Wednesday, June 13, 2012

Diari Dari Wad : Belajar Sesuatu Daripada Mereka

Dalam menjalani fasa-fasa perubahan
Kita akan bertemu dengan fasa-fasa cabaran
Supaya kita akan peroleh buah-buah pengalaman

TEAM RUGBY SEPANJANG ZAMAN

Assalamualaikum..kembali menulis pengalaman-pengalaman berharga semasa berada di wad hospital besar kuala lumpur..gambar di atas adalah suatu memori terindah bersama rakan2 sekolah lama dahulu, sahabat seperjuangan di lapangan rugby dan spm Kolej Islam Sultan Alam Shah. :)

Seminggu berada di sana, sukar untuk dikatakan betapa bersyukurnya saya menjadi insan yang terpilih berada di suatu tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia yang berlainan umur,bangsa, agama, dan latar belakang..Saya tidak pernah kekok untuk bergaul dengan siapa sahaja yang saya jumpa, kerana itulah watak saya yang sebenar, mudah bergaul dan bermesra. Alhamdulillah, saya belajar banyak perkara di sana.

Malam pertama di wad

Hari ini 6 Jun 2012, saya  masih ada 2 hari lagi sebelum operation, jadi saya hanya tinggal seorang diri tanpa penjaga..kerana saya tidak mahu menyusahkan ibu dan ayah saya..lagipun saya masih cergas seperti orang lain..apa salahnya saya sendiri berdikari..jadi malam itu, malam pertama di Wad HKL..

Terlihat beberapa kelompok manusia di dalam itu, semuanya muslim kecuali seorang sahaja Uncle berbangsa India..dalam wad itu semuanya cedera kerana accident motor, dan saya seorang sahajalah yang mengalami sport's injury..

Saya segera bersolat apabila masuk waktu, dan pada hari pertama itu saya sengaja membuka tirai lalu bersolat di tepi katil..hairan seribu kali hairan, mereka hanya mampu melihat dan memerhatikan sahaja kewajipan yg sedang saya tunaikan..terbisik di dalam hati kecil saya..apakah mereka tidak mahu bersolat atau tidak mampu bersolat?

Saya menunggu sehingga waktu zohor melabuhkan tirainya, dan begitulah yang berlaku pada waktu asar, mahrib dan isyak..tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka menunaikan kewajipan itu..hairan, mereka adalah suadara seagama saya..saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran mereka.. Allah itu menyediakan rukhsah utk bersolat, jika tidak mampu berdiri, berbaring pun masih wajib menunaikannya..

Sedih juga rasa hati ini, dalam keadaan sakit dan perit itu, mereka masih lupa bahawa Allah sedang memberi peringatan kepada mereka..aduhai kasihannya saudara2 ku..sedarlah, solat itu tiang agama..

Sepasang suami isteri, warga kelantan yang berada disitu kelihatan begitu mesra..saya gembira melihat kesetiaan isterinya mejaga suaminya semasa sedang sakit..tapi hairan, mereka juga membiarkan waktu solat itu berlalu tanpa ada sebarang rasa bersalah..saya berkata berdasarkan pemerhatian..ini hakikat..terdetik rasa kecewa di hati saya apabila sepasang suami isteri yang sudah mempunyai anak pun tidak mampu menunaikan kewajipan ini kepada penciptanya..

Esoknya saya dipindahkan ke Wad 1st Class, Wad 7 HKL..

Alhamdulillah, keadaan yang lebih selesa..di dalam wad itu cuma ada 4 katil..dan kali ini 2 india dan 2 muslim..kedua dua mereka adalah uncle yang sudah sebaya dgn ayah saya..ketibaan saya disambut dgn begitu bersahaja dan ceria..seronok pula bertemu dengan mereka..suatu keadaan yang jauh lebih seronok..kami mula berkenalan dan begurau senda..hari pertama sudah bergelak tawa ibarat wad itu adalah rumah kami..sungguh uncle2 ini memang lucu dan kelakar..

Saya tidak ada masalah utk bersolat di dalam wad itu..mereka menghormati saya seperti saya menghormati mereka...saya juga tidak ade masalah utk membaca al-quran.mereka faham akan amalan saya sebagai orang Islam..saya berasa selesa...

Selain bertukar-tukar idea dan cerita..kami x putus2 bergurau..saya belajar tentang pemakanan, kesihatan dan kasih sayang dalam keluarga..mereka banyak memberi nasihat kepada saya..mereka juga mementingkan adab dan akhlak, cuma kita berbeza agama..

