Sunday, May 20, 2012

Hukum Kerja di 7 Eleven, Stesen Minyak dan Pasaraya Besar

      Assalamualaikum


Bukan susah cari kerja halal
Tapi manusia suka amik jalan mudah

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Terdapat terlalu banyak dalil2 Al-quran yang menyeru manusia mencari rezeki yang halal, bahkan halal lagi baik. Islam adalah agama yang sangat suci dan bersih pengisiannya, kerana itulah Islam mementing sesuatu yang Halal sebagai pengisian dalam kehidupan kita.

Sesungguhnya segala punca rezeki itu hanyalah semata-mata kerana Allah dan Allah membuka pintu2 rezeki setiap manusia supaya manusia merebutnya dan menggunakannya di jalan Allah. Tapi malang, manusia terlalu mengambil mudah dan ringan dengan peringatan dan larangan Allah swt.

Kita ambil suatu petikan ayat Al-quran :

Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Al-Baqarah: 168

Jelas Allah memerintahkan sekalian manusia supaya makan dari sumber yang Halal. Setiap punca rezeki yang kita peroleh adalah sumber pemakanan kita. Jadi sanggupkah kita menggadaikan diri kita sebagai Muslim dengan mengambil ringan soal halal dan haram ini. Kita bekerja, kita peroleh gaji, dan kemudian hasil pendapatan kita itu lah yang kita gunakan utk beli pakaian, makanan, dan juga keperluan2 semasa. Jadi adakah kita redha hasil yang haram kita salurkan pada pakaian kita, makanan kita, minuman kita dan keperluan belajar kita? Adakah kita redha setiap darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah daripada sumber yang haram? 

Jadi apa kaitannya dengan kerja di 7 Eleven?

Secara umumnya Allah memerintahkan manusia utk bekerja dan mencari nafkah. Perkara ini adalah suatu amanah kepada manusia utk mencari rezeki. Namun, ada kalanya kita gagal memahami syariat yang Allah aturkan.

Kita ambil dalil daripada hadis Rasulullah SAW :

"Diriwayatkan drp Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,terdapat 10 golongan yang dilaknat oleh Allah SWT:

1-orang yang memerah arak
2-orang yang diminta arak diperah untuknya
3-orang yang meminumnya
4-orang yang membawanya(arak)
5-orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6-orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7-orang yang menjual arak
8-orang yang mendapat hasil daripada arak
9-orang yang membeli arak
10-orang yang meminta dibelikan arak untuknya


(Hadis riwayat Ibnu Majjah dan At-Tirmizi)



Saudara-saudara Islamku di luar sana,

Nyata dan jelas hadis ini memberitahu 10 golongan yang dilaknat Allah hanya disebabkan Arak. Jadi apa lagi yang nak diragukan, apa lagi yang nak dipertikaikan, apa lagi yang nak di balahkan? Adakah anda masih mahu bertahan dengan hujah2 anda bahawa kerja di tempat2 yang jual arak adalah Halal?

Saya bukan tujukan di 7 Eleven semata-mata. Tapi realitinya, hampir di semua cawangan 7 Eleven ada menjual arak.. dan kebanyakan pekerjanya adalah Islam dan yang lebih malang pemiliknya juga beragama Islam dan lebih memalukan pembeli arak itu juga beragama Islam. Ya Allah, apa lagi yang mahu dipertikaikan? 

Saya belajar di Shah Alam hampir dua tahun, dan alhamdulillah setakat ni 7 Eleven yang saya pergi tidak ada menjual arak. Dan ini adalah suatu perkara yang bagus dan sangat sukar utk ditemui. Jadi adakah bekerja di 7Eleven ini memang haram? Sebenarnya tidak kalau pengisiannya tidak ada yang haram.

Jadi, saya bercakap soal majoriti dan realiti. Lihat sahaja di negeri saya, Melaka sebuah negeri maju yang pesat membangun, persoalan halal haram kerja di 7 Eleven pun x boleh di selesaikan. Hampir di semua kedai adalah pekerja Melayu, dan rata2 nya menjual arak.

Jadi apa pula hukum bekerja di stesyen minyak yang jual arak?

