Wednesday, May 2, 2012

Bersih Suatu Pengajaran Buat Semua.


Dunia! Dunia! Dunia!



"Aku lebih rela duduk di dalam penjara, daripada hidup di luar penjara yang penuh dengan fitnah,penipuan, dan kezaliman"

Izinkan saya memberi buah fikiran dan pandangan saya tentang masalah yang berlaku dalam negara kita. 

Saudara saudari yang dikasihi,

Soalan saya yang pertama, untuk apa anda pergi ke BERSIH 3.0 ?

Saya pasti dan yakin, setiap orang punya jawapan yg berbeza-beza. Dan yang paling saya pasti, daripada beratus ribu yang hadir pada BERSIH 3.0 itu..hanya 10% sahaja yang tahu apa 8 tuntutan BERSIH itu sebenarnya?

Soalan saya yang kedua, apa jadi dengan 90% ?



Jawapannya cukup mudah, mereka datang atas tiket politik,tiket nafsu, tiket remaja, tiket dendam, tiket taksub dan tiket berseronok. Ada sahaja kenalan2 saya yang hadir ke BERSIH semata mata ingin bergaduh dengan pihak polis.

Saoalan saya yang ketiga, berkesankah BERSIH 3.0?

Saya ingin bertanya kepada mereka yang turut sama hadir menuntut 8 perkara di BERSIH, sejauh mana anda yakin sekiranya BERSIH ini dilakukan, maka 8 perkara yang anda tuntut itu berjaya dilaksakan? Atau anda ingin katakan, sekiranya barisan parti pembangkang naik memerintah, maka 8 tuntutan itu terlaksana, dan kezaliman terhapus? Maka, jawapan saya mudah, anda sebenarnya terperangkap dalam jerat politik sampai tidak mampu berfikir dengan rasional keberkesanan BERSIH 3.0. Rata-rata yang hadir ke BERSIH sekadar ikutkan perasaan dan benci pada kezaliman, tapi sedarkah anda kezaliman itu hadir daripada siapa? Tidak kira siapa pun yang akan naik memerintah, selagi mentaliti dan pemikiran masyarakat tidak berubah, kezaliman akan terus berlaku.

Soalan saya yang ke empat, benarkah BERSIH memupuk perpaduan ?

Jawapan nya mudah..anda harus setuju bahawa BERSIH mencetuskan perpecahan, ramai yang katakan BERSIH berjaya menyatu padukan bangsa2 berlainan kaum di negara kita..jadi adakah anda sendiri yakin bahawa itu adalah perpaduan?  Atau itu adalah keterpaksaan dalam bersatu? Kerana perkara yang perlu anda yakin bahawa yang hadir pada BERSIH 3.0 itu adalah hadir dibawah Tiket Nafsu dan Tiket Politik..Mereka hadir membawa semangat yang berbeza-beza.. Yang berada di bawah naungan PAS pastinya menganggap BERSIH adalah platform untuk menghapuskan kezaliman dan dalam jangka masa panjang mereka ingin memerintah serta menerapkan nilai2 keIslaman dalam negara.. Bagaimana pula yang berada di bawah DAP dan PKR? Adakah mereka mempunyai pemikiran dan semangat yang sama? Adakah mereka mahu menerima agenda2 politik PAS? Pastinya tidak. Masing2 ada agenda politik masing2 yang sengaja disembuniykan..Jadi adakah ini bersatu atau terpaksa bersatu untuk tunjukkan kekuatan anda?

Soalan yang kelima,adakah BERSIH mencetuskan perpecahan dan pergaduhan ?

Sudah tentu jawapannya "Ya"  Memang benar BERSIH mencetuskan perpecahan, lihat sahaja apa yang terjadi pada BERSIH 3.0.. Semua pihak bergaduh, antara rakyat dan polis, polis dan rakyat, sesama bangsa, sesama agama, sesama parti juga turut bergaduh dan bertekak. Jadi, masihkan anda BERANI untuk katakan BERSIH ini adalah perhimpunan aman? Adakah anda masih berani katakan BERSIH ini mendokong keadilan dan menghapus kezaliman? Atau anda masih lagi terpenjara dengan nafsu "Parti dan Politik"..



