Sunday, January 15, 2012

Tatapan Rohani Pagi Hari

Hye
Assalamaualaikum


Alhamdulillah selesai 2 rakaat subuh di pagi hari
MasyaAllah ramai lagi yang diselubungi selimut kulit khinzir
Subhanallah sungguh cantik bumi Allah Azzawajalla ini

Sahabat2....

Seawal pagi kita bangun
Berapa ramai saja yang ingat untuk mengucapkan lafaz Alhamdulillah kpd Allah

Dah ucap belum ?
Jom ucap sama2 !

" Alhamdulillah "

sebab baru sahaja dibangkitkan dari mati kecil
masih diberi kesempatan utk baiki keimanan
masih diberikan peluang untuk beramal
masih diberikan mata untuk melihat
masih diberikan kaki untuk berjalan

Allah SWT Maha Pemurah
Semuanya Allah beri tanpa bayaran

Tapi sahabat2....

Berapa ramai sahaja antara kita yang mampu bangun untuk mendekatkan diri kepadaNya?

Sama2 kita muhasabah

Susahnya kita untuk bangkit solat 2 rakaat Subuh
Susahnya kaki kita melangkah ke Rumah Allah pagi2 ini
Beratnya mata ini untuk melihat kecantikan bumi Allah
Payahnya membasahkan diri dengan wudhuk kepada Allah

Kita lalai sahabat2


Semoga Kita Sentiasa Muhasabah Diri Ini Pada Setiap Pagi Hari.
Kelak Dipermudahkan Segala Urusan Sepanjang Hari.

" Berilah khabar gembira kepada orang orang yang berjalan ke masjid masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak "

( Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah )



1 comment:

Ckin Kembaq said...

Tambah sikit..tambah solat sunat sebelum subuh 2 rakaat.. ^_^ sunnah Nabi.dan Nabi suka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...