Monday, April 2, 2012

Umur Remaja, Sudah Cukup Bersediakah Aku?

Assalamualaikum



Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti
Contohilah Muhammad Al Fateh mahupun SaidinaAli
Tangan mereka menggegar dunia dan seisinya
Hari ini remaja Islam yang ada umpama buih2 di lautan
Termasuklah diri sy yang hina lagi lemah ini

Coretan hari ni nak share kat pembaca2 yang setia tentang persediaan kita sebagai remaja utk masa depan.

Sebelum tu, nak cerita sikit pasal conversation mak kat dalam kereta:

Me : Khawen lambat agy la mak. Abang pk nak
         tunang dulu, taun depan ke. InsyaAllah la ea :)


Mak  : owhh. Wat pe tunang. kawen terus la..kan senang.


Me  : haahaha. Tunang dulu la mak. Nak ikat dulu. Takutla 
        terlepas kan. Sekarang ni nak cari perempuan baik2
        bukan senang mak. Yang baik banyak org da cop.
        Sobzz :( huhu..



Mak  : Alaa..insyaAllah, kalau diri kita ni baik.. Allah
          jumpakan dengan yang baik jugak nnti. 

Wahh?? macam x sangka kan? Akhirnya kata2 mcm ni keluar jugak daripada mulut mak dan abah. Yang sebenarnya, kalau kita nak bina keyakinan dalam diri mak ayah kita, diri kita sendiri kena usaha jaga akhlak dan kematangan kita kat rumah. Once mak ayah kita yakin, insyaAllah diorang pun x kan takut2 nak borak pasal hal2 mcm ni. < tapi aku xlah matang sgt > hehe.

Conversation kat atas ni x berapa penting. Yang penting ayat last tu.

InsyaAllah, kalau diri kita ni baik.. Allah jumpakan dengan yang baik jugak nnti. 

So, macam ne sahabat2 sekalian? agak2 nya diri kita dah bersediakah nk pimpin sebuah institusi keluarga? Dah tentunyaa diri kita sahaja yang tahu. Saya sendiri masih belum yakin dgn kemampuan diri ni. Masih banyak kekurangan. Kalau kita bercita-cita ingin dapatkan seorang isteri yang solehah, maka diri kita pun kena lah soleh. insyaAllah Allah akan permudahkan . Mujahadah :)

Persoalan yang perlu kita bangkitkan dalam diri kita, sudah bersediakah kita?

Bersedia apa? Bersedia utk masa hadapan, menghadap kematian, bertarung dengan cabaran dunia, mengharungi ujian2 mendatang, meredah cabaran2 golongan kafir di luar sana? 

" Jika kita ingin lihat pemimpin masa hadapan,lihatlah pemuda hari ini ( Saidina Ali ) "

Saidina Ali dalam sebuah kata katanya menggambarkan pemimpin akan datang dengan wajah pemuda hari ini. Subhanallah, rasenyer kita semua pun sedar hakikat pemuda hari ini dah terlalu rapuh, goyah dan x bermaya. Suara2 pemimpin mahasiswa hari ini pun lebih bersifat politik dan meraih kedudukan. Dapat jawatan pun x dilaksanakan dengan adil dan telus. Ramai yang berlumba lumba mengejar populariti dan nama. Situasi ni biasa berlaku dalam dunia Universiti. Hanya kerana wanita dan pangkat, si lelaki lantang bersuara atas nama kepimpinan, padahal suara2 lantang itu hanya sekadar bunyi tin kosong yang tiada isinya. 

Berapa ramai pula pemuda hari ini yang berani bangkit bersuara soal Islam, maruah agama, hukum2 agama, masalah2 sosial ? Berapa ramai yang berani menyatakan keagungan Agama Islam? Berapa ramai yang berani tampil kehadapan apabila disuruh menjadi imam? Berapa ramai yang hadir apabila majlis2 keagamaan dilaksanakan? Mana perginya suara2 lantang yang sungguh hebat berbicara tadi? Sungguh menyedihkan gambaran pemuda2 harapan bangsa dan agama hari ni. Bukan anda, tapi saya pun belum tentu mampu mecontohi sahabat2 Rasulullah satu masa dahulu.

Jelas kepincangan yang berlaku dalam dunia remaja hari inil. Jadi tanya diri anda sudah bersediakah? Pantang borak soal jodoh, panjang lebar cerita dan cita2 nya, itulah senario remaja yang x boleh dinafikan. Tapi, sejauh mana anda mampu mendirikan baitul muslim? Diri sendiri sudah cukup persediaan atau belum? 

