Friday, March 30, 2012

Dosa Besar Dalam Perilaku Seharian

Assalamualaikum

Tatkala kegembiraan memenuhi ruang2 kehidupan
Kita sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan
Tatkala itu juga Allah tunjukkan jalan jalan kebenaran
Terpulang pada hati ini, utk menerima atau mengingkari

Alhamdulillah, sempena cuti panjang ni, rasanya x perlu lah kita bazirkan masa2 yg ada dengan memikirkan kerja semata mata..kalau rasa cuti ni kosong je boleh laa penuhkan rumah2 Allah yg sentiasa penuh dgn majlis ilmu..sama2 kita timba apa2 sahaja ilmu2 baru. Maklumlah kita ni insan yg kerdil, ilmu x tinggi mana, selagi kita mampu, insyaAllah sama2 mujahadah :)

Tadi Allah izinkan diri yg kerdil ni sampai ke kelas Tasawwuf Ustaz Salleh, seorang mudir di pondok. Ya Allah, terasa hina dan zalim sgt diri ni sebab terlalu byk perkara2 mungkar yg telah dilakukan. Tajuk ary ni  cukup mudah, dosa besar dan kecil. Tapi perbahasan nya sgt panjang sehingga meremang bulu roma.

InsyaAllah, sedikit perkongsian bab dosa besar mengikut Imam Ghazali.

1) Terlalu banyak makan
2) Terlalu banyak cakap
3) Takabbur
3) Membangga diri dan menghina yang lain
4) Suka menceritakan kebaikan yg dibuat
5) Suka untuk dipuji
6) Suka dimahsyurkan

Adapun begitu Ulama2 Membahaskan dosa2 besar ini terbahagi kepada 70, dan ada pendapat mengatakan 50 dan 80. Dan sebahgian besar daripada dosa2 besar ini datangnya dari hati.

MasyaAllah, tanya lah diri kita..tanya hati kita..berapa banyak dosa besar yang telah kita buat?

Antara yg termasuk dalam dosa2 besar

- Sombong
- Lewat2 kan solat
- Terasa selamat daripada azab selepas buat kebaikan
- Mengadu domba
- Memfitnah
- Mengumpat
- Derhaka kepada ibu bapa
- Syirik

Hari ini, kita senang sgt utk dipuji..senang juga mintak dipuji...lagi dipuji makin hati ini terasa bangga dan megah..jadi sama2 lah kita jauhkan daripada penyakit2 hati ini..Syaitan itu permainannya sangat halus.




Jadi apakah penyelesaian utk dosa2 besar ni?
Xlain x bukan...Taubat..

Hakikat taubat :

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengan segera maka taubat mereka itulah diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (surah Al-nisa ayat 17)

"Sesungghnya Allah menyesatkan sesiapa yang die kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepadaNya" ( Surah Al Ra'd ayat 27)


InsyaAllah pada entry akan datang.kita cerita pasal masalah hati pulak..sgt dahsyat impak hati ni dalam kehidupan seharian kita..kerana itulah semasa nabi diangkat menjadi Rasul, hati baginda dicuci..kerana hati ini ada nafsu yg menggoncangkan iman kita. Sama2 kita ucapkan kalimah astaghfirullah.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...