Friday, May 25, 2012

Menuju Sebuah Kematangan Yang Menggelikan


Maaf, isu sensitif
Kalau Sudah matang baru boleh baca.! :)


MASIH INGATKAH ANDA DUA INSAN INI ?



Kalau masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak kenal mereka berdua..jadi terang2 saya berikan nama mereka di atas ini. Insan yang cukup gah di dalam negara kita buat masa kini kerana dua2 nya adalah pemuda. Suara pemuda suara emas! Mereka berjuang berlainan parti, kedua-duanya ada cara dan padangan yang berbeza. Seorang pembangkang dan seorang kerajaan, mana mungkin mendapat persamaan? pasti ada perselisihan dan pertengkaran. Ini lah politik matang.HAHAHAHA


Assalamualaikum..Sekalung apresiasi saya ucapkan kepada YB Khairy dan YB Rafizi di atas kehebatan dan kepetahan anda berdua. Saya x kan lepaskan peluang2 keemasan begini. Bukan mudah untuk melihat dua anak muda bertemu di gelanggang perdebatan membentang sebuah polisi negara. Dan ini suatu penghormatan buat mereka berdua. Sama-sama hebat, sama-sama berani dan sama-sama x mahu mengaku kalah. hehehe!

Lupekan tentang PTPTN ! Lupekan tentang DEBAT! Lupekan tentang MEREKA !

Yang saya ingin sampaikan bukan ISU PTPTN ! Bukan juga ISU siapa MENANG siapa KALAH !

Tapi Isu ini lebih penting buat kita semua. Iaitu kematangan...yea, kematangan yang semakin menggelikan..masih ingatkah anda kata moderator debat ini pada malam tersebut? Ade 3 Soalan yang beliau ajukan kepada penonton..kalau anda x ingat, biar saya yang ingatkan..

Soalan 1 : Anda sudah bersedia?
Soalan 2 : Anda Yakin anda sudah bersedia?
Soalan 3 : Anda sudah matang ?

3 Soalan ini amat2 besar maknanya kepada negara. Dengan hebatnya semua menjawab..

Sudahhhhhh......
Yakinnnnn.......
Yaaa...............

Well Done ! Tahniah kepada Yang Sudah Matang !!

Saya suka untuk mengulas permasalahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Isu politik adalah isu paling dahsyat dan hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Maklumlah, PRU 13 dah nak dekat, masing2 sibuk berkempen dan bermanifesto. Pergi ke seluruh negara, tarik perhatian rakyat, tarik minat rakyat dan tarik hati rakyat. Semuanya atas dasar untuk meraih sepangkah UNDI semasa pilihan raya. Kalau xdpt undi, x de la maknanya mereka ingin berkerah keringat utk rakyat ini kan? Ini realiti dan bukan rekaan :)

Bercakap tentang kematangan, saya amat hairan dan khuatir jika ramai rakyat Malaysia yang menyangka bahawa diri mereka sudah cukup matang.. tambahan lagi apabila isu politik ini hangat diperkatakan, maka jelas terpancar lah tahap KEMATANGAN rakyat Malaysia yang disayangi..

Bukti2 kematangan POLITIK rakyat Malaysia :

1)  BERSIH 3.0 yang sepatutnya menjadi perhimpunan aman bertukar menjadi perang
2) Isu PTPTN yang sepatutnya menjadi bahan perbincangan bertukar menjadi perbalahan
3) Isu Mengkafirkan orang yang serius didalam Islam diPolitikkan dan jadi bahan jenaka
4) Isu HUDUD yang sepatutnya menjadi teras ISLAM juga dipolitikkan dan diperkecilkan

Semakin hari semakin semak dan benak saya dengan suara2 sumbang rakyat Malaysia di laman Facebook dan Twitter. Pantang ada sahaja isu2 yang melibatkan ahli politik, pergaduhan dan perbalahan pasti wujud. Yang hairannya, yang bergaduh dan bertekak ni bukan ahli politik pun, tapi yang bilis-bilis ini sahaja yang bising. 

