Thursday, April 5, 2012

Kahwin ke Belajar :)

Assalamualaikum

Semanis manis madu
Mana nak sama Semanis Kurma 

( ^ ___ ^ )


Alhamdulillah semalam berkesempatan menonton Slot Khawin ke Belajar dalam rancangan Semanis Kurma. Pastinya tajuk ni cukup menarik perhatian ramai siswa dan siswi di rumah yang rata-ratanya inginkan penjelasan dan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman. Tambahan pula yang memberi pandangan ini adalah orang2 yang berilmu agama.



Gambar di atas ni adalah gambar Ustaz Zamri dan isteri tercinta sewaktu mereka sama2 belajar di Jordan. huhuhu. Amacam? Berangan-angan nak contohi Ustaz Zamri? Semalam beliau dan isteri dijemput untuk memberikan sedikit perkongsian kepada mahasiswa yang bercadang utk bernikah semasa sedang belajar.

Sabda Rasulullah saw, 


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

InsyaAllah, sedikit perkongsian ilmu :

Pesanan kepada pelajar2 yang bercadang utk bernikah,
  • Perkara yang baik haruslah disegerakan supaya dapat menjaga diri daripada maksiat
  • Mulakan dengan berbincang kepada ibu bapa dan dapatkan restu mereka
  • Yakinkan mereka bahawa kita mampu untuk mendirikan baitul muslim.
  • Harus ada perancangan kewangan dan masa depan.
  • Perlu rasa erti tanggungjawab
  • Kalau ibu bapa tidak merestui, sabar dan banyakkan berdoa, serta berpuasa untuk menjaga hati.
  • Terus terang dengan bapa sebelah pihak perempuan.
  • Nak amik hati anak orang, amik hati ayahnya dulu :)
  • Bercinta itu fitrah dalam hati manusia, jadi pandai2 lah kawal diri.
  • Kalau sudah bernikah semasa belajar, perlu ada perancangan yang baik.
Adakah khawin semasa belajar mengganggu pelajaran?
  • Semuanya bergantung kepada individu2 tersebut, sebenarnya, khawin atau tidak, ianya tidak menjadi faktor penghalang dalam study.
  • Ramai lagi yang x mendirikan rumah tangga tapi keputusan peperiksaan menurun
  • Ustaz Zamri dan isterinya alhamdulillah, lepas khawin result semakin meningkat :)
  • Sebenarnya, jika kita sudah mendirikan rumah tangga, rasa tanggungjawab kita lebih besar, itu lah yang mendorong kita untuk berusaha menjadi yang terbaik dlam hidup.
Bagaimana dengan kewangan selepas nikah?
  • Soal kewangan selepas nikah jangan difikirkan sebagai penghalang utama pernikahan. Kerana rezeki itu milik Allah, asalkan kita ada kemahuan dan usaha, Allah akan bantu.
  • Boleh la sama2 berkongsi kewangan, tambahan lagi jika masing2 dapat bantuan Biasiswa atau pun pinjaman belajar. Pada masa yang sama, ibu bapa harus sama membantu.
  • Ustz Zamri dan isteri dapat cahaya mata semasa belajar. Mereka sama2 berusaha mencari rezeki utk keluarga. Mereka berniaga dibawah persatuan dan kelab di universiti.
  • Rakan2 lain turut sama membantu. Tapi kalau ibu bapa yang nyata berkemampuan, sudah pasti kewangan bukan masalah utama.
  • Ada juga yang sudah membuat satu akaun simpanan khas sebelum mereka bernikah untuk persediaan pernikahan dan selepasnya.
  • Kenangan mencari rezeki bersama ini lah yang menjadi kekuatan cinta yang hakiki. 