Kita lihat pula bagaimana remaja2 bergaduh sesama sendiri hanya kerana masing2 dengan pendirian masing2..tidak mahu mengalah..lihat pula di Facebook, umat Islam saban hari bergaduh dan bertekak sesama sendiri kerana masing2 punya pendapat yang berbeza tentang BERSIH..Bagaimana pula dalam institusi keluarga, mak dan anak bergaduh kerana bertekak tentang demonstrasi ini..adik beradik bertekak hanya kerana masing2 ada ego yang tinggi..Jadi, adakah ini yang cuba dihasilkan daripada BERSIH 3.0? Perkara ini amat2 memalukan sy sebagai org Islam..hanya kerana minda kita sudah dirasuk oleh penjajahan "Parti dan Politik" kita gagal menilai yang mana kaca, yang mana permata.

Soalan saya yang kelima, adakah Polis bersalah dalam hal ini?

Jawapan saya mudah, pihak polis yang menjalankan tugasnya dgn adil adalah tidak salah. Polis yang mendapat amanah utk menjaga kawasan tempat itu adalah tidak salah. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak polis yg sudah bekerja menjalankan tugas mereka. Sanggup berpanas dan berdiri lama semata-mata kerana tugas.Tapi, yang salah adalah polis yang bertindak seperti zionis. Saya memang sangat2 kecewa dengan sikap PDRM..Ya PDRM sila amik perhatian!! Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara dan perwatakan anda menyelesaikan masalah. Adakah wajar pegawai2 polis membelasah rakyat awam seperti anjing yang beramai-ramai membelasah seekor kucing?! Saya sangat marah dengan PDRM, yaa sgt2 marah, mereka sgt biadap! Polis adalah pihak berkuasa, tiada hak untuk mereka membelasah rakyat awam seperti itu, apatah lagi di tempat awam..kalau di tempat awam pun sudah berani belasah beramai-ramai hampir separuh mati, saya tidak takut untuk katakan bahawa Pihak Polis akan bertindak lebih ganas di balai polis.





Adakah wajar polis memberikan alasan penat, letih, tension dan marah sebagai tiket untuk membelasah org awam seperti kain buruk yang dipijak-dipijak. X cukup dengan itu, disepak, diterajang, ditumbuk dan dihentak dengan kayu. Jadi inikah integriti dan sikap pihak PDRM sebenarnya? Mereka bukan pukul sorang2..tapi beramai-ramai..seperi harimau yang dapat mangsa, sungguh rakus dan zalim mereka memukul! Saya pohon kerajaan pecat mereka!! Ini sangat memalukan dan betul2 buat saya marah. Sungguhpun mereka marah dan penat dalam menjalankan tugas, mereka tiada hak utk bertindak sedemikian. Org awam hanya bersuara dengan provokasi, adakah adil anda memukul mereka? Saya tidak nafikan bahawa ada orang awam yang bertindak ganas terhadap anggota polis, tapi kebanyakannya yang dipukul adalah mereka2 yang berada di barisan hadapan semasa dalam proses Duduk Bantah...yang duduk dihadapan ini adalah golongan2 yang hanya melakukan provokasi..yang melakukan tindakan2 yang berbahaya itu adalah golongan remaja yang berada di belakang barisan duduk bantah, anak2 muda yang berdarah panas... Oleh kerana tindakan anda yangbegitu kejam ini lah, anda juga dipukul oleh orang awam..



Saya sendiri membaca beberapa artikel dan melihat video2 di youtube..ade sahabat2 saya yang menyatakan pihak polis sangat biadap dan tidak gunakan akal. Orang tua pun dipukul dan dihentak. Apa salah mereka? Adakah pakcik2 ni memukul anda pihak polis? Ada juga org2 tua dimaki dan dihamun. Kalau orang awam yang maki polis, itu memang perkara yang x boleh dielakkan kerana orang awam datang daripada pelbagai arah dan tujuan. Tetapi pihak polis adalah pihak yang terlatih, adakah begini cara pihak polis bertindak? Saya memang sangat kesal dan terkilan dengan tindakan pihak polis.

