Sunday, June 17, 2012

Hari Ini Hari Yang DiRaikan :)



Hari ini hari bapa
Hari ini hari Israk Mikraj
Hari ini hari saya dilawat oleh jeng3~
Hari ini hari lahir Hadhinah Afiqah tersayang!

Assalamualaikum..sempena hari bapa, saya sebenarnya nk cakap, Selamat Hari Bapa kat ayah saya..tapi saya x tahu kenapa amalan ucap hari bapa ni bukan adat dalam keluarga saya..dulu2 saya selalulah greets parents saya dgn kad or hadiah..tapi sebab kat sekolah ade kelas seni..so, cikgu2 suruh buat.saya pun buat la cantik2..tapi dah besar ni..saya rasa, amalan hari bapa ni mcm sesuatu yg janggal..bagi saya, x perlu kita khususkan hari utk bapa dan ibu..sebab hari2 adalah hari utk kita hargai mereka :)

Setiap kali lepas solat, jangan pernah lupa utk doakan mereka kerana x layak kita utk sombong dgn kedua ibu bapa kita..berdoalah agar Allah berikan kesihatan tubuh badan yang baik, kekuatan utk beribadat, dimurahkan rezeki, diberikan pengampunan serta kebahgiaan daripada Allah. Begitulah caranya kita menzahirkan sayang kita kepada mereka :)

Israk Mikraj, mungkin terlalu mudah di mulut tetapi berat pada penghayatan. Peristiwa Israk Mikraj adalah mukjizat yg Allah berikan pada Baginda Muhammad SAW dan wajar kita hayati..di dalamnya terkandung beribu hikmah yang menjadi pedoman manusia zaman berzaman..pada hari ini jugalah Allah perintahkan kewajipan solat kepada seluruh umat manusia..

InsyaAllah, kalau kita sedar betapa bertuahnya kita sebagai umat akhir zaman..kita akan sentiasa berlumba-lumba buat kebaikan kat Allah..kita x kan abaikan solat serta tanggungjawab kita kepada Allah.

Hari ini juga hari yang bahagia buat anak saudara saya, Hadhinah Afiqah..hari kelahiran beliau yang ke 4 tahun..mudah-mudahan dia akan jadi anak yang solehah dan srikandi Islam yang disegani bila da besar nanti..ini anak buah pertama dalam keluarga saya, jadi memang die disayangi ramai.


Alhamdulillah dah semakin besar dah Dina..lepas ni bila da besar, harap2 nya x jadi anak yang degil..kecik2 memang lasak, tapi kalau kita asuh dan jaga dengan penuh kasih sayang..insyaAllah, diri dan pribadinya akan terbentuk dgn acuan yang kita gunakan.

X lupa juga, hari ini saya dapat lawatan pertama daripada tetamu istimewa..siapakah? siapakah? Biarlah rahsia..utk kebaikan bersama juga..terima kasih kerana sudi ziarah saya di rumah...biasalah, tengah sakit pasti tetamu datang ke rumah..kalau ada masa lapang, singgah2 lah lagi ke rumah :) *credit

Sekian sahaja untuk hari ini. Mudah-mudahan semuanya diberkati. :)


1 comment:

erma nazillah said...

xpernah lupa doa utk ayah ngan mak..selagi hayat dikandung badan,insyaAllah..bila sebut pasal israk mikraj,rs sebak ada juga..entahlah

p/s: oh no..budak itu sgt comel! happy birthday utk die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...