Tuesday, May 29, 2012

Helang Yang Patah Sayapnya



Aku umpama seekor pipit diasuh dan dididik menjadi seekor helang
Aku keluar dari sarang lalu terbang ke seluruh pelusuk bumi dengan gah dan berani
Tapi hari ini sayap aku patah dan aku cedera, mampukah aku terus terbang menjadi sang raja udara

Assalamualaikum, aku adalah pipit yang dilatih menjadi helang yang garang. Paruhku semakin tajam, sayap dan kepak semakin lebar. Kerana aku akan bebas ke awan yang luas, terbang memburu mangsa dan menjadi helang yang digeruni. 365 terakhir di bumi waqafan ini, aku curahkan bakti buat bakal2 helang yang baru sahaja masuk ke sangkar. Semoga mereka juga menjadi berani dan gagah seperti yang lain. Setelah genap 2 tahun aku mula mengorak langkah, bermigrasi dari sebuah bumi yang penuh dengan didikan kepada sebuah perjalanan yang penuh dengan cabaran. Aku adalah helang yang menjadi perhatian ribuan manusia.

Memang perjalanan ini lebih sukar daripada apa yang aku sangkakan,

Aku baru sedar, menjadi seekor helang pastinya punyai ramai musuh dan digeruni ramai pihak. Terus terbang dan terbang mengibarkan panji2 kemenangan dan kebebasan, meneroka setiap inci alam. Daripada hidup dalam sekumpulan helang aku mula berjinak-jinak dengan ribuan kicauan burung yang lain..aku mula mencari identiti yang lain..kerana helang sering diketepikan..katanya helang seorang yang penuh dengan kemahiran dan kepakaran..katanya helang terlalu garang..jadi aku x mahu menjadi seekor helang yang dibenci dan diketepikan..aku mahu sama seperti mereka, berkongsi kegembiraan bersama mereka..kerana kita masih sama..seekor burung yang terbang bebas di awan biru..


Tapi aku masih seekor helang yang sudah diterima dalam kelompok burung yang lain..aku mula menjadi helang yang membantu anak-anak burung yang lain..aku menjadi helang yang memapah burung2 yang mula patah sayapnya..aku seronok menjadi helang yang hebat..dan aku mula terbang lebih tinggi dan tinggi..dan aku pula digelar helang yang lupa diri..


Akhirnya aku sunyi, aku tahu menjadi helang ini bukannya mudah..aku seronok melihat ribuan kicauan burung yang lain..hidup bersama..tiada bezanya..dan aku turun ke bumi..aku kembali kepada asalku..pipit yang kecil..bergaul dan bermesra dengan semua teman2 aku yang lain..aku pula hanyut dalam dunia aku..


Wah, bahagia sungguh dapat merasai nikmat kehidupan ini..baru aku tahu, walaupun aku adalah helang..aku belum tentu dapat merasai nikmat kehidupan ini..sedangkan menjadi pipit pun, aku sudah mengecapi sebuah kehidupan yang berwarna warni..


Namun, menjadi pipit membawa aku tenggelam dalam jutaan burung yang gah..paruhku tidak lagi tajam, kepak juga tidak sebesar mereka..aku pula tidak dapat menjadi seorang pembantu kepada teman2 yang lain..aku mulai berfikir..jauh mana lagi dapat aku terbang..tidak mengapa asalkan sayap dan kepak ini masih ada, aku mampu lagi membawa diri ke serata dunia...lalu aku dengan egonya terus menjadi sang kecil yang berani..tidak aku pedulikan helang2 di awan biru..aku lebih seronok berada di bawah ini..


Tapi hari ini, sayap aku patah..aku tidak mampu lagi terbang..patah teruk..aku pula ditinggalkan oleh pipit2 lain..helang juga tidak datang membantu..kerana mereka adalah helang yang ego..mereka rasa mereka helang yang hebat..biarlah mereka..aku dengan dunia aku..seekor burung yang sudah patah sayapnya..tidak mampu lagi terbang..aku mula memikirkan sejarah silam yang mendidik aku menjadi sang raja udara...aku adalah hero dalam kalangan mereka..aku adalah pahlawan yang x mengaku kalah..jadi adakah ini akhir cerita aku?


Biar patah sayapnya, selagi darah ini mengalir dalam setiap inci ruang badan ini..akan kuteruskan perjalanan kehidupan ini..aku mula belajar erti kehidupan..aku mula bersyukur erti kebebasan dan kebahgiaan..aku melihat ribuan burung di udara dan aku sedar, aku pernah di sana bersama mereka..tapi hari ini aku dibawah..tidak mengapa, syukur alhamdulillah, nyawaku masih ada.. setiap kehidupan adalah seperti putaran roda, ada masa kita di atas, dan ada masa kita di bawah..


Aku kuatkan semangat untuk belajar berjalan di bumi, tidak mengapa aku x mampu terbang, asalkan aku ada harga diri..aku sedar, berada di awan dan terbang semata-mata belum tentu membawa aku menjadi insan yang bersyukur..berada di atas juga belum tentu mejadikan aku insan yang mengenali kesilapan diri.. menjadi seekor burung yang patah sayapnya sudah cukup istimewa dan bersyukur kerana aku dapat mengenali dan menginsafi kekurangan diri ini..aku masih dikurniakan kelebihan2 lain..Mengapa perlu aku terus menerus menyalahkan takdir...aku masih mampu berjalan..daripada berjalan aku boleh belajar berlari..aku masih boleh berbakti..perjalanan ini menjadikan aku lebih dewasa..lebih banyak pengalaman yang boleh aku tempuh dan hadapi...hari ini aku sedar, sebenarnya aku bukan seekor burung yang kalah di udara, tapi aku adalah burung yang diberi peluang berbakti di bumi..di saat burung lain sedang hebat bergurau di udara, aku adalah seekor pipit yang sedang bangkit dari bawah, belajar untuk berjalan dan terus berlari..