Soalan yang keenam, apa yang anda dapat daripada BERSIH 3.0?



Saya sendiri tertanya tanya apa kebaikan yang anda dapat? Kepuasan? Pahala? Keseronokkan? Saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang anda cuba tampilkan..saya sangat terkilan terhadap apa yang terjadi...kekecohan, pergaduhan, pertelingkahan.. Tidak kira lah sama ada orang awam atau pihak polis yang melakukan kekejaman, yang pasti puncanya adalah BERSIH.. Tidak kiralah sama ada orang upahan kerajaan (SB) yang melakukan kekecohan atau tidak, yang pasti benda ini berlaku kerana BERSIH.. Tidak kiralah sama ada 8 tuntutan BERSIH itu murni atau tidak, yang pasti pergaduhan telah berlaku..kerosakan telah berlaku.. Jadi kesimpulannya BERSIH hanya membawa keburukan..kebaikannya terlalu sedikit.

Soalan yang ketujuh, Wajarkah diadakan BERSIH 4.0 ?

Saya kira perkara ini harus dihentikan! Terus terang saya katakan, saya sendiri penyokong kuat Bersih 1.0 dan 2.0..Tapi setelah apa yang berlaku dalam BERSIH 3.0 ini..maka saya mohon, seluruh warga Malaysia agar bertindak lebih matang.,. Tiada gunanya terus menerus membuat provokasi dan demonstari. Ianya hanya mengundang dosa dan padah. Di Mana Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Ambiga di saat pengikut2 setia mereka ini sedang kemaruk bergaduh dan bertempur dgn polis? Dimana mereka? Kenapa mereka tidak mengambil tanggungjawab utk mengarahkan peserta2 BERSIH 3.0 ini utk berhenti bergaduh, kenapa mereka mereka membiarkan pergaduhan ini? Adakah mereka takut ? Takut kerana Perhimpunan Aman yang dijanjikan hanya Janji Palsu? Come on Leaders! This is your responsibilities..kalau benar pengikut2 anda bersatu dan setia pada kepimpinan anda utk menentang kezaliman, kenapa tidak ada siapa pun yg ingin mengambil tanggungjawab ini? Pergaduhan berlarutan sehingga ke petang..saya sendiri terkilan dengan apa yang terjadi.

Soalan terakhir, siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?



Yang pertama dalah Perdana Menteri, kerana ini adalah negara di bawah pimpinan beliau, jadi Perdana Menteri harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghapuskan perkara seperti ini. Saya puji keberanian beliau meluluskan perhimpunan BERSIH 3.0 ini kerana ini adalah international movement, hak asasi manusia utk berhimpun, tetapi apa yang berlaku pada Malaysia hari ini juga adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau harus mengambil tindakan secara diplomasi agar BERSIH 4.O tidak akan wujud, dan buka lah ruang perbincangan dengan pemimpin2 negara ini. Kerajaan harus terima hakikat bahawa masih banyak perkara2 yang lemah dalam pentadbirannya, jadi selesaikan permasalahan ini secara hikmah.

Yang kedua, seluruh pemimpin BERSIH, anda semua bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa permainan politik anda. Saya sendiri menyokong misi dan matlamat anda, tapi BERSIH bukan jalan penyelesaian, terlalu banyak masalah yang timbul akibat daripada BERSIH. Jangan biarkan masyarakat terperangkap dalam permainan demokrasi yang begitu menakutkan.

