Monday, June 11, 2012

Diari Dari Wad : Sakit Itu Nikmat Daripada Allah

Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan


Assalamualaikum...apa khabar lah agaknya kawan2 blogger dan pembaca blog sekalian? mohon semuanya sentiasa sihat dan diberikan kekuatan untuk beribadat. Siapalah yang dalam hidupnya inginkan sakit dan sengsara. Semua orang inginkan kebahgiaan, kesenangan, ketengangan dan kesihatan yang baik dalam hidup mereka. Tapi ada kalanya, Allah memberikan ujian bertali arus kepada kita, dan pada saat itulah Allah sedang menguji kita dengan sesuatu yang jauh daripada apa yang kita jangkakan.

Kembali kita semak intisari yang terkandung dalam surah al-insyirah,

Mungkin saudara2 gemar membaca surah ini. Pesan saya, amalkanlah membaca surah ini ketika kita semua dalam kesusahan, kegelisahan dan kemurungan. InsyaAllah, terdapat didalamnya ayat2 penerang hati yang memberikan ketenangan kepada diri kita sendiri. Kelak, kita sedar bahawa nikmat Allah swt taala itu tidak pernah sekali putus dalam kehidupan kita. Allah swt itu sebaik-baik pencipta, pentadbir, dan perancang. Kerana itulah, pada tiap-tiap satu kesusahan, Allah kurniakan kebaikan dan kesenangan di hujung cerita. Benarlah hikmah yang Allah swt berikan itu sesuatu yang tidak akan kita miliki melainkan kita tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur dan berfikir.

Mungkin kita alim orangnya, warak wataknya, kuat ibadatnya, segak penampilannya, hebat bicaranya, lantang suaranya, dan segak lagaknya tapi itu semua tidak menjamin kita menjadi seorang yang beriman kepada Allah.

Apakah kita lupa, Allah mengingatkan kita dalam Al-quran Al karim,

Apakah kamu sangka kamu sudah beriman sebelum kamu diuji

Hebatnya tarbiyyah yang Allah berikan kepada hamba2 nya, sakit itu adalah nikmat yang tidak terperi kepada manusia..kesusahan itu nikmat yang besar kepada manusia..itulah yang dinamakan ujian daripada Allah swt. Bukan semua orang itu benar2 ikhlas dalam dirinya dan agamanya, kerana itulah ramai yang mengalah di tengah jalan..berputus asa sebelum berjuang..ujian yang Allah berikan dijadikan alasan gagal dalam kehidupan..meskipun kita warak pada luaran, tetapi adakah kita benar2 percaya pada qada dan qadar Allah? Inilah yang dinamakan ujian kepada manusia, menjadi seseorang yang beriman itu bukan pada luarannya, tetapi hakikat dalamannya Allah juga yang Maha Mengetahui. Kita terlalu mudah kecundang dengan ujian yang sedikit.

Lihat sahaja perangai kaum bani Israel yang tercatit dalam kita suci quran,

Mereka menjadi orang yang taat pada agama dan percaya kepada Allah pada saat nikmat2 kesenangan itu dikurniakan Allah kepada mereka, tetapi pada saat Allah swt memberikan sedikit ujian kepada mereka..mereka pula menjadi orang yang berpaling tadah kepada agama..mereka mula menyalahkan usaha dan takdir mereka sendiri..hakikatnya Allah swt sedang menguji manusia dan memberikan peringatan berharga buat mereka..begitulah mudahnya keteguhan diri mereka dalam agama terkubur..

Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam sifat2 mereka. Apakah kita tidak sedar bahawa Allah sedang memberi isyarat kasih dan sayangnya kepada kita :

Semakin Allah sayang kepada hambanya, semakin besar ujian yang Allah berikan

Bertuahnya kita menjadi hamba Allah yang sering diuji, kerana itulah tandanya kasih sayang Allah kepada kita. Sedangkan baginda Nabi Muhammad SAW pun diuji oleh Allah swt dalam usaha dakwah baginda, apatah lagi kita umat akhir zaman, manusia selemah-lemah iman ini..pastinya pelbagai rintangan dan kesusahan yang akan kita hadapi dalam kehidupan ini. Jadilah kita orang-orang yang sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh pelbagai rintangan yang mendatang.

Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang sabar

Semoga kita adalan insan-insan yan tetap sabar dengan ujian yang Allah berikan. Manusia ini tidak akan sedar, melainkan dengan peringatan kerana kita adalah insan yang sangat lalai. Meskipun kita adalah insan yang hebat, dikurnikana akal fikiran yang hebat, tetapi kita adalah insan yang lalai. Sayangnya Allah kepada kita, kerana itulah Allah kurnikan ujian sebagai tanda peringatan kepada kita.

