Sunday, January 29, 2012

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA ) UiTM Shah Alam

Hye
Assalamualaikum

Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA )
2012 Fakulti Undang-undang
UiTM Shah Alam


Jumaat - Ahad
( 27 -29 Januari 2012 )


Pertandingan Debat Bahasa Melayu
Debate English
Bola Baling Perempuan
Futsal Lelaki


Alhamdulillah sepanjang 3 hari program
Pelbagai liku2 telah dihadapi dgn baik
Selaku peserta debat bahasa melayu
aku sendiri merasakan bahang HAKA
yang begitu mencabar dan meletihkan
Tambahan pula ini merupaka program
yang julung2 kali diadakan di Fakulti Undang2


Bercerita tentang HAKA
Mungkin ramai tertanya tanya sejarah HAKA
Maka dengan inisiatif penulisan ini
Aku terpanggil utk bersama sama berkongsi
Sebuah perjalanan yang membawa kepada tercetusnya


Hari Kecemerlangan Asasi ( HAKA )


Cerita bermula di bilik 1418
Ahli bilik yang terdiri daripada
Aku-Azri-Nas-Azfar-Zaimi dan etc
xdapat nak sebut semua


Aku- Nas- Azri
come from 3 different schools
Kami suke bercerita tentang kisah2 silam
dan pengalaman2 menjadi warga SBP
Lalu terpacul lah cerita2 manis dan pahit
sepanjang duduk sebumbung di bawah naungan SBP


Maka teringatlah kami pada suatu event
Hari Kecemerlangan Sekolah2 Berasrama Penuh
( HKSBP )


Pasti anda penah dengar bukan?


HKSBP merupakan platform utk merapatkan ukhwah antara pelajar2 SBP daripada seluruh negara di samping memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar2. Acara2 yang diadakan juga x jauh bezanya dengan penganjuran HAKA.




Maka Azri mencadangkan utk mengadakan pertandingan Futsal pada asalnya utk pelajar2 lelaki sahaja. Then, saudara Nasruddin sememangnya ghairah kalau bab2 Futsal, lalu dengan rela hati menawarkan khidmat dan tenaga dia utk mengetengahkan penganjuran Futsal ini sehingga ke peringkat atasan. Lalu, kitorang berfikir, kenapa x nak buat game utk perempuan? Then terpacul lah idea utk adakan acara Bola Jaring, namun atas beberapa faktor, kami fikir Bola Jaring x boleh dilakukan. Maka dengan itu, aku mencadangkan utk mengadakan Bola Baling atas faktor ianya lebih sengit dan mendedahkan sesuatu yang baru utk pelajar2 asasi. 


Bagaimana pula dengan Debat?


Pada asalnya Debat bukanlah sesuatu yang wajib utk dimasukkan dalam penganjuran HAKA. Namun, setelah melihat beberapa potensi yang ada pada kami dan pelajar Asasi keseluruhannya, maka aku dan Azri terfikir, apa salahnya diadakan suatu medium utk mengetengahkan bakat2 pelajar2 Asasi Undang2 ini dalam bidang perdebatan. Maka kami fikir, kelas kami bakal menjuarai pertandingan ini memandangkan pengalaman2 yang ada pada ahli kelas kami. Kalau nak difikirkan semula, memang lucu kenapa debat ini diadakan.hahaha.


Atas inisiatif Azri sebagai Ketua Asasi Undang2
maka usul penganjuran HAKA ini dibawa ke tengah
Lalu beberapa mesyuarat dilakukan bersama 
Barisan kepimpinan pelajar2 Asasi yang lain.
Setelah mendapat kata putus dan persetujuan semua kelas.


Kertas kerja dilaksanakan dengan begitu teliti.
Biro2 dibentuk dan AJK2 program dilantik.
Perancangan yang begitu sulit dan berliku ini sememangnya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Aku dan ahli bilik yang lain sentiasa menjadi tulang belakang dalam penganjuran HAKA ini walaupun kami hanya bergerak di belakang tabir. Bagi aku dan ahli bilik, nama dan pangkat bukanlah segala galanya kerana yang penting kami ingin melihat HAKA ini berjaya dilaksanakan.


Alhamdulillah berkat kerjasama barisan CR dan beberapa AJK program, maka HAKA telah diluluskan dan mencapai kata sepakat akan berlangsung pada 27 Januari.


Maka pada Jumaat lepas penantian yang telah bermula sejak 2 bulan yang lalu akhirnya tercapai.Aku tidak pernah terlibat dalam apa2 mesyuarat yang dilangsungkan utk pelaksanaan HAKA tapi hampir setiap malam kami dan ahli bilik akan berbincang bagaimana ingin melaksanakan HAKA ini dengan lancar dan berjaya. Sememangnya kerja belakang tabir ini lebih seronok dan puas.


Mungkin ramai yang ingat penganjuran HAKA sangat mudah.
Selaku ahli bilik, setiap permasalahan dan tekanan2 yang dihadapi Azri-Nas dan lain2 akan diluahkan dibilik kami dan meja mesuarat bersama sama AJK dan Biro program.


Alhamdulillah 3 Hari penganjuran HAKA akhirnya terlaksana.
Aku sebagai pihak yang bersama2 Nas menguruskan masalah pengadil pertandingan Bola Baling turut terasa sukarnya. Jujur aku bukanlah layak utk menjadi pihak yang menetapkan keseragaman undang2 bola baling, tapi atas permintaan Nas dan Azri, aku terlibat sama dalam menjadi pengadil bola baling. Benar orang kata, menjadi pengadil ini bukan mudah, memang benar2 mencabar. Ada sahaja2 bunyi2 xpuas hati daripada pemain2 kerana mengatakan masalah2 yang berlaku dalam pengadilan.




Walau apa2 pun. Matlamat utama HAKA adalah utk memupuk semangat perpaduan dan persahabatan dalam kalangan pelajar2 Asasi Undang. Dan ternyata ianya menjadi kerana daripada HAKA inilah aku mengenali lebih ramai kawan2 baru dan melebarkan sayap2 perkenalan. Tahnia dan sekalung ucapan terima kasih kepada Pengarah Program, barisan CR, AJK program dan seluruh pihak yang terlibat atas penganjuran HAKA. Mudah2 han HAKA akan menjadi penganjuran tahunan pada masa2 akan datang.


Majulah Asasi Utk Universiti

1 comment:

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah dah selesai.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...