Selesai persoalan-persoalan yang menjadi masalah kepada masyarakat kita hari ini.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
  • Sekalipun negara ini dipegang oleh jetera ulamak, tetapi akidah umatnya masih rapuh, Islam xkan tertegak.
  • Sekalipun, Umat Islam itu bersatu dalam menentang kezaliman dan keganasan, tapi akidahnya masih goyang, Islam itu tetap lemah.
  • Sekalipun pentadbiran negara ini dirombak menjadi pentadbiran Islam yang syumul, tapi akidah rakyatnya masih lemah, kezaliman dan korupsi tetap akan berlaku.
  • Sekalipun UMNO dan PAS bergabung, tetapi akidah rakyatnya masih rapuh, Islam x kan dihormati.
Islam ini tidak akan bangkit dengan Parti, tetapi Islam bangkit dengan ilmu dan akidah. Nabi Muhammad berdakwah 13 tahun, utk tegakkan akidah Umat Islam terlebih dahulu sebelum berjaya menjadi Pemimpin di zaman itu. Nabi Nuh berdakwah 950 tahun utk tegakkan akidah umat di zaman baginda, tetapi x ramai yang ikut. Jadi kita manusia akhir zaman, utk tegakkan akidah tu makan masa berapa ratus tahun? Sudah tentu masanya panjang, tapi hasilnya syurga Allah insyaAllah.


Tidak kira anda berada di puak mana, tapi yg perlu kita kuatkan adalah ilmu dan akidah.Barulah kezaliman dengan sendiri terhapus.


Islam tidak pernah melarang umatnya berpolitik, bahkan politik itu sebahagian daripada Islam, tapi Islam melarang umatnya taksub dengan politik.




Kita Semua Satu Aqidah,Satu Ummah !
Pastinya tiada permusuhan :)


p/s: Saya mohon agar tiada komen2 yang berunsur provokasi dalam entry saya kali ini. Apa yang saya tulis adalah sudut pandang saya yang tidak ada kepentingan terhadap mana2 parti politik langsung. Sekian.


6 comments:

ACIT said...

komen anda ad yang saya setuju ada yang tidak..namun begitu bagi saya yang turut sama menyertai bersih3.0 say sedar ad bnyk perkara yang baik berlaku yang tidak pernah saya lakukan,rasa,alami dan lihat selama saya sebagai rakyat malaysia. namun, pada pendapat saya untuk menjamin kesejahteraan yang akan datang pemerintah harus ditukar dan bersih 3.0 adalah salah satu platform untuk pastikan pilihan raya umum 13 bersih kerana dari situ sahaja merupakan cara untuk negara kita berubah.insyaallah sume akan mendapat faedah dan manfaat yang di readhai.

Naim said...

everything have pro and conts,,,
walaubagaimanapun, sy hormati pandangan saudari..
The most important things dalam entry saya adalah akidah..Islam x kan berjaya tanpa akidah yg benar..kerana itu saya katakan,

Sekalipun negara ini dipegang oleh jetera ulamak, tetapi akidah umatnya masih rapuh, Islam xkan tertegak.
Sekalipun, Umat Islam itu bersatu dalam menentang kezaliman dan keganasan, tapi akidahnya masih goyang, Islam itu tetap lemah.
Sekalipun pentadbiran negara ini dirombak menjadi pentadbiran Islam yang syumul, tapi akidah rakyatnya masih lemah, kezaliman dan korupsi tetap akan berlaku.
Sekalipun UMNO dan PAS bergabung, tetapi akidah rakyatnya masih rapuh, Islam x kan dihormati

InsyaAllah, sy yakin, semua pihak mahukan yg terbaik buat negara ini. Sy juga suka kalau pemimpin kita adalah ulamak. Wallahualam.

~LoVE PiNk~ said...

saya setuju dengan fakta "everything have pro and conts"..

bagi saya perkara yg penting menunjukkan kita ni suka/tidak dgn pimpinan negara skrg adalah ketika mengundi..:)

me,myself,i,mine said...

naim..
aku tau kau parti mana.
haha.
tapi kau dengar sini.
ni pendapat aku lah kan.
and,
kau tau kan aku tak sokong mana2 parti.
sebab aku tak tau menilai politik mana BERSIH politik mana tak.
bagi aku semua kotor.
semua gila kuasa.
ok fine.

