Wednesday, April 11, 2012

Kecantikan Dhuha


Assalamualaikum


“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu..Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu..Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh


“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”



10 comments:

Mawar berduri said...

solat itu mudah, solat juga mmpu menjadi yg paling sukar utk di laksanakan ..
^_^ nice one .. moga pintu rezeki sntiasa terbuka,insyaallah ..

Naim said...

yupp! agreed. lemahnya kita sebagai hambaNya. Sebenarnya solat itu adiah utk kita sebab Allah nk bagi ganjaran pahala dan nikmat ketenangan. Tapi kadang2 liat badan kita nak dirikan solat. InsyaAllah, Allah akan hadirkan rezeki daripada segala arah yang kita x pernah sangka. :)

syazana amira said...

nice entry.. tapikan.. yang dua rakaat nih lah payah betul nak buat.. huhuhu...

nana pun jarang2 dapat buat.. huhu

Naim said...

tanx nana! :) biasalah tu nana...bukan nana je..semua org pun susah nk rebut peluang dan ganjaran daripada Allah ni..tapi kita kene didik hati kita utk buat jugak solat dhuha ni..paksa jugak..mula2 payah kan..tapi lama2 insyaAllah bleh..sy pun same jugak..malas dan liat tu mesti ada.kene latih la jugak diri ni :)

adibah aziz said...

salam . aku nak mintak tolong , kau pandai arab kan . tolong adik aku translate qasidah :)

Naim said...

erm...translate qasidah? Allah, setakat siket2 tu mampu laa :)

adibah aziz said...

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/581314_369007779808360_100000974247622_1061117_379716712_n.jpg

adibah aziz said...

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/543290_369007799808358_100000974247622_1061118_933629322_n.jpg

adibah aziz said...

tolong yer . :)

Naim said...

Ukht adibah..erm..insyaAllah..nnti kalau dah suda translate aku bg tau..susah gak tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...