Friday, April 27, 2012

Result Exam Keluar, Iman Kita Sentap

Assalamualaikum

Yeahh! Rasa nak jerit kuat-kuat
Saya nak jerit satu kalam yg Allah suke
Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !



Syukur setinggi tinggi syukur, setinggi langit ke tujuh menuju ke arash Allah, alhamdulillah keputusan final exam asasi undang-undang telah selamat tersebar ke seluruh negara menjangkau bumi kenyalang dan warga di bawah bayu. Tahniah di atas keputusan yang cemerlang. Tahniah buat warga UiTM seluruh negara kerana selamat menerima keputusan2 yang indah lagi gundah. Peacee (^_^)v

Ayuh Lihat Langit !

Syukur Allah bagi ketenangan di langit dan begitulah Allah aturkan hidupan2 di bumi ini utk berada dalam kedudukan dan tempatnya. Syukur Allah masih berikan nikmat kesihatan dan kemanan dalam diri kita.Syukur masih ada bulan dan bintang yang turut sama menerangi kegelapan malam. Sykur masih ada matahari yang memancarkan cahaya ke seluruh alam.

Semalam Result Keluar Ya? Ok x?

Saya tahu, di luar sana ramai yang tengah gembira dengan keputusan2 awesome anda.Saya tahu ramai juga yang tengah kusut, kecewa dan bersedih kt luar sana.sabar la k.

Dean List! Amboiii. Hebat!

Tahniah buat mereka yang Allah kurniakan kejayaan. Jangan lupa sebut Alhamdulillah banyak kali sebab kejayaan adalah suatu ujian. Allah x kan bagi kenikmatan utk membuat manusia gembira, tapi Allah bagi manusia nikmat utk suruh manusia Ingat Allah itu sedang menguji iman kita. Begitulah Allah menguji tahap kesyukuran kita sebagai seorang muslim.


Kawan2 yang saya sayanggg sgt kerana Allah,
Saya punya result x lah sehebat kawan2, ya, saya mengaku result saya dalam average student2 biasa je. Tidak lah cemerlang dengan pencapai 4 Flat dan segerombolan 3.9, 3.8 dan 3.7 dan lain2...biasa2 je result saya..tapi ayuh panjatkan rasa syukur dalam diri kepada Allah taala yg kurniakan sesuatu yg terbaik dalam hidup kita. Katakan pada Allah, suatu rasa syukur yang x terhingga kepadanya.


Jangan Kecewa !! Ok?


Allah tu sayang sangat dekat hamba dia. Allah tu x pernah kejam. Allah tu Maha Adil. Allah tu Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Setiap apa yang kita zahirkan, kita katakan, kita ucapkan, semua Allah tahu. Allah x pernah kedekut dengan kita, Allah sentiasa bagi kita peluang bertaubat setiap hari, Allah sentiasa buka pintu rezeki dekat kita, Allah sentiasa bagi kita rahmat dan nikmat.. Tapi sedar kah kita akan kebesaran Allah ini?


Kawan2,tetapkan Keyakinan Bahawa Allah itu Maha Mengetahui setiap benda yang kita x tahu. Allah tahu mana yang terbaik utk kita, so, rezeki Allah bagi memang sentiasa terbaik utk hambanya.X perlu kecewa kalau result x berapa gempak macam orang lain.Rezeki manusia kan lain2, setiap orang ada bahagiannya.


"Ada perkara yang kita sangka baik, tapi buruk di mata Allah..ada juga perkara yang kita sangka buruk, tapi baik di mata Allah "


Allah x pernah kejam


"Kalau Kita Bersyukur, Allah tambah" tapi "kalau kita kufur, Allah tarik"..Ayuhh, pecaya, betapa ohsemmnyaa menjadi Hamba Allah ni:)


Hapuskan Jahiliyah Minda !


1) Hapuskan konsep "aku dah doa, tapi Allah x  
    makbulkan"



Setiap apa yang kita usahakan adalah ganjaran terbesar yang Allah akan hadiahkan dalam hidup kita suatu hari nanti. Allah x pernah kejam, Allah tahu kita berdoa, Allah nampak kita menangis, Allah nampak kita qiam, Allah nampak kita sujud dekat Dia, Allah tahu semuanya...tapi...setiap apa yang Allah Tahu tu..manusia x pernah Tahu...Jadi setiap apa yang terbaik pada mata manusia, Allah lebih tahu ada sesuatu yang lebih baik daripada itu. Bukankah Allah itu Maha Pencipta, Maha Berkuasa lagi Maha Adil? Yakinlah, Allah sebenarnya tengah menguji kesabaran dan keikhlasan kita beribadat kepadanya.

2) Hapuskan konsep "kenapa selalu rendah,kenapa
    asyik aku "



Kenapa kita selalu pandang pada kegagalan? bukankah dalam hidup kita, sudah berjuta nikmat yang Allah hadirkan dan kurniakan..bukankah antara nikmat dan kesusahan itu, Allah hadirkan nikmat jauh lebih banyak daripada kesusahan dalam hidup kita. Kenapa kita x pernah nampak nikmat ini? Kerana kita selalu nampak keburukan yang Allah berikan, kita x mahu memandang hikmah yang Allah aturkan. Ada hikmahnya yg Allah berikan dalam hidup kita, perancangan Allah lebih awesome daripada perancangan kita. Sy pun kadang-kadang mengeluh macam ni, tapi utk apa kita mengeluh? Bukankah kalau kita mengeluh, sebenarnya kita mengeluh dengan Allah? Astagfirullah, siapa kita nak mengeluh dengan rezeki dan takdir Allah? Kita hanya insan yang sangat lemah, Allah itu yang cipta kita, dia sedang menguji ketaatan dan keyakinan kita terhadapnya.


3) Hapuskan konsep "usaha aku sia2 je, penat aku
    belajar, macm ni jugak"



Sahabat, ayuh kita kembali kepada sirah perjuangan Nabi Nuh alaihi salam. Allah itu menguji ketaatan Nabi  Nuh sebagai utusan Allah untuk berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun. Selama 950 tahun ini lah Nabi Nuh berdakwah siang dan malam utk mengajak umatnya kembali kepada jalan lurus dan taat pada perintah Allah taala. Namun, berapa ramai sahaja yang ikut dan patuh pada perjuangan baginda? Sedangkan keluarga baginda sendiri tidak beriman kepada Allah swt. Jadi apakah dengan hasil dakwah baginda ini, kita katakan baginda adalah Rasul yang gagal? Adakah dengan hasil dakwah ini perjuangan dakwah baginda selama 950 tahun itu sia2?  Sesungguhnya Allah itu tidak pernah mensia siakan usaha hambanya, kerana Allah tidak pernah lihat kepada hasilnya, Allah hanya lihat pada usahanya. Begitulah Adilnya Allah swt kepada umat manusia.


4) Hapuskan konsep " kenapa dia lagi tinggi daripada    
    aku "


Kawan2 saya yang handsome dan comel, Nabi Muhammad ajar kita, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih rendah daripada kita..jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih tinggi kedudukannya.


Kalau kita makan maggi, bndingkan dgn rakyat Palestin yg berebut sekeping roti.

