Friday, June 29, 2012

Aku Cuma Pelajar Local


Hari ini tiada senda dalam bicara. Kembali menggamit nostalgia 10 tahun yang lalu, semasa di zaman kanak-kanak ribena yang x mengeri apa-apa tentang cabaran hidup di dunia ini. Aku dengan dunia aku, pergi sekolah bawak bekal makanan yang ibu masuk, beli pemadam banyak2 utk battle kat kelas siapa paling hebat, bawak card digimon, cerita pasal pokemon, kadang2 masuk sikit la cerita bola.Mungkin masa tu dah start ade feeling2 miang, tengok awek cantik2 rasa nak kenal lah. nak usik lah, nak kacau lah. Haihh indahnya zaman kanak-kanak..1001 kenangan terindah dalam kehidupan.

Tapi masa tu mentaliti jauh berbeza dengan sekarang. Sedekad berlalu minggalkan aku dengan begitu pantas dan deras. Sesekali teringin merasai semula detik2 manis bersama kawan2 tersayang, pergi kelas sama2. Lepas rehat main kejar2 kat kantin, main nyorok2, police entry, hantu galah..haha..lucu betul mengingatkan kembali sebuah nostalgia yang begitu bermakna.

Tatkala itulah otak ini berkira kira ingin menjadi seorang Doktor, bila cikgu tanya nak jadi apa..semua kata nak jadi Doktor cikgu!! ibarat cendawan yang tumbuh sesudah hujan, semua bagaikan terpukau dgn kerja seorang doktor. Itulah realitinya minda kanak2 yang dididik dan diajar oleh ibu bapa utk menjadi seorang doktor..kalau ada yang nak jadi cikgu, itu suatu yang sangat2 menghairankan. Begitulah yang aku hajatkan, cita-cita dan impian berubah mengikut zaman, ada masa nak jadi doktor, nak jadi tentera, nak jadi polis, nak jadi ahli perniagaan, nak jadi peguam, nak jadi hakim, nak jadi pharmacist..banyak nya impian kanak2 aku..yang pasti aku x pernah simpan impian nak jadi accountant,ustaz mahupun cikgu.

Sedari kecil aku dah simpan impian nak jadi orang yang hebat, xkira di mana aku berada dan x kira apa juga yang aku ceburi. My golden aim is to be the best. Alhamdulillah sikap x pernah mengaku kalah itu bawak aku jauh ke hadapan menjadi seorang yang digeruni. Mungkin tak keterlaluan utk kata seperti ini, tapi itulah realiti yang pernah aku rasai satu masa dahulu. X kira apa peluang yang terhidang, aku sambar dgn sepantas kilat. X pernah rasanya ingin beri peluang dan ruang utk sesiapa memintas. Aku dengan dunia kemegahan yang menjelekkan.

Tapi itu dulu, sikit demi skit kita belajar daripada kehidupan. Benarlah pengalaman mematangkan kita dalam liku liku kehidupan ini. Deras waktu yang berlalu membawa aku kepada fasa perubahan jiwa, mental dan fizikal. Kini putaran kehidupan sudah berbeza, sudah tiba masanya menempuh kedewasaan. Beribu anak tangga perlu didaki utk ke puncak, pasti rintangannya terlalu banyak dan sukar. Impian yang menggunung ingin jadi insan yang hebat mengajak aku memasang ribuan cita2 untuk sampai ke puncak.

" aku ada hajat, belajar tinggi2, pergi over sea"

Aku bawa segenggam harapan bersama segalas beg yang dipenuhi dgn cita2 mendaki dan terus mendaki tangga impian. Tapi kederat ini makin lama makin lemah, tatkala jatuh tersungkur ke bawah, aku merasakan kitaran ini sudah mula berubah. X sanggup rasanya utk menaiki ribuan tangga tadi. Mustahil aku mampu..mustahil.. melihat disekeliling aku...jutaan manusia lagi sedang berada di atas..ada yang sudah sampai ke puncak..ada yang stgh perjalanan...ada yang baru mula..tapi aku sudah jatuh..sakit rasanya..x mampu untuk ke atas lagi..

Tapi perjalanan ini masih mampu diteruskan..kata orang biar lambat asal selamat..aku terus belajar daripada kehidupan..ya benar, x perlu laju mencapai cita-cita..kelak tersungkur susah utk bangun.. aku kembali membersihkan debu2 yang terlekat..melihat matahari itu masih lagi memancarkan cahayanya..itu tanda kejayaan milik semua..masih ada peluang..cuma ruang kita mungkin berbeza...

Itulah perjalanan menjadi dewasa, satu persatu cabaran perlu ditempuh utk mematangkan diri..mana sama kehidupan kita di masa kecil dgn sekarang..ianya terlalu besar jurangnya.. Alhamdulillah, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...aku kini berada di landasan kejayaan, cuma usaha kena diteruskan..biar x mampu mencapai cita2 kecilku..aku kira, menjadi pelajar local pun sudah memadai.. banyak benda yang perlu dipelajari daripada kehidupan ini..biar berbeza haluan asalkan menuju kejayaan..aku sedar, rezeki aku bukan utk bersama mereka..wadah kita berbeza..

"Being a local student trapped me in this small world without experiencing any new things including politics growth, socioeconomic,cultures,races,human rights,education system,manners,transportation system and administration of other foreign countries. But being a local student gave me a huge opportunities to broaden the friendship, meet new friends, knowing deeply about Malaysia's politic movement,more exposure towards internal problem, more sensitive towards culture and races problems including human rights, Malay preservative rights, and also the Muslims rights in Malaysia."

Kita bakal bertemu di suatu gelanggang kelak..x kira dimana kita berada bawalah suatu perjuangan yang tulus ikhlas..ingin membangunkan yang lemah, mendirikan yang runtuh, menguatkan yang layu, mengukuhkan yang rapuh...Syukuri nikmat Tuhan yan tidak berbelah bahagi memberi ruang dan peluang kepada kita utk mencari cebisan cebisan ilmu di muka bumi ini. Aku mungkin pernah terkilan kerana lemah di tengah perjalanan, gagal bangkit mengorak langkah, suara tenggelam dalam kekalahan, tapi hari ini aku yakin kalau ada keberanian..jangan gentar singa di rimba..

Bangkit terus bangkit...kejar terus kejar..berjalan atau berlari..jalannya tetap kehadapan..di sini atau di sana..kejayaan milik Dia Tuhan Rabbul Izzati..rantai rantai perjuangan ini akan bersambung ke seluruh dunia..kelak ianya bersatu menemukan kita..Lillahi taala, ini suatu amanah utk berbakti muka bumiNya. Salam perjuangan buat semua mahasiswa .

Thursday, June 28, 2012

Spain ! Go Spain ! Unbeaten Team .


What A Dramatic Game Yesterday!!

Assalamualaikum.. Go Espana !! Officially I want to tell the whole world that I am one of the Spain Fans.. Owh, I cant imagine if Spain lost the game yesterday against Portugal.. For the first 45 minutes I really speechless when Portugal make several trials toward Cassilas ! Luckily, the game ended with 0-0. But again for the second half , Portugal still energetic and passionate to win the game. Both sides make a very good movement and defensive playing. Spain is like hell ! They cant even make a clean score toward Portugal's goal keep. They lost an idea on how to trap those Portugal's player. The game ended 0-0 until extra time ! #sigh

For the second time in EURO 2012 the game is decided through Penalty.