X mengapa aku x dapat terbang tinggi ke udara lagi
Kerana dengan berjalan pun sudah cukup mendewasakan aku
Mengenali Allah akan menjadikan kita insan yang bersyukur atas nikmatnya.



Monday, May 28, 2012

No Pendaftaran Kenderaan Termahal di Malaysia milik DYMM Sultan Ibrahim Johor.



DYMM Sultan Ibrahim Johor
Pemilik Kenderaan WWW 1



Assalamualaikum..sidang pembaca yang dihormati,

Pagi-pagi ini saya dikejutkan dengan berita 'aneh' apabila seorang insan yang dihormati iaitu "seperti nama di atas" telah menggemparkan Malaysia dengan pembelian no pendaftaran kereta yang termahal di Malaysia setakat ini. 

Berikut adalah senarai no pendaftaran kenderaan mengikut urutan harga,


Menurut sumber yang sahih dan muktamad,

Buat masa ini Sultan Johor adalah pemilik no plate kenderaan paling mahal dalam negara kita dan telah memecahkan rekod baru. Sebelum ini pemilik kenderaan MCA 1 adalah pemegang rekod bagi kategori no pendaftaran kenderaan termahal. 

Saya masih berfikir,

Apakah signifikannya penjualan dan pembelian no pendaftaran yang semahal ini ? Dan siapa pula yang memulakan budaya ini ? Apa relevannya?

Persoalan ini bukan untuk mempertikaikan keinginan dan kemahuan setiap individu, tetapi ianya adalah persoalan yang realistik. Saya pasti semua orang ada keinginan yang alasan yang berbeza, tetapi rasionalnya masih tidak dapat diterima akal kerana ia tetap sebuah kenderaan yang bergerak di atas jalan yang sama seperti kenderaan lain.


Beliau adalah seorang bangsawan dan jutawan di Dubai

Saeed Khouri mencipta rekod dunia dan sejarah tersendiri apabila beliau berjaya memilik no pendaftaran kenderaan termahal di dunia. Beliau adalah seorang hartawan yang berasal daripada keluarga Abu Dhabi.
Harga rasmi no pendaftaran kereta beliau berjumlah $24million.


Sebelum ini, Talal Khouri adalah pemegang rekod no pendaftaran termahal dengan perbezan $6 million daripada Saeed Khouri. Beliau berkata dalam satu wawancara bahawa no 5 ini tidak membawa apa2 makna kepada beliau. Beliau akan menyimpannya dan selepas beliau meninggal, jumlah harga nombor ini boleh digunakan semula dan dijual untuk dijadikan kebajikan kepada pembangunan insan.


Afzal Khan seorang ahli perniagaan terkenal di United Kingdom memilik no pendaftaran kenderaan termahal di UK. Harga no pendataran beliau bernilai £440,625 ! Mercedez yang dimiliki beliau pula berharga £300,000 Mercedes-Benz SLR McLaren. 


Manusia memang dilahirkan dengan pelbagai minat dan cita2 yang berbeza.InsyaAllah, buggati veyron buah hati saya. Saya x perlukan no pendaftaran yang mahal2 kerana bagi saya ianya tidak membawa apa2 manfaat. 

Semakin kita kaya, semakin kita diuji dengan pelbagai cabaran dan godaan.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur .

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampaui batas (boros) dan tidak kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan kedekut) itu.
[al-Furqan 25:67]

 Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[al-Isra’ 17:27]


Friday, May 25, 2012

Menuju Sebuah Kematangan Yang Menggelikan


Maaf, isu sensitif
Kalau Sudah matang baru boleh baca.! :)


MASIH INGATKAH ANDA DUA INSAN INI ?



Kalau masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak kenal mereka berdua..jadi terang2 saya berikan nama mereka di atas ini. Insan yang cukup gah di dalam negara kita buat masa kini kerana dua2 nya adalah pemuda. Suara pemuda suara emas! Mereka berjuang berlainan parti, kedua-duanya ada cara dan padangan yang berbeza. Seorang pembangkang dan seorang kerajaan, mana mungkin mendapat persamaan? pasti ada perselisihan dan pertengkaran. Ini lah politik matang.HAHAHAHA


Assalamualaikum..Sekalung apresiasi saya ucapkan kepada YB Khairy dan YB Rafizi di atas kehebatan dan kepetahan anda berdua. Saya x kan lepaskan peluang2 keemasan begini. Bukan mudah untuk melihat dua anak muda bertemu di gelanggang perdebatan membentang sebuah polisi negara. Dan ini suatu penghormatan buat mereka berdua. Sama-sama hebat, sama-sama berani dan sama-sama x mahu mengaku kalah. hehehe!

Lupekan tentang PTPTN ! Lupekan tentang DEBAT! Lupekan tentang MEREKA !

Yang saya ingin sampaikan bukan ISU PTPTN ! Bukan juga ISU siapa MENANG siapa KALAH !

Tapi Isu ini lebih penting buat kita semua. Iaitu kematangan...yea, kematangan yang semakin menggelikan..masih ingatkah anda kata moderator debat ini pada malam tersebut? Ade 3 Soalan yang beliau ajukan kepada penonton..kalau anda x ingat, biar saya yang ingatkan..

Soalan 1 : Anda sudah bersedia?
Soalan 2 : Anda Yakin anda sudah bersedia?
Soalan 3 : Anda sudah matang ?