"Banyak pemuda Islam hari ini, kuat pada semangatnya tapi lemah pada tindakannya"

Astaghfirullah, kita sama2 insafi kelemahan diri ini. Hakikat ini memang perlu kita akui. Banyak pemuda yang begitu hebat bersuara tentang maruah dan nasib orang Islam, tapi diri sendiri yang menyumbang kepada tercalarnya maruah Islam. Banyak pemuda yang begitu marah apabila maruah Islam dicabar oleh orang2 Kafir, tapi diri sendiri yang x berusaha membangunkan akhlak Islamiah.

Kita terlalu sibuk memikirkan jalan2 untuk menghapuskan unsur2 Freemason, Westernization, dan Israel, padahal usaha2 itu hanya sekadar semangat di bibir dan kederat yang x menggentarkan musuh2 Islam pun. Yang perlu kita bangunkan adalah kefaqihan kita dalam agama, ketaqwaan kita pada agama, dan jihad kita pada jalan agama. Jikalau semangat disertakan dengan ilmu, insyaAllah syabab hari ini mampu menggegar dunia. Bukan sekadar jihad di jalanan, protes sana sini, sepanduk diangkat tinggi2 sebagai tanda protes, bendera mereka dibakar, dan sebagainya. Musuh2 Islam x kan gentar dengan semangat2 kosong kita ni, tapi mereka akan gentar bila kita bersatu dengan ilmu, ketaqwaan dan jihad di jalan Allah.

Jadi apa kesudahnnya?

Back to basic..kesedaran..

"Islam di Barat sungguh hebat peningkatannya, walaupun mereka minoriti tapi Islam di sana semakin tersebar"

Memang lumrah, bila kita berada dalam suasana minoriti, kesedaran itu akan timbul dan usaha tu akan dilaksanakan dengan ikhlas..kerana itu Islam di zaman Nabi cepat tersebar, kerana mereka minoriti, semangat utk berhijrah ke Madinah begitu kental..semangat menyebarkan dakwah begitu cekal..

Tapi hari ini apa yang berlaku di negara kita? Hanya kita sahaja yang mampu menjawapnya. Saya dan anda juga masih belum punyai kekuatan yang begitu hebat seperti sahabat2 baginda.


Jadi Usia Remaja ini, sudah cukup bersediakah kita?
Mungkin anda sudah, tapi sy belum, kerana sy masih berusaha, insyaAllah kita sama2 usaha.

"Allah tak kan ubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha utk mengubahnya"



7 comments:

krolrijal said...

jgn lupe jemput aku..heeeee

Naim said...

hahah! ehh wajib jemput! tapi kalau kau studyy sna lagi..xdpt den nak nolong...

Ckin Kembaq said...

byk lgi yang perlu diubah.....bukan sekadar diam dan tak berbuat apa2.... inshaAllah.. ^_^

Naim said...

insyaAllah...mujahadah itu memang susah..tapi perlu usaha :)

~miss hunny~ said...

poyo ko kan..??? nshatkn aku, ko pon sme nk khwen cpat... huhu, well mga dpermudahkan... jgan lpe jmput aku tau.... ;)

Naim said...

hahah! tadelaa...jodoh tu kan kerja Allah..insyaAllah kalau ada rezeki..ade la..nnti aku jemput la..dont worry.. :D

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah,kalo tengk dr segi pnulisannya saudara nyata boleh dimasukkan dalm kategori yg matang..hurm,tapi hakikatnya sungguh saya tatau bgaimana sbnrnya saudara utk kata saudara seorg yg matang..
oh..matang itu subjektif..~
uh..cume nk tmbh,err..mungkin pasal kahwin tu..
sungguh itu memang fitrah tak dinafikan..
tapi, biler pk dgn bnyaknya,sbenanya macm banyak lg mender sbelom tu..
perkahwinan bukan matlamt dlm kehidupan.khidupan bukan berhenti smpai situ jer..(rasa sume org cakp mende ni mcm sumthing yg seng).
sbnarnya banyk lagi tugas kita di luar sana..banyk sangt..(sy tak menolak fitrah)cuma,mari kita berfikir perkara2 yg perlu di'aulakan utk dfikirkan.kalo pasal jodoh tu,iAllah da siap Dia uruskan.Dia akn hntr bila kita dah bersedia..
pasal laki baik utk perempuan baik,itu memg janjiNya.tapi jgnla kita jd baik sebb nk dptkn yg baik.oh,itu memg satu dorongan utk jd baik,tapi tetaplah Dia sebgai matlamat utama.apa2 pon back to niat..setiap amaln pion mula dengan niat..
wallahu a'lam
sekadr pndgn dan pbezaan pndgan tu kan, satu rahmat..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...