Tuesday, June 19, 2012

Islam dan Politik Serta Kebangkitannya



Assalamualaikum ! Sekadar menzahirkan sebuah negara idaman rakyat. Kita negara berdaulat, bukan mudah diludah dan disumpah.. Kita bukan mahu melihat rakyatnya bertelagah mahupun berbalah. Tapi kita mahukan kesatuan, kesejagatan, serta perpaduan !

Duhai teman2 pembawa panji2 perjuangan,

Kelak apabila kau menjadi orang yang besar amanahnya pada negara, jangan lupa yang satu itu tetap satu..dan tiada duanya..berjuanglah menjadi Amir yang hebat menegakkan yang satu itu..kita Islam agama mulia, agama yang penuh dengan budi bahasa dan toleransi..tapi kita bukan Islam yang mudah goyah ditimpa musibah..kita diajar bergantung pada yang Satu..Dia Tuhan tiada duanya yang memberi segala pertolongan daripada segenap arah. Kita tetap akan bangkit bersuara, berjuang, mempertahankan dan bermati matian demi Islam tercinta. Itulah kita, Islam yang tetap akan terus menerus mempertahankan yang satu itu, Aqidah kita kepada Allah SWT.

Duhai pencinta Quran dan Sunnah,

Bukankah kita diajar mentaati..kita x pernah diajar menderhaka..hatta kalau org melakukan kesilapan, kita diajar untuk mengubah bukan menyumpah.. Bukankah Islam itu mulia tata caranya, mengajar kita jalan paling sopan dan penuh kesabaran. Nescaya taatlah pada pemimpin sekalipun pemimpin itu zalim orangnya. Selagi mana dia tidak mengajak kamu pada kesesatan, tidak mengajak kamu mendustakan Allah, tidak mengajak kamu menegakkan kebatilan, tidak mengajak kamu meninggalkan sunnah, maka taatilah pemimpin itu kerana mereka adalah insan yang menjalankan tanggungjawab memimpin atas kemampuan mereka sendiri.

Duhai teman2, bukan mudah untuk memimpin sebuah negara. apakah kita fikir ianya ibarat mengajar anak2 bermain bola? ambil dan sepak? semudah itu? ianya terlalu sukar untuk dilaksanakan, apatah lagi memimpin sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan berbeza latar agamanya. Apakah kita tidak pernah terfikir betapa susahnya menjadi pemimpin utk memenuhi hasrat dan hak setiap bangsa dan agama yang ada di muka bumi ini. Islam itu sendiri mengajar kita menjaga hak2 dan kepentingan golongan kafir di negara Islam. Jadi, sebagai seorang pemimpin, ianya suatu amanah yang besar utk melakukan sesuatu dengan adil dan telus..mereka bergerak bukan sendirian malahan ada penasihat dan pembantu mereka. Jadi adakah kita semudah ABC melemparkan kata2 kesat pada seorang pemimpin?


Duhai pemilik hati-hati yang suci, Islam mengajar kita benci pada kemungkaran bukan benci pada si pembuat mungkar. Meskipun seorang itu melakukan kesalahan, bukanlah hak kita utk membenci dan mencaci. Adakah kita pernah bertanya pada diri kita yang dhaif dan hina ini, apakah kita tidak pernah buat kesilapan dalam hidup ini? Adakah kita sempurna ciptaannya? Jadi adakah kita rela dan gembira melihat orang mencaci, memaki dan menghina kita hanya kerana kesilapan yang kita x mampu elakkan?


Duhai teman-teman seperjuangan, kita bukan boneka yang boleh dipermainkan dan ditertawakan. Tapi kita adalah Islam yang punya maruah dan jati diri. Benar, kita perlu menentang kezaliman ! Benar kita perlu menentang kemungkaran ! Benar kita perlu pertahan Islam! Benar kita perlu bersatu membentuk negara Islam! Benar kita perlu berpadu tenaga menaikkan syiar Islam ! Benar kita perlu berusaha bersama membanteras ketidak adilan ! Benar kita perlu berganding bahu menjadi masyarakat Islam yang dihormati! Benar kita perlu tegakkan yang hak ! Tapi..bukan caranya kita memaki hamun seorang pemimpin, bukan caranya kita berusaha menjatuhkan maruah seorang pemimpin, bukan caranya kita melemparkan fitnah kepada pemimpin, bukan caranya kita mencaci pemimpin, bukan caranya kita membuka aib pemimpin..Tapi caranya kita tegakkan kebenaran bahawa kita ingin negara Islam yang bebas kezaliman, bebas penindasan, bebas rasuah, serta bebas kemungkaran. Kita bersatu atas nama Islam, kita sebarkan fikrah, sebarkan dakwah dan kita tingkatkan ibrah.


Ingatlah, pemimpin itu juga manusia, tidak pernah lari dari dosa dan khilaf..adakah adil kita menjatuhkan maruah mereka sedemikian mereka? apakah kita fikir mereka itu malaikat yang bebas daripada dosa? Mereka cuma insan yang peroleh amanah daripada Allah, jika mereka melakukan kesalahan, itu adalah antara dia dan Allah, manakala kita hanya perlu taat pada segala pentadbiran yang bermanfaat buat umat Islam. Apakah selama ini umat Islam tidak diberi peluang untuk mendirikan