3 Soalan ini amat2 besar maknanya kepada negara. Dengan hebatnya semua menjawab..

Sudahhhhhh......
Yakinnnnn.......
Yaaa...............

Well Done ! Tahniah kepada Yang Sudah Matang !!

Saya suka untuk mengulas permasalahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Isu politik adalah isu paling dahsyat dan hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Maklumlah, PRU 13 dah nak dekat, masing2 sibuk berkempen dan bermanifesto. Pergi ke seluruh negara, tarik perhatian rakyat, tarik minat rakyat dan tarik hati rakyat. Semuanya atas dasar untuk meraih sepangkah UNDI semasa pilihan raya. Kalau xdpt undi, x de la maknanya mereka ingin berkerah keringat utk rakyat ini kan? Ini realiti dan bukan rekaan :)

Bercakap tentang kematangan, saya amat hairan dan khuatir jika ramai rakyat Malaysia yang menyangka bahawa diri mereka sudah cukup matang.. tambahan lagi apabila isu politik ini hangat diperkatakan, maka jelas terpancar lah tahap KEMATANGAN rakyat Malaysia yang disayangi..

Bukti2 kematangan POLITIK rakyat Malaysia :

1)  BERSIH 3.0 yang sepatutnya menjadi perhimpunan aman bertukar menjadi perang
2) Isu PTPTN yang sepatutnya menjadi bahan perbincangan bertukar menjadi perbalahan
3) Isu Mengkafirkan orang yang serius didalam Islam diPolitikkan dan jadi bahan jenaka
4) Isu HUDUD yang sepatutnya menjadi teras ISLAM juga dipolitikkan dan diperkecilkan

Semakin hari semakin semak dan benak saya dengan suara2 sumbang rakyat Malaysia di laman Facebook dan Twitter. Pantang ada sahaja isu2 yang melibatkan ahli politik, pergaduhan dan perbalahan pasti wujud. Yang hairannya, yang bergaduh dan bertekak ni bukan ahli politik pun, tapi yang bilis-bilis ini sahaja yang bising. 

Lebih lajak daripada perahu.

Masing-masing berhujah atas prinsip dan pandangan masing.. Alhamdulillah! Ini lah suatu kematangan apabila kita berani menegakkan prinsip dan pandangan kita. Bukan seperti lembu yang hanya tahu duduk diam dan tidak tahu bersuara. Malah takut dihina. Tapi..permasalahannya sekarang, antara menegakkan pandangan dan menjaga persaudaraan, yang mana lebih mulia?

Pembaca yang disayangi,

Kadang-kadang kita terlalu emosi dalam menyampaikan sesuatu perkara sampai kita lupa, kita hidup bukan seorang diri di muka bumi ini. Kadang-kadang kita terlalu angkuh dan bongkak bersuara sampai kita lupa kita bukan manusia yang sempurna. Kadang-kadang kita terlalu seronok mengatakan kehebatan sampai kita lupa, tiada yang lebih hebat melainkan Allah. Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan pengaruh sampai kita lupa, kekuatan kita sebagai manusia adalah dalam jemaah.

Matang Kah Kita?

Matang Pada Usia Belum Tentu Matang Pada Minda
Matang Pada Mulut Belum Tentu Matang Pada Jiwa

Manusia Jarang Meletakkan Rasional di Tempat Yang Teratas

Bila bercakap soal politik dan hak, pasti pertama sekali yang akan manusia sandarkan adalah emosi, kemudian parti dan akhir sekali baru lah rasional.

Sebagai rakyat Malaysia yang matang, EMOSI bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik..semuanya hanya akan mengundang perbalahan dan pertengkarang yang tidak berpenghujung..kesudahannya, ia tidak akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.Apa yang kita dapat hanyalah sakit hati, dendam, marah dan tertekan.


Untuk apa kita yang menanggung perasaan2 ini? Untuk apa kita berat2 kan kepala untuk bertegang urat dan bertikam lidah dengan isu yang tidak ada jalan kesudahannya lagi? Untuk apa kita gadaikan maruah dengan mencalarkan nama baik kita sendiri? Untuk apa kita bersusah payah menegakkan pandangan kita sedangkan yang mana kaca dan yang mana permata pun belum tentu kita dapat bezakan? Kesudahannya siapa yang untung dan siapa pula yang rugi? 

Saudara2, pertengkaran dan perbalahan hanya mengundang dosa dan murka. Kesudahannya, kita yang rugi malahan syaitan pula yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Saudara2, tidak salah kita berdiskusi ilmiah dan berbincang tentang permasalahan negara, tetapi kalau sudah bertikam lidah, hentikan sahajalah kerana ukhwah itu lebih berharga!

Saudara2, kita cuma rakyat biasa, bahkan tidak belajar tentang polisi negara, usah bercakap seperti seorang ahli politik tapi bercakaplah seperti seorang yang berwawasan..kita bercakap atas dasar relevan dan rasional..kalau mengundang api kemarahan, kita hapuskan..

Saudara2, kematangan itu terletak pada lubuk hati dan nurani kita..jangan biarkan politik menghantui pemikiran minda dan jiwa kita..ianya hanya suatu permainan halus yang akan memecah belahkan perpaduan kita..

Saudara2, diam bukan tanda kita kalah, dan mengalah bukan tanda kita lemah..tetapi ada kalanya diam dan mengalah itulah tanda kejayaan kita..

Sekadar berkongsi pandangan..jika kita terus menerus terperangkap dalam jerat politik..maka, bersedialah berhadapan dengan masa hadapan yang menakutkan..Kita mampu mengubahnya dengan akal yang sihat..

