Friday, April 13, 2012

Rindu Suasana Tarbiyyah Di Kisas

Assalamualaikum


Kalau hidup di kolej Islam dulu, tarbiyyah ini perkara utama
Apa2 semua tarbiyyah la yang menjadi asas kejayaan dan kegagalan kami
Siapa yang langgar tarbiyyah, ibarat suatu dosa besar dalam kisas
Sungguh tegasnya abang2 mendidik kami menjadi insan yang kenal erti manusia

Dah nk masuk 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Sesekali rasa rindu tu datang x diundang. Kalau sekali dah datang panjangg aku termenung, memikirkan masa depan yang x tahu apa kesudahnnya. Suatu perkara yang pasti akan berlaku adalah kematian. Tidak dapat tidak, suatu masa nanti malaikat jibril akan datang menjemput aku jadi tetamu Allah. Buat saki baki masa yang ada ni, Allah bagi kesempatan nk mengumpul sebanyak mana kebaikan dan mendidik diri jadi lebih baik. 

Betul la kata orang. manusia sgt mudah terdedah dgn suasana. Kalau suasana baik, insyaAllah diri kita pun akan jadi baik. Kalau suasana buruk, perangai kita pun akan jadi buruk. Ni semua iman suasana. Masuk kandang lembu dengan masuk kandang kambing..bunyi mesti lain2..xkan sama...mcm tu lah manusia..lain tempat,lain caranya...lain tempat, lain gayanya..

Kalau nak diingatkan balik, zaman hidup kat kolej islam adalah zaman paling mencabar. Aku pun x pernah sangka aku akan tercampak kat sebuah bumi yng begitu tersohor namanya di negara ni. Hari pertama masuk, aku rasa, aku lah orang yang paling jahil dan paling lemah kat situ. Tengok abang2 sudah cukup menakutkan aku. Kalah ustaz2 yang aku pernah kenal. Perwatakan2 mereka macam watak hero2 alim dalam novel yang pernah aku baca. Kalau sekali bercakap, ya Allah, berhabuk hadis keluar. Punye lah hebat suasana kat sana. Apa sahaja perkara2 lagho ditolak jauh2. Nak berjalan dalam floor pun kene pakai baju. Punyerlah ketat tradisi2 kolej islam yang dikekalkan sampai hari ini. 

Kalau korang berkesempatan pergi kolej Islam, bermalamlah di sana suatu hari. Cukup lah satu malam, aku yakin, persepsi korang terhadap kisas sgt mengagumkan..surau2 dipenuhi dgn semua seisi pelajar. Bergerak ke surau tanpa arahan warden..saf2 hadapan di penuhkan dengan senior2. Adik2 f4 datang awal utk Liqo Al-quran. Semua serba serbi berjubah, berkopiah putih dan berserban. Subhanallah, hari pertama aku di kisas sudah terasa berada di perkampungan wali2 Allah.

Tiada gelak tawa, tiada bising2..senyap sepi kawasan asrama. Bunyi bising yang akan dengar cuma suara2 pelajar yang baru lepas riadah. Seronok bercerita pasal bola, rugby dan macam2 lagi la.. masuk dewan makan, pantang bercakap, pasti akan ada seniour tegur. 

"Shhhhhttttt..diam sikettt"

haha.Kalau aku ni, memang x geti nak berhenti bercakap. Mesti nak borak je..walaupun tah ape2 yang aku borak kan. Suatu suasana yang paling kagum di kisas adalah masa kat dewan makan. Seperti berada di suatu dunia berbeza. Abang2 senior akan beratur sama2 dgn junior utk amik makanan. X pernah ada senior yang potong line. Ni senior ape ni? watak hero2 alim dalam novel. Sangat2 terkesan dalam diri aku dan kawan2 lain. Kalau dekat sekolah lama ni, jangan harap senior nak beratur..mesti nak potong line..suasana dewan makan sesekali gamat jugak dengn ketawa2 sumbang student yang heboh berborak pasal class dan exam. Sesekali mengumpat abang2 senior yang garangnya mcm singa.hehehe. aku rasa almost 90% yang jadi junior kt kisas aku suffer dgn budaya kisas yang sgt tegas. kasihann kami masa zaman junior dulu, tapi ni lah warisan zaman berzaman yang mendidik warga kisas jadi lebih matang dan berkarisma.

