Thursday, April 12, 2012

Marah atau Sabar . Mana Kita Perlu?

Assalamualaikum

Andaikan yang marah itu kaca yang sabar itu permata
Nescaya kita ambil yang permata dan kita tolak yang kaca

Kalau api dibalas api nescaya bersemarak lah nyalaan api itu..Tapi kalau api dibalas air nescaya tunduklah kegagahan api itu

Andai marahmu tinggi melangit sehingga khayal dibuai nafsu..Alangkah indanya jika zikirmu tinggi melangit sehingga khayal dibuai iman


Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan nikmat dan rahmatnya keseluruh Alam, mengaturkan cakrewala bergerak di paksi nya, membenarkan cahaya menerangi alam, mengizinkan air megalir dan menyuburkan bumi yang gersang, serta memberikan ruang dan peluang untuk memperbaharui iman dan taqwa kita sebagai muslim.

Hari ini Allah hadirkan suatu ujian buat diri saya yang serba lemah ini. Ya, memang benar, sebagai manusia tidak dapat tidak, tahap kesabaran kita akan teruji. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, begitulah sinonimnya dengan ragam manusia. Jangan sangka yang berwajah kacak macam saya tidak boleh marah, kalau sudah sampai waktunya, memijak bumi pun terasa getarnya.

Suatu hari seorang lelaki yang bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar.


“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi(Zaid) meminta dengan cara yang baik”


Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)


Saudara dan saudari,
Begitulah hebatnya perwatakan yang ditunjukkan baginda Nabi Muhammad SAW dalam perilaku baginda. Baginda tidak mudah melatah, tidak mudah melenting, dan tidak mudah goyah pada kemarahan, bahkan baginda menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang begitu mulia kepada sesama muslim. 


Dalam perilaku seharian, baginda lampirkan beberapa cara mengatasi kemarahan.


Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)


Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)


Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)


Kawan2 yang saya kasihi kerana Allah taala, menahan kemarahan adalah suatu perang. Perang melawan hasutan dan godaan syaitan yang direjam. Andaikan di hadapan anda ada sekarung emas, dan dibelakang anda ada seguni emas? Mana yang anda ambil? Pasti kita sanggup toleh kebelakang dan ambil yang seguni emas itu bukan? Kerana apa? kerana perasaan tamak akan harta itu adalah hasutan syaitan yang begitu halus sehingga kita tidak sedar kita sedang dipermainkan..Begitulah halusnya hasutan syaitan untuk menaikkan kemarahan kita sebagai manusia. Kerana itu Islam menganjurkan kita untuk diam dan sabar.


Apabila kamu berada dalam kemarahan jangan lah berkata-kata, kerana yang keluar dari mulutmu kebanyakan adalah hasutan daripada syaitan.

Ketika dua manusia itu bergaduh. maka syaitan ada di tengah2..Orang yang kuat akan diam dan beralah, kerana yang bising itu adalah kata2 hasutan syaitan.. 

Sesungguhnya orang yang kuat disisi Allah adalah orang yang paling bersabar.

Sahabat2 tercinta, jadilah kita orang yang sentiasa menundukkan ego kemarahan kita. Benar, marah ini perlu tapi ada tempat dan waktunya. Hanya ada suatu jawapan kepada kemarahan iaitu sabar. Biarlah manusia berpaling tadah pada kita, biarlah manusia berusaha menjatuhkan kita asalkan mereka tidak menghina agama kita,Allah kita,Rasul kita dan keluarga kita, maka didiklah diri kita untuk bersabar.

Kemuliaan seseorang manusia bukan terletak pada manusia yang lain, tetapi kemuliaan manusia terletak pada pandangan Allah terhadap kita. Jadi siapa kita manusia untuk menghukum kita?

 Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini membenci kita, asalkan Allah tidak membenci kita, sudah cukup bersyukur dan selamat dunia akhirat.

2 perkara yang perlu kita ingat dalam hidup kita adalam kebaikan orang terhadap kita, dan kejahatan kita terhadap orang lain. 2 perkara yang perlu kita lupa adalah kebaikan kita terhadap orang lain, dan kejahatan orang lain terhadap kita.

Ayuh kita ishtihar perang terhadap nafsu dan syaitan. Perangi sifat marah. Didik sifat sabar. Banyakkan ingat nikmat Allah, banyakkan ingat mati. InsyaAllah hati2 ini akan diterangi ketenangan.


“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”

(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...