Monday, May 28, 2012

No Pendaftaran Kenderaan Termahal di Malaysia milik DYMM Sultan Ibrahim Johor.



DYMM Sultan Ibrahim Johor
Pemilik Kenderaan WWW 1



Assalamualaikum..sidang pembaca yang dihormati,

Pagi-pagi ini saya dikejutkan dengan berita 'aneh' apabila seorang insan yang dihormati iaitu "seperti nama di atas" telah menggemparkan Malaysia dengan pembelian no pendaftaran kereta yang termahal di Malaysia setakat ini. 

Berikut adalah senarai no pendaftaran kenderaan mengikut urutan harga,


Menurut sumber yang sahih dan muktamad,

Buat masa ini Sultan Johor adalah pemilik no plate kenderaan paling mahal dalam negara kita dan telah memecahkan rekod baru. Sebelum ini pemilik kenderaan MCA 1 adalah pemegang rekod bagi kategori no pendaftaran kenderaan termahal. 

Saya masih berfikir,

Apakah signifikannya penjualan dan pembelian no pendaftaran yang semahal ini ? Dan siapa pula yang memulakan budaya ini ? Apa relevannya?

Persoalan ini bukan untuk mempertikaikan keinginan dan kemahuan setiap individu, tetapi ianya adalah persoalan yang realistik. Saya pasti semua orang ada keinginan yang alasan yang berbeza, tetapi rasionalnya masih tidak dapat diterima akal kerana ia tetap sebuah kenderaan yang bergerak di atas jalan yang sama seperti kenderaan lain.


Beliau adalah seorang bangsawan dan jutawan di Dubai

Saeed Khouri mencipta rekod dunia dan sejarah tersendiri apabila beliau berjaya memilik no pendaftaran kenderaan termahal di dunia. Beliau adalah seorang hartawan yang berasal daripada keluarga Abu Dhabi.
Harga rasmi no pendaftaran kereta beliau berjumlah $24million.


Sebelum ini, Talal Khouri adalah pemegang rekod no pendaftaran termahal dengan perbezan $6 million daripada Saeed Khouri. Beliau berkata dalam satu wawancara bahawa no 5 ini tidak membawa apa2 makna kepada beliau. Beliau akan menyimpannya dan selepas beliau meninggal, jumlah harga nombor ini boleh digunakan semula dan dijual untuk dijadikan kebajikan kepada pembangunan insan.


Afzal Khan seorang ahli perniagaan terkenal di United Kingdom memilik no pendaftaran kenderaan termahal di UK. Harga no pendataran beliau bernilai £440,625 ! Mercedez yang dimiliki beliau pula berharga £300,000 Mercedes-Benz SLR McLaren. 


Manusia memang dilahirkan dengan pelbagai minat dan cita2 yang berbeza.InsyaAllah, buggati veyron buah hati saya. Saya x perlukan no pendaftaran yang mahal2 kerana bagi saya ianya tidak membawa apa2 manfaat. 

Semakin kita kaya, semakin kita diuji dengan pelbagai cabaran dan godaan.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur .

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampaui batas (boros) dan tidak kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan kedekut) itu.
[al-Furqan 25:67]

 Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[al-Isra’ 17:27]


7 comments:

Azah Syahira said...

alangkah baiknya kalau sume pembida tu bagi duit2 dorang pada mereka yg memerlukan. isk.isk

Naim said...

tu lah kan? ish2..terlalu membazir.

Cik Prada said...

tiba tiba tak nak mengaku aku keturunan johor

erma nazillah said...

diorang ade sebab kot..kita xtau ape sebab diorang buat cmtu..kalu kita di tempat diorang,ntah ape yg kita akn buat..wallahualam..

Naim said...

maybe ade sebab..dan mmg diorang ada hak utk beli.. dan saya pun x pertikaikan hak diorang..cuma, huhuhu.. dari sudut akal yang cetek pun kita mampu berfikir, 520 ribu utk no pendafatran kereta? hehe,kalau org biasa beli pun, bagi saya ianya suatu pembaziran.wallhualam.

Joeloding Loding said...

Dh jd lumrah bg orng yg bduit

Anonymous said...

sgt membazir wlpun duit sendiri ada lagi orng yang lbh memerlukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...