Monday, January 30, 2012

Debat Bahasa Melayu - HAKA

Hye
Assalamualaikum

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA ) 2012
UiTM Shah Alam

Sempena dengan HAKA
Sebuah pertandingan Debat Bahasa Melayu dianjurkan

Maka dengan kekuatan 2 Hang Tuah dan 2 Srikandi Kedah
Kami bergabung tenaga dibawah satu pasukan debat

Aku - Azri - Zety - Fifah

Ikuti Perjalanan Kami

Perlawanan Pertama :


Undang-undang adalah mekanisme terbaik memerangi rasuah

Kptm A vS Kptm B

Posisi Kami : Pembangkang

Keputusan : Usul Diterima

Pendebat Terbaik : Haidar Zulkefli

(Margin 1)

Walaupun kami kalah, tapi kami bangga sebab kalah dengan pasukan yang sama2 hebat. Mungkin kelebihan berpihak kepada mereka. Kami kalah margin 1 dan ianya suatu keputusan yg sgt rapat. X sangka mula2 dah jumpe Kptm B. Nampaknya laluan semakin sukar.

Perlawanan Kedua :


Imuniti Raja-raja Perlu Dikembalikan

Kptm A vS Kptm G

Posisi Kami : Kerajaan

Keputusan : Usul Diterima

Pendebat Terbaik : Fatin Nurizzati

( Margin 4 )

Alhamdulillah kemenangan besar utk kami. Walaupun aku down gila masa nak lawan ni sebab kepala aku pening. Lagipun usul ni memang kami x pernah research. Tapi Margin 4 membawa kami berada di tangga ke 6 teratas dalam 17 pasukan yg bertanding. Ini membuka kembali peluang kami utk ke peringkat seterusnya.

Pelawanan ketiga :


Artikel 3 Perlembagaan Persukutuan Tidak Lagi Dimartabatkan

Kptm A vS UiTM D

Posisi Kami : Kerajaan

Keputusan : Usul Ditolak

Pendebat Terbaik : Aimi Nashirah

( Margin 1 )

Secara jujur, memang aku sangat2 kecewa dengan keputusan yang judge bagi. Memang jelas kemenangan sepatutnya milik kami. Hujah yang pihak pembangkang bagi memang x patut diutarakan. Judge nampak sangat bagi keputusan based on his own idea dan bukan atas dasar perdebatan kami. Memang keputusan ni kami betul2 x boleh terima. Kami sangat yakin kami lebih bagus. Kekalahan margin satu cuma satu kekalahan yg sangat tipis. Kami sangat2 kecewa sampai nangis. Tapi rezeki bukan berpihak pada kami. Redha.

Setelah keputusan penuh keluar kelas kami tersingkir daripada 8 kelas terbaik dan menduduki tangga ke-9. Namun setelah beberapa masalah terknikal berlaku. Satu kelas menarik diri dan kami layak ke peringkat seterusnya secara automatik.

Peringkat Quarter Final:


Undang-undang Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional

Kptm A vS UiTM B

Posisi kami : Pembangkang

Keputusan : Usul Diterima

( Hakim 2-1 )

Sekali lagi kami tumpas di medan perdebatan. Tapi kami sangat berpuas hati dengan penilaian juri yang nampak telus dan matang dalam memberikan keputusan. Sememangnya kami akui kehebatan pasukan lawan yang tak pernah kalah sepanjang pertandingan. Namun, keputusan juga amat sukar ut dibuat. Kami kalah tipis dengan keputusan 2-1. Alhamdulillah tamatlah perdebatan kami.

Setelah keputusan keseluruhan dikeluarkan :

4 Pasukan Teratas Mara Ke Semi Final

UiTM B vS Kptm B
UiTM D vS Kptm D

Kalau anda perasan daripada 4 pasukan teratas, pasukan kelas kami dah bertemu 3 daripada mereka, hanya kelas Kptm D sahaja yang kami belum lawan. Jadi, sememangnya laluan dan liku2 perlawanan kami sangat sukar kerana bertembung dengan pasukan2 hebat. Dan kami tetap merasakan kami pasukan yan hebat sebab kesemua perlawanan kami kalah dengan Margin 1.

Akhirnya setelah perlawanan Semi Final mencapai kata akhirnya.
Pasukan yang mara ke peringkat akhir menemukan :

FINAL

Kptm D vS UiTM B

Perlembagaan Persekutuan Tidak Lagi Dijunjung

Kerajaan        : Kptm D
Pembangkang : UiTM B

Keputusan : Usul Ditolak

( Margin 3.3, Keputusan Hakim 7-2 )


Tahniah Diucapkan Kepada :

Salmah - Balqis - Yien - Faiz

Pendebat Terbaik Keseluruhan : Faiz

Maka berakhirlah pertandingan debat Bahasa Melayu HAKA 2012 dengan perjalanan yang begitu mencabar dan sengit. Ianya suatu pengalaman yang begitu bermakna dalam kehidupan sebagai pelajar Asasi di UiTM Shah Alam.

Ayuh Ikuti Liku2 Semua Peserta Debat HAKA :



TANX TO CAMERAMAN :



Disini Segalanya Bermula
2 Hang Tuah Berpadu Tenaga
Suara Kami Bakal Menggegar Parlimen
Nantikan Tampuk Kepimpinan Masa Depan
Legasi Kehakiman Pencetus Keadilan Saksama


TANX READERS

( ^ _____ ^ )

2 comments:

Ckin Kembaq said...

wah!tahniah2..perjalanan yang lancar.. ^_^

Anonymous said...

did i just saw balqis sajuri?
team yg menang 1st place tu?
haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...