Cassilas is really a great Goal Keeper. He did a good job yesterday ! Tanx Allah for giving Spain won the game. And for Portugal, seriously they are really qualified to be in the final but they have no luck to win the game. They were playing with full of dangerous ~ Pity them, Pity Portugal, and pity CR !! #sigh



Cristiano Ronaldo shows his disappointment during the penalty shootout in the Euro 2012 semi-final between Portugal and Spain.

Spain have been widely criticised during this tournament for their refusal to play a striker, yet nobody could say this tactic had been failing, so it was a surprise when Vicente del Bosque named Alvaro Negredo in his starting lineup. Negredo's only previous appearance in this tournament had come as an 89th-minute substitute in a group game, and he had appeared only once in qualifying, and that against Luxembourg. This was a very different and considerably more testing encounter, and not only did he seem to have little idea what his job was, neither did his team-mates. They passed to him just 14 times, while he had one shot – not on target – and attempted no crosses. Nine minutes after half-time he was replaced with a midfielder and Spain's improvement was immediate

Spain won against Portugal through Penalty : 4-2.


Iker Casillas saves Joao Moutinho's penalty


Portugal's Goal Keeper cant even touched the winning ball by Spain last night.


Cesc Fabregas once again became a penalty hero for the Spanish, who got the win they deserved on the balance of play.

Portugal cant fulfill their ambition to win this championship for the first time in their involvement ! What a bad dream for them.They have no luck. Penalty is a great disaster and now is their turn to focus more on Olympic London 2012. Cristiano Ronaldo the most expensive player in the world shall accept all these kind of sadness. As a captain, I really can feel what did he feel last night. #sigh

Now is the time for Spain to focus for the final .Who will be their enemy ?
Italia or Germany? 

Most people expect that German will win the game against Italia and meet Spain in the final. Oh no! It will be a great and awesome game if Spain and German meet in the final as it is actually the rematch between them after German lost to Spain in the previous Euro's final match.

Go ESPANA !! 




Wednesday, June 27, 2012

Dr Morsi Kemenangannya Suatu Amaran Kepada Dunia.





Assalamualaikum..masih tidak terlambat lagi utk saya menulis tentang kejayaan terbesar Politik Islam masa kini. Semua sedia maklum, Dr Mursi seorang Hafiz Quran akhirnya dengan rasminya dilantik sebagai Presiden baru Mesir. Alhamdulillah ! Sekalung ucapan tahniah kepada beliau, seorang pemimpin Islam yang disegani ramai.


Takbir ! Takbir! Takbir !


Kita bertakbirlah atas kemenangan ini. Tidak kira siapa kita, di negara mana kita, asalkan kita Islam sahutlah kegembiraan ini dengan betakbir kepada Allah azzawajalla. Saya seperti mahu menitiskan air mata dengan kemenangan yang begitu bersejarah ini. Perjuangan Ikhwanul Muslimin yang hampir mencecah 100 tahun akhirnya mendapat kejayaan dan kemenangan paling bermakna. Bumi Mesir yang selama ini bergolak dan mempunyai banyak permasalahan politik hari ini digemparkan dengan kemenangan hebat Dr Morsi.


Saat saya menulis artikel ini, saya terfikir mengapa masih ada umat Islam yang tidak gembira dengan kemenangan ini? Meskipun ideologi dan fikrah kita mungkin berbeza, tapi sahutlah kemenangan ini dengan penuh rasa syukur kepada Allah, kerana kita tahu ini adalah kemenangan orang Islam. Meskipun Mesir itu jauh beribu batu daripada negara kita, tapi inilah Roh Kebangkitan Islam yang masuk ke dalam setiap inci badan Muslim itu. Kita semua turut sama merasai kemenangan ini sebagai suatu amaran keras kepada Dunia bahawa Islam sedang garang bangkit di seluruh dunia dan menuju kemenangan.


Bukankah janji Allah itu benar, Islam akan menang pada akhirnya. Kita sedang menuju kemenangan !


Kemenangan Dr Morsi bukan tanda kemenang Islam secara solid. Ini cuma kejayaan memecahkan kebuntuan dan cengkaman kezaliman yang selama ini menghantui bumi Islam di sana. Dr Morsi cuma satu antara beribu pemimpin lain yang sedang bangkit berjuang untuk kepentingan Islam.


Kita di sini ambil lah Roh Kejayaan ini dan sematkan sedalam dalamnya dalam jiwa ini bahawa kemenangan Islam pasti tercapai. Yang penting kita semua perlu islahkan diri, minda dan fikrah kita utk jauh ke hadapan dan berani demi membawa obor2 kejayaan Islam! Kelak obor2 ini bersatu dari semua arah dan menerangi kegelapan dunia ini yang selama ini dicengkam oleh kuasa2 dajal dunia.


Pengasas Ikhwan Imam As-Syahid Hassan Al Banna pernah berkata :


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. "Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."


Kini selepas beribu pengikut dilanda pelbagai mehnah dan tribulasi sehingga ada yang dibunuh seperti beliau di tembak, Syed al-qutub dihukum gantung dan pelbagai cara lagi, Benih mereka tanam sudah nampak dahannya dengan kemenangan calon dari ikhwan Dr Muhammad Morsi, namun ini bukan pengakhiran perjuangan tapi ini sebenar permulaan perjuangan, mereka masih perlu menyiram dan membaja dan juga mengawal pokok tersebut agar buah yang hasilnya sama-sama di nikmati seluruh dunia dan di nikmati di akhirat kelak.


Perlu diingat bahawa Dr Morsi akan berhadapan dengan seribu satu ancaman dalam pentadbirannya. Perjuangan menegakkan kebenaran ini bukanlah semudah meneguk segelas air. Ianya dipenuhi dengan ranjau2 berduri dan jalan2 berliku.


Apakah kita lupa Saddam Hussein seorang pemimpin Iraq yang begitu dikagumi dan dihormati di awal kepimpinnya tetapi telah diperdaya oleh Dajjal Amerika. Musuh-musuh Islam inilah yang telah merasuk pemikirannya,mereka berikan bantuan senjata, mereka berikan bantuan ketenteraan dan akhirnya Saddam Hussein menjadi seorang yang gila kuasa.Segala kekuatan yang ada digunakan untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa dibawah pimpinannya sehingga dilabel sebagai pemimpin Muslim yang zalim. Inilah tipu daya Amerika.


Tapi di hujung karier beliau sebagai pemimpin Iraq, beliau sudah mula sedar untuk bangkit dan menebus kesilapan yang pernah beliau lakukan. Ketika itu jugalah Dajjal Amerika mengungkit ungkit kesalahan yang dilakukan oleh Saddam Hussein. Akhirnya beliau mati di tali gantung, sebagai seorang pemimpin Ahli Sunnah yang telah menjadi mainan tipu daya Dajjal Amerika.


Kata2 Terakhir yang sempat beliau ucapkan :


Jahanam Amerika ! Jahanam Israel ! Bangkit Palestin ! Hidup Mujahidin !