Kalau kita dapat result 3.49, bandingkan result kita dengan kawan yg dapat 2.99.

Baginilah cara yang Rasulullah ajarkan kepada kita supaya kita rasa lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepada kita.


Cemburu dalam menuntu ilmu itu tidak mengapa, tapi kalau membandingkan rezeki yg Allah kurniakan itu bukan sikap seorang Muslim.


5) Hapuskan konsep " aku bodoh, dia pandai"


Bukankah kebodohan dan kepandaian itu milik Allah? Ayuh, kita tadah tangan dan pohon kepadaNya. Supaya Allah kurniakan kita minda yang awesome, cerdik, bijak, pandai dan brilliant.


6) Hapuskan konsep " sebab aku belajar sungguh2, aku
    dapat DL"



Inilah sikap riak dan takkabbur yang sering kita tidak perasan.. Usaha hanyalah asbab kepada kejayaan kita, tapi kejayaan kita adalah rezeki dan keizinan daripada Allah.. Usahalah kita sebanyak mana sekalipun, tapi kalau Allah x izinkan, maka tidak berjaya juga kita.. Maka ingatlah kita, bahawa kejayaan kita adalah dengan izin Allah taala, bukan atas usaha kita.


Ayuh Tajdid Minda !




Usaha Lebih Banyak ! Study Biar Ikhlas ! 
Doa sampai nangis ! Solat lebih mantOp !






Tuesday, April 24, 2012

Peguam Bukan Kerjaya ke Neraka

Assalamualaikum


Sebagai seorang pelajar jurusan undang2 
Pastinya pandangan skeptikal masyarakat terhadap saya adalah negatif
Ya, bagi mereka prospek kerjaya dalam bidang undang2 pastinya negatif

Alhamdulillah Allah masih izinkan saya untuk menikmati sedikit masa lapang dan meluangkan masa sy dgn blog tersayang. Semalam saya baru sahaja dapat surat tawaran untuk sesi temu duga kemasukan Ijazah Pertama Undang-undang di UKM..dan insyaAllah 6 Mei nanti adalah hari temuduga saya..27 April nanti akan keluar keputusan Final Exam Foundation Law sy.. IsnyaAllah sy mohon semua pihak mendoakan kejayaan saya disini..mudah mudahan mendapat kejayaan terbaik.

Mungkin masih ramai lagi yang x tahu saya sebenarnya penuntut dalam bidang undang2..dan alhamdulillah saya dah selesai menamatkan tempoh pengajian dalam Asasi Undang2 selama setahun di UiTM Shah Alam. InsyaAllah, dalam bulan 9 nanti akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama.

Bercerita tentang prospek kerjaya Undang2..sudah pasti ramai pihak yang berfikiran negatif dengan kerjaya ini..tambahan pula, undang2 yang saya pelajari adalah undang2 civil..jadi terlalu banyak tomahan dan kritikan yang saya terima sejak awal saya memilih utk masuk ke bidang ini..Tapi Alhamdulillah, saya masih ada keluarga yang menjadi sumber kekuatan saya utk terus bertahan dan membuktikan kejayaan sy dalam jurusan yg saya pilih

Pandangan dan kriktikan paling selalu saya terima adalah :

"Belajar undang2 dah tempah sebelah kaki ke neraka"

Subhanallah, saya pohon, siapa2 yang mengeluarkan statement ini silalah bertaubat. Saya sendiri terkilan dengan pandangan skeptikal ini yang terlalu rigid dengan undang2  negara kita. Sebagai seorang yang terdidik dengan ilmu2 agama, saya sendiri agak terkilan dengan pandangan x berhemah sesetengan daripada masyarakat negara kita.

Jadi biarlah saya memulakan bicara saya dengan hukum halal dan haram ini.

1) Hukum menuntut ilmu


Dengan jelas saya nyatakan, hukum menuntut ilmu adalah wajib bagi semua umat Islam. Akan tetapi kalau ilmu itu adalah ilmu yg membawa keburukan dan kemurkaan Allah kepada umat Islam, maka Ilmu itu haram dipelajari. Jadi jelas perbahasan hukum seperti yang Islam gariskan.

2) Ilmu Fardhu Ain / Fardhu Kifayah

Secara telusnya ilmu2 yang melibatkan hubungn dengan Allah adalah Fardhu Ain, seperti ilmu Aqidah, Ilmu Usuluddin, Ilmu Al-quran, Ilmu Shariah dan lain2..akan tetapi sebagai umat Islam yang hidup dalam komuniti manusia yang pelbagai agama dan bangsa, maka Islam meletakkan ilmu fardhu kifayah yang perlu dikuasai oleh Umat Islam agar tidak menjadi umat yang ketinggalan dan dikuasai Kafir.

3) Hukum Undang2 Allah/ Hudud

Dalam Al-quran dan Hadis jelas menyebutkan hukum hudud ini wajib dilaksanakan. Tidak dapat tidak semua orang harus akur bahawa hukum hudud ini adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Jadi terdapat banyak garis panduan yang Allah tetapkan dalam kes2 jenayah seperi mencuri, zina, minum arak, lian dan lain. Kesemua ini telah ditetapkan Allah, dan wajib dipatuhi.

4) Sumber Undang2 dalam Islam

Sumber utama adalah Al-quran dan Hadis..sumber keduanya pula adalah daripada ijma ulamak,fatwa,qias, masalihul mursalah, istihsan, uruf wal adat dan qoulu sahabi. Jelas bukan Federal Constitution yang menjadi sumber undang2 dalam Islam.

5) Hukum Tidak Menunaikan Fardhu Kifayah

Secara jelas, saya nyatakan apabila Fardhu Kifayah ini tidak ditunaikan oleh seorang muslim dalam kawasannya, maka hukumnya berdosa. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk peka dan cakna terhadap keadaan sekeliling. Kita harus melihat dari sudut pembangunan ummah dan bertindak utk kepntingan Islam.

6) Jadi Apa Pula Hukum Jadi Lawyer? Jadi Hakim? Belajar Undang2 Civil?

Maka, kepada pihak2 di luar sana yang masih belum belajar undang2, sila nyatakn pandangan anda? adakah anda ingin terus katakan Hukumnya Haram? Adakah anda ingin katakan prospek kerjaya ini menempah tiket ke neraka? Adakah anda ingin mengatakan pekara ini hanya mendokong undang2 kafir dan x membawa manfaat kepada Umat Islam? 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Sahabat yang disayangi kerana Allah, saya juga seorang yang berfikiran dan berwawasan untuk pembangunan agama Islam dalam negara kita. Jadi adalah tidak adil dan tidak wajar kepada pihak2 diluar sana yang ingin mengajukan tomahan2 dan hujah2 yang tidak bernas kepada saya tanpa mengkaji dan memahami Islam ini dengan lebih mendalam. Sukalah saya katakan disini, saya tidak pernah menolak Hukum Allah, saya tidak pernah katakan Hudud itu tidak relevan, saya tidak pernah kata Alquran dan Hadis itu ketinggalan Zaman.. Saya katakan disini Undang2 Allah adalah relevan dan yang Tertinggi sepanjang zaman..dan ianya tidak boleh ditolak..

