Saturday, March 31, 2012

Sambutan Maulidul Rasul bersama Ulamak Dunia

Assalamualaikum

Laila Ha IllAllah wa Muhammad Rasulullah
Laila Ha IllAllah wa Muhammad Rasulullah
Laila Ha IllAllah wa Muhammad Rasulullah


Alhamdulillah sama2 kita perbaharui iman dan ketaqwaan kita pd zat paling Agung di muka bumi iaitu Allah swt, azzawajalla. Ucapkan lah berkali kali tanpa jemu :)


Semalam dengan izin Allah, aku berpeluang ke Masjid Putra,Putrajaya untuk sama2 menyambut Maulidul Rasul dan Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA. Alhamdulillah ni kali kedua selepas tahun 2009 yg diadakan di Masjid Negara KL.

Selepas solat zohor, dalam pukul 2.30 ak dan beberapa jiran termasuk ayah gerak sekali ke sana. Memandangkan sorang je org yg muda, maka sebagai adabnya, aku lah yg drive pergi dan balik. cepat siket sampainya :)

Selain daripada habib2 dan syeikh2 di atas, byk lagi ulama2 dan tetamu daripada luar negara yg turut sama hadir pada Majlis yg penuh barakah ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah juga lah aku dpt berjumpa dgn mufti Iraq,mufti Austria, Habib Ali, Habib Umar, Dr Zainuddin, Habib Hassan, Pengerusi Al-wariseen, Ulama Amerika, Scotland,Gana, India, Indonesia, dan lain2 negara di seluruh dunia..bukan senang utk berjumpa dgn ulamak2 ni dalam satu hari yg sama. Mungkin ada ramai lagi yg x berkesempatan utk berjumpa dgn mereka, tapi x mengapa, jika Allah izinkan, Allah akan mudahkan lalu tuan2 dan puan2 utk berada dalam majlis ini.

Pukul 5 ptg, majlis bermula dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran daripada seorang Syeikh di Madinah, beliau membaca surah Al-rahman sebagai pembuka majlis. Kemudian diteruskan dgn alunan nasyid daripada wakil Gana, dendangan Qasidah, selawat nabi, dan zikir2 memuji kebesaran Allah. Semuanya berselang seli dgn ceramah2 oleh setiap wakil yg terdapat pd gmbar di atas.

Acara kemuncak nya adalah selepas Maghrib, ramai2 berdiri dan mendendangkan Qasidah memuji kebesaran baginda Muhammad SAW. Berselawat dan berzikir.

InsyaAllah sedikit perkongsian ilmu dan peringatan buat semua :

Kebanyakan daripada ulama2 diatas menekankan suatu hadis daripada Rasulullah SAW.

" Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti mengasihi dirimu sendiri"

Baginda amat kasih pada umat baginda SAW sehingga di akhir kematian baginda, tiada perkataan lain yg keluar daripada mulut baginda melainkan " Ummati, Ummati, Ummati"

Subhanallah, begitu indahnya kasih sayang dan kecintaan sesama manusia yg Nabi ajarkan kepada kita. Begitu kasihnya baginda kepada kita, umat Muhammad SAW yg lebih mulia daripada umat2 nabi terdahulu. Kerana itu, kita sebagai Muslim perlu mengasihi sesama manusia tidak kira ape agama sekalipun.

"Sesiapa yang pada akhir hidupnya, mengucapkan kalimah Laila Ha IllAllah, maka masuklah dia ke dalam syurga Allah"

Habib Umar sampai menitiskan air mata menceritakan tentang kepribadian Nabi Muhammad dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kerana perwatakan mereka begitu mulia disisi Allah swt. Nabi Muhammad sebagai Umat Terbaik seluruh Alam, dan Syeikh Abdul Qadir sebagai penghulu segala wali2 Allah. Beliau menceritakan keperibadian mereka yang sangat taat dan patuh pada perintah Allah. Sheikh Abdul Qadir tidak akan bercakap2 melainkan yang akan keluar daripada mulutnya adalah kalimah "La ila Ha IllAllah". Setiap masa dan waktu beliau akan melafazkannya sebagai memperbaharui iman beliau. Habib Umar mengatakan, ciri perwatakan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani semuanya ada pada baginda Muhammad SAW sehingga beliau diangkat menjadi penghulu wali2 Allah.

Sebagai umat Islam yg mempunyai iman yang lemah, yang hidup di akhir zaman yg begitu mencabar sudah menjadi kewajipan utk kita memperbaharui iman dan ketaqwaan kita pada Allah swt. Siapalah diri kita jika nak dibandingkan dengan ulamak2 besar dan baginda Muhammad SAW. 

"Umat Islam disini sangat bertuah, xperlu susah utk menganut agama Islam, tapi umat Islam di tempat saya (Amerika) mereka susah utk berkumpul besar-besaran sebegini, di sana kami sedikit, cuma satu masalah yang ingin sy pesan di Malaysia adalah akhlak"

Seorang ulamak dan pendakwah aktif di Amerika Syarikat berkata sedemikian dalam ceramahnya. Ye, memang benar sahabat2, masalah kenbanyakan umat Islam disini adalah akhlak. Akhlak yang begitu jauh daripada perwatakan Muhammad SAW. Subhanallah, termasuklah diri yang menulis ini, terasa begitu jauh sekali akhlak diri ini berbanding baginda Rasulullah.

"Sesungguhya diutuskan Nabi Muhammad SAW itu sebagai qudwah hasanah dimuka bumi ini"

Kita sebagai umat baginda, perlu mencontohi akhlah baginda dalam segenap aspek kehidupan, Jadilah umat Islam yang berakhlak sepeti akhlah baginda Muhammad SAW, akhlak terpuji dan disegani.

Alhamdulillah, sedikit cuma yg dapat saya kongsikan, mungkin lepas ni kita boleh try search di Youtube, insyaAlllah mudah mudahan ada. Kedatangan org ramai semalam amatlah ramai, daripada yang baby sampailah ke warga emas. Daripada Utara Timur dan Selatan semuanya datang memenuhi Masjid Putra semalam. Alhamdulillah, semoga Allah memberikan yang terbaik utk semua umat Islam di Malaysia.

Untuk sesiapa yang di sekitar Johor. InsyaAllah kalau x silap malam ni 1 April 2012, ualamak2 ini akan bergerak ke Bandar Baru Uda, ada sambutan di sana. Wallahualam .


Letakkanlah cinta teragung kita kepada Allah
kemudian hadirkan cinta kita kepada Rasulullah
dan sematkan lah cinta kita kepada Ibu bapa
dan akhirnya kukuhkanlah cinta pada diri sendiri.
InsyaAllah akan hadir dalam hidupmu seseorang yang diri dan hatinya juga mencinta Allah dan rasulnya melebihi daripada dirinya sendiri.





4 comments:

adibah aziz said...

alhamdulillah . tak sangka akan jumpa kau .
situasi:no parking

Naim said...

herm..yeke? asal x tegor ke..huhu..btw, mcm ne leh perasan?

adibah aziz said...

dalam kete . alhamdulillah ingatan masih kuat . aku kawan umi .

Naim said...

owhh.sharod? patut la perasan, kawan umi :)
kecik je dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...