Inilah kerja musuh-musuh Islam yang x kan pernah berdiam diri melihat kemenangan Islam. Tetapi benarlah, Islam itu akan kekal kuat dan terus tabah melalui onak dan duri sehingga ke titisan darah terakhir. Seorang demi seorang pejuang Islam mati di medan perjuangan menegakkan kebenaran. Hari ini berkat kesabaran dan mujahadah serta doa daripada jutaan umat Islam di seluruh dunia, Mesir kembali bercahaya dengan kepimpinan yang baru. Regim Mubarak pasti tidak akan berdiam diri, musuh-musuh Islam itu pasti merencana sesuatu utk memusnahkan kebangkita ini. Iran pasti mencari jalan utk menjadi talam dua muka bekerjasama dengan Mesir. Inilah ancaman-ancaman yang perlu kita sama2 hadapi. Semoga Allah berikan kekuatan kepada Dr Morsi utk menjadi pemimpin yang adil dan melindungi Umat Islam di sana.


Semoga Mesir akan bangkit bersama Syria, Palestin, Turki dan terus bersemarak kebangkitan ini ke seluruh dunia!! Allahuakbar !


  • Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
  • Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
  • Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
  • Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
  • Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
  • Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
  • Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
  • Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
  • Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
  • Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



Tuesday, June 26, 2012

Biar Dikutuk Manusia, Jangan Jadi Manusia Terkutuk.




Alhamdulillah banyak2 syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya dan berkat perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan kebenaran Islam, maka hari ini Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia dan kita adalah insan2 terpilih yang telah tertulis di luh mahfuz Allah swt sebagai muslim yang beriman kepadaNya.

Perjuangan dakwah ini adalah suatu usaha dan amanah yang silih berganti..ianya ibarat lari berganti-ganti di suatu landasan yang sangat luas dan kejayaan itu hanya akan tercapai pada suatu masa..Iaitu di garisan penamat..garisan kejayaan umat Islam..hanya orang2 yang terus kekal menjadi penyambung larian ini akan selamat di dunia dan akhirat..Setiap titisan peluh dan kederat yang diusahakan dalam kerja dakwah ini pasti dan pasti mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

Haiya Haiya Al Rijal ! Haiya Bil Jihad !!


100 Miles Journey Start With A Single Step.

Saudara saudari yang dikasihi Allah, alangkah indahnya berjalan di atas nama Allah, bergerak utk mengerjakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. meneruskan usaha dakwah Rasullullah dan terus menjadi pejuang agama Allah di muka bumi ini.

Sayang seribu kali sayang, muka hensem, muka cantik tapi akhlak x berapa kemas. Tapi x mengapa, hidayah itu milik Allah. Siapa kita hendak membandingkan manusia itu dengan akal cetek kita. Allah itu merancang sesuatu jauh daripada apa yang kita fikirkan.

Hari ini mungkin dia x pakai tudung, tapi esok lusa dialah orang yang paling ikhlas dalam menjaga aurat. Hari ini mungkin dia banyak cakap bohong, tapi esok lusa dia lah orang yang paling jujur dan amanah dalam kata-katanya. Hari ini mungkin dia orang yang paling kuat menentang usaha usaha dakwah, tapi esok lusa dia lah orang yang paling teguh dan kuat berjalan di atas landasan dakwah ! Allahuakbar !

Teman2, usaha dakwah ini bukan usaha Pak Ustat mahupun Ustazah2 Pilihan, ini semua adalah kerja bersama.. Ini lah amanah yang Allah berikan pada kita utk berdiri sebagai seorang daie.


Apakah kita lupa tugas kita dicampakkan ke muka bumi ini?
Apakah kita tidak bersyukur lahirnya kita sebagai Islam?
Apakah kita x pernah terfikir, masih ramai lagi yang tidak dapat hidayah Islam?

Tapi hari ini kita lahir2 sahaja, alhamdulillah Islam lah kita. Tapi sayang rasanya kalau kita tidak pernah rasa tanggungjawab kita kepada Allah azzawajalla.

Andai Islam ini terlalu murah nilainya, kenanglah kembali sejarah dakwah baginda Nabi Muhammad SAW. Apakah kita tidak pernah ada rasa kasih pada baginda? 13 Tahun berdakwah utk mengukuhkan Aqidah umat Islam. Baginda dicaci, dimaki,dikeji, dihina,dipijak,dipukul dan dicerca..Tapi hebatnya kekasih Allah ini, tidak pernah sekali berundur di medan dakwah menyampaikan kebenaran.

Apakah kita lupa peristiwa baginda di Taif? baginda dibaling batu sehingga berlumuran darah. Lalu malaikat datang bertemu baginda meminta izin menerbalikkan bumi dan penduduk taif. Tapi sayangnya Rasulullah pada umat baginda, tidak diizinkan malaikat berbuat demikian. Hebat perjuangan dakwah baginda ! Apakah kita lupa kalam2 akhir yang keluar daripada mulut baginda pada hujung hayat baginda? Ummati ! Ummati ! Ummati!

Ya Allah, kerdilnya kita sebagai umat baginda yang tidak pernah bersyukur atas nikmat Islam yang kita peroleh ini. Lemahnya kita mengeluh di jalan dakwah ini apabila dihina rakan2. Lembiknya kita apabila mengalah pada jalan dakwah ini apabila disisih rakan2. Kejinya kita apabila berpaling daripada jalan dakwah ini apabila digoda habuan dunia. Ya Allah lemahnya kita.

Kita adalah manusia yang lalai dan lemah. Kita semua x pernah terlepas daripada dosa dan khilaf. Kita jugalah yang sering kali menjadi racun berbisa buat Islam. Kita jugalah yang terkadang mencalarkan imej yang suci ini. Kita jugalah yang tergelincir pada jalan yang lurus ini. Itulah kita hamba yang x putus2 melakukan kesilapan demi kesilapan.

Tapi percayalah bahawa Allah itu Maha Pengampun sifatnya..walau siapa pun  kita, Allah itu tetap Satu yang berhak disembah ! Serulah kebaikan kepada teman2 yang lain, moga2 kita semua peroleh manfaatnya.

Hendak berdakwah mesti ada Gaya dan kena caranya.. Kalau orang itu rentaknya A..kita gunalah rentak A..jangan kita guna Rentak RnB..nanti jadi x harmoni kesannya..jadi, sama2 lah kita usahakan..kembalikan semua perjuangan ini..usaha dakwah..nasihat menasihati..giatkan usaha kita untuk mendalam ilmu2 agama...kuatkan usaha kita mencapai kejayaan dalam peperiksaan di sekolah, universiti dan sebagainya..jadikan Islam ini agama yang dihormati..biar kita jatuh supaya kita tahu betapa sakitnya jatuh itu...jangan kita terlalu lama berdiri kerana bimbang terlalu pedih dan sakitnya saat kita jatuh nnti.. Belajarlah daripada pengalaman kehidupan..Dakwah ini terlalu luas skopnya..yang penting kita usahakan segala galanya utk kebaikan Islam..

Biar siapa pun yang datang mencaci..kita hulurkan bakti dan budi
Biar siapa pun datang menghalang..kita hulurkan salam dan ruang
Biar siapa pun datang melawan...kita berikan senyuman dan bimbingan


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah aku terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi pengajaran.

( Imam Hasan Basri )


Sunday, June 24, 2012

Ukhwah Kucing2 Yang Mantap !


Meoww ! Meoow ! Jom makan puas2 ! Nanti Ramadhan x cukup makan pulak !