macam ada sesetengah orang yang mintak tukar pemimpin untuk menjamin kesejahteraan negara?
first thing first, fikir kasar dulu,
yang pergi bersih lebih kurang 15000 orang kan?
eakyat malaysia berapa juta?
second thing second,
hahaha *mengarut je*
tu baru pembangkang merusuh.
kalau penyokong bn yang berjuta orang merusuh ni agak2 apa nak jadi kat negara kita agaknya?
third thing third,
bosan lah dengan permainan politik pembangkang.
tak habis2 dengan isu.
masalah tak selesai2.
ada je masalah.
ada je skandal.
ada je kontroversi.
aku yang takde parti ni pun pikir, "mende ni?"
kau paham kan maksud aku?
forth thing forth,
sekrang mungkin pembangkang boleh bersatu,
nanti kalau da dapat negara,
kau ingat diaorang still boleh bersatu..
i've doubt.
macam yang kau kata.
masing2 ada agneda tersendiri yang cuba disembunyikan.
yes.
thats true ok.
semua berpakat nak gulingkan kerajaan supaya pembangkang boleh naik.
tapi bila nanti da naik,
akan ada lah masalah lain pulak.
akan adalah suara2 tak puas hati siapa yang nak memerintah.
walaupun now da pplan habis baik,
kabinet bayangan segala bagai,
kalau macam ni lah attitude pemimpin pembangkang,
kau ingat negara ni nak aman?
fifth thing fifth.
betul cakap dr.m,
melayu mudah lupa.
bak kata dr.zetty,
melayu bodoh.
kepala bapak majoriti cina india yang menumpang pada asalnya,
melayu ikut ja kot punggung diaorang.
apa suruh buat, buat.
suruh ini buat, suruh itu buat.
ni semua kerja anak2 muda yang berdarah panas tak belajar otak semua karat.
ada yang belajar tinggi2 pun tak guna akal macam siot je pehal?
dok ikut anti-Islam tu suruh ni diaorang buat,
suruh tu diaorang buat.
melayu bodoh.
paham tak bodoh.
aku akan tersenyum bangga kalau india ke cina yang memerintah negara kita nanti.
sebab melayu memang bodoh.
sixth thing sixth,
yea, pm bagi kelulusan untuk buat bersih 3.0,
tapi dalam stadium.
kena buat tempat tertutup macam tu sebab tak nak bagi ganggu ketenteraman awam.
tapi si ambiga tu nak jugak buat kat tempat awam.
dasar india.
nak buat kecoh je dia tau.
perintah mahkamah da keluar,
tak boleh buat kat dataran merdeka.
apa pemimpin pembangkang buat?
nothing kan?
diaorang tak tukar pun venue.
pergi lagi ada lah.
ni antara sebab kenapa aku tak paham pembangkang ni otak macam mana.
last but not least,
dalam paper da keluar,
nik aziz sokong bersih 4.0.
hailaaa..
masyaAllah..
sendiri pikir lah.
budak kecik pun tau pikir kalau benda2 basic macam ni siapa yang tak cerdik.

tu je kot naim.
sorry kalau kasar.
aku memang sokon kau beb.
and entry ni buat darah aku mendidih je.
aku benci gila permainan politik kotor macam ni.
malu duduk kat malaysia.
dulu tengok thai je yang bergolak.
beritanya sampai malaysia.
now kita pulak yang bergolak.
ingat negara lain tak tau pasal negara kita?
coihhhhhhh

salam.

p/s : da habis mengamuk. tunggu lah aku buat entry sendiri pasal bersih nanti. hahaha

Ray ban malaysia said...

Bersih 3.0.....telah menjadi sejarah bagi Malaysia..soalanya siapa yang patut dipersalahkan??? Kalau tanya 1o orang setiap jawapan mungkin berbeza.

FataMorgana said...

As salam.
Saudara Naim, kita boleh tengok cerdik pengikut parti yang sana tu macam mana. Ops, termention pula, geram, baca komen tak cerdik yang first sekali tu.

By the, way your article is a very good one. I rely on it for my street demo report. Source lain pun ada juga.

That's all, ilmu saudara saya panjangkan pada classmate yang lain.

Orang-orang bijak macam ni kita perlukan. Can read between two lines.

Terima kasih daun keladi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...