Monday, May 7, 2012

Perjalanan Interview - Saya Makin Handsome

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah interview semalam
Meskipun cuak cuak kentang juga mahu bertemu duga ini
Tapi alhamdulillah ia lebih mudah daripada temuduga kahwin.


ToinKkk!! hehe... Peace bro ( ^_^)v

Sekadar ingin berkongsi :

5 Mei 2012 : Pukul 11 malam

Saya siap2 kan barang2 dan sijil2 yang perlu dibawa untuk pergi interview. Segala persiapan dilakukan, seluar, blazer, tie, belt, pen dan beg diasingkan.

5 Mei 2012 : Pukul 12 Malam

Saya dah mula rasa peluh2 kecil keluar dari liang roma kerana ketakutan mula menyerang dari segenap arah. Argh..takutnya, risaunya, cuaknya tapi saya maintain handsome dengan Al-quran di tangan. Baca quran dulu ape2 hal.. Selesai baca quran, maka ketenangan mula dirasai.. Dan mata masih segar pada saat itu..maka saya terus mencapai pen dan kertas utk catitan2 pendek sebagai persediaan awal sebelum sessi temuduga..Kemudian mula lah saya menyelak nyelak beg yang sudah mula bersawang sebab da sebulan lebih terlantar kt bilik tanpa diusik..hahaha.. Dan saya jumpa kawan kesayangan saya ! Badannya maintain kuning2 tahi lembu... Federal Constitution !! Yeah, kamu menyinari malamku..saya pun mencatit artikel2 penting dan cuba refresh kembali urat2 saraf otak ini yang sudah sebulan lebih tidak bergiat aktif..Dan jam hampir pukul satu, mata saya dah mula merah..makin sepet...makin..kecik..dan saya mula nampak tulisan berubah menjadi kabur..dan kabur..dan arghhh! Saya dah mengantuk..maka terus masuk tdo dengan gaya sunnah sebagai permulaan tidur :)

6 Mei 2012 : Pukul 4.30 Pagi

Bunyi Alarm buat mimpi indah saya terhenti disitu..segera buka mata...Saya teringat baju yang x bergosok lagi..seluar x bergosok lagi...Owhhh no~ lepas subuh dah nak bergerak ni..Saya mesti bangun sekarang..Lalu dengan handsomenyer saya membersihkan diri dengan siraman2 lembut wuduk yang menyegarkan seluruh tubuh saya di pagi hari itu..kemudian sejadah dibentang dan waktu itu digunakan sebaiknya utk memohon kepada RabbulIzzati supaya perjalan hari menjadi mudah dan lancar..


6 Mei 2012 : Pukul 5.00 Pagi


Nampaknya baju yg saya rendam malam tadi dah kering..jadi boleh gosok sekarang.. Iron dipanaskan dan baju digosok dengan kemas dan cermat..takut2 terbakar pulak nanti..haha..tengah sakan bergosok, tiba2 terdengar alarm daripada bilik mak..owh ya, mereka dah bangun dari tidur..dan saya teruskan menggosok sehingga ke pakaian terakhir..


6 Mei 2012 : Pukul 5.45


Azan subuh berkumandang menandakan waktu tahajud sudah berakhir dan bermulalah sessi ibadah wajib di pagi hari..Selesai bersihkan diri dan bersiap-siap2 untuk solat berjemaah bersama mak dan abah.. Alhamdulillah perjalanan hari semakin cantik dan indah dengan sujud kami bertiga dalam satu jemaah.. Terasa semakin handsome pulak bila tengok di cermin..(cehhh) jangan marah! jangan marah! Selesai solat, saya terus bersiap utk bergerak ke UKM..satu persatu barang yang sudah diasingkan dibawa ke kereta..


6 Mei 2012 : Pukul  6.10 Pagi


Kembara UKM bermula dengan suasana subuh yang indah.. Teringat nostalgia sekolah rendah.. Pagi2 hari seawal pukul 6. 15 dah bergerak ke sekolah dengan kereta abah.. Sebelum pergi sekolah cium tangan mak dan abah.. Pagi2 masuk kelas, suasana pun gelap dan sunyi lagi..wah, rindu pulak dekat zaman kecik2 dulu..tapi xpe, saya semakin membesar..haha.. dan dalam perjalanan pergi tiba2 saya x sedar saya berada di zaman mana..yang saya sedar, abah berhenti di RnR Seremban..owh, yea...saya tertidur dalam kereta.. terus bangun dan pergi cuci muka... kemudian kami bertiga take breakfast di RnR...semua berlaku dengan pantas sebab waktu daftar bermula seawal jam 8.30 Pagi.