Assalamualaikum..Salam perkenalan buat kucing2 dibawah jagaan akak saya. nampak tu semua kucing2 yang ada kat atas ni? Ni cuma sebahagian sahaja, yang lain2 anak2 mereka ada di sangkar 3 tingkat mereka.hahaha. Bayangkannn? boleh? 

Kucing pun ukhwah mantap..apatah lagi kita kan? Pegang sama erat, makan sama berat ! ehhh ?

Mungkin ramai yang akan tertanya tanya, apa resepi pemakanan kucing2 ni.. Owhh mudah sahaja, mulakan dengan sarapan pagi yang cukup zat besi..vitamin C untuk cantikkan kulit..susu segar utk kuatkan tulang2 kaki dan tangan..suppliment untuk naikkan otot2 badan..dan x lupa juga Julab untuk lancarkan pembuangan air besar...hahaha! Sah aku menipu ! Jangan percaya ni semua karut marut saje..


Weekk ! padan muka korang kena tipu ! ( kata si Suci )

Hahaha. Kenalkan semua, ini lah Suci...ini kucing generasi kedua kat rumah..generasi pertama dah selamat ke tanah perkuburan..isk isk isk..apalah nasib di alam kubur kan..huhu..Suci nama nya sangat unik kan? Okeyh, dia ada sweet couple daripada kecik tau, nama dia kasih..mahu lihat?


Hye! Nama saya Qasih ! Sweet x nama I ? Meh sini I gigit uolz.

Inilah dia si Qasih..ini pasangan paling ideal dalam keluarga..kemana Qasih pergi...Suci mesti ada.. Mungkin itulah sebabnya nama merek Qasih-Suci !! The sweet combination..memang ukhwah mereka superb!


Hye geng ! Nama saya QiQi ! I am Mr Lonely. Xde gugurl nak saya Lah :D

Shiann QiQi.. tengah tunggu awek datang sergah lah tuh ! hahaha.Ni da masuk generasi ke-3 dah ni..sihat2 semuanya..kalau ada rancangan kesihatan kucing..mungkin mereka semua wajar masuk, disyaki obes di awal usia semuanya..hahaha..QiQi ni bagus, bila orang bawak makanan dia datang..bila bawak julab dia lari..haha..tadelahh..ngarut...ngarut..(jangan percaya)


Auchh gatalnya kepala..garuk sikit...grekk grekkk ! Comelnyee dak tecik ni :)

Yang ni x sempat taaruf la nama dia..tapi kalau x silap nama dia si Hitam...hahaha...tapi dia ada pasangan dia nama si Putih..kan dah cakap, kucing2 ni semua dah dididik dengan ukhwah yang awesome..supaya mereka saling melengkapi..hehehe.. Ni pulak da masuk generasi ke-4 !! Banyak kan generasi? Sebenarnya da masuk ke-5 da..cuma gambar2 x cukup..haha.


Alololor..shweetnye duduk dalam HandBag mummy :)

Inilah dia Si Puteh ! Ewahh Puteh nya kau eaa! haha..masa ni kecik2 je..sekarang da obes macam atok nenek dia jugak..keturunan dia ni memang cepat besar..x tau nak cakap ape..ukhwah mantap sangat..dapat makanan siap hello2 rumah sebelah..makan sama2..hehehe..bagus2..teruskan ! 


Tengok ni semua ! Si Qaseh dan Suci tengah bermesra !

Kalau nak tahu, depa berdua ni lah paling aku suka peluk2 timang2..sebab gemok gedempol..haha.. Lagipun diorang ni kan pasangan paling ideal..sweet pulak tengok..haha..x boleh dipisahkan..kalau pisah jee ! Mesti saling mencari..bising satu rumah karang..so, memang hidup Qaseh dan Suci always together la..their ukhwah ever green la :)



Saturday, June 23, 2012

Melaka Maju Tarikan Pelancong No Satu :)



Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang..kalau baik hati nanti orang pun sayang !

Assalamualaikum ! Sebut pasal Melaka, maka x sahlah kalau x bayangkan Kota Bersejarah seperti yang terpapar di atas ini. Ini adalah Kota A Famosa yang dibina sejak tahun 1511 ! wooww ! Lama betul kan? Ini merupakan kubu pertahanan Perang yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja mereka menawan Melaka. Kota sebesar ini yang merangkumi keseluruan bukit di sini dibina selama 5 bulan oleh buruh2 paksa tentera Portugis ketika itu..ish ish ish...kasihan atok nenek moyang kita dahulu..Disebabkan cuaca yang panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh yang mati dalam proses pembinaan. Begitulah serba sedikit cerita tentang Kota A Famosa yang bersejarah ini. Kalau nak tahu lebih, datanglah ke Melaka :)


Gambar kat atas adalah antara kepingan2 gambar dan kawasan yang ada di sekitar kubu perang ini. Utk sampai ke puncak, kita perlu menaiki ratusan anak tangga ( ratusan sikit je ) haha.. Dan terdapat sejarah2 peninggalan yang masih dijaga di bawah kerajaan Negeri Melaka. Jangan lupa, setiap kepingan2 batu yang terlekat kat dinding mempunyai maksud tersendiri. Mungkin ramai yg x tahu, itu adalah kubur tentera2 pada masa dahulu kala.



Ini merupakan Pintu Gerbang Utama utk masuk ke Negeri Melaka. Cantikkan? Hasil cetusan idea seorang arkitek tempatan, ia mereka bentuk 3 Rumah Ibadat Utama sebagai simbolik kepelbagaian kaum dan budaya yang ada di Melaka. Ini merupakan jalan masuk daripada Tol Ayer Keroh. Sepanjang Perjalanan ini anda akan terserempak dengan seribu satu tempat menarik yang ada di Melaka. Antaranya :


Zoo Melaka Safari Night ! Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh. Yang Seronoknya Zoo Ini dibuka pada waktu pagi sehingga ke Malam. Jangan x tahu, Zoo Melaka adalah Zoo terbaik di Malaysia selepas Zoo Taiping Perak . Jadi jangan lepaskan cuti-cuti hujung Minggu anda yea :)



Taman Buaya Melaka terletak beberapa ratus meter daripada Zoo Melaka. X jauh mana pun. Cuma seberang jalan. Jadi, alang2 sampai ke Melaka jangan lupa singgah semua tempat2 yang ada kat sini. Taman Buaya ni ada perumahan2 buaya. Ada banglo, ada teres, ada flat, ada kondominium..Jadi menarik bukan? hahahaha. ( jangan mudah percaya) Utk yang berminat dgn Sang Buana ini, jangan segan2 datang ke sini.


Ini adalah Muzium Lebah Sedunia. Beratus ribu ( mungkin ) jenis lebah ada di dalam ini. Mana nak dapat tengok lebah satu dunia? Hanya di Melaka ! Ini lebih sesuai utk orang2 yang suka main dgn labah.



