan semua kerja ni kan

Tapi xpela sekurang kurangnya cuti aku kali ni terisi dgn benda berfaedah.Nak siapkan semua kerja2 dan bekal2 masa cuti ni.
Hopefully by the end of this holiday segalanya langsai
Dan pulang ke uitm dengan hati yang tenang  

( ^ _____ ^ )

Naik2 cuti raya cina ni
Minggu yang busy akan bertambah busy

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA )
Jumaat - Ahad.


Dan rasa x sabar2 nak bertarung di medan perdebatan
Aku and d geng masuk pertandingan Bahas Bahasa Melayu
InsyaAllah doakan kejayaan kami

Dan sure aku terget masuk final memandangkan teammate aku semua berpengalaman

KECUALI AKU HEHEHE
Aku je yang xde pengalaman..beginner je aku ni.

SO, XLAYAK KOT NAK CAKAP LEBIH2 :)

InsyaAllah I will do d best for my class,group, and sure for myself.

X lupa jugak untuk pasukan Bola Baling AAPB.
Team Futsal ADVERSARIAL
Team Debate BI

All the best! Gud Luck dear friends :)

So,cuti ni memang agak busy sebab nak prepare dengan usul2 bahas tu lagi.Nak siapkan assignment lagi.And nak jalan2 lagi. HAHAHA.

X la HEAVEN sangat cuti kali ni.
Lagipun aku da insaf nak berfoya foya ni.

KAH KAH KAH

# POYOOO#

Mak aku dah masak dengan perangai anak bongsu dia ni.
Balik je rumah susah nak nampak batang hidung
X kira siang ke malam ke memang asyik nak keluar jalan je.

ngeee!! TAUBAT2 !

Aku Kan Mengalami Masalah Stress Melampau Sejak 2 Minggu Ni Sebab Kerja2 dan Masalah2 Yang Mendatang.

So Alhamdulillah Allah bagi nikmat masa lapang ni utk aku muhasabah balik masalah2 diri aku ni.

Okeyh Guys!!

Manfaatkan Cuti Ni Dengan Sebaik baiknya !




Tuesday, January 17, 2012

Kenapa Saya Tunduk Bila Saya Pandang Awak

Hye
Assalamualaikum



Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

Benarlah Kata2 Allah Yang Maha Agung

Dalam Islam perkenalan antara lelaki dan perempuan x pernah dihalang sama sekali. Jadi Islam membenarkan lelaki dan perempuan itu saling mengenali antara satu sama lain kerana fitrahnya lelaki pasangannya adalah wanita.

Wahai umat manusia, sesunggunya kamu menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaandan amalan kamu) - (Surah Hujrat ayat 13)

Jelas dalam surah Hujrat Allah menyatakan bahawa lelaki dan perempuan ini diciptakan berpasang pasangan.Tetapi Allah sambung ayat ni dengan menyatakan kemuliaan seseorang itu terletak pada takwanya.

Disini lah terletaknya konsep ikhtilat sesama muslim.

Mungkin kita semua pernah dengar frasa dari mata turun ke hati.


Kerana inilah Islam menganjuran kita supaya menjaga pandangan agar hati kita terjaga daripada bisikan2 nafsu dan godaan2 syaitan.

Jadi macam mana nak jalan ni?

Arghh!! Nak tutup mata ke?

Macam mane ? Bagaimana ?


Konsep menjaga pandangan bererti kita menundukkan pandangan kita  sekadar untuk menundukkan nafsu di hati ini. Xperlu lah kita jalan sampai menutup mata. Cukuplah pandangan itu untuk menghormati seseorang atau memudahkan komunikasi. 

Jika Sudah Jatuh Cinta
Maka Kawallah Cinta Itu
Mulakan Dari Pandanganmu
Kemudian Tanya Imanmu
Mampukah Lagi Menahan Diri?


Islam Sangat Mudah dan Indah



Kahwninilah insan yang kamu sayangi,
Tataplah wajahnya setiap hari dengan sepenuh hati
Kerana ianya menjadi pahala buat suami dan isteri.


Bukankah cinta ini lebih diredhai?
Bukankah tatapan ini lebih bererti?


Kerana Itu Jagalah Pandanganmu
Buat Tatapan Insan Yang Berhak




WALLAHUALAM









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...