6 Mei 2012 : Pukul 7.30 Pagi


Perjalanan diteruskan tanpa singgah di mana2 toilet terus menuju ke UKM Bangi.. Saya yang sudah segar bugar ini sudah semakin excited untuk menghadapai interview.. Owh, yea sambil2 tu saya hafal jalan nk ke UKM..mana tahu nanti lain hari dan lain waktu saya boleh drive sendiri utk ke sini.. 


6 Mei 2012 : Pukul 8.15 Pagi




Sampai di pintu utama UKM..wahh, ini lah pertama kali saya tengok UKM secara live! Pacuan 4 roda milik En Fital selamat masuk ke UKM.. Nampaknya pintu masuk UiTM Shah Alam jauh lagi cantik daripada UKM..ini pengakuan jujur daripada saya..sekarang misi mencari Fakulti Undang-undang..Mujurlah ada signboard di tepi-tepi jalan, kalau tidak saya rasa dah sesat dalam UKM ni.Subhanallah, saya rasa mcm kembara dalam hutan untuk menuju ke Fakulti Undang2 ni...memang sangat jauh ke dalam dan ke hujung UKM..di tepi Fakulti adalah Hutan Simpan Kekal UKM..haha.. Nampaknya, banyaklah PakNyet dan MakNyet di sana..selamat berkenalan hampa semua..tepat pukul 8.30 saya sampai di depan Fakulti Undang2 UKM...dan wahh2, macam mahkamah dah saya tengok..jauh beza degan UiTM Shah Alam..


6 Mei 2012 : Pukul 8.30 Pagi




Perjalanan yang begitu handsome..saya sampai tepat pada waktunya dan terus beratur untuk amik no giliran..abah pesan suruh pakai blazer..mula2 saya xnk sebab segan..ye lah, kawan2 lain x pakai pun...Tapi saya pakai jugak akhirnya sebab nasihat seorang ayah pasti ada baiknya.. Dan dengan keyakinan diri yang ada..(cehh) saya terus melangkah dan bersalaman dengan kawan2 lain.. Rasa rindu yang dah sebulan lebih terlepas di situ..terpancar wajah2 bakal peguam negara pada hari yang bermakna itu.. Meskipun sampai pukul 8.30 tapi angka giliran saya sudah cecah yang ke-39...hehe..kalau saya datang pukul 9..x tahu lah angka giliran yang ke berapa saya dapat.. Kemudian saya terus menuju ke bilik kuarantin untuk sessi essay.. "Soalan essay : In what way do you think our law can create up the society? "  Lebih kurang macam ni lah soalan essay yg saya dapat...


6 Mei 2012 : Pukul 9 Pagi 


Saya dan kawan2 lain menunggu giliran masing2 untuk sessi temuduga...mujurlah kami dipanggil berlima..kalau sorang2, goyang juga rasa nya..hehe..maka tiba lah giliran kami setelah hampir sejam menunggu.. Masuklah pahlawan2 muda yang datang daripada negeri yang berbeza beza.. Dengan lawaknya saya masuk, no giliran boleh tercicir kt bilik kuarantin..teruss saya patah balik cari no giliran..haha..then, saya melangkah masuk ke bilik interview dengan yakin, tiba2, "tinggg tingg tinggg" bunyi besi jatuh atas lantai! haha..rupa2 nya picu pintu bilik tu tercabut! haha.. Tapi saya maintain cool and steady sebab saya da buat Professor2 dalam bilik tu tergelak..so, keyakinan sudah mula dirasai..saya lemparkan senyuman paling manis kepada mereka..nampak mereka begitu gembira di kerusi masing2..hehe..3 interviewer dalam bilik tersebut..2 lelaki dan seorang perempuan..


Soalan pertama  : Introduce Yourself
Soalan kedua     : Apa pandangan awak tentang PTPTN
Soalan ketiga     : Pandangan terhadap peguam2 Melayu dlm Law Corporate&Bar Council
Soalan keempat : Apa kelebihan yang awak ada utk melayakkan awak masuk ke UKM
Soalan kelima    : Kalau dapat tawaran daripada Universiti lain, yang mana awak pilih?