Haaaaa! Ini adalah salah satu projek dan hasil idea kerajaan negeri Melaka yang budiman. Terletak di MITC Melaka. Tahu MITC tu apa? Melaka International Trade Centre (MITC) .. Kalau siapa2 yang datang ke Melaka melalui Ayer Keroh, anda akan nampak suatu kawasan pentadbiran negeri Melaka ala2 Putrajaya. Kawasan itu dinamakan MITC.. Melaka Planetarium ini adalah tempat yang sesuai dilawati oleh seisi keluarga. Semua alat2 adalah canggih dan baru. X perlulah kita ke Kuala Lumpur sana tu :)


Untuk penggemar sukan bowling jangan lepaskan peluang utk merasai sendiri bermain bowling di lapangan bowling yang terbesar di Rantau Asia Tenggara ini. Pasti menjanjikan kepuasan dan kelainan kepada para pemain. Ianya terletak di MITC Melaka. Bangunan sebesar ini turut menyediakan ruangan utk bermain snooker dan indoor golf. Menarik bukan? Semoga anda tidak ketinggalan utk merasainya sendiri.




Melaka Wonderland adalah salah satu Taman Tema Air Melaka yang terbaru ada di Melaka. Ianya terletak bertentangan dengan pintu masuk Zoo Melaka. Taman Tema ini menyediakan pelbagai konsep hiburan air. Ada dianasour yang dihidupkan semula sejak zaman batu dan kini menjadi haiwan peliharaan negeri Melaka. hahaha. (tolong jgn percaya)



Ini pula adalah Taman Tema Air A Famosa.. Terletak di Alor Gajah Melaka. Sesiapa sahaja yang melalui Tol Ayer Keroh Melaka pasti akan ternampak suatu kawasan resort di tepi jalan yang dilengkapi dengan padang golf dan resort2 mewah bertaraf 5 bintang. A Famosa Water World juga memberikan kepuasan kepada pengunjung untuk bercuti. Selain mempunyai taman tema air, ia turut menyediakan kawasan bermain golf, resort 5 bintang, rumah sewa, kondominium mewah, dan juga CowBoy Town. Pada malam hari, ia menyediakan Safari Night dan terdapat aktiviti2 menarik yang boleh dirasai oleh para pengunjung.


Ini merupakan sebuah hotel yang dibina berkonsepkan reka bentuk inggeris yang dibina di persisiran sungai Melaka. Pengunjung yang datang ke Melaka akan menikmati keindahan Sungai Melaka dengan menaiki cruise yang disediakan. Perjalanan akan mengambil masa selama 45 minit dan akan melalui sejauh 9KM. 


Pengunjung yang ingin menaiki boat di sungai Melaka perlulah menuju ke Taman Rempah River Cruise Melaka yang terletak tidak jauh daripada Bandar Melaka. Penumpang dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak RM5. Pembawa boat adalah percuma. hahaha!


Ini adalah gambar yang diambil pada waktu malam. Pemandangan di sungai melaka sangat menarik dan mempunyai seribu satu sejarah yang boleh dipelajari. Untuk sesiapa yang berpeluang ke sini, jangan lupa untuk bawa alat2 scuba diving atau snorkeling .. hahaha! (acahh je ) Bawa lah camera dan video recorder bersama sama anda. Rakamkan detik2 bahagia anda di negeri bersejarah ini :)


Menara Taming Sari adalah satu2nya menara beputar yang ada di dunia. Menara ini setinggi 110 meter dan mampu memuatkan 80 orang pada satu satu masa. Pengunjung boleh melihat pemandangan negeri Melaka x kira siang atau malam daripada ketinggian menara ini dan akan berputar sehingga 360 darjah.



Ini pula adalah pemandangan di Dataran Pahlawan Negeri Melaka Mega Mall pada waktu malam. Di sini adalah syurga membeli belah bagi penduduk negeri Melaka dan juga pengunjung serta pelancong yang datang dari segenap arah di seluruh dunia. Beginilah indahnya suasana di negeri Melaka pada waktu malam.


Untuk pengetahuan pembaca, Melaka memang sangat terkenal dengan masakan ikan bakar yang sedap dan menyentuh hati.hahaha. Tipu kalau x kenal Ikan Bakar Melaka yang sememangnya terkenal sejak zaman berzaman. Ini adalah salah satu medan ikan bakar di Melaka. Gambar di atas adalah Medan Ikan Bakar Muara Sg, Duyong Melaka.  Di Melaka terdapat beberapa tempat lain lagi yang bersaing dalam perebutan takhta medan Ikan Bakar paling mantapp antaranya Umbai, Alai dan Crystal Bay.


Yang di atas ini pula adalah Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai Melaka yang begitu tersohor di negara ini. Lihat sahaja gambar di atas sudah membuktikan kehadiran tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan apabila sampai di negeri Melaka. Anda pula bagaimana? Tak kan tengok gambar je kot? haha.


Ini pula adalah Pantai Pengkalan Balak Melaka yang terletak di Masjid Tanah. Pengunjung yang datang ke sini boleh menyewa chalet dan penginapan2 yang disediakan. Banyak aktiviti menarik menanti anda. Contohnya tarian Jerung, bagi makan Paus, dan Berenang bersama Dolphin ! hahaha. (jangan percaya!) Hujung minggu akan lebih bermakna kalau kita habiskan di kawasan2 peranginan seperti ini. ceeh :D


Ini adalah salah satu laluan Sungai Melaka yang anda akan lalui sekiranya anda menaiki boat yang disediakan. Tapi perhatikan perkampungan di sebelah kiri sungai ini. Itu adalah suasana di Kampung Morten Melaka yang menjadi tapak pelancongan bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini. Kerajaan negeri Melaka telah menjadikan Kampung Morten sebagai anak angkat dan dibangunkan menjadi sebuah ikon kepada negeri Melaka.


Ini adalah salah satu Rumah yang ada di Kampung Morten. Setiap rumah2 disini telah dihiasi dengan pelbagai reka bentuk dan hiasan yang cantik. Rumah ini masih dihuni oleh tuannya dan dibuka pada siang hari utk dilawati. Anda pernah dgr tentang sejarah Kampung Morten? Ia merupakan kawasan jenayah paling dahsyat di negeri Melaka pada suatu masa dahulu. Kawasan tempat tinggal di sini sangat kotor dan dhaif serta dihantui kemiskinan. Tapi hari ini, segalanya berubah 360 darjah. Kampung Morten dibangunkan menjadi pusat tarikan pelacongan paling dikagumi.



Yang paling menarik, kalau kita pernah dengar Masjid terapung di Terengganu dan Laut Merah Mekah, di negeri Melaka juga ada masjid terapung. Ini adalah Masjid Selat Negeri Melaka. Kawasan ini adalah kawasan baru yang sedang giat dibangunkan. Berdekatan dengan masjid ini sedang dibina suatu kawasan yang dipanggil sebagai Arab City. Ia dibina dengan rekaan dan seni bina Arab dan bertemakan bandar Arab. nantikan perasmiannya :)


Sekian sahaja daripada anak jati negeri Melaka. Sebenarnya x tersenarai kat dalam blog ni kalau nak tulis semua tempat2 menarik di negeri Melaka. Banyak lagi tempat sebenarnya, cuma yang saya pamerkan di sini adalah sebahagian daripada tempat2 menarik di Melaka. Datang ke Melaka jangan lupa beli coconut shake di Klebang yea. Jangan lupa juga makan Asam Pedas Melaka. Kalau nak singgah ke rumah saya, sila bagi tahu awal2, insyaAllah segala persiapan makan dan minum disediakan dengan bayaran 2 kali ganda lebih mahal. hahaha. Selamat Datang ke Negeri Hang Tuah, Negeri Bersejarah Tempat Lahir Kesultanan Melayu Melaka.