Jadi Persoalannya, kenapa saya belajar undang2 civil?

Jawapannya cukup mudah, kita ini berada di zaman yang dicengkam dengan penjajahan minda dan kuasa. Pihak2 yang menguasai kita adalah pihak2 yang tidak memahami agama kebanyakannya, pentadbiran negara kita sudah dijajah sejak sekian lama, dan minda kebanyakan rakyat negara kita sudah tidak lagi berfikrah agama.


Jadi sampai bila mahu membiarkan prospek kerjaya ini dipenuhi dengan orang2 yang tidak memahami agama, orang2 kafir dan orang2 yang zalim? Sampai bila mahu duduk diam dan hanya tahu berkata "Undang2 Civil ini Zalim" tanpa sebarang usaha utk menceburi bidang ini dan memahami prospek kerjaya ini dengan lebih mendalam? Sebelum kita berupaya utk mengubah sesuatu perkara, kita harus memahami perkara tersebut terlebih dahulu.


Ini adalah Fardu Kifayah kepada saya dan ramai lagi kawan2 yang mempunyai fikrah agama di luar sana. Kenapa saya perlu takut utk menceburi prospek kerjaya ini? Saya sendiri ada matlamat dan prinsip hidup yang membawa saya lebih berani utk berada dalam bidang ini. 

Kalau hari ini anda menolak hukum civil, jadi saya cabar anda jangan gunakan perundangan negara ini langsung..kalau hari ini ada saudara mara anda dibunuh, dirompak, diragut,dirogol atau terlibat dengan kes2 luar tabie sekalipun, maka saya cabar anda jangan laporkan kepada pihak polis mahupun pihak berkuasa..kerana dihujung penyelesaian, undang2 civil juga yang kita akan gunakan..

Maka bagi pihak2 yang mengatakan "Jadi Peguam ini sebelah kaki ke Neraka" apa pendirian anda kalau anda sendiri pun melaporkan kepada pihak berkuasa dalam hal2 seperti yg saya sebutkan tadi? Tidak kah anda sedar bahawa anda sendiri mendokong kuat undang2 civil ini? Jadi jikalau tomahan sebegitu anda lampirkan kepada saya, suka lah saya lampirkan tomahan kepada anda bahawa "Memilih Undang2 Civil sebagai jalan penyelesaian sebenarnya Menempah Tiket Ke Neraka" . Adakah anda tidak sedar akan perkara ini, atau anda terlalu suka berkata-kata tanpa ilmu dan pemikiran yang lebih matang?

Dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan pelbagai masalah. Setiap masalah pasti perlu diselesaikan dengan cara dan jalan nya. Masalah akan sentiasa timbul dan jika tidak dikawal, masalah akan sentiasa bertambah dan meruncing. Jadi kerana itu lah kita perlukan undang2 untuk mengawal permasalahan2 ini. Adakah kita ingin membiarkan masalah2 ini terus berlaku dan tidak diselesaikan? Adakah kita akan terus menunggu pihak berkuasa melaksanakan undang2 hudud, barulah kita ingin menyelesaikan masalah2 yang semakin bertambah ini? Jadi dalam proses menunggu undang2 hudud ini terlaksana di negara kita, adakah kita harus membiarkan masalah2 ini terus berlaku dan merosakkan minda serta norma masyrakat kita sendiri?

Sudah tentulah jawapannya tidak..kita harus percaya, bahawa Usaha dan Jihad utk menaikkan undang2 hudud di negara kita ini masih kuat dilaksanakan oleh pihak2 yang berwajib. Jadi sementara usaha2 untuk melaksanakan hudud di negara kita dilakukan, kerusi2 dan kekosongan dalam prospek kerjaya undang2 civil ini juga perlu dipenuhi oleh orang Islam yang mempunyai fikrah agama. Tidak kah anda berfikir bahawa minda masyarakat kita sudah dijajah, jadi sebelum undang2 hudud ini terlaksana, yang kita perlukan bagunkan adalah ilmu dan fikrah.

Sahabat2 yang saya kasihi, cuba renungkan dan bayangkan, andai kata suatu hari nanti pemerintah di negara kita sudah bersedia untuk melaksanakan undang2 hudud, dan pada masa itu prospek kerjaya undang2 civil ini dipenuhi oleh orang2 kafir dan org2 Islam yang tidak mempunyai fikrah agama, jadi sudah pastilah akan berlaku pertembungan dan pertelingkahan yang dahsyat antara dua golongan ini. Kita sudah maklum, sejak berdekat dekat lamanya negara kita mengamalkan undang2 civil, jadi untuk mengubah sistem kehakiman dan perundangan negara kita adalah sesuatu yang sangat susah dan memerlukan toleransi dan pemahaman semua pihak.. Jadi bagaimana mungkin Undang2 Hudud mampu tertegak di negara kita kalau mendapat tentangan daripada pengamal2 undang2 civil di negara kita sendiri? Sudah tentu akan menimbulkan masalah dalam masyarkat Islam kita sendiri. Inilah akibatnya apabila ramai orang Islam yang tidak mahu belajar dan menceburi undang2 ini dan hanya tahu mengatakan undang2 ini sebagai undang kuffar yang menempah kaki ke neraka.
Oleh kerana itu lah, prospek kerjaya undang2 civil ini adalah suatu fardhu kifayah yang perlu diisi oleh golongan2 yang mempunyai fikrah agama

Jangan biarkan bidang kerjaya ini dipenuhi oleh orang kafir sahaja, jangan biarkan kerjaya ini dipenuhi oleh mata2 duitan..tetapi saya cabar kepada pihak2 yang memberi tomahan2 negatif itu, tampil ke hadapan dan berani bersemuka dengan realiti kehidupan..ini adalah tanggungjawab kita untuk mengubahnya, bukan hanya tahu duduk diam dan kritik tanpa wawasan.

Inilah sebenarnya penyakit masyarakat Melayu di negara kita, hanya tahu kritik dan bercakap tanpa mengkaji dan memahami terlebih dahulu. Begitulah juga kepada mereka yang hanya tahu kritik pasal politik negara, saya tidak marah anda mengkritik, tapi ayuhlah tampil ceburkan diri dalam bidang politik, kerana semangat dan fikrah anda yang Islam inginkan.

Persoalan saya untuk semua pihak?

Adakah anda berasa kerjaya pilihan anda itu selamat daripada dosa ? Saudara saudari yang saya sanjungi, sebenarnya tidak kira lah apa juga prospek kerjaya yang anda ceburi dan anda lalui, tidak dapat tidak anda sebenarnya terdedah kepada dosa..Bahkan menjadi seorang Ustaz dan Pendakwah pun anda terdedah kepada dosa. Kerana apa? Kerana anda sebenarnya memegang suatu Amanah..amanah inilah yang menentukan sebelah kaki anda di neraka atau tidak.. Bukan pengamal undang2, bukan Dokor, bukan Pensyarah, bukan Polis, bukan accountant dan bukan Cikgu tetapi Amanah..Amanah lah yang menentukan anda ke Syurga atau Neraka Allah. Nauzubillah min zalik .