Saya sendiri belajar daripada kehidupan saya, menjadi seorang yang tabah itu suatu bentuk pembelajaran. Kita hanya akan mengerti hikmah tiap2 suatu kesusahan apabila kita tetap bertahan pada jalan yang Allah tetapkan. 4 Tahun berlalu, pelbagai perkara yang saya lalui untuk meyakinkan orang bahawa saya tetap kuat meskipun diberikan ujian yang pelbagai, tetapi ada kalanya tergelincir juga hati ini untuk megeluh kepada ujian yang Allah berikan ini. 4 tahun ini juga tidak putus2 saya dapatkan rawatan dan bimbingan daripada doktor2 pakar. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik  kepada saya yang lalai ini.

Saya bersyukur menjadi begini, saya belajar sesuatu di dalam hidup, Allah telah temukan saya dengan pelbagai jenis manusia, saya sentiasa muhasabah diri melihat keadaan orang lain yang jauh lebih teruk daripada saya.. Ada yang x mampu berjalan, ada yang lumpuh, ada yang kanser, ada yang terlantar sahaja di hospital..pelabagi dugaan yang Allah berikan kepada kita, daripada situlah saya belajar erti bersyukur dan menghargai..benarlah Allah itu sangat hebat perancangannya, Allah mengajar kita untuk berfikir dengan keadaan sekeliling dan mengambil pengajaran pada tiap2 ciptaannya..dan hari ini saya sedar, saya hanyalah insan yang lemah, ramai lagi yang lebih kuat daripada saya, Diberikan ujian yang jauh lebih dahsyat tetapi tetap tabah dan sabar menempuh kehidupan. Kalau gagal dalam peperiksaan, itu juga suatu ujian yang sangat kecil, kerana Allah kurniakan nikmat ilmu yang lebih mendalam kepada kita sesudah itu. Kita sahaja yang tidak nampak kebaikan yang Allah berikan.

Itulah kita manusia yang tidak pernah bersyukur, kita gagal melihat nikmat dan kebaikan yang Allah berikan pada tiap2 suatu kesusahn yang Allah kurniakan. Allah swt itu tidak pernah kejam mahupun zalim, tetapi dia kurniakan sesuatu yang jauh lebih baik, yang tidak kita sangkakan.

Ada kalanya sesuatu yang kita sangkakan baik itu,sebenarnya buruk pada pandangan Allah..dan sesuatu yang buruk pada sangkaan kita sebenarnya baik pada pandangan Allah..

Kita cuma manusia yang sering kabur pada mainan dan ujian dunia. Sedarlah kita sekalian manusia yang lemah, sahabat2 seperjuangan saya tidak kira di mana jua anda berada..Allah itu sangat  sayang pada kita..apabila Allah kurniakan ujian, itu sebenarnya nikmat..tiap2 suatu kesusahan pasti ada kesenangan.

Pada setiap ujian, kesusahan dan kesakitan itu, terdapat penghapusan dosa daripada Allah kepada kita. Allah sebenarnya memberikan nikmat kepada kita dalam bentuk pengajaran dan peringatan agar kita menjadi insan yang sedar akan kelemahan diri. Pada tiap2 sesuatu itu juga,Allah mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan cekal menempuh dugaan. Begitulah Allah memberikan didikan kepada kita supaya sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur di atas tiap2 sesuatu. Subhanallah,hebatnya tarbiyyah daripada Allah. Tarbiyyah yang hebat, pasti akan melahirkan insan2 yang hebat..bersyukurlah kita kerana kita semua adalah hasil bimbingan dan tarbiyyah daripadaNya.

InsyaAllah, sampai disini sahaja coretan saya buat kali ini.InsyaAllah, saya akan kongsikan pengalaman dan ilmu yang saya kutip sepanjang berada di hospital. Doakan agar saya cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk melakukan kewajipan kepadaNya. Wallhualam. Semoga peroleh manfaat .


4 comments:

erma nazillah said...

amboi..sempat posing ye..haha..slmt menulis kembali..

Nyue said...

posing tu menarik.....huhu..semoga ceria selalu..

iffa Afifa said...

jage diri org tua :P

Anonymous said...

alhmdulillah kau dah sihatkan...syukur kpd Allah...moga truskn usaha kau k...aku doakn kau dpt cpai cita2 kau yg nk jadi LAW tu kn...inyk allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...