Friday, June 22, 2012

Follower ke 438 : Lyssa Faizureen


Assalamualaikum

Semalam nampak ada orang post entry.. Its all about Spain ! Spain Fan ! Then tiba2 rasa ada tarikan charge positif dan negatif..melekat bergabung untuk dineutralkan..I am also Spain Fans.. Looking forward for other Spain Fans..and Lyssa is one of them ! :)

Dah lama follow up entry2 Lyssa ni..byk jugak belajar daripada Tutorial2 yang lyssa sediakan..kalau ade bakat2 baru dalam dunia blogging ni..for sure I will introduce them Blog Lyssa ni coz a lot of things we can learn for her blog..She is very talented in this blogging territory..

Okeyh, mustahil seorang blogger yang dah mula aktif dalam dunia blogging x kenal siapa Lyssa Faizureen..kalau masih ade yang tercari cari..siapakah gerangannya sekuntum bunga mawar ini, sila ke blog beliau..tekan je la gmbar header yang ada kat atas ni..sure akan terus sampai ke blog Lyssa tanpa sekatan tol..

Lyssa ni otai blogging paling digeruni alaf ini..kalau nak tahu semua benda pasal blog sila rujuk beliau..seriusly xkan mengecewakan..kalau x silap, Lyssa pernah masuk majalah..Just because her blog yang sangat digeruni tu..tengok Likers blog dia sahaja dah beriban..tengok suscribers Fb dia pun dah cecah 10K.. So, macam langit dgn bumi darjat blogger between me and her..maluu tutup muka..hahaha..

Btw, yesterday, x sangka tiba2 kotak follower blog ni terpapar muka Lyssa..ewahhh~ ini betulkah? Otai Blogger sudah marii..terasa seram sejuk sekejap..bulu roma naik kt celah2 tengkuk dan telinga..benar ni? Xpe, terus selidik.. ( style lawyer kan akuh?) .. then, I am really sure this is Lyssa Faizureen.. Ditambah dgn chat box kat sebelah yg ada tulis.. "Wah Ada Geng Spain" by Lyssa.. so, terharu sebentar la yea..

Kalau aku da dapat lesen lawyer ni..mungkin aku akan sediakan Legal Cyber Security utk blog Lyssa dgn potongan 5% ( kah3 )..tapi sayangnya perjalanan tu belum sampai..so, mimpi sampai ke bintang sahajalah..

Bila Lyssa dah follow sini, sure entry terbaru ni pun Lyssa akan baca..dengan lafaz bismillah..bulu roma turun naik..seram ni...nk ucap terima kasih la jengah ke sini..siap follow lagi tuh..terharu kojap den..ni baru Lyssa Faizureen..kalau Rosmah Mansur ke..Queen Elizabeth ke follow blog aku..hahaha..series kecoh..mahu setaman aku bagi tahu...siap ketuk rumah ke rumah.. ewahh..xde lah mcm tu..ini sebagai menghargai tetamu yang selama ini byk berjasa di alam blogging ni..

Bukan follower2 lain x dihargai..huiisshh tidak la begitu..tapi Lyssa ni well known kan..pastu I learn a lot of things about blogging through her blog..ini kira lambang apresiasi la utk beliau..haha.. Tanx again Lyssa :)


Majulah Spain Maju ! haha.

*mohon tidak ada yang baling kasut dekat aku selepas ini.haha.

Wednesday, June 20, 2012

Jangan Pandang Aku Tinggi. Cukup Sekadar Abid.


Termenung melihat kecantikan duniamu ya Tuhan..
Sungguh jauhkan aku dari sifat2 kufur nikmat dan miskin akhlak..
Aku hambamu yang x kunjung malam mengharapkan keampunan..
Tapi aku selalu jatuh saat hendak bangun..aku jatuh saat aku berdiri..
Itulah aku, hamba yang x putus putus melakukan kesilapan demi kesilapan..

Aku bukan seorang daie yang tinggi budi pekertinya..bukan juga seorang akhi yang molek gayanya..bukan juga seorang naqib yang soleh tuturnya..aku cuma seorang sahabat yang berdamping, bermesra dan membantu ketika susah dan senang. Aku cuma, seorang teman yang ada untuk menghiburkan desir waktu yang berlalu bersama teman2 seperjuangan..Aku cuma, seorang rakan yang ada untuk mendengar luahan perasaan dan hati kawan2 yang dalam keresahan..aku cuma seorang insan yang berdiri atas kaki sendiri, bergerak di bumi hakiki, mencari seberapa banyak mungkin mutiara2 duniawi agar ia menjadi bekalan ukhrawi..walaupun kekadang jalan ini sungguh licin untuk aku telusuri, aku cuba untuk memaut pada rantai2 ukhwah yang terbina kerana itulah guna mereka..sahabat2 yang ada tika kita hampir terjatuh..merekalah nadi kekuatan..

Tuhan,kekadang aku rasa seolah aku x mampu lagi berdiri..kerana sakit rasanya berkali-kali jatuh..aku bangkit dan jatuh lagi..susahnya mujahadah itu..berbolak balik hati ini,berkocak melepaskan buih2 nya..Tuhan, kekadang aku rasa malu untuk bangkit..malu rasanya kerana terlalu kotor diri ini utk menemuimu Tuhan.. Kalaulah tika ini Baginda masih ada..akulah insan paling malu utk bertemunya..terasa terlalu hina aku dihadapanmu Tuhan..x layak aku ke syurgamu...tapi tidak pernah aku minta kau campakkan aku ke nerakamu..

Aku melihat ribuan manusia di muka bumi ini..bertaburan dengan dunia sendiri..bertebaran dengan acuan dan gaya yang berbeza beza..banyaknya ragam..Aku adalah satu antara mereka...berkejar-kejaran mencari keuntungan dunia..bahagia rasanya..tapi tatkala pintu hati ini diketuk dengan sentuhan paling lembut daripadamu Tuhan..aku lemah...kaki ini seperti dikunci..kaku..beku...lesu...layu..Tuhan, izinkan air mata ini mengalir agar ia menjadi bukti di mahsyarmu kelak..terima lah aku, ibadatku, sujudku,doaku dan hajatku Tuhan..Sungguh, aku cuma insan dan hamba yang terlalu dhaif dan lemah..tapi kebergantunganku terhadapmu x pernah putus walau sekali..

Teman, benar aku terlalu banyak kekhilafan..terlalu banyak kekurangan..tapi teman, ingatlah aku bukan ingin kau memandang aku tinggi pribadinya..aku bukan ingin kau puji aku hebat akhlaknya..aku bukan ingin kau sanjung aku kuat prinsipnya..aku bukan ingin kau hormat aku soleh wataknya.. itu semua bukan aku...xlayak walau dari mana sisi pun..cuma satu sahaja yang aku pinta..pandanglah aku sebagai abid..cuma hamba Allah yang sama seperti kamu..pandanglah aku seperti seorang sahabat yang sama seperti kamu..aku juga punya cita2..aku juga punya harapan..aku juga punya impian..kita sama teman..kadang kala aku juga jatuh tersungkur dek kerana ujian yang terlalu kuat..teman, jangan lepaskan rantai ukhwah ini bila aku rebah..teman, tariklah tangan aku ini agar tidak jatuh ke lembah neraka..teman, pautlah bahuku ini agar kita akan terus bersama walaupun badai datang melanda..jadikan tali ukhwah ini semata mata kerana Allah..