Kita Menang Dengan Minda..! Hapuskan Semangat Kepartian Yang Tinggi! Ukhwah Itu Indah.


Thursday, May 24, 2012

Tolong LIKE Fan Page Saya ! Naim.com :)





Assalamualaikum






Sukacita dimaklumkan bahawa saya baru sahaja Melancarkan Fan Page Facebook saya..jadi saya dengan rendah diri memohon jasa baik anda semua untuk memberi sokongan kepada saya dengan hanya LIKE and SHARE sahaja..Tanpa anda siapalah saya kan? Kepada pembaca2 setia Blog Naim, insyaAllah segala entry2 terbaru akan saya salurkan terus ke Page baru saya selepas ini. Kepada yang belum LIKE, jangan lupa LIKE ya. Terima Kasih ! :)




Wednesday, May 23, 2012

Kisah Benar. Jenazah Yang Mati Mengaibkan.




Ya Allah,
Aku pohon kau campakkan keinsafan buat diriku serta saudara-saudara Islamku.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-


Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.


Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.


Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.


Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.


Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.


Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.


Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.


Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.


Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.


Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.


Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila.


Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa? Ya Allah, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi pada kita suatu masa nanti. Sama-samalah kita meinginsafi dosa-dosa yang ada pada diri kita dan panjatkan doa agar Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik.Subhanallah.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 






Tuesday, May 22, 2012

Asyik-asyik cerita kahwin! Boringnya....

Assalamualaikum



Asyik-asyik cerita pasal kahwin la dia tu..boringnyer..gatal sangat lah tu..belajar pun x habis lagi dah berangan nak kahwin..bosan betul la dengan dia ni.... ( monolog seorang hamba Allah )

Tatkala manusia sedang rancak bercerita tentang kebaikan, ada pula suara2 sumbang yang menyatakan perasaan tidak puas hati dan tidak senang duduk dengan keadaan ini. Sinonim benar dengan masyarakat kita hari ini, yang pastinya seperti cacing kepanasan melihat kebaikan dan kelebihan orang lain.

Aduhai masyarakat..masyarakat...sampai bila mahu berhenti mengata?

Fenomena kahwin awal sudah bermula sejak 2 hingga ke 3 tahun ini..sebelum ini bukan tiada yang kahwin awal iaitu semasa belajar, tetapi sejak akhir-akhir ini isu kahwin semasa belajar hangat diperkatakan..Malahan ramai yang seronok dan memberi sokongan kepada perkembangan ini..


Lihat sahaja keadaan remaja dan dunia hari ini..Gambarannya terlalu takut untuk dihuraikan..kes buang bayi yang menular masih belum dapat diatasi sepenuhnya bahkan ianya ibarat suatu perkara yang terlalu biasa pada segelintir remaja. Di mana hilangnya sensitiviti kemanusiaan kamu wahai sahabat2ku?


Disebabkan keadaan2 mendesak inilah, beberapa pihak cukup rancak dalam mengetengahkan isu kahwin awal atau kahwin semasa belajar. Perkara ini bukan suatu yang mustahil bahkan terbukti memupuk bibit kebahgiaan yang romantis. Sudah ramai di luar sana yang berjaya menyusuri gerbang baitul muslim ini dengan bahagia dan harmoni. Kita bila lagi?


Saya masih teringat sewaktu di zaman tingkatan 5.. ya masa itu, ada juga desas desus rakan-rakan batch kami yang akan kahwin awal.. Pada masa itu, ianya ibarat suatu perancangan yang bersahaja dan jenaka. Apa tidaknya, seawal usia 17 tahun sudah fikir untuk berkahwin? ya Allah, lebih lajak daripada perahu itu sahabat-sahabat.


Tapi benarlah apa yang dikatakan Jodoh Maut Ajal Pertemuan di tangan Allah..setelah keluar daripada sekolah, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti..khabar2 angin untuk berkahwin awal ini semakin rancak diperkatakan.. dan tidak sampai setahun berkahirnya zaman sekolah, jemputan perkahwinan yang pertama sampai kepada setiap ahli batch.. Begitulah indahnya perancangan Allah..dan kini, satu demi satu rakan-rakan saya memasang strategi untuk berkahwin awal.


Fenomena ini begitu memberi kesan kepada masyarakat di luar sana, lebih2 lagi apabila gambar2 indah pasangan penggantin ini tersebar di layar Muka Buku..sungguh suasana dan perasaan cemburu itu mula hadir dalam diri insan2 yang bergelar manusia..dan saya sendiri punya perasaan yang sama.. memang tidak mampu untuk menafikannya :)


Selaku penulis blog, saya sudah beberapa kali menulis tentang Jodoh dan Kahwin, tapi saya jarang2 sekali menyentuh bab couple..ada juga insan2 yang sudah jemu dengan artikel2 jodoh dan kahwin di awal usia ini..tapi, bagi saya, untuk menarik minat remaja2 di luar sana dengan sebuah alam percintaan yang lebih manis dan romantis, kita perlu berusaha menarik minat dan kecenderungan mereka dengan suasana yang halal lagi baik..Bukannya terus menerus menghukum kesalahan yang mereka lakukan bahkan, kita mengambil langkah yang lebih Positif dengan memberikan galakan menerusi artikel dan bahan penulisan.


Alhamdulillah, kita lihat di layar Muka Buku hari ini, pasti ada gambar2 animasi pasangan penggantin muda  yang berunsur Islamik yang disebarkan di FB,dan pastinya mendapat sambutan yang baik daripada seluruh pengguna Facebook. Setiap status2 yang berunsur jodoh dan kahwin ini pasti akan mendapat "LIKE" yang berpuluh-puluh dan beratus. Inilah tandanya, perkembangan minat dan minda  remaja kita sudah semakin beralih kepada sesuatu yang lebih baik.


