Tuesday, January 3, 2012

Ketemadunan Yang Semakin Hilang - ISU AUKU

Hye
Assalamualaikum

Mengupas isu AUKU yang menjadi bahan paling sensitif dalam dunia mahasiswa masa kini.

Tahun 2012 dimulakan dengan pelbagai fitnah dan provokasi

Beginikah sebuah negara yang bertemadun ?

Malang sungguh terhadap peristiwa yang berlaku pada pembuka Tahun 2012 apabila pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi Street Protest terhadap AUKU telah dikenakan tindakan yang keras oleh pihak polis

Sehingga ada yang terlantar di hospital
Akibat pergelutan yang dahsyat dengan pihak polis

PERSOALANNYA


Apakah ini gambaran guru2 masa depan ?

Apakah mereka kurang dididik untuk bertindak lebih rasional dan bermoral?

Sidang Mahasiswa Sekalian

Secara telusnya saya mengatakan, saya juga tidak setuju sama sekali dengan AUKU yang dianggap menyekat kebebasan pelajar2 universiti secara kesuluruhannya terutama dalm perihal yang melibatkan politik. Sejak bertahun tahun lalu pelbagai Street Protest telah diadakan untuk menuntut pihak kerajaan supaya menghapuskan AUKU. Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang pindaan mahupun tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menghapuskan AUKU. Setelah pihak Kehakiman, memutuskan Section 15(5)(a) AUKU dimansuhkan, ianya telah memberi nafas baru terhadapa mahasiswa2 di Malaysia kerana telah mendapat kebebasan untuk memberikan pandangan mereka terhadap politik serta terlibat sama dalam menyokong dan menyatakan bangkangan terhadap mana2 parti politik. Yang paling penting perbahasan politik sebagai bahan ilmiah sama sekali tidak akan menyalahi undang2 negara kita.

Namun, masih terdapat lagi pelajar2 Universiti yang tidak berpuas hati dengan pindaan dalam AUKU.

Lalu Street Protest diadakan sebagai tanda bangkangan.
Walaubagaimanapun, saya sendiri berpendapat apa yang berlaku pada pagi pagi 2012 yang lau adalah sesuatu yang tidak bermoral.


Pelajar2 UPSI langsung tidak mencerminkan pelajar2 yang matang dan berkelayakan untuk berpolitik. Cara mereka seolah olah seperti kanak2 yang bertindak mengikut nafsu dan keinginan pribadi semata mata. Mungkin juga mereka terlalu ingin mendapat nama sebagai  PEJUANG MAHASISWA yang begitu komited menegakkan hak2 pelajar. 


Saya tidak membangkangStreet Protest


Street Protest adalah selari dengan International Agenda dan Convention of The Children Right yang memberi kebebasan kapada mana2 pelajar untuk mengadakan tuntutan dan kebebasan mereka memberikan idea dan pandangan.


PERSOALAN SETERUSNYA


Apakah AUKU perlu dimansuhkan 100% ?


Saya kira ini satu tanggapan yang salah.
Cuba bayangkan kehidupan tanpa Undang2 ?
Saya ingin membawa perubahan kepada minda2 mahasiswa sekalian agar berfikiran lebih kritis dan matang dalam memberikan pandangan. AUKU perlu diberi nafas baru dan setiap undang2 yang menyekat personal liberties pelajar2 perlu dimansuhkan. AUKU masih perlu diteruskan untuk menyekat gejala2 tertentu yang berlaku dalam mahasiswa. Kalau tidak sudah tentu, mahasiswa sewenang wenangnya bergerak aktif melakukan sebarang perkara tanpa batasan dan had terntentu.



NAMUN


AUKU menghalang mahsiswa daripada berpolitik juga adalah suatu yang perlu diperbaharui dan dimansuhkan. Kerana apa? Kerana definisi pelajar terlalu besar. Golongan masyarakat yang berumur sekitar 40an dan menyambung pelajaran ke peringkat PHD juga tersekat daripada berpolitik kerana tertakluk di bawah AUKU. Apakah ini suatu sekatan yang munasabah? Saya kira perkara ini sudah tentu suatu yang TIDAK RELEVAN.


ISU PELAJAR2 YANG BERTINDAK MELAWAN POLIS

" Mereka bertindak seolah olah mereka paham undang undang dan ingin mencipta undang2 sendiri"

Pihak polis dicaci dimaki dihina ibarat mereka adalah penjenayah negara.
Selaku pelajar2 universiti yang terdidik,
tidak sewajarnya berlaku sebarang penentangan terhadap pihak polis.

Saya melihat sendiri video demonstrasi tersebut
Saya berani mengatakan pihak polis telah melakukan perkara yang sewajarnya
Kalau sudah begitulah caranya pelajar2 ini bertindak,memang sengaja menempah masalah pada negara dan diri sendiri.


Bukan pihak polis tidak memberi amaran
Tapi kalau sudah pelajar2 yang terdidik
Bertindak seperti orang yang tidak berilmu


Wajar pihak polis dipersalahkan?


LETAK DIRI ANDA DALAM SITUASI ITU

Bakal Guru atau Bakal Gangster?

Negara ini ada undang2 
Pasti ada caranya yang lebih sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Sedihnya anak2 Melayu juga yang kecoh nak membangkang AUKU
Kecoh nak berpolitik tapi keputusan Akademik x hebat mana

MEMALUKAN MEMALUKAN


Anak2 bangsa lain tepuk tangan melihat anak bangsa Melayu
Bertindak seperti anak makan tuan.


Kalau begitulah cara pelajar2 berdemonstrasi
Kalau begitulah cara pelajar2 memberi protets
Kalau begitulah cara2 pelajar menentang pihak berkuasa


SAYA KIRA AUKU MASIH PERLU DITERUSKAN


Jadilah Mahasiswa Yang Bertindak Dengan Lebih Matang Dan Rasional. 


Wallahualam




3 comments:

pi-er said...

mmg ade pro n cons lam masalah ni. aqpun prnh tngk life dorng ni demo dkt uia gombak time kes aziz bari ari tu, x de pape masalah pun sbb xde polis. dorg lebih tau ape yg dorg buat sbb dorg yg bergerak krja dlm u dorg. kalau mereka sndiri x brsuara sape lg yg nak brsuara bg pihak mereka? dlm u ni kite mmg x leh lari dari politik sbb pngaruh politik yg mncorakkan ssbuah u itu. apekah prasaan kite apabila hak kite dinafikan tanpa sbrg hujah akademik? boleh kate kuku besi, berat sebelah , ble bdk aspirasi yg ntah pape buat prog, x pe plak. tp tu la, aq x stuju dia wat demo mlm2 je.. mngnggu la

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

bro,gua like lu punye post...

Wak Irwan Syah said...

kalau nak wat protest pun..tak payah la nak maki hamun.....wak rasa tu bukan sikap yang rasional....nak protest ...protest je ler....
hahaha...

nanti cam Luis Suarez bila maki Patrice Evra....skrg dah kena gantung main.....


hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...