Teman terlalu sakit hati ini bila dihina insan yang tiada harga diri..terlalu lemah hati ini bila dicaci tiada kasih pada Rabbi..terlalu layu kaki ini bila dikata penjual maruah agama..terlalu sayu hati ini bila dikata pembawa fitnah pada agama..teman, sekalipun aku pernah menadah ilmu di tanah bumi waqafan..itu bukan jaminan kita berbeza darjat..itu bukan jaminan aku lah insan yang hebat..ingatlah, orang yang paling hebat disisi Allah itu adalah org yg paling bertaqwa..sebaik-baik perancang hanyalah Allah.. kerana itu janganlah kau letakkan segunung harapan padaku...aku cuma abid..manusia yang dilahirkan daripada setitis air mani yang hina...ada masa di atas..ada masa di bawah..jadi peganglah tali persahabatan ini agar ia tidak putus..tariklah aku andai tak mampu lagi memikul..

Aku akan terus berjalan biarpun cabaran datang bertali arus..bukan berundur dan berlari..kerana Islam ini akan terus menuju kehadapan sehingga ke garisan kejayaan..dan aku cuma pembawa segenggam amanah..andai tiba hari ajalku..jangan lupa panjatkan doa untuk aku seorang insan yang penuh kekhilafan.. 

Teman..andai ada nasihat aku yang mengguris hatimu, maafkan aku..kerana aku x pndai menasihati..teman andai ada kata2 ku yang menyakitimu..maafkan aku..kerana aku cuma menyampaikan..maafkan aku atas segala kekurangan...salam perjuangan buat teman2..

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah aku terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi pengajaran.

( Imam Hasan Basri )




Tuesday, June 19, 2012

Islam dan Politik Serta Kebangkitannya



Assalamualaikum ! Sekadar menzahirkan sebuah negara idaman rakyat. Kita negara berdaulat, bukan mudah diludah dan disumpah.. Kita bukan mahu melihat rakyatnya bertelagah mahupun berbalah. Tapi kita mahukan kesatuan, kesejagatan, serta perpaduan !

Duhai teman2 pembawa panji2 perjuangan,

Kelak apabila kau menjadi orang yang besar amanahnya pada negara, jangan lupa yang satu itu tetap satu..dan tiada duanya..berjuanglah menjadi Amir yang hebat menegakkan yang satu itu..kita Islam agama mulia, agama yang penuh dengan budi bahasa dan toleransi..tapi kita bukan Islam yang mudah goyah ditimpa musibah..kita diajar bergantung pada yang Satu..Dia Tuhan tiada duanya yang memberi segala pertolongan daripada segenap arah. Kita tetap akan bangkit bersuara, berjuang, mempertahankan dan bermati matian demi Islam tercinta. Itulah kita, Islam yang tetap akan terus menerus mempertahankan yang satu itu, Aqidah kita kepada Allah SWT.

Duhai pencinta Quran dan Sunnah,

Bukankah kita diajar mentaati..kita x pernah diajar menderhaka..hatta kalau org melakukan kesilapan, kita diajar untuk mengubah bukan menyumpah.. Bukankah Islam itu mulia tata caranya, mengajar kita jalan paling sopan dan penuh kesabaran. Nescaya taatlah pada pemimpin sekalipun pemimpin itu zalim orangnya. Selagi mana dia tidak mengajak kamu pada kesesatan, tidak mengajak kamu mendustakan Allah, tidak mengajak kamu menegakkan kebatilan, tidak mengajak kamu meninggalkan sunnah, maka taatilah pemimpin itu kerana mereka adalah insan yang menjalankan tanggungjawab memimpin atas kemampuan mereka sendiri.

Duhai teman2, bukan mudah untuk memimpin sebuah negara. apakah kita fikir ianya ibarat mengajar anak2 bermain bola? ambil dan sepak? semudah itu? ianya terlalu sukar untuk dilaksanakan, apatah lagi memimpin sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan berbeza latar agamanya. Apakah kita tidak pernah terfikir betapa susahnya menjadi pemimpin utk memenuhi hasrat dan hak setiap bangsa dan agama yang ada di muka bumi ini. Islam itu sendiri mengajar kita menjaga hak2 dan kepentingan golongan kafir di negara Islam. Jadi, sebagai seorang pemimpin, ianya suatu amanah yang besar utk melakukan sesuatu dengan adil dan telus..mereka bergerak bukan sendirian malahan ada penasihat dan pembantu mereka. Jadi adakah kita semudah ABC melemparkan kata2 kesat pada seorang pemimpin?


Duhai pemilik hati-hati yang suci, Islam mengajar kita benci pada kemungkaran bukan benci pada si pembuat mungkar. Meskipun seorang itu melakukan kesalahan, bukanlah hak kita utk membenci dan mencaci. Adakah kita pernah bertanya pada diri kita yang dhaif dan hina ini, apakah kita tidak pernah buat kesilapan dalam hidup ini? Adakah kita sempurna ciptaannya? Jadi adakah kita rela dan gembira melihat orang mencaci, memaki dan menghina kita hanya kerana kesilapan yang kita x mampu elakkan?


Duhai teman-teman seperjuangan, kita bukan boneka yang boleh dipermainkan dan ditertawakan. Tapi kita adalah Islam yang punya maruah dan jati diri. Benar, kita perlu menentang kezaliman ! Benar kita perlu menentang kemungkaran ! Benar kita perlu pertahan Islam! Benar kita perlu bersatu membentuk negara Islam! Benar kita perlu berpadu tenaga menaikkan syiar Islam ! Benar kita perlu berusaha bersama membanteras ketidak adilan ! Benar kita perlu berganding bahu menjadi masyarakat Islam yang dihormati! Benar kita perlu tegakkan yang hak ! Tapi..bukan caranya kita memaki hamun seorang pemimpin, bukan caranya kita berusaha menjatuhkan maruah seorang pemimpin, bukan caranya kita melemparkan fitnah kepada pemimpin, bukan caranya kita mencaci pemimpin, bukan caranya kita membuka aib pemimpin..Tapi caranya kita tegakkan kebenaran bahawa kita ingin negara Islam yang bebas kezaliman, bebas penindasan, bebas rasuah, serta bebas kemungkaran. Kita bersatu atas nama Islam, kita sebarkan fikrah, sebarkan dakwah dan kita tingkatkan ibrah.


Ingatlah, pemimpin itu juga manusia, tidak pernah lari dari dosa dan khilaf..adakah adil kita menjatuhkan maruah mereka sedemikian mereka? apakah kita fikir mereka itu malaikat yang bebas daripada dosa? Mereka cuma insan yang peroleh amanah daripada Allah, jika mereka melakukan kesalahan, itu adalah antara dia dan Allah, manakala kita hanya perlu taat pada segala pentadbiran yang bermanfaat buat umat Islam. Apakah selama ini umat Islam tidak diberi peluang untuk mendirikan solat di masjid? apakah selama ini umat Islam dilarang menuntut Ilmu agama? Apakah selama ini umat Islam disekat menuntut ilmu? Apakah selama ini umat Islam diketepikan? Jika benar kita ikhlas perjuangkan Islam, tanyalah diri kita, apakah selama ini kita yang selalu berada di masjid utk mendengar kuliah2 agama? Apakah selama ini kita berkira-kira utk memberikan sedekah di masjid untuk pembangunan umat Islam? Apakah selama ini kita banyak membantu pembangunan institusi Islam di kawasan halaman kita? Apakah selama ini kita menjalankan tanggungjawab dakwah di kawasan tempat tinggal kita? Apakah selama ini dengan kemudahan yang ada kita gunakannya utk manfaat agama Islam?


