Friday, June 15, 2012

PRU 13 : Islam Is Our Priority


Wadah perjuangan kita sama sahaja tidak kira di mana jua
Ingin membina negara Islam yang bertamadun dan dihormati oleh semua pihak

Assalamualaikum, isu pilihan raya semakin hangat diperkatakan. Bila? bila ? dan Bila? Terus menjadi tanda tanya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..Selagi PRU 13 x berlangsung, selagi itu fitnah terus berlaku, kekecohan terus berlaku, provokasi terus berlaku dan yang paling penting moraliti semakin tercemar.

Tidak kira di mana juga kita berada, daulah perjuangan kita tetap sama..ingin membina sebuah negara yang aman dan makmur. Bezanya adalah ideologi politik dan cara pelaksanaan. Si kerajaan dikatakan mengamalkan pentadbiran liberalisme dan sekularisme manakala pihak pembangkang cuba membawa daulah negara Islam yg syumul. Biar apa juga persepsi yang kita tampilkan, saya berharap..jangan sesekali kita ketepikan kepentingan Islam.

Persoalannya sekarang, apakah kepentingan yang perlu kita berikan? Parti atau Pemimpin?
I am talking here as muslim. We are muslim. Do we really need to be conducted and lead by non-muslim?

Ingatlah teman2, parti bukan pilihan kita..dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang akan terus mempertahankan hak2 Islam, pilihlah pemimpin yang beragama Islam. Ingat lah semua bahawa selagi darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah Islam, maka haram darah kita utk dibunuh mahupun diperangi.

Politic is a game ! Mustahil dalam suatu kancah permainan semuanya menggunakan wadah yang baik. Jadi politik ini kotor, kerana pencoraknya masing2 ada kepentingan masing untuk melepaskan tekak masing2.


"Kedua-dua parti ada baik dan buruknya, jadi pilihlah yang paling kurang mudaratnya kepada Islam"
( Dr Asri Zainal Abidin)

Sempena pilihan raya yang bakal tiba, matangkan fikiran untuk terus bertindak dengan waras. Pilihlah pemimpin yang paling kurang mudaratnya kepada Islam. Yang pasti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya mempunyai seribu satu helah dan agenda untuk memenangi pilihan raya yang bakal tiba. Kedua-duanya ada penipuan yang begitu tersirat sehingga kita sendiri kabur untuk menilainya. Yang pasti, kedua-dua ada kebaikan dan keburukan tersendiri.

So, to be a very responsible muslim and Malaysian, please do a right decision.

Kita bukan mahu melihat negara kita ditadbir oleh Parti Politik kesukaan kita, tapi kita mahu melihat negara kita ditadbir oleh pemimpin Islam yang adil dan telus. Adalah tidak adil bagi kita meletakkan darjat seseorang pemimpin berdasarkan parti yang mereka ceburi. Andai kata itulah yang bermain di fikiran kita, maka bersedialah berhadapan dengan kempimpinan yang tiada kualiti, ianya hanya ibarat tin kosong...bunyinya terlalu bising tetapi isinya tiada..

Siapa pula yang kata pemimpin di dalam UMNO itu semuanya anti-Islam mahupun anti-Hudud? Siapa pula yang kata pemimpin di dalam PAS itu semuanya benar2 mulia agenda mereka?

Tiada siapa yang layak memberikan penilaian sedemikian rupa. Apatah lagi melabelkan seseorang itu kafir mahupun fasiq. Itu semua penilaian yang terbatas dalam pemikiran kita. Yang pasti, pilihlah pemimpin yang benar2 layak memimpin rakyat dan negara ini.

Adalah tidak adil dan tidak masuk akal, seseorang Muslim memberikan mandat kepada seorang non-muslim utk memimpin..saya bukan seorang yang racist dalam agama...tapi ini hak dalam kepimpinan negara Islam..Islam menganjurkan kita berbuat baik kepada semua non-muslim...jadi non-muslim tidak perlu takut sekiranya berada di bawah kepimpinan Islam..the most important thing is Muslim's Leader.

Andai kata kita diberikan pilihan dua calon Islam yang perlu dipilih menjadi pemimpin. Maka pilihlah yang benar2 layak dan mampu mentadbir negara ini dengan tulus dan ikhlas serta mendaulatkan syiar Islam.

"Tidak kira apa jadi sekalipun, pilihlah calon yang beragama Islam meskipun dia seorang yang zalim kerana sezalim mana sekalipun seseorang Islam itu, dia pasti akan mempertahankan Islam dan ada sensitiviti Islam. Akan tetapi, sekiranya die itu kafir makan terang2 lah die adalah zalim di sisi Allah "

(Datuk Harun Sani)

Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan seorang yang racist..tetapi sebagai Islam kita harus berani mempertahankan hak Islam serta negara Islam. Kita sudah semakin matang, jika benar kita mahukan perubahan maka bersedialah untuk berubah. Jangn berada di takuk yang lama, jangan pula terperangkap dengan ideologi lama, dan jangan pula terus menerus percaya pada media.. Yang pasti, kita ada akal untuk berfikir..kita ada minda untuk merancang..teruskan berjuang.

Kita harus melihat negara2 Islam di luar sana yang saban hari diancam, dikecam, dibunuh dan diterajang. Mana maruah mereka? Maruah mereka dirobek dan dilempar seperi sampah. Apa pula jadi dengan kita umat Islam di Malaysia? Tidak sudah2 bertelagah kerana ideologi politik, tidak sudah2 bertelagah kerana perkara remeh temeh. Ayuh sahabat, kita sekarang berjuang untuk Islam, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apakah kita tidak sedar kebangkita di Syria itu sebenarnya adalah kebangkitan Ahli Sunnah menentang Syiah. Mereka bersatu atas satu Aqidah.. Apa pula jadi di negara kita? Tidak sudah2 menunding jari, bahkan terus melempar fitnah. Semoga kita akan sedar akan kelemahan ini dan mempebaiki kekurangan ini.

"Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.”
(Imam Hassan Al-Hudhaibi)

Untuk membina sebuah negara Islam, maka mulakanlah dari dalam..bukan terus mencantikkan yang di luar..Islam itu indah jika kita serikannya dari dalam. Semoga Malaysia menjadi negara Islam yang disegani. Wallhualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...