Jika sebelum ini mereka cenderung meluahkan perasaan2 yang tidak sepatutnya di Muka Buku, tapi hari ini perasaan segan itu pasti wujud dalam diri mereka kerana melihat suatu anjakan minda dan pemikiran dalam kalangan remaja hari ini. Couple bukan lagi perkara yang relevan bahkan ianya sudah semakin berkurangan. Lebih ramai yang cenderung memikirkan soal kahwin dan bercinta selepas nikah. Walaubagaimanapun, perkenalan dan persahabatan sesama muslim itu tidak lah dilarang sama sekali.


Hari ini kalau masih ada lagi kawan2 yang seronok upload gambar mereka berpeluk dan bertepuk tampar di Muka Buku. Pasti ianya adalah suatu perkara yang menjengkelkan dan memalukan. Apakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu hanya sekadar menambah rasa menyampah masyarakat sekeliling terhadap mereka? Tidak kurang juga yang turut menyumbang dengan komentar2 membina..kononnya mereka adalah pasangan yang sweet dan romantik..Apa sudah jadi? Alangkah indahnya jika mereka dapat menghayati gambar2 pasangan penggantin yang lebih sejuk mata memandang.


Walaubagaimanapun, Fenomena yang wujud sekarang ini masih mendapat pandangan sinis dan negatif masyarakat. Ada sahaja suara2 yang menyatakan perasaan meluat serta menyampah dengan isu kahwin awal ini. Mereka hanya menggunakan alasan belajar dan kerjaya serta kewangan untuk menyatakan bangkangan terhadap kahwin awal ini. Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan status2 jodoh dan kawhin yang terpapar di laman muka buku hanya sekadar manis di bibir dan bersikap menunjuk nunjuk. Ade juga yang meletakkan pandangan negatif bahawa golongan yang berfikiran untuk kahwin awal ini adalah mereka yang tidak ada wawasan dan hanya memikirkan tentang kahwin.


Tidak mampu untuk saya tuliskan beberapa lagi pandangan serta tomahan segelintir ahli masyarakat terhadap isu kahwin muda ini. Saya sendiri menyokong bahawa terdapat Pro and Conts dalam melayari gerbang perkahwinan di awal usia ini. Tetapi, kita ambil lah suatu bentuk pemikiran yang lebih positif dan terbuka. Apa salahnya fenomena ini terus menjadi bualan remaja hari ini bahkan anak2 muda yang masih di peringkat sekolah. Bukankah ini suatu bentuk anjakan minda kepada mereka?


Hentikan perasaan2 yang tidak membawa kebaikan itu wahai sahabat2ku..Bukankah lebih baik kita melihat cerita2 dan isu2 kahwin ini terus tersebar daripada kita meredhai cerita2 couple dan gambar2 yang tidak berfaedah itu terus menguasai laman sosial kita? Jadi, ambillah pendekatan dan penerimaan yang lebih positif dan membangun.


Bagi mereka yang tidak sabar untuk kahwin awal pula, jangan terlalu terburu-buru, kerana tanggungjawap dan ilmu juga adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan. Jangan pula kita memandang isu jodoh ini sahaja ibadat yang perlu dibesar-besarkan..bahkan banyak lagi perkara yang kita juga perlu ambil berat..


Ini adalah senior saya di Kisas. Alhamdulillah berkahwin pada usia 20 tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Bumi Mesir bersama zaujah tercinta. Sweet kan?

Semoga perkongsian sekali ini membawa manfaat buat semua. Sekadar berkongsi pandangan, jikalau ianya suatu yang perlu dikongsikan kepada rakan2 lain. Jangan segan2 untuk tekan button share yang disediakan. Owh, yea, saya mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada Sahabat Blog Naim menerusi Banner yang saya sediakan. InsyaAllah, semoga bertemu di entry yang baru. wallahualam :)



Monday, May 21, 2012

Hebatnya Seorang Lelaki

Assalamualaikum



Hebatnya lelaki
kerana lelaki dipilih sebagai Rasul
penyampai risalah dan kebenaran daripada Allah

Hebatnya lelaki
kerana lelaki dipilih sebagai Nabi
penyampai wahyu kepada umat disetiap zaman

Hebatnya lelaki
kerana lelaki dipilih sebagai Imam
yang menegetuai jemaah dalam solat dan ibadat

Hebatnya lelaki
kerana lelaki diangkat menjadi muazzin
yang melaungkan seruan azan di serata dunia

Hebatnya lelaki
kerana dilantik menjadi wali
yang merestui perkahwinan anak dan saudara perempuannya

Hebatnya lelaki
kerana suaranya bukan aurat
yang bisa didengari di mana-mana sahaja

Hebatnya lelaki
kerana  lelaki dikurniakan 9 akal
melebihi tahap kecerdikan seorang wanita

Hebatnya lelaki
kerana lelaki lebih kuat daripada wanita
seperti yang tercatat dalam kalam Allah al-quran alkarim

Hebatnya lelaki
kerna diberi hak berkahwin 4 wanita
sebagai melengkapi tahap kemampuannya sebagai lelaki

Hebatnya lelaki
kerana lelaki adalah ketua di dalam keluarga
yang memimpin isteri serta mendidik ahli keluarganya

Tapi awas lelaki
Saat kamu mencapai tahap baligh
Terputus beban ibu bapamu dan dosamu ditanggung sendiri

Tapi awas lelaki
Saat kamu berkeluarga
Segala hitungan dosa ahli keluargamu di atas bahumu

Tapi awas lelaki
Segala amalan kamu belum menjamin syurgamu kelak
kerana dibelakangmu adalah isteri dan anak2mu yang dipimpin

Tapi awas lelaki
Allah mengamanahkan padamu sekumpulan wanita
Ibumu,isterimu,anakmu,serta saudara perempuanmu yg belum bernikah

Tapi awas lelaki
Saat kamu diangkat menjadi pemimpin
Segala apa yang kamu pimpin akan dipertanggungjawabkan

Kerana itu Allah kurniakan kehebatan serta kekuatan kepadamu
Kerana kamu adalah lelaki yang mampu memikul tugas dan amanah ini.

 Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka 
(Surah al-Tahrim 66:6)


Sunday, May 20, 2012

Hukum Kerja di 7 Eleven, Stesen Minyak dan Pasaraya Besar

      Assalamualaikum


Bukan susah cari kerja halal
Tapi manusia suka amik jalan mudah

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Terdapat terlalu banyak dalil2 Al-quran yang menyeru manusia mencari rezeki yang halal, bahkan halal lagi baik. Islam adalah agama yang sangat suci dan bersih pengisiannya, kerana itulah Islam mementing sesuatu yang Halal sebagai pengisian dalam kehidupan kita.

Sesungguhnya segala punca rezeki itu hanyalah semata-mata kerana Allah dan Allah membuka pintu2 rezeki setiap manusia supaya manusia merebutnya dan menggunakannya di jalan Allah. Tapi malang, manusia terlalu mengambil mudah dan ringan dengan peringatan dan larangan Allah swt.

Kita ambil suatu petikan ayat Al-quran :

Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Al-Baqarah: 168

Jelas Allah memerintahkan sekalian manusia supaya makan dari sumber yang Halal. Setiap punca rezeki yang kita peroleh adalah sumber pemakanan kita. Jadi sanggupkah kita menggadaikan diri kita sebagai Muslim dengan mengambil ringan soal halal dan haram ini. Kita bekerja, kita peroleh gaji, dan kemudian hasil pendapatan kita itu lah yang kita gunakan utk beli pakaian, makanan, dan juga keperluan2 semasa. Jadi adakah kita redha hasil yang haram kita salurkan pada pakaian kita, makanan kita, minuman kita dan keperluan belajar kita? Adakah kita redha setiap darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah daripada sumber yang haram? 

Jadi apa kaitannya dengan kerja di 7 Eleven?

Secara umumnya Allah memerintahkan manusia utk bekerja dan mencari nafkah. Perkara ini adalah suatu amanah kepada manusia utk mencari rezeki. Namun, ada kalanya kita gagal memahami syariat yang Allah aturkan.

Kita ambil dalil daripada hadis Rasulullah SAW :

"Diriwayatkan drp Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,terdapat 10 golongan yang dilaknat oleh Allah SWT:

1-orang yang memerah arak
2-orang yang diminta arak diperah untuknya
3-orang yang meminumnya
4-orang yang membawanya(arak)
5-orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6-orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7-orang yang menjual arak
8-orang yang mendapat hasil daripada arak
9-orang yang membeli arak
10-orang yang meminta dibelikan arak untuknya


(Hadis riwayat Ibnu Majjah dan At-Tirmizi)



Saudara-saudara Islamku di luar sana,

Nyata dan jelas hadis ini memberitahu 10 golongan yang dilaknat Allah hanya disebabkan Arak. Jadi apa lagi yang nak diragukan, apa lagi yang nak dipertikaikan, apa lagi yang nak di balahkan? Adakah anda masih mahu bertahan dengan hujah2 anda bahawa kerja di tempat2 yang jual arak adalah Halal?

Saya bukan tujukan di 7 Eleven semata-mata. Tapi realitinya, hampir di semua cawangan 7 Eleven ada menjual arak.. dan kebanyakan pekerjanya adalah Islam dan yang lebih malang pemiliknya juga beragama Islam dan lebih memalukan pembeli arak itu juga beragama Islam. Ya Allah, apa lagi yang mahu dipertikaikan? 

Saya belajar di Shah Alam hampir dua tahun, dan alhamdulillah setakat ni 7 Eleven yang saya pergi tidak ada menjual arak. Dan ini adalah suatu perkara yang bagus dan sangat sukar utk ditemui. Jadi adakah bekerja di 7Eleven ini memang haram? Sebenarnya tidak kalau pengisiannya tidak ada yang haram.

Jadi, saya bercakap soal majoriti dan realiti. Lihat sahaja di negeri saya, Melaka sebuah negeri maju yang pesat membangun, persoalan halal haram kerja di 7 Eleven pun x boleh di selesaikan. Hampir di semua kedai adalah pekerja Melayu, dan rata2 nya menjual arak.

Jadi apa pula hukum bekerja di stesyen minyak yang jual arak?

Saudara-saudara seagamaku, tidak kira di mana jua tempat yang anda nyatakan, asalkan ianya melibatkan suatu transaksi arak..ianya adalah haram.. Walaupun di tempat anda bekerja ada 2 cashier, anda beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam. Lalu seorang pelanggan datang membeli arak, dan urusan jual beli dilakukan oleh cashier yang bukan beragama Islam. Anda langsung tidak terlibat dengan urusan jual beli itu. Tapi adakah anda selamat daripada 10 golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas? Adakah anda terlepas daripada golongan yang ke 8 ? Nyatakan hujah anda..sesugguhnya ini bukan perkara yang syubhah tetapi jelas haramnya. Bertaubatlah dan tinggalkanlah pekerjaan2 seperti ini. Allah itu Maha Pemurah dan Kaya, terlalu banyak punca2 rezeki halal yang Allah berikan, tetapi kenapa mesti kita mencari rezeki yang haram dan banyak keraguannya? Banyak lagi stesen minyak yang tidak menjual arak, jadi apa lagi alasan yang ingin anda lontarkan?