Di hadapan saya pula adalah seorang remaja, 22 Tahun..tidak jauh bezanya dengan saya..saya tersentuh dengan perjalanan hidup dia.. dah 2 tahun terlantar sakit.. setahun duduk dalam wad.. Wad tu dah jadi mcm rumah dia..semua doktor dan kakitangan hospital dah jadi sebahagian daripada ahli keluarganya..tak kira siapa yang hadir ke situ, pasti akan mengenalinya..saya hanya panggil die Opie..

Suatu pengalaman hidup yang begitu aneh dan ajaib telah Allah aturkan utk dia,

2 Tahun lalu, dia accident motor sungguh zalim orang yang melanggarnya..kes ini jatuh bawah kes langgar lari..Tulang kaki dia patah teruk..rusuk kiri die cedera teruk..dan die masuk ke ICU..tak sedarkan diri.. yang pasti kaki die cedera teruk..lepas operation kaki, 2 bulan die duduk dekat wad utk pulihkan kaki die..sebab die x leh gerak..lepas tu doktor kata kaki die ade msalah, ade jangkitan kuman..makan masa 6 bulan nak baik..jadi sepanjang tu die kene duduk dekat wad..bila semuanya dah kembali pulih..dan dia hampir baik...Allah turunkan lagi ujian dekat dia..tulang kaki die da rosak..dan terpaksa potong..subhanallah, hati mana yang x sebak dengan ujian yg begitu kuat Allah berikan..tapi, sungguh Allah hanya bagi ujian seperti ini kepada orang2 yang mampu sahaja..


Tulang kaki die kena potong dan fizikalnya jadi x sempurna..kaki die pendek sebelah sehingga ke paras lutut..Allah itu Maha Pecipta dan Maha Bijaksana..dengan izinnya, Allah ilhamkan para pakar untuk merawat kaki die sehingga tulang2 kaki die tumbuh setiap hari..dan kembali normal seperti asal..hari ini kaki dia sudah sama panjangnya dan kembali normal..cuma sekarang die sedang menjalani proses pembedahan kali terakhir..insyaAllah minggu hadapan adalah operation kali ke 34 utk beliau..dan itulah yang terakhir diharapkan..mudah-mudahan..aminnnnnn...


Betapa saya rasa sangat kerdil di sisi Allah swt..sungguh hanya Allah sahaja yang berhak disembah..tiada yang lain melainkan Dia..tiada yang mustahil melainkan atas izinnya..semuanya berlaku atas kehendak Allah taala..


Saya yakin, setiap kesakitan yang Allah hadirkan..pasti ada hikmah nya..Allah itu sentiasa mendidik kita untuk terus berharap padaNya..dan sentiasa yakin akan qada dan qadarnya..Allah mentarbiyah hati kita utk tabah menghadapi ujian2 yang diberikannya..semoga saya dan anda sentiasa tergolong dalam golongan orang2 yang sabar..


Alhamdulillah, saya masih ada keluarga untuk menjaga saya ketika sakit..die juga ada ibu yang saban hari membantu die..menyokong dia..dan saya mula berfikir..alangkah bertuahnya saya dikurniakan keluarga, rakan2 dan teman yang sentiasa membantu dan menyokong..subhanallah..Allah itu menghadiakan kita dengan pelbagai hadiah yang berharga..cuma kita gagal menghargainya..


Semasa dalam tempoh rawatan di wad, ramai juga yang datang ziarah saya..hanya ucapan terima kasih dapat saya balaskan..saya sangat2 terharu..banyak jugak buah tangan saya dapat..kepada kawan2 yang doakan keselamatan saya..semoga doa2 kalian dimakbulkan Allah..doakan saya cepat sembuh...cepat sihat dan kembali cergas seperti biasa..mudah-mudahan...


credit to :
Kawan2 UiTM Shazmi, Sofea, Shira, Dini & kawan2 Kisas Talhah, Mad, Syazwan dan Apam



Buku ni adalah pemberian daripada sahabat saya, Talhah..saya pasti ada sesuatu yang begitu  menarik di dalam ini..sebab tu lah dia sanggup hadiahkan saya buku yang dah jadi warisan dalam keluarga dia..hehe..tajuk pun dah cukup POWER kan..insyaAllah..saya akan habiskan baca buku ni..terima kasih talhah...

Sekian sahaja coretan saya kali ini..insyaAllah, saya harap saudara saudari yang membaca entry kali ini akan mendapat manfaatnya juga. Nantikan entry saya akan datang, insyaAllah saya akan bercerita tentang prospek kerjaya doktor dan nurse..bagi saya mereka adalah insan yang begitu cekal..pekerjaan mereka sangat mulia..semoga bertemu lagi :)


2 comments:

soooooour said...

xnk mengundi boleh x??hehehe..

Naim said...

hahaha..asalkat sini komen pasal mengundi..undi la..rugi x undi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...