Kami pun bergilir-gilir menjawab soalan2 yang diberikan..dan ternyata kami semua ada kelebihan dan keyakinan tersendiri dalam menjawab..Saya sedar, saya bukan bersaing dengan rakan2 disebelah saya sahaja, malah bersaing dengan 600 lagi calon di seluruh negara..Yang diperlukan hanya 200 pelajar sahaja..Jadi sy telah lakukan yang terbaik dan termampu..hasil didikan di sekolah dan di universiti yang mengajar saya untuk lebih matang dalam menjawab setiap persoalan2 yang diajukan membuatkan saya semakin yakin dalam memberikan buah fikiran.


Pada Soalan pertama saya perkenalkan diri saya, saya kata saya anak jati negeri Melaka,ketua interview tu terus tanya.


Which school u come from ? Saya terus jawab, " My previous school was Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang " Kemudian beliau tanya saya lagi, "before that u are from SMKA Sultan Muhammad?"  Ya Allah, hairan plus ajaib, dari mana lah Professor ni tahu sejarah hidup saya.. 


Kemudian soalan2 berikutnya buat saya bertambah handsome dan yakin sebab saya dah boleh agak, di hadapan saya adalah OldBoy di sekolah saya dahulu..


Di akhir sessi temu duga Professor tersebut pun bagi tahu saya sesuatu, sebenarnya beliau adalah bekas pelajar SMKA Sultan Muhammad dan masa form 4/form 5 beliau berhijrah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang...


Ini lah nama nya takdir dan ketentuan Allah yang sangat ohsemm..sungguh x sangka, di hadapan saya adalah seorang senior yang mempunyai latar belakang sekolah yang sama dengan saya..

6 Mei 2012 : Pukul 10.30 Pagi


Selamat keluar dan jumpa mak dan abah di ruang menunggu..yeah, selesai temuduga..kepala pun dah lega...jumpa kawan2, ary tuh memang handsome la kan..habis semua orang nak interview saya.. tanya bila nak kahwin la..dah tunang ke belum la...mana tunang la..dengan siapa tunang la..haha..ya Allah, ramai betul yang berminat untuk tahu..x sangka..hahaha..maaf kawan, ibunda saya pun tidak tahu untuk jawab persoalan2 anda semua.. Seronok pulak jumpa kawan2.. Mak pulak rancak berborak dengan Mama Azri..cerita pasal khawin..ceeh cehh..dah maju mak2 kita ni..maka bertambah mudah la laluan aku..haha..
okeyh, harap maaf...segala gosip2 liar sila abaikan...kasihan la pada saya..huhu..


6 Mei 2012 : Pukul 11 Pagi


Setelah bersalam salam sakan dengan kawan2..saya pun balik ke rumah abang dan selamat meninggalkan UKM dengan suatu harapan yang tinggi..semoga Allah berkati usaha dan doa kami...saya betul2 nak sambung degree in law..kerana inilah harapan dan cita2 saya sejak dari zaman kanak2 ribena lagi..Saya hanya mampu merancang, tetapi Allah lah sebaik baik perancang.




Semoga Apa Yang Saya Hajatkan Diredhai Allah.
Jangan lupa doakan saya supaya layak masuk ke sini.
Sekian Sahaja Coretan Saya. Terima kasih.


9 comments:

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

harap-harap dapat la ko ye UKM tu...
leh aku singgah kat ko nanti...

Anonymous said...

Amin ya rabbal alamin ;)

Naim said...

aminnnnn :)

Naim said...

haha...insyaAllah

Anonymous said...

yg x leh blah tu yg part handsome..x lpas dr mulut. tp nk puji sbb taatkan Allah dan ibu bapa..ni dpt law ukm x ni?sje tnya.

najwa fahmi said...

salam, saya pun akan mnjalani temuduga law ukm. boleh x saya nk mntak advice. thanks

Amirah Hamzah said...

salam,, saya nak tanya berapa lama masa yg diperuntukkan utk menjawab essay tu?? dan apa yg dinilai dari essay tu? adakah dari segi tatabahasa ataupun isi yg kita huraikan? tq :)

Naim said...

tak ingat lah berapa lama dia bagi..x silap dalam 20 minit mcm tu..xtahu lah sekarang mcm mana cara dia..

essay tu dinilai dari segi content..tatabahasa not really important..TQ :)

Amirah Hamzah said...

TERIMA KASIHH :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...