Masih teringat babak2 awal aku sampai ke kolej Islam. Seminggu sebelum masuk kisas, aku dah survey tampat dan lokasi nyer. Subhanallah, rasa macam nk tolak je tawaran kolej islam ni..sebab apa tau? sebab jauh beza dgn sekolah lama..kolej islam nampak sgt dhaif..bangunannya nampak pudar..dan xde keceriaan..sungguh memeranjatkan..tapi aku pun terfikir..aku sampai kolej islam ni..bukan nak kan sekolahnya tapi aku nak kan ilmunya..then stelah aku pikirr panjang..masuk lah jugak aku ke kisas ni..Alhamdulillah...

Tanggal 10 Feb 2009...

Berderet2 kereta parking...semua mak ayah excited nak hantar anak masuk kisas..ni lah pertama kali aku masuk ke kisas secara rasmi sebagai ahli baru..huhu...masih segar dalam ingatan ayah parking betul2 kat depan dewan sekolah...betul2 kat pintu masuk daftar...ya Allah, maluu betul rasa hati ni..tapi ada satu peristiwa yang xakan aku lupa sampai bila2..nak tahu ape?


Keluar sahaja dari kereta, seorang abg senior terus sambut ketibaan aku sebagai adik junior yang serba serbi dahagakan ilmu,.huhu..tanpa salam perkenalan atau taaruf diri terus abang junior sambut seperti sudah lama menanti ketibaan aku..


" Assalamualaikum, ni Naim Fital ea? Sultan Muhammad kan?"


*sultan muhammad tu sekolah lama aku


Ya Allah, mana senior2 kenal ni...padahal yang sambut tu adalah senior yang x pernah aku kenal sebelum ni. Hari pendaftaran dipermudahkan Allah dengan begitu pantas..abang2 senior sudah lama menanti..terdengar sayup2 suara mereka, sewaktu aku melangkah masuk menuju ke dewan..


" Naim Fital ea?"
" Owhh ni Naim Fital ke?"
" Ni kee budak tu yang korang cakap tu? "


haha..subhanallah, sungguh aku x pernah terbayang akan disambut oleh abang2 senior dengan sebegini gah caranya. Kalah anak YB mahupun Tan Sri..aku datang tanpa preparation yg cukup..tapi segalanya berjalan lancar..daripada keluar pintu kereta sampai ke bilik asrama berlaku dalam kadar yg sgt pantas..


Seperkara yang sgt memeranjatkan apabila abang senior pasangkan cadar tilam untuk aku..walaupun aku mampu utk buat sendiri..layanan first class yang x mungkin dilupakan..rasa kagum yang teramat sgt kerana akhlak dan sikap yang ditunjukkan mereka..daripada senyuman sehingga kata2 student sana menyebabkan aku rasa hormat yang teramat kepada mereka.


Perjalanan tarbiyyah dibumi kisas berlaku sepanjang hari..bak kata orang, from zero to hero..tidak dapat dinafikan dalam diri ni, abang2 senior sgt hebat ilmu agama mereka, walaupun beza setahun, sudah cukup menampakkan jurang ilmu yang begitu besar. Selaku adik2 yang x mengerti apa2, tempoh setahun sebagai pelajar f4 kami gunakan sebaik mungkin untuk mengumpul seberapa banyak mungkin mutiara2 berharga di kisas.