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah 9:105]

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [al-Mu’minun 23:01]

Iaitu orang-orang yang menjaga amanah dan janjinya. [al-Mu’minun 23:08]

Adakah saya x mahu mengambil jurusan undang2 Syariah?

Sudah tentu saya ingin mengambilnya, insyaAllah, saya selesaikan degree saya satu persatu. Doakan hajat saya utk habiskan degree dalam dua bidang ni berjaya.Aminnnn. Memang saya nak belajar dan faham tentang kedua dua kaedah perundangan ni, baru lah ada keseimbangan dalam melaksanakan kerja saya.

Pesanan saya untuk semua :

Jangan jadi umat Islam yang pengecut, tapi jadilah umat Islam yang berani dan realistik..penyakit dalam diri kita adalah selalu sangat mendengar kata2 orang tanpa bukti, tanpa ilmu, dan tanpa berfikir panjang. Kalau niat di hati ingin membuat baik, kenapa perlu toleh kanan dan kiri, terus sahaja ke penghujung. Dunia hari ini penuh fitnah, kalau kita terlalu hiraukan godaan2 di kiri dan kanan kita, silap2 haribulan kita sendiri sesat dalam perjalanan kita. Islam ini tidak akan menyusahkan umatnya, tapi kita sendiri yang menyusahkan agama kita.Kalau kita hendak menyalahkan undang2 di negara kita, sedar atau tidak, semua prospek kerjaya yang anda ceburi sebenarnya menggunakan undang2 civil dan based on undang2 civil. Jadi, yang menjadi masalahnya bukan undang2 tapi diri kita sendiri. Kepada mereka yang belajar dalam bidang undang2, saya mohon, sematkan lah fikrah agama dalam diri anda, jangan membela mereka yang sudah jelas melakukan kesalahan, jangan hanya tahu mengaut keuntungan, berusahalah menggunakan medium undang2 yang sedia ada untuk menegakkan keadilan dan membantu golongan yang x berkemampuan dan tertindas. InsyaAllah, sama2 usahakan. Wallahualam :)

Di sini ada sedikit persoalan yang saya ajukan kepada Saudara Hilal Asyraf :

    • Assamualaikum al akh Hilal Aysraf,
      Saya pelajar Undang2 Civil di salah sebuah universiti di Malaysia ni,
      Jadi saya nk tanya Hilal apa hukum saya belajar undang2 civil, dan hukum saya jadi peguam dan hakim dalam undang2 civil negara kita ni? Mohon penjelasan Hilal sebab saya perlukan suatu jawapan kepastian sebelum saya masuk ke alam pekerjaan. Terlalu banyak tomahan yg saya terima dan menganggap prospek pekerjaan undang2 civil ini sebagai menempah kaki ke neraka. Terus terang saya katakan, saya sendiri ada matlamat sy dalam undang2 civil ini dan saya menganggap ini adalah suatu amanah kepada saya utk masuk ke bidang kerjaya ini. Bagi saya, kalau tidak sy yg mempunyai sedikt kefahaman dan fikrah agama ini yg menceburkan diri dalam kerjaya ni, siapa lagi yg perlu dihrapkan oleh orang Islam? jadi sy mohon penjelasan Hilal dalam kemuyskilan sy ni. Syukran akh.

  • 3 hours ago
    Hilal Asyraf
    • Waalaikumussalam.
      Okay je belajar undang-undang sivil.
      At least kena jugalah tahu macam mana undang-undang sivil ni. Kena ada kepakaran akannya. Baru kita nampak mana kelemahannya, di mana kebaikannya. Mana yang baik, pada masa hadapan kita nak kekalkan. Mana yang buruk, pada masa hadapan kita nak buang.

      Untuk melengkapkan perjalanan saudara,
      saya nasihatkan ambil juga degree dalam undang-undang syariah.
      Senior saya yang ambil jadi peguam ambil dua-dua.

      Di situ, adalah check and balance.

      Belajar tak pernah salah.
      Menjalankan hukum yang salah itu yang salah.

  • 2 hours ago
    Naim Fital
    • Terima kasih..memang sy ada plan nak amik degree in syariah lepas habes belajar civil law nnti.. Sy cuma perlukan pndangan2 daripada org2 mcm hilal ni sahaja..dan sy pun sependapat dgn akh hilal..insyaAllah, ada kebaikannya. Syukran 



Thursday, April 19, 2012

Isu Demonstrasi PTPTN via Pandangan Dr Asri

Assalamualaikum


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;


1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.


2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.




3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.


4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.




5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.


6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.


7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.


8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.


9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.


10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap. (www.drmaza.com)





Monday, April 16, 2012

Perjalanan Hidup Sebagai Senior di Kisas

Assalamualaikum



Alhamdulillah, ade sikit kelapangan utk aku bermesra dgn blog ni
Entry kali ni adalah sambungan daripada entry yang lepas
Bagi siapa2 yang xsempat baca lagi boleh klick dekat tajuk bawah ni


"Rindu Suasana Tarbiyyah di Kisas"

Setahun berlalu menghabiskan zaman pentarbiyahan abang2 senior di kisas...dan zaman yg dinanti nanti akhirnya tiba..huhuu..i called it The Golden Year..tapi diri ini sedar, perjalanan sebagai senior di bumi ini tak pernah sama dgn tempat lain..aku dan kawan2 lain memikul satu amanah yg sgt berat..amanah utk mendidik adik2 menjadi insan berguna..amanah utk menjaga bumi waqafan ini agar terus terpelihara..amanah utk menjaga batch kami agar terus subur ukhwahnya,dan amanah untuk menjaga tradisi bumi waqafan agar terus terbela....

Masa mula2 masuk f5, aku tengah sakit...masa tu aku baru je 2 bulan operation..kaki aku pun x sembuh lagi..masih dalam pantang..walaupun aku x larat lagi utk bergerak normal mcm kawan2 lain, tapi semangat nak masuk ke alam Senior ni begitu kuat..maklumlah jadi budak SPM..wahhh...this is the final destination...tipu lah x excited...dalam kepala ni fikir..tahun ni nak belajar betul2..x kesahlah sakit ke x..nak belajar..belajar..belajar....hahaha..Semangat yang xde lawannya..dan aku yakin, semua orang berperasaan mcm ni..dan kadang2 semangat sahaja yg lebih..bila dah masuk f5..indah khabar dari rupa..hehe..

Aku ingat lagi, betapa susahnya perjalanan hidup aku masa f5...tengah sakit..hari2 kene gerak pakai tongkat..bayangkan macam mana aku nak pergi sekolah..setiap ary kene naik turun tangga..kene naik turun jejantas..ya Allah...sampai tahap nak minta mak tukarkan sekolah..tapi sebab sayang sgt nak tinggalkan bumi waqafan ni...aku sanggup teruskan perjuangan di sini...setiap ary aku mengeluh sakit..bukan senang nk belajar dalam sakit ni..hanya Allah sahaja yg tahu..