Lebih lajak daripada perahu.

Masing-masing berhujah atas prinsip dan pandangan masing.. Alhamdulillah! Ini lah suatu kematangan apabila kita berani menegakkan prinsip dan pandangan kita. Bukan seperti lembu yang hanya tahu duduk diam dan tidak tahu bersuara. Malah takut dihina. Tapi..permasalahannya sekarang, antara menegakkan pandangan dan menjaga persaudaraan, yang mana lebih mulia?

Pembaca yang disayangi,

Kadang-kadang kita terlalu emosi dalam menyampaikan sesuatu perkara sampai kita lupa, kita hidup bukan seorang diri di muka bumi ini. Kadang-kadang kita terlalu angkuh dan bongkak bersuara sampai kita lupa kita bukan manusia yang sempurna. Kadang-kadang kita terlalu seronok mengatakan kehebatan sampai kita lupa, tiada yang lebih hebat melainkan Allah. Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan pengaruh sampai kita lupa, kekuatan kita sebagai manusia adalah dalam jemaah.

Matang Kah Kita?

Matang Pada Usia Belum Tentu Matang Pada Minda
Matang Pada Mulut Belum Tentu Matang Pada Jiwa

Manusia Jarang Meletakkan Rasional di Tempat Yang Teratas

Bila bercakap soal politik dan hak, pasti pertama sekali yang akan manusia sandarkan adalah emosi, kemudian parti dan akhir sekali baru lah rasional.

Sebagai rakyat Malaysia yang matang, EMOSI bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik..semuanya hanya akan mengundang perbalahan dan pertengkarang yang tidak berpenghujung..kesudahannya, ia tidak akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.Apa yang kita dapat hanyalah sakit hati, dendam, marah dan tertekan.


Untuk apa kita yang menanggung perasaan2 ini? Untuk apa kita berat2 kan kepala untuk bertegang urat dan bertikam lidah dengan isu yang tidak ada jalan kesudahannya lagi? Untuk apa kita gadaikan maruah dengan mencalarkan nama baik kita sendiri? Untuk apa kita bersusah payah menegakkan pandangan kita sedangkan yang mana kaca dan yang mana permata pun belum tentu kita dapat bezakan? Kesudahannya siapa yang untung dan siapa pula yang rugi? 

Saudara2, pertengkaran dan perbalahan hanya mengundang dosa dan murka. Kesudahannya, kita yang rugi malahan syaitan pula yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Saudara2, tidak salah kita berdiskusi ilmiah dan berbincang tentang permasalahan negara, tetapi kalau sudah bertikam lidah, hentikan sahajalah kerana ukhwah itu lebih berharga!

Saudara2, kita cuma rakyat biasa, bahkan tidak belajar tentang polisi negara, usah bercakap seperti seorang ahli politik tapi bercakaplah seperti seorang yang berwawasan..kita bercakap atas dasar relevan dan rasional..kalau mengundang api kemarahan, kita hapuskan..

Saudara2, kematangan itu terletak pada lubuk hati dan nurani kita..jangan biarkan politik menghantui pemikiran minda dan jiwa kita..ianya hanya suatu permainan halus yang akan memecah belahkan perpaduan kita..

Saudara2, diam bukan tanda kita kalah, dan mengalah bukan tanda kita lemah..tetapi ada kalanya diam dan mengalah itulah tanda kejayaan kita..

Sekadar berkongsi pandangan..jika kita terus menerus terperangkap dalam jerat politik..maka, bersedialah berhadapan dengan masa hadapan yang menakutkan..Kita mampu mengubahnya dengan akal yang sihat..

Kita Menang Dengan Minda..! Hapuskan Semangat Kepartian Yang Tinggi! Ukhwah Itu Indah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...