Apa permasalahan utama utk pelajar?
  • Cabaran paling susah adalah halangan daripada ibu bapa itu sendiri. Jadi jikalau kita benar2 yakin bahawa tindakan kita adalah betul, tidak salah kita berbincang dengan ahli keluarga. InsyaAllah, zaman kita sudah jauh berbeza dengan zaman mereka, sudah tentu mereka memahami kehendak kita.
  • Redha ibu bapa itu perlu. Teruskan berusaha dan berdoa.
Pesanan untuk ibu bapa ?
  • Ibu bapa haruslah berlapang dada dan memahami kehendak anak2.
  • Jikalau ibu bapa yakin, anak mereka sudah cukup solatnya, sudah matang pemikirannya, sudah bersedia ilmunya, maka tiada alasan utk ibu bapa menghalang anak2 bernikah.
  • Soal kewangan haruslah ada kerjasama daripada pihak ibu bapa, sama2 lah membantu mereka kerana yang ingin bernikah itu adalah anak ibu bapa sendiri.
  • Jangan halang mereka buat kebaikan kerana kelak khuatir mereka terpesong kepada perkara maksiat.
Adakah cara lain selain bernikah ?
  • "Sesungguhnya tiada percintaan yang diterima melainkan percintaan selepas nikah"
  • Bertunang hanya untuk mengikat tali perhubungan tetapi masih haram utk bersentuhan antara satu sama lain.
  • Bernikah adalah jalan terbaik yang disyariatkan dalam agama Islam.
Adakah konsep nikah gantung ?
  • Konsep nikah gantung ini hanya disebut oleh orang2 Melayu. Dalam Islam dan masyarakat Arab konsep pernikahan ini dikenali sebagai khitbah.
  • Kedua-kedua pihak bersetuju untuk bernikah, tetapi tidak berhajat utk mendapatkan cahaya mata, dan tidak duduk serumah.
  • Mereka sah sebagai suami isteri dan halal untuk bersentuhan.
  • Hari2 pun boleh berjumpa dan bermesra, bahkan mendapat pahala disisi Allah.
  • Masing2 masih lagi ditanggung oleh kedua ibu bapa seperti biasa, tetapi mereka sah sebagai suami isteri.
  • Perjanjian ini haruslah mendapat persetujuan ibu bapa dan sama2 berbincang. InsyaAllah Islam ini mudah dan indah.Tiada alasan untuk kita tidak bernikah kalau sudah sampai masa dan takdirnya.
Bagaimana utk menjaga ikhtilat sebelum bernikah?
  • Adalah mustahil untuk seseorang yang jatuh hati pada individu yang lain untuk tidak berhubung.
  • Proses perhubungan dan perkenalan itu pasti wujud, tapi bergantung pada sejauh mana kita menjaga hati dan iman.
  • Di universiti, pastikan bawa orang ketiga jika ingin berjumpa dan haruslah berbincang perkara2 yang membawa kebaikan bersama.
  • Untuk bernikah pasti ada perbincangan, jadi pasti ada perhubungan, dan pasti perlukan kesabaran.
  • Untuk berdua duaan adalah haram, kecuali selepas nikah. Berhubunglah dalam berkadar sebelum bernikah.
  • Lampirkan hasrat dan keinginan kita utk melamar pasangan kita, agar dia lebih bersedia dan sama2 menjaga diri.
  • Gunakan perantaraan pihak yang lain utk bertemu wali kepada pasangan@calon kita.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”. 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


Jadi adakah khawin semasa belajar ini perlu ?
  • Jawapannya ada pada diri masing2. Setiap individu ada pilihan dan jawapan tersendiri.
  • Jangan kita ada alasan untuk buat kebaikan, tapi tiada alasan untuk buat kemungkaran
  • Kalau anda rasa anda sudah layak dari segi hati,ilmu,kesabaran,tanggungjawab,kesihatan serta sedikit sumber kewangan, jadi ianya tidak menjadi masalah utk anda bernikah.
  • Usah fikirkan halangan kewangan, kerana Allah akan buka pintu rezeki. Asalkan ada usaha dan kemahuan.

Alhamdulillah gambar di atas adalah kenangan bersama dua orang sahabat saya semasa sama2 belajar di Kisas dulu. Yang lelaki itu seniour saya Amir,20 bersama isterinya Siraj,19. Siapa sangka, dengan usia semuda ini sudah mendirikan baitul muslim. Mereka bernikah awal tahun ini dan masing2 masih lagi menuntut di UiA.Alhamdulillah, semoga mereka selamat menempuh segala kebahgiaan dan cabaran bersama-sama dan semoga Allah kekalkan kasih sayang mereka hingga ke syurga.

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah – HR Baihaqi dari Anas bin Malik

[button share ada di bahagian atas ( kiri) blog]

6 comments:

~miss hunny~ said...

mne button share ko..??? aku nk share kt fb nih... hahaha, nk promote ckit la kwan punyer blog... huhu

Naim said...

hahaha~ ade jee kt bahagian atas blog ni..cari laa smpai jumpe :)

~miss hunny~ said...

mnympahnyer... xjumpe2 pon... ish2, tnsion aku.... t la aku blik, bru shre post ko nih... kt cni intrnt xcntek r... hohohoho

Naim said...

hehe..okeyh2~ kindly tanxx..kau tu yg x pakai spec mata! haha

Muhammad Iqbal said...

sahabat, rasanya Ustaz Zambri kahwin dekat Jordan, bukan Mesir. Salam perkenalan.

Naim said...

terima kasih akhi..dah tukar dah..ary tuh nk tukar tapi terlupe..tanx for remind me..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...