Tapi..sykur Alhamdulillah sebab Allah kurniakan aku kawan2 yang baik..kawan2 yang memahami..kawan2 yang selalu amik berat..x mungkin aku lupa jasa korang semua...kindly tanx to all my friends, my classmates, my roomates, my housemate and generally to my batch...only Allah can bless u all...tanx tanx and tanx... Setiap hari pergi kelas, ade orang yang akan teman aku..ada orang yg akan bawakkan beg dan buku aku..ade orang yang akan tunggu aku kalau lambt..ade orang yang akan papah aku kalau aku penat..kalau nak pergi makan, ada yang akan amikkan nasi aku..ade yang akan amikkan air aku..ya Allah..x boleh ingat benda ni..terlalu sedihh..maaf sebab aku menyusahkan korang..tapi aku x mampu nak buat benda tu sendiri..aku x tahu nk cakap ape..x terdaya aku nak balas jasa korang..terima kasihhh ..

Dalam entry ni aku nk sebut nama someone...Khairul Anuar @Tangok...kindly tanx to u dear friend..sebab die terlalu byk tolong aku daripada aku mula2 sakit...kalau korang nak tahu..every single day die akan teman aku pergi sekolah..pagi2 die akan siap awal dan pergi bilik aku and tolong2 aku prepare nk pergi kelas..beg aku die bawak even bahu die pun sakit....kadang2 sarapan aku pun die dah siap anta bilik..pernah baju aku pun die gosokkan..ya Allah..what kind of friend is this...kau terlalu baek utk semua ni..x mungkin dan x mungkin aku lupe...syukur sebab Allah permudahkan hidup aku masa aku sakit... dan xdapat aku nak bals every single things yang kau tolong aku..tapi...janji aku..doa utk kau dan semua kawan2 pasti ada...semoga Allah balas semua jasa2 baik korang...



X lupe jugak utk classmate aku, Mad, Alip, Amir, Aziz, Wahyu, Qeiro, Munir, Muiin, Zahidan, and Safwan..terima kasih kerana bantu aku dalam semua benda termasuk ajar2 aku even a single thing in life..rinduu gile nak borak2 dgn korang..rindu gle nk gelak2 dgn korang..rindu gle nak ngarut2 dgn korang..huhuhu..so many things happened in class...dedicate to Muhammad bin Sifyan@Mad...kau member paling rapat dgn aku sejak f4..sebab kita kenal masa ary daftar lagi..x sangka sama kelas sampai f5..duduk sebelah dgn kau adalah suatu kepuasan..kah3..jgn lupe semua cerita2 and cita2 kita...cakap nak amik aku jadi adik ipar kau..kah3! sampai sekarang pun kalau jumpa kau, xpenah xde bahan nak gelak..ade je benda nk borak la..sampai roomate aku kt uitm ni pun dah kenal kau..untuk yang muslimat kelas aku....kalau ade doa korang utk aku..semoga Allah balas jasa korang :)

Back to the Fundamental things in kisas... Tarbiyyah..

Sebulan pertama di kisas adalah nikmat sebab adik2 junior x masuk lagi..kat sinilah nak tengok keberkesanan didikan abang2 terhadap batch 55 ni..1st day masuk surau..wahhh..ramai jugak yg pakai serban..penuh betul cermin belakang surau tu..semua orang berkumpul amik giliran nak ikat serban..hehehe...tingkap2 surau yang boleh pantul muka pun jadi sasaran nak ikat serban.. Tapi...maklumlahh cuti panjang ramai yang x pakai serban..so benda boleh buat 2 minit jadi setengah jam pon ada...hahah :P 

Sebelum masuk surau, aku sempat tengok..selipar semuaaa terususunn rapi je..ehh ni sape suruh ni? ade warden arah ke? rupa2 nya xde sape suruh..ni semua inisiatif individu..susun sendiri selipar masing...ya Allah, kagum kagum dan sgt kagum.. Kami ni f5! Bukan f1 tau boleh buat macam tu...f5 pun boleh..tapi kat bumi waqafan je la kita boleh tengok..its amazing..cantik jee selipar tersusun..



Salam dan senyuman terus tersebar...ukhwah kami makin mantap biarpun dah berbulan x bersua..setiap orang yang aku jumpaa..pasti akan wujud perkataan "Assalamualaikum" ... x kesahlah sapa yang mulakan dulu.. macam ni lah budaya hidup kat kisas yang sgt unik...sesama batch pun salam x penah tinggal...ni semua adalah didikan abang2..Qudwah hasanah yang diorang tunjukkan menjadi penanda aras utk kami contohi..sebab tu lah bila naik f5...semua ilmu2 dan teguran2 yang abang2 senior sampaikan berkesan utk kami sampai lah kami pulak yang jadi senior...

Jadi Sekarang kami senior? Apa patut kami buat ? ya Allah....besar amanah senior2 ni...

Perancangan demi perancangan diatur..rakan2 Badar, naqib2, ahli batch semua bermesyuarat utk menyambut adik2 baru..x sabar rasanya utk meraikan ahli baru Bumi Waqafan...x lupe juga barisan2 Ketua Rumah..Khalid, Omar, Ali, Thariq....semua tengah sibuk memastikan bilik2 kemas dan bersih untuk dihuni adik2 baru...

Dalam sakit2, aku pun dapat amanah sebagai Ketua Rumah@House Captain..winkk2 ^_^ x sangka ada jugak rezeki..kindly tanx to all omarians yang byk bagi sokongan!! Pengalaman bersama Omar adalah kenangan paling sweet! sweetest than candy that i ever tried..haha..Love omarians..And we always no 1 :)



Maka pabila adik2 senior masuk..pelbagai ragam lah yang mereka bawak..ada yang berambut panjang..ada yang berambut punk...ada yang berekor..ada yang buat fashion ala2 bunkface..fuhh..caiyaa la adik2 ku..abang sayang korang..haha...ade yang muka ketat..ada yg seluar ketat..ade yang macho melampau ada yang selekeh melampau..ada yang pemalu dan ada jugak yg x tahu malu...hehe..abang memang sayang korang...kui kui kui


Slogan kami utk adik2 junior :


Kehadiranmu dirai, Kebetanmu dinanti ! :)

Dah tentu yang masuk kisas wajib dapat 9A...so, bukan calang2 orang yang masuk kisas ni..pasti orang yang hebat..maka abang2 junior pun mula lah melihat2 adik2 yang datang daripada pelbagai arah dalam Malaysia ni..Ha...Selamat menuju ke rumah2 andaaa :D




Tazkirah,teguran,nasihat,qudwah hasanah dan bimbingan adalah antara element asas dalam mentarbiyah..sebagai ahli bumi waqafan, maka wajiblah mereka tahu..ape 5 keunikan kolej Islam..perkara wajib tahu ni..masa aku f4 dulu, abang2 selalu tekankan 5 perkara ni.kalau salah satu daripada 5 perkara ni x jaga..memang kene marah la..




Ayuh baca Al-mulk reramai...maka pada malam harinya..selepas habis prep malam...pukul 11 mlm wajib la berkumpul kat surau...maka berbondong2 lah turun..adik2 junior yg lambat! ade denda utk anda..berani lambat la...kene marah baru tahu..hehe...


Abang2 senior pun atas nama Qudwah Hasanah, turunlah jugak reramai..supaya adik2 tercabar..supaya diorang rasa tertarik utk ikut tarbiyyah ni...tapi kebanyakan hari, f5 akan liqo di floor masing2...