Ayat yang begitu sinonim dengan pelajar2 kolej islam


"Carilah mutiara2 berharga di bumi waqafan ni, mutiara ini sgt sukar dicari"


2 tahun berada di kisas, ternyata terlalu byk mutiara yang dikumpul, kerana hari ini, aku terasa seperti kehilangan nilai2 mutiara itu..aku terasa seperti kehilangan sebuah lambakan mutiara yang begitu berharga yang pernah aku kumpul dahulu...


Walaupun hidup di zaman f4 adalah zaman paling perit pernah aku lalui, tetapi zaman inilah yang paling aku rindui. X mungkin dan x kan lupa sampai akhir hayat, pelbagai program tarbiyyah diri dilaksanakan, bagi kami, kami dididik untuk menjunjung tinggi tarbiyyah di kisas..


Maka terhasillah sebuah frasa dan falsafah hidup di kisas


" Tarbiyyah no satu tapi akademik bukan no 2"


" Mana2 batch yang jatuhkan tarbiyyah kisas, maka pasti batch tu akan jatuh akademiknya"


Ayat2 inilah yang x kan lapuk ditelan zaman biarpun kolej islam berganti generasi demi generasi...x kiralah kami berada di zaman bestari,kluster mahupun sbt...bagi kami..tarbiyyah tetap yang teratas..


Seperkara yang sangat ditekankan kt kisas adalah ukhwah. haha..xkan aku lupe hidup di kisas dengan tag nama yang 24 jam perlu dipakai dan digantung di hadapan baju..kalau tag nama tu macam kad matrik xpe lah jugak..ni tidak..tag nama sekadar seperti budak2 f1 orietasi..kalau f1 orietasi seminggu, tapi jadi junior di kisas orientasi setahun..hahaha..hanya mereka2 yang duduk dalam suasana bumi waqafan yang kenal erti hidup dan cabaran di kisas...


Adat di kolej islam untuk menghafal nama seluruh warga kisas..sekolah lama..asal negeri,,no bilik..dan kelas..haha...bayangkan..dalam batch aku sahaja untk yang muslimin ada 100 lebih..dalam masa 7 bulan perlu hafal, setiap seorang punyer nama penuh, sekolah lama, asal negeri dan lain2....nampak senang bukan? tapi susah sebenarnya...beginilah cara2 yang digunakan abang2 untuk memecahkan semangat assabiyah kenegrian dan puak2 dalam batch..ternyata, memang ukhwah batch sgt mantap..kami dididik untuk tidak bergaduh..tidak bertekak..tidak berselisih faham..ukhwah diangkat tinggi di kisas...


Jangan ada yang bergaduh..pasti kene ceramah dgn abang2 senior..kasih syg dalam persahabtan adalah nilai pentig yang diterapkan dalam jiwa kami..pelbagai program ukhwah dilaksanakan..menag x tersenarai dalam blog ni..tapi ade yang boleh untuk aku sharekan..


Bayangkan, sekeping roti dikerat dua...lalu kami kene share roti tu..sebanyak 149 orang (untuk laki)..semua orang wajib dapat makan roti tu...haha...memang semua pakat2 cubit siket2 je la..sampai ketahap ni kami dididik..


Dalam usrah, pernah suatu hari kami disuruh untuk berkongsi sebijik gula dengan ahli2 usrah..masih aku ingat..dalam usrah aku ada 6 ahli..lalu Naqib usrah pun mulakan menghisap sebiji gula2 tu..one and the only one...kemudian, gula tu perlu dihulurkan kemulut ahli usrah yang lain dari mulut ke mulut..bayangkan aku kene hulurkan sebiji gula2 oren ni kt mulut rakan usrah yg lain..haha..agak2 korang mampu x nak buat macam ni? kalau hari ni, ade orang suruh aku kongsi gula dengan orang lain, jujur la cakap, aku x mampu nak buat.hahaha..sebab tu aku sangat2 rindu suasana di kolej islam..