Tanyalah diri kita wahai teman2..dengan nikmat yang sedia ada pun kita x mampu untuk naikkan martabat Islam..malahan kadang2 kita lah yang menjadi punca Islam itu jatuh, inikan pula kita menjadi orang yang lantang bersuara kononnya hak Islam di Malaysia di sekat. Negara ini negara kuffar. 


Teman-teman, sungguhpun negara ini kuffar, tetapi kalau diri kita tidak kuffar nescaya selamatlah kita dunia dan akhirat. Tetapi andai kata negara ini negara Islam yang syumul, tetapi diri kita kuffar, ianya tetap mengheret kita ke dalam api neraka. Pokok dan  pangkalnya adalah penghayatan dan pengamalan Islam dalam diri kita ini jugalah yang menentukan kehidupan kita dunia dan akhirat.


Saya sedar betapa pentingnya negara kita untuk mempertahankan Islam dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya. Siapa yang tidak suka negara ini menjadi negara Islam yang syumul? Semua orang suka, bahkan orang bukan Islam juga akan mendapat kebaikannya. Siapa yang tidak suka negara ini ditadbir oleg barisan ulamak Islam? Semua orang suka, bahkan mereka boleh menjadi Imam di Masjid. Contoh terbesar adalah Tuan Guru Nik Aziz sendiri, Menteri Besar Kelantan yang saya kagumi lagi hormati.


Kita semua inginkan negara ini menjadi sebuah negara Islam yang mendokong Al-quran dan Al-sunnah! Inilah rujukan utama umat Islam utk berjaya dunia dan akhirat. Kita semua inginkan pelaksanaan sistem2 ekonomi Islam, undang2 Islam, siasah Islam dan semuanya bersandarkan pada Al Quran dan Sunnah.


Jadi teman-teman, bersatulah dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita ini ! Niat di dalam hati kita adalah untuk membina sebuah tamadun Islam yang disegani di samping membina jati diri Islam dalam diri kita. Bukanlah niat di hati kita untuk menjatuhkan barisan kepimpinan  yang ada, bukanlah niat kita untuk menghapuskan mereka, bukanlah niat kita untuk memalukan mereka...biarlah perjuangan kita ini perjuangan yang ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Jangan disulami perjuangan ini untuk kepentingan nafsu dan politik.


Ingatlah Islam itu adalan pencorak dalam politik..bukan politik yang mencorakkan Islam..Islam itu adalah tatacara kehidupan..jika tidak ada penghayatan maka, rosak binasalah diri dan negara..Kita inginkan sebuah ketemadunan Islam yang disegani, jadi bangunkanlah dengan corak yang Islam ajarkan.


Kita tidak perlu melepaskan ketaatan kepada pimpinan yang ada, tetapi kita juga bukan tunggul yang tidak mampu bergerak dan berfikir. Kita ada akal, kita sendiri dapat menilai baik dan buruknya sesuatu perkara. Maka, bila sampai waktunya untuk kita berubah, kita perlu mengubah. Jika benar ingin melihat negara ini ditadbir oleh seorang pemimpin harapan rakyat, seorang pemimpin yang dihormati dan disegani, maka pilihlah dengan cara terhormat. Negara ini ada caranya, pilihan raya bukan medium untuk melawan siapa menang siapa kalah. Tetapi siapa layak dan sanggup menerima amanah, dialah yang akan mendapat jawatan itu. Kita adalah rakyat, justuru kita ada hak untuk memilih pemimpin ! Jadi di sinilah platform terbaik umat Islam utk memilih pemimpin yang layak untuk memimpin lantas menaikkan martabat Islam itu sendiri.


Lantas selepas itu akan terbentuklah sebuah kepimpinan baru yang rakyat sendiri idamkan. Tidak kira siapa pun di barisan kepimpinan itu, maka wajiblah kita mentaati pemerintahan mereka selagi mana mereka tidak menyuruh pada kemungkaran. Jika pemimpin itu memerangi kita, maka wajarlah kita bangkit pertahankan maruah dan hak kita sebagai manusia.Jika di hadapan kita adalah seorang pemimpin Islam yang disegani, maka sokonglah dia dengan apa cara sekalipun, dan setiap insan pasti akan melakukan kesalahan. Jika kesalahan yang mereka lakukan, maka janganlah kita terus menerus mencaci, memaki dan menjatuhkan maruah pemimpin. Maka jadilah orang yang berakal yang akan bertindak menggunakan minda. Jika mereka salah, ya beranilah katakan mereka salah, itulah dakwah..tapi bukan mencalarkan maruah..Bila sampai waktunya untuk mengubah, maka ubahlah mengikut medium yang disediakan. Usaha2 memartabatkan Islam itu akan terus berlaku dengan harmoni. Inilah sebuah ketemadunan Islam yang kita inginkan. Hidup dalam keadaan aman, tanpa pergaduhan dan tiada permusuhan.


Hanya ada satu jalan untuk membentuk sebuah masyarakat Islam yang berjaya..hanya jalan Perpaduan sahajalah yang akan menjamin kejayaan sebuah negara Islam..mana mungkin kita satu agama, satu aqidahnya dan satu tujuannya akan mendapat kesatuan hati kalau kita terus menerus berpecah.. Percayalah, tidak kira bila waktunya, 10 tahun, 20 tahun mahupun 30 tahun lagi.. Umat Islam itu perlu bersatu menjadi Satu ! Bukan 2! Bukan 3 ! Hanya Satu ! Maka, percayalah, bila kita bersatu semata-mata kerana Allah, maka Allah akan berikan kemenangan utk kita dunia dan akhirat.




Sekalung penghargaan dan tahniah juga buat Pimpinan Baru Mesir yang dikhabarkan jatuh ke tangan Dr.Morsi seorang Hafiz Quran yang membawa gerakan Ikhwanul Muslimin. Bayangkan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sudah mencecah 100 tahun, maka inilah pertama kalinya mereka menang di bumi Mesir. Inilah perjuangan yang dipenuhi dengan kesabaran dan mujahadah. InsyaAllah, Islam sedang bangkit di serata dunia.



Akhir kalam, peganglah prinsip ini di dalam hati anda. Jika bukan kita yang ingin mengubah, siapa lagi yang kita harapkan? Adakah kita mengharapkan pertolongan Allah tanpa usaha dan ikhtiar daripada kita? Ingatlah juga teman2, untuk membentuk sebuah negara Islam, kita jangan menyandarkan segala-galanya pada permainan politik semata-mata. Jika benar kita ikhlas berjuang utk agama, maka berusahalah menuntut ilmu, dan kemudian bergabung tenagalah mengubah dasar2 yang ada dalam negara ini mengikut kemampuan yang kita ada. Ingatlah, Islam itu berjaya kerana ukhwah dan kebergantungan mereka terhadap Allah.Percayalah bahawa Islam itu akan menang. 


Selamat Menonton Suatu Pidato Oleh Tuan Badrul Sani :


"Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.”
(Imam Hassan Al-Hudhaibi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...