Lepas Al-mulk akan ada sesi tazkirah..masa ni laa nak buat sesi taaruf dgn adik2..masa ni jugak lahh abang2 nak tegor junior..masa ni jugak laaa abang2 nak bangkitkan masalah2 adik2..masa ni jugaklahh pengemuman2 dibuat..masa ni jugak abang2 nak marah adik..masa ni juga nak tengok junior mana yang berani bangun bagi tazkirah! hehehe....

Dan masa Liqo al-Mulk ni la nak tegor semua individu..x kira senior x kira junior...hebatnya kolej islam, sebab sapa2 pun ada hak nak bangun nak bagi tazkirah..xperlu Badar, x perlu senior, xperlu naqib, dan x perlu KP...siapa2 pun boleh bagi teguran..



Setiap hari benda yang sama akan dilakukan..teguran demi teguran dibuat utk bentuk sahsiah pelajar kisas..daripada sekecil-kecil perkara sehingge ke besar besar perkara akan diketengahkan lepas al-mulk....


Kalau weekend, selalunya akan ada Liqo Muhasabah..masa ni lahh nak muhasabah diri adik2... masa ni laa ada nya Api dan Air...Api tu adalah "marah"...air itu adalah "nasihat"...kita akan guna dua pendekatan supaya adik2 ni rasa takut...dan ada masa yang sama mereka boleh terima teguran2 kami...



Rindu kat insan2 di atas....Arep, Aziz and Rauf...Kalau korang nak tahu Arep ni Abang Besar..die ni ketua kalau ada program2 nak marah junior ke nak provok junior ke..tapi selalunya dia yang rancang tapi yang akan lead aku and rauf... Abang Aziz kita ni die baik..huhu...die cool je..


Masihkah kau ingat kawan2 ku? Disaat junior menitiskan air mata keinsafan....masihkan kau ingat kawan2 ku di saat Naji buat muka kerek? haha... Masihkah kau ingat kawan2 ku di saat Prob mengamuk? Masihkah kau ingat kawan2 ku apabila Bairuni dengan kes hebatnyaa?  haha..mcm2 betul laa junior ni..


Dalam process mendidik adik2....batch punya masalah juga perlu diselesaikan...batch juga perlu ditarbiyah...kindly Tanx to ketua batch saudara Ikhwanuddin.. KU , Mr Fitri Fahmi.... Saudara Talhah...Amir Lutfi  dan Saudara2 Badar sekalian..heheh... x lupe juga kepada Saudara Syazwan Fadeli yang begitu komited menjaga solat ahli batch dan adik2 junior...wahhh....aku rindu nak dgr Syazwan Fadeli tazkirah pasal solat...huhu...anda semua adalah antara pencorak batch yang dihormati :)


sahabat2 yang dikasihi kerana Allah,
aku rindu nak tahajjud dgn korang..tidur surau reramai..bawak turun bantal selimut bagai kt surau...tiap2 ary study sana..tdo sana..kadang2 bangun2 naik bilik tdo balik...x sempat tahajjud pun..hehehe :P masihkah kau ingat? jangan lupe kenangan ni! Surau kisas sentiasa diimarahkan....pukul 3 pagi 4 pagi 5 pagi pun masih ramai yang tgh berqiamulail.....subhanallah..ni lah biah solehah yang sgt dirinduii...


Masihkan kau ingat kita g prep sesama? g kelas sesama? kene kejar dgn cikgu Nani sebab pakai selipar g prep? hehe... kadang2 kita kumpul, kene marah, kene tazkirah dengn Ustaz Mail..ustaz Sheikh...x gitu bukannn?? Sampai kita naik fade up asyik2 roll call..pagi2 sabtu kat Masjid pun ada roll call..


GENG KUAT MAKAN. HAHA
One thing yang kita semua akan rindu adalah NTD....jom Ntd..Memalam berpuluh puluh bungkus order Wak Kanang terima..pukul 2 pagi lapar je Ntd...hahaha..memang x mungkin lupa la suasana makan Ntd ni..ada yang dah tidur, mintak kejutkan kalau Ntd sampai..bukan semua yang rajin pergi order kt depan pagar tu..ade jugak yang pemalas..huhu..tiba2 teringat Afiq Zahin, Paweh, and Talhah..komee ni geng kuat makan..haha...jangan lupe kenangan2 kita makan sesama..


Masihkan kau ingat Doa Wehdah yang kita baca sesama? Yassin setiap malam? Masih ingat air mata ukhwah yg kita sama2 titiskan? Masih ingat Lagu Badar batch kita? Rinduuuu betul laa aku nk buat benda2 ni dgn korang..sekali lagi kita reunion pun belum tentu boleh buat mcm ni...


Hari demi hari berganti..Maka SPM pun tibaa...Masa ni semua orang studyy gle2...Qiam makin kuat...bilik2 studyyy terang je..surau penuh dgn manusia...bilik2 dah semak samun sebab x terurus..


Kami yakin batch kami batch terbaik

LEPAS HABIS LAST PAPER SPM

Dan akhirnyaa kehidupan di luar kisas pun bermula...kita mula berlayar di atas bahtera tajdid...kita tersebar ke seluruh pelusuk bumi...yang kita bawa adalah rantai2 dakwah...hari ini dah ramai ahli batch kita yang Fly..alhamdulillah....tahniahhh...esok lusa  pun ramai lagi yang akan fly...insyaAllah..alhamdulillah...dan masih ramai lagi yang study dalam negara tercinta...alhamdulillah...kemana pun kita pergi..kita pasti boleh bercambah menjadi pohon yang subur...kerana kita adalah biji benih yang disemai dengan baja2 berharga di kisas....Aku bersyukur kerana Allah bagi aku peluang untuk mengutip seberapa byk ilmu disini..ilmu2 yang pasti akan berguna utk aku dalam hidup ni..xkira hari ini, esok atau lusa..



"Masuk bumi waqafan adalah rahmat Allah yg perlu disyukuri..ianya hanya suatu permulaan dalam hidup..kita disemai dgn baja2 berharga dibumi ini..tapi bila kita keluar, terlalu banyak racun yang menyebabkan kita layu..cuma..setiap didikan yang kita terima pasti dan pasti akan berguna dlam hidup ini..kalau tidak hari ini..esok pasti berguna :)"


P/s : Kindly Dedicate To All Members of Batch 55th Kisas



Friday, April 13, 2012

Rindu Suasana Tarbiyyah Di Kisas

Assalamualaikum


Kalau hidup di kolej Islam dulu, tarbiyyah ini perkara utama
Apa2 semua tarbiyyah la yang menjadi asas kejayaan dan kegagalan kami
Siapa yang langgar tarbiyyah, ibarat suatu dosa besar dalam kisas
Sungguh tegasnya abang2 mendidik kami menjadi insan yang kenal erti manusia

Dah nk masuk 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Sesekali rasa rindu tu datang x diundang. Kalau sekali dah datang panjangg aku termenung, memikirkan masa depan yang x tahu apa kesudahnnya. Suatu perkara yang pasti akan berlaku adalah kematian. Tidak dapat tidak, suatu masa nanti malaikat jibril akan datang menjemput aku jadi tetamu Allah. Buat saki baki masa yang ada ni, Allah bagi kesempatan nk mengumpul sebanyak mana kebaikan dan mendidik diri jadi lebih baik. 