Setiap kali tiba waktu solat, bergegas kami ke surau..banyak pantang larang nk ke surau..xboleh round neck..mesti pakai baju melayu,jubah and pakai2 yg sesuai..mesti pakai kopiah..kopiah mesti putih...mesti pakai minyak wangi...xboleh senseng lengan baju melayu..mesti butang penuh sampai atas..kat sana, senior2 pantang kalau kitorang x pakai butang penuh..hampir setiap malam abang2 akan panggil siapa2 yang x pakai butang penuh..huhu..mesti kena denda..sampai tahap kitorang kene pergi mintak butang kt senior dan kawan2 lain yg ada butang lebih...serban wajib pakai..kalau x pakai ada lah denda die..tazkirah kalau x dtg mesti akan ada yang cek kt bilik2..kalau kantoi nahaslaa..huhuu...suasana kt surau memang sentiasa meriah..bukan junior jee yang berlumba lumba pergi surau, tapi senior pun sama..kalau waktu subuh...jarang ada yang masbuk! kalau ada yang masbuk pun satu duorang jee..tu pun f5...hehehe...kalau f4 yang masbuk subuh..abess laaaa...abang2 pandang tajam je..memang kena panggil laa kt belakang surau nanti..lepas je subuh wajib baca mathurat ramai2..masa ni lah ramai yg patah leher...tersengguk sengguk tdooo..haha...


Masa berlalu dengan begitu pantas..zaman junior semakin berada di hujung perjalanan..aku masih dalam keliru..aku ni betul2 terima tarbiyyah di kisas..atau masih x ikhlas terima tarbiyyah disini..ternyata dilema dalam diri masih membelenggu..rasa memberontak dalam diri yang teramat kuat...rasa terseksa untuk mengahabiskan zaman disini..mana tak nya, pagi petang siang malam program x henti2..daripada takirah subuhnya,tazkirah zohornya, tazkirah asarnya, tazkirah maghribnya, liqa almulk, tazkirah malamnya, marah sana,mrah sini, asalkan budak junior buat salah...ada sahaja yang x kene di mata senior padahal senior pun ada yang buat salah..kadang2 kami x tidur sampai pukul 2 or 3 pagi sebab kene tazkirah.. x boleh tertidur masa tazkirah nnti kena denda..hehehe..xboleh bercakap...sepanjang setahun jadi junior kami wajib ada buku tazkirah dan buku liqo almulk untuk catit semua tazkirah2 yang disampaikan..pada hari2 tertentu buku tazkirah kami akan disemak oleh senior..kalau esok nak hantar..malam tu berlumba lumba semua orang copy paste daripada buku tazkirah member lain..hehe..punyelahhh takut..cuba bayangkan bagaimana rasanya orietasi setahun? haha..cukuplah analogi ni sebagai gambaran buat mereka2 yang x pernah berada di kolej islam..


Rinduuu...rinduuu...dan sangat rindu...inilah kata2 yang mampu aku ucapkan...ternyata zaman itu adalah titik tolah perubahan yang mengajar aku erti kehidupan muslim..walaupun aku banyak kekurangan, tapi ilmu2 itu masih lagi segar dalam ingatan, terkadang aku leka, masih terkesan kata2 abng senior dan kawan2 yang lain dalam memori ni..nak tahu perjalanan hidup di kisas sebagai senior? nak tahu rentetan rantai2 dakwah dikisas masa  f5? nak tahu suasana tahajjud di bumi waqafan ni? nantikan entry aku yang akan datang......


*saat aku menulis, air mata masih terasa ingin mencurah-curah keluar kerana rindukan kehidupan yang x mungkin aku peroleh lagi......


21 comments:

hamba-Dia said...

"apabila menjejakkan kaki di bumi waqafan, kita umpama biji benih..dan ianya akan berkembang menjadi bbrp keadaan.
1)layu di sini, subur diluar. 2)subur di sini, layu di luar. 3)layu disini, layu di luar. 4)subur di sini, subur diluar..."