Saudara-saudara seagamaku, tidak kira di mana jua tempat yang anda nyatakan, asalkan ianya melibatkan suatu transaksi arak..ianya adalah haram.. Walaupun di tempat anda bekerja ada 2 cashier, anda beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam. Lalu seorang pelanggan datang membeli arak, dan urusan jual beli dilakukan oleh cashier yang bukan beragama Islam. Anda langsung tidak terlibat dengan urusan jual beli itu. Tapi adakah anda selamat daripada 10 golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas? Adakah anda terlepas daripada golongan yang ke 8 ? Nyatakan hujah anda..sesugguhnya ini bukan perkara yang syubhah tetapi jelas haramnya. Bertaubatlah dan tinggalkanlah pekerjaan2 seperti ini. Allah itu Maha Pemurah dan Kaya, terlalu banyak punca2 rezeki halal yang Allah berikan, tetapi kenapa mesti kita mencari rezeki yang haram dan banyak keraguannya? Banyak lagi stesen minyak yang tidak menjual arak, jadi apa lagi alasan yang ingin anda lontarkan?

Kita beralih pula kepada hukum bekerja di Pasaraya Besar, seperti Tesco misalnya,

Di sini saya harap para pembaca dapat faham betul2 apa yang ingin saya sampaikan berdasarkan ilmu yang ada pada saya. Secara umumnya, di mana2 cawangan tesco dan pasaraya besar ade menjual arak. Walaubagaimanapun, dalam konteks 10 golongan di atas, ada kelepasan kepada mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, juru teknik, promoter baju, makanan halal dan alatan2 permainan serta lain2 pekerjaan selain daripada penjual arak dan orang yang terlibat dalam pembelian dan penjualan arak. 

Saya jelaskan dengan lebih mendalam, di mana-mana pasaraya besar, pastinya mereka menyediakan suatu ruangan khas bagi menempatkan minuman2 tidak halal ini pada suatu Gerai yang lain. Memang di kawasan itu adalah utk pembelian arak semata-mata dan sejenis dengannya.. dan di situ juga terdapat cahier serta ruangan khas untuk transaksi jual beli minuman2 keras ini. Jadi di pasaraya besar, mereka memisahkan ruang transaksi makanan halal dan haram. Dalam konteks ini, sesiapa yang bekerja sebagai cashier di ruang transaksi makanan halal adalah HALAL pekerjaannya. Namun, bagi orang Islam yang bekerja sebagai cashier di ruang jualan minuman dan makanan haram dalah HARAM hukumnya. 

Di pasaraya besar, jenis pekerjaan dan keperluannya terlalu banyak, maka, kita tidak boleh terus menghukum mereka yang bekerja sebagai promoter adalah makan gaji haram, kita juga tidak boleh menghukum mereka yang kerja sebagai juru teknik elektrik adalah haram. Kerana pekerjaan ini melibatkan suatu kepentingan yang lebih besar utk perkara yang baik bukan utk jualan arak tersebut.Mereka juga tidak mendapat hasil daripada arak. Maka, mereka tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah. Kecuali pengawal keselamatan yang menjaga keluar dan masuk arak ke dalam pasaraya, maka pekerjaan ini adalah tergolong dalam golongan yang membantu dalam pejualan arak dan menanggung dosa yang sama seperti si peminum arak.

Akan tetapi, sekiranya di pasaraya tersebut, tidak memisahkan ruang transaksi jual beli arak dengan ruang transaksi jual beli barangan lain di suatu gerai yang lain, maka hukumnya sama seperti bekerja di 7 Eleven dan Stesen minyak yang ada menjual arak.Hukumnya tetap haram.

Kesimpulannya, selaku orang yang beragama Islam, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh perkara halal dan haram ini. Dalam hati manusia ini ada seketul daging, kalau baik dagingnya, maka baiklah jiwanya, kalau buruk dagingnya, maka rosaklah jiwanya. Sahabat2, Islam ini agamanya sangat suci dan murni, jangan lah kita mensia siakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai insan yang bergelar Islam. Mudah-mudahan, rezeki yang baik mengalir dalam tubuh kita, keluarga dan anak2 kita insyaAllah.

Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.
(H.R. Muslim)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...