Betul la kata orang. manusia sgt mudah terdedah dgn suasana. Kalau suasana baik, insyaAllah diri kita pun akan jadi baik. Kalau suasana buruk, perangai kita pun akan jadi buruk. Ni semua iman suasana. Masuk kandang lembu dengan masuk kandang kambing..bunyi mesti lain2..xkan sama...mcm tu lah manusia..lain tempat,lain caranya...lain tempat, lain gayanya..

Kalau nak diingatkan balik, zaman hidup kat kolej islam adalah zaman paling mencabar. Aku pun x pernah sangka aku akan tercampak kat sebuah bumi yng begitu tersohor namanya di negara ni. Hari pertama masuk, aku rasa, aku lah orang yang paling jahil dan paling lemah kat situ. Tengok abang2 sudah cukup menakutkan aku. Kalah ustaz2 yang aku pernah kenal. Perwatakan2 mereka macam watak hero2 alim dalam novel yang pernah aku baca. Kalau sekali bercakap, ya Allah, berhabuk hadis keluar. Punye lah hebat suasana kat sana. Apa sahaja perkara2 lagho ditolak jauh2. Nak berjalan dalam floor pun kene pakai baju. Punyerlah ketat tradisi2 kolej islam yang dikekalkan sampai hari ini. 

Kalau korang berkesempatan pergi kolej Islam, bermalamlah di sana suatu hari. Cukup lah satu malam, aku yakin, persepsi korang terhadap kisas sgt mengagumkan..surau2 dipenuhi dgn semua seisi pelajar. Bergerak ke surau tanpa arahan warden..saf2 hadapan di penuhkan dengan senior2. Adik2 f4 datang awal utk Liqo Al-quran. Semua serba serbi berjubah, berkopiah putih dan berserban. Subhanallah, hari pertama aku di kisas sudah terasa berada di perkampungan wali2 Allah.

Tiada gelak tawa, tiada bising2..senyap sepi kawasan asrama. Bunyi bising yang akan dengar cuma suara2 pelajar yang baru lepas riadah. Seronok bercerita pasal bola, rugby dan macam2 lagi la.. masuk dewan makan, pantang bercakap, pasti akan ada seniour tegur. 

"Shhhhhttttt..diam sikettt"

haha.Kalau aku ni, memang x geti nak berhenti bercakap. Mesti nak borak je..walaupun tah ape2 yang aku borak kan. Suatu suasana yang paling kagum di kisas adalah masa kat dewan makan. Seperti berada di suatu dunia berbeza. Abang2 senior akan beratur sama2 dgn junior utk amik makanan. X pernah ada senior yang potong line. Ni senior ape ni? watak hero2 alim dalam novel. Sangat2 terkesan dalam diri aku dan kawan2 lain. Kalau dekat sekolah lama ni, jangan harap senior nak beratur..mesti nak potong line..suasana dewan makan sesekali gamat jugak dengn ketawa2 sumbang student yang heboh berborak pasal class dan exam. Sesekali mengumpat abang2 senior yang garangnya mcm singa.hehehe. aku rasa almost 90% yang jadi junior kt kisas aku suffer dgn budaya kisas yang sgt tegas. kasihann kami masa zaman junior dulu, tapi ni lah warisan zaman berzaman yang mendidik warga kisas jadi lebih matang dan berkarisma.

Masih teringat babak2 awal aku sampai ke kolej Islam. Seminggu sebelum masuk kisas, aku dah survey tampat dan lokasi nyer. Subhanallah, rasa macam nk tolak je tawaran kolej islam ni..sebab apa tau? sebab jauh beza dgn sekolah lama..kolej islam nampak sgt dhaif..bangunannya nampak pudar..dan xde keceriaan..sungguh memeranjatkan..tapi aku pun terfikir..aku sampai kolej islam ni..bukan nak kan sekolahnya tapi aku nak kan ilmunya..then stelah aku pikirr panjang..masuk lah jugak aku ke kisas ni..Alhamdulillah...

Tanggal 10 Feb 2009...

Berderet2 kereta parking...semua mak ayah excited nak hantar anak masuk kisas..ni lah pertama kali aku masuk ke kisas secara rasmi sebagai ahli baru..huhu...masih segar dalam ingatan ayah parking betul2 kat depan dewan sekolah...betul2 kat pintu masuk daftar...ya Allah, maluu betul rasa hati ni..tapi ada satu peristiwa yang xakan aku lupa sampai bila2..nak tahu ape?


Keluar sahaja dari kereta, seorang abg senior terus sambut ketibaan aku sebagai adik junior yang serba serbi dahagakan ilmu,.huhu..tanpa salam perkenalan atau taaruf diri terus abang junior sambut seperti sudah lama menanti ketibaan aku..


" Assalamualaikum, ni Naim Fital ea? Sultan Muhammad kan?"


*sultan muhammad tu sekolah lama aku


Ya Allah, mana senior2 kenal ni...padahal yang sambut tu adalah senior yang x pernah aku kenal sebelum ni. Hari pendaftaran dipermudahkan Allah dengan begitu pantas..abang2 senior sudah lama menanti..terdengar sayup2 suara mereka, sewaktu aku melangkah masuk menuju ke dewan..


" Naim Fital ea?"
" Owhh ni Naim Fital ke?"
" Ni kee budak tu yang korang cakap tu? "


haha..subhanallah, sungguh aku x pernah terbayang akan disambut oleh abang2 senior dengan sebegini gah caranya. Kalah anak YB mahupun Tan Sri..aku datang tanpa preparation yg cukup..tapi segalanya berjalan lancar..daripada keluar pintu kereta sampai ke bilik asrama berlaku dalam kadar yg sgt pantas..


Seperkara yang sgt memeranjatkan apabila abang senior pasangkan cadar tilam untuk aku..walaupun aku mampu utk buat sendiri..layanan first class yang x mungkin dilupakan..rasa kagum yang teramat sgt kerana akhlak dan sikap yang ditunjukkan mereka..daripada senyuman sehingga kata2 student sana menyebabkan aku rasa hormat yang teramat kepada mereka.


Perjalanan tarbiyyah dibumi kisas berlaku sepanjang hari..bak kata orang, from zero to hero..tidak dapat dinafikan dalam diri ni, abang2 senior sgt hebat ilmu agama mereka, walaupun beza setahun, sudah cukup menampakkan jurang ilmu yang begitu besar. Selaku adik2 yang x mengerti apa2, tempoh setahun sebagai pelajar f4 kami gunakan sebaik mungkin untuk mengumpul seberapa banyak mungkin mutiara2 berharga di kisas.


Ayat yang begitu sinonim dengan pelajar2 kolej islam


"Carilah mutiara2 berharga di bumi waqafan ni, mutiara ini sgt sukar dicari"


2 tahun berada di kisas, ternyata terlalu byk mutiara yang dikumpul, kerana hari ini, aku terasa seperti kehilangan nilai2 mutiara itu..aku terasa seperti kehilangan sebuah lambakan mutiara yang begitu berharga yang pernah aku kumpul dahulu...