Kita beralih pula kepada hukum bekerja di Pasaraya Besar, seperti Tesco misalnya,

Di sini saya harap para pembaca dapat faham betul2 apa yang ingin saya sampaikan berdasarkan ilmu yang ada pada saya. Secara umumnya, di mana2 cawangan tesco dan pasaraya besar ade menjual arak. Walaubagaimanapun, dalam konteks 10 golongan di atas, ada kelepasan kepada mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, juru teknik, promoter baju, makanan halal dan alatan2 permainan serta lain2 pekerjaan selain daripada penjual arak dan orang yang terlibat dalam pembelian dan penjualan arak. 

Saya jelaskan dengan lebih mendalam, di mana-mana pasaraya besar, pastinya mereka menyediakan suatu ruangan khas bagi menempatkan minuman2 tidak halal ini pada suatu Gerai yang lain. Memang di kawasan itu adalah utk pembelian arak semata-mata dan sejenis dengannya.. dan di situ juga terdapat cahier serta ruangan khas untuk transaksi jual beli minuman2 keras ini. Jadi di pasaraya besar, mereka memisahkan ruang transaksi makanan halal dan haram. Dalam konteks ini, sesiapa yang bekerja sebagai cashier di ruang transaksi makanan halal adalah HALAL pekerjaannya. Namun, bagi orang Islam yang bekerja sebagai cashier di ruang jualan minuman dan makanan haram dalah HARAM hukumnya. 

Di pasaraya besar, jenis pekerjaan dan keperluannya terlalu banyak, maka, kita tidak boleh terus menghukum mereka yang bekerja sebagai promoter adalah makan gaji haram, kita juga tidak boleh menghukum mereka yang kerja sebagai juru teknik elektrik adalah haram. Kerana pekerjaan ini melibatkan suatu kepentingan yang lebih besar utk perkara yang baik bukan utk jualan arak tersebut.Mereka juga tidak mendapat hasil daripada arak. Maka, mereka tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah. Kecuali pengawal keselamatan yang menjaga keluar dan masuk arak ke dalam pasaraya, maka pekerjaan ini adalah tergolong dalam golongan yang membantu dalam pejualan arak dan menanggung dosa yang sama seperti si peminum arak.

Akan tetapi, sekiranya di pasaraya tersebut, tidak memisahkan ruang transaksi jual beli arak dengan ruang transaksi jual beli barangan lain di suatu gerai yang lain, maka hukumnya sama seperti bekerja di 7 Eleven dan Stesen minyak yang ada menjual arak.Hukumnya tetap haram.

Kesimpulannya, selaku orang yang beragama Islam, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh perkara halal dan haram ini. Dalam hati manusia ini ada seketul daging, kalau baik dagingnya, maka baiklah jiwanya, kalau buruk dagingnya, maka rosaklah jiwanya. Sahabat2, Islam ini agamanya sangat suci dan murni, jangan lah kita mensia siakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai insan yang bergelar Islam. Mudah-mudahan, rezeki yang baik mengalir dalam tubuh kita, keluarga dan anak2 kita insyaAllah.

Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.
(H.R. Muslim)





Saturday, May 19, 2012

Pelancaran Banner "Sahabat Blog Naim"

Assalamualaikum



Sukacita dimaklumkan, secara rasminya blog ini melancarkan banner "Sahabat Blog Naim" Berkonsepkan perkongsian ilmu dan memupuk kesegajatan Ummah, maka "Muslim United" adalah tema kepada Banner ini. Mudah-mudahan, lebih ramai yang dapat bersama-sama saya dalam perjalanan menjadi penulis ini.Selangkah kita menuju ke hadapan :)

Setelah berjam-jam lamanya saya menghadap laptop untuk mencipta suatu IkOn kepada blog saya, akhirnya saya berjaya menyiapkan projek Banner blog ini. hehehe. Nampak macam kerja besar je kan? bagi saya hasil kerja ni sangat2 bermakna kepada saya, kerana setelah 4 tahun jadi blogger, baru semalam saya gagahkan diri utk mencipta Banner utk blog ini. Dan Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati. Mungkin tidak di hati anda, tapi di hati saya, ianya sangat bermakna :)

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,

Banner ini dicipta adalah sebagai tanda sokongan anda semua kepada hasil penulisan saya. Mudah-mudahan, segala pengisian dan perkongsian saya semakin mudah sampai ke serata dunia. Berkonsepkan "Muslim United" jadi saya sangat2 berharap agar lebih ramai yang menjadi sahabat saya di blog ini. Hanya sekadar copy code banner yang telah diberi dan paste di blog anda. InsyaAllah, banner "Sahabat Blog Naim" akan terpapar di layar blog anda. Mudah-mudahan, ianya dapat menyokong saya dalam perjalanan menjadi seorang blogger dan penulis dan juga pendakwah yg istiqamah mudah-mudahan.