Cik Nanard said...

wow . pengalaman yg sgt BEST :)

Naim said...

hamba - DIa

Masuk bumi waqafan adalah rahmat Allah yg perlu disyukuri..ianya hanya suatu permulaan dalam hidup..kita disemai dgn baja2 berharga dibumi ini..tapi bila kita keluar, terlalu banyak racun yang menyebabkan kita layu..cuma..setiap didikan yang kita terima pasti dan pasti akan berguna dlam hidup ini..kalau tidak hari ini..esok pasti berguna :)

Naim said...

Cik Nanard

woow.hehe.Alhamdulillah..memang best..kalau lah TV3 izinkan buat dokumentasi hidup pelajar di bumi ni kan best :)

aNis SyaZwaNi said...

"Masuk bumi waqafan adalah rahmat Allah yg perlu disyukuri..ianya hanya suatu permulaan dalam hidup..kita disemai dgn baja2 berharga dibumi ini..tapi bila kita keluar, terlalu banyak racun yang menyebabkan kita layu..cuma..setiap didikan yang kita terima pasti dan pasti akan berguna dlam hidup ini..kalau tidak hari ini..esok pasti berguna :)"

suka ayat ni.T,T
rindu Kisas juga.
Alhamdulillah,Allah pernah campak kita disitu.

Naim said...

Alhamdulillah, semoga ape yang kita pernah dapat sebelum ni bermanfaat utk kita kan..mungkin kita x mampu istiqamah tapi kita mampu mujahadah..teruskan rantai2 dakwah ukht :)

krolrijal said...

weyh bkan ke kite msuk kisas 10 feb 2009???

Naim said...

hahah! yekee tangok? seriuss? ehh lupee laa pulak..asyik2 muka kau jee nmpak aku wat salah.haha..okeyh2.aku tukar.. ><

~miss hunny~ said...

nice story... erm, aku pon rse nk leleh je td... tp, i think ko missing something la... where's OMAR..???? i'm waiting for that story... :)

Naim said...

heheh! baca la new entry aku..ada pasal omar kt situu :)

Qatrun nada said...

zuq !! .. memang kisas tak akan di lupakan sampai bola2 .. school of tarbiyyah ..

Naim said...

tahu x pe sis ...d best ever ! :)

Qatrun nada said...

sebenarnya dah berpuluh kali baca entry ni :'( .. tetap x bosan .. sbb teringat semula kisah bergelar ank didik waqafan .. sgt2 rindu biah kat sana -_- ..

Naim said...

yeke? ya Allah x sangka :( siapa je yg boleh lupe life kat sini..x kan boleh jumpe lagi da kenangan yg sama mcm bumi waqafan ^^

Syahmi Shaarani said...

Sangat membuka ana walaupun ana bukan dari kolej Islam namun ana bagai dapat meresapi perkataan anta, mashaAllah suasana bermutiara di bumi waqafan.

kisasian batch57 said...

tapi sekarang dah tak macam dulu. :'(

mungkin senior boleh pegi jengukjenguk adikadik junior kat sane.

zainida afrina said...

Ana yang baca ni pun tersentuh .Biah Solehah Kisas taksama mcm dulu.tapi kami tetap sedaya upaya menghidupkan kembali.Usrah jd yang ke-6 unique in KISAS. Doakan batch kami Al-Farouq supaya dpt membimbing adik-adik batch 60 tahun hadapan

Anonymous said...

ssungguhnya pipit di bumi kami akan menjadi helang.,COE,anyway.,shukran kongsi pngalaman..

Nurhasmila Alisa said...

Saya dapat kisas . serious talk. excited

Anonymous said...

ana 60th batch di kisas. doakan ana mampu mengharungi segala onak duri dalam perjalanan mencari mutiara berharga di bumi waqafan ini..

hinmzi said...

Allah...tringat zaman2 skolah dlu...sebak jgk...huhu...knangan manis...kenangan ukhwah...akn ku kng smpai ble2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...