Walaupun hidup di zaman f4 adalah zaman paling perit pernah aku lalui, tetapi zaman inilah yang paling aku rindui. X mungkin dan x kan lupa sampai akhir hayat, pelbagai program tarbiyyah diri dilaksanakan, bagi kami, kami dididik untuk menjunjung tinggi tarbiyyah di kisas..


Maka terhasillah sebuah frasa dan falsafah hidup di kisas


" Tarbiyyah no satu tapi akademik bukan no 2"


" Mana2 batch yang jatuhkan tarbiyyah kisas, maka pasti batch tu akan jatuh akademiknya"


Ayat2 inilah yang x kan lapuk ditelan zaman biarpun kolej islam berganti generasi demi generasi...x kiralah kami berada di zaman bestari,kluster mahupun sbt...bagi kami..tarbiyyah tetap yang teratas..


Seperkara yang sangat ditekankan kt kisas adalah ukhwah. haha..xkan aku lupe hidup di kisas dengan tag nama yang 24 jam perlu dipakai dan digantung di hadapan baju..kalau tag nama tu macam kad matrik xpe lah jugak..ni tidak..tag nama sekadar seperti budak2 f1 orietasi..kalau f1 orietasi seminggu, tapi jadi junior di kisas orientasi setahun..hahaha..hanya mereka2 yang duduk dalam suasana bumi waqafan yang kenal erti hidup dan cabaran di kisas...


Adat di kolej islam untuk menghafal nama seluruh warga kisas..sekolah lama..asal negeri,,no bilik..dan kelas..haha...bayangkan..dalam batch aku sahaja untk yang muslimin ada 100 lebih..dalam masa 7 bulan perlu hafal, setiap seorang punyer nama penuh, sekolah lama, asal negeri dan lain2....nampak senang bukan? tapi susah sebenarnya...beginilah cara2 yang digunakan abang2 untuk memecahkan semangat assabiyah kenegrian dan puak2 dalam batch..ternyata, memang ukhwah batch sgt mantap..kami dididik untuk tidak bergaduh..tidak bertekak..tidak berselisih faham..ukhwah diangkat tinggi di kisas...


Jangan ada yang bergaduh..pasti kene ceramah dgn abang2 senior..kasih syg dalam persahabtan adalah nilai pentig yang diterapkan dalam jiwa kami..pelbagai program ukhwah dilaksanakan..menag x tersenarai dalam blog ni..tapi ade yang boleh untuk aku sharekan..


Bayangkan, sekeping roti dikerat dua...lalu kami kene share roti tu..sebanyak 149 orang (untuk laki)..semua orang wajib dapat makan roti tu...haha...memang semua pakat2 cubit siket2 je la..sampai ketahap ni kami dididik..


Dalam usrah, pernah suatu hari kami disuruh untuk berkongsi sebijik gula dengan ahli2 usrah..masih aku ingat..dalam usrah aku ada 6 ahli..lalu Naqib usrah pun mulakan menghisap sebiji gula2 tu..one and the only one...kemudian, gula tu perlu dihulurkan kemulut ahli usrah yang lain dari mulut ke mulut..bayangkan aku kene hulurkan sebiji gula2 oren ni kt mulut rakan usrah yg lain..haha..agak2 korang mampu x nak buat macam ni? kalau hari ni, ade orang suruh aku kongsi gula dengan orang lain, jujur la cakap, aku x mampu nak buat.hahaha..sebab tu aku sangat2 rindu suasana di kolej islam..


Setiap kali tiba waktu solat, bergegas kami ke surau..banyak pantang larang nk ke surau..xboleh round neck..mesti pakai baju melayu,jubah and pakai2 yg sesuai..mesti pakai kopiah..kopiah mesti putih...mesti pakai minyak wangi...xboleh senseng lengan baju melayu..mesti butang penuh sampai atas..kat sana, senior2 pantang kalau kitorang x pakai butang penuh..hampir setiap malam abang2 akan panggil siapa2 yang x pakai butang penuh..huhu..mesti kena denda..sampai tahap kitorang kene pergi mintak butang kt senior dan kawan2 lain yg ada butang lebih...serban wajib pakai..kalau x pakai ada lah denda die..tazkirah kalau x dtg mesti akan ada yang cek kt bilik2..kalau kantoi nahaslaa..huhuu...suasana kt surau memang sentiasa meriah..bukan junior jee yang berlumba lumba pergi surau, tapi senior pun sama..kalau waktu subuh...jarang ada yang masbuk! kalau ada yang masbuk pun satu duorang jee..tu pun f5...hehehe...kalau f4 yang masbuk subuh..abess laaaa...abang2 pandang tajam je..memang kena panggil laa kt belakang surau nanti..lepas je subuh wajib baca mathurat ramai2..masa ni lah ramai yg patah leher...tersengguk sengguk tdooo..haha...


Masa berlalu dengan begitu pantas..zaman junior semakin berada di hujung perjalanan..aku masih dalam keliru..aku ni betul2 terima tarbiyyah di kisas..atau masih x ikhlas terima tarbiyyah disini..ternyata dilema dalam diri masih membelenggu..rasa memberontak dalam diri yang teramat kuat...rasa terseksa untuk mengahabiskan zaman disini..mana tak nya, pagi petang siang malam program x henti2..daripada takirah subuhnya,tazkirah zohornya, tazkirah asarnya, tazkirah maghribnya, liqa almulk, tazkirah malamnya, marah sana,mrah sini, asalkan budak junior buat salah...ada sahaja yang x kene di mata senior padahal senior pun ada yang buat salah..kadang2 kami x tidur sampai pukul 2 or 3 pagi sebab kene tazkirah.. x boleh tertidur masa tazkirah nnti kena denda..hehehe..xboleh bercakap...sepanjang setahun jadi junior kami wajib ada buku tazkirah dan buku liqo almulk untuk catit semua tazkirah2 yang disampaikan..pada hari2 tertentu buku tazkirah kami akan disemak oleh senior..kalau esok nak hantar..malam tu berlumba lumba semua orang copy paste daripada buku tazkirah member lain..hehe..punyelahhh takut..cuba bayangkan bagaimana rasanya orietasi setahun? haha..cukuplah analogi ni sebagai gambaran buat mereka2 yang x pernah berada di kolej islam..


Rinduuu...rinduuu...dan sangat rindu...inilah kata2 yang mampu aku ucapkan...ternyata zaman itu adalah titik tolah perubahan yang mengajar aku erti kehidupan muslim..walaupun aku banyak kekurangan, tapi ilmu2 itu masih lagi segar dalam ingatan, terkadang aku leka, masih terkesan kata2 abng senior dan kawan2 yang lain dalam memori ni..nak tahu perjalanan hidup di kisas sebagai senior? nak tahu rentetan rantai2 dakwah dikisas masa  f5? nak tahu suasana tahajjud di bumi waqafan ni? nantikan entry aku yang akan datang......


*saat aku menulis, air mata masih terasa ingin mencurah-curah keluar kerana rindukan kehidupan yang x mungkin aku peroleh lagi......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...