Setiap paparan Banner "Sahabat Blog Naim" yang terletak di blog anda akan dapat saya kesan menerusi Viewer Sources, semakin banyak org yang click pada banner itu, semakin tinggi rates kunjugan yang saya terima menerusi link blog anda. Jadi, pasti saya boleh kenal pasti sahabat2 blog saya. Terima kasih atas sokongan anda ! :)

Adalah suatu yang sangat teruja-muja kalau saya sedang "blog-walking" dan saya ternampak Banner "Sahabat Blog Naim" di layar blog anda..x termampu saya nak bagi hadiah sorang satu..tapi mungkin saya akan bagi Black Berry kepada setiap seorang yg menjadi penyokong saya.. eehhhh! gurau2!! hahah.. x mampu saya nk buat mcm tu.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menghargai anda semua.. Mudah-mudahan usaha anda juga peroleh pahala di sisi Allah..

Secara realitinya, jatuh bangun manusia semuanya memerlukan sokongan daripada kawan2.. Begitulah yang ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah dan sunnah para sahabat..mereka semua saling memerlukan dalam perjalanan menyampaikan dakwah dan menegakkan Islam sebagai agama yang suci.. Begitu juga yang Allah rakamkan dalam Al-quran.

"bantu membantulah kamu di jalan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di jalan kemurkaan"

Dan untuk mejadi seorang yang berjaya, kita perlu berusaha, jangan termenung jee.. hehe..Allah dan bagi suatu garis panduan dalam Al-quran..

"sesungguhnya nasib sesebuah kaum itu x kan berubah, melainkan mereka yang berusaha utk mengubahnya sendiri "


Ayuh, melangkah kehadapan, saya mempelawa anda utk bersama-sama menjadi Sahabat Blog Naim menerusi banner yang telah saya sediakan. Hanya sekadar copy dan paste code banner, maka sudah wujud tali perhubungan kita dalam blog ni..kalau ada yang kenekan bayaran, alamak, maaf lah sebab saya belum ada gaji sendiri, belum bekerja..hehe..lagipun banner ini bukan utk biznes, kalau biznes sudah tentu saya akan memberi sedikit bayaran.. InsyaAllah, terima kasih :)


Friday, May 18, 2012

Himpunan Batch 55 di Kahwin 2.0 :)


Well done sahabat batchku
Semoga bahagia ke anak cucu


Assalamualaikum..X sampai setahun selepas Siraj buat pengemuman khawinnya, kini Saudari Amirah pula menyusul sebagai mampelai kedua dalam batch kami. Tanggal December 2011 menyaksikan dua pasangan sweet sekolah kami Amir Halim dan Siraj Munirah yang selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri. Dan kini kehidupan mereka semakin bahagia dan romantis sekali..dan kebahgiaan mereka membuatkan adrenaline aku semakin laju utk katakan YES pada khawin..ouPss..hehe..dan pastinya ramai lagi warga kisas batch 55 ni yang mengintai peluang2 keemasan utk mendirikan rumah tangga di awal usia ini..Kerana apa? Kerana perkara ini bukan lagi mimpi..sudah dua orang menjadikannya realiti..Hanya tinggal pada kemahuan sendiri sahaja..

InsyaAllah tidak berapa lama lagi seorang lagi sahabat batch kami, Saudari Amirah (Al-hafizah) yang baru sahaja menamatkan pengajian di Darul Quran akan mendirikan masjid..Alhamdulillah, barakallahu fiwalakum ya ukhti..seperti biasa..kalau kisas selalunya pasangannya mesti Kisas juga..kalau x silap, Pihak lelaki adalah bekas Pelajar Kisas juga, tapi beliau adalah senior2 kami yang disegani..hehe..apa2 pun, semoga Allah memudahkan segala urusan beliau dan segala perancangan diberkati Allah swt...

Apa Kata Muslimin?

Owh fenomena ini sangat memeranjatkan kerana yang bising2 nak khawin x jugak khawin2..yang diam2 ni pasang strategi..sungguh kagum aku pada hampa semua..hehe.. InsyaAllah, kami masih menunggu Muslimin pertama utk memecah rekod dan muram dalam batch.. Kalau Batch 54 dah dipecahkan oleh Saudara Amir Halim..batch 55 siapa pula? siapa dulu? Mungkin Thariq? Khalid? Ali? or Omar? owhh..no..kami perlukan Khalid dan Thariq pula..kerana wakil daripada Omar dan Ali sudah ada..hehe..

Disebabkan sudah 2 muslimat  disunting, jadi kami membuat tagline 2-0 !
Kerana Muslimin belum ada yang berani mengambil langkah proaktif...kasihann..hehe

Muslimat2 kisas yang lain pasti ada lagi yg pasang strategi..mudah mudahan dipermudahkan Allah swt..harap2 nya cepat2 la khabar gembira ini disebarkan..seronok juga reunion beramai ramai..huhu..

Aduhai kasihan mereka di luar negara..

Kepada sahabat2 yang dikasihi yang kini berada jauh di negara orang, sekali lagi korang semua terlepas sajian nasi minyak rakan2 batch 55...Kasihan..kasihan..kasihan..itu lah kekurangan study di luar negara..huhu..Tapi, gambar2 kebahgiaan pasti akan tersebar di laman sesawang Muka Buku..jangan sedih2 ya sahabat2 kat sana..pasti teringin benar korang pulang ke Malaysia kan? Apa kan daya, jodoh datang lebih awal daripada yang disangkakan.. insyaAllah, masih ramai lagi yg sedia menunggu kepulangan anda..entah2, korang dah selamat bina masjid kat sana kan? ceh, betul2 nak kene duku kalau khawin diam2 ni..huhu..

InsyaAllah ayuh beramai ramai hadir pada Himpunan Batch 55 di Khawin 2.0 ! hehe..
Harap2 lepas ni Himpunan Khawin 3.0 wakil Muslimin pulak la..eheem..ehemm..

siapakah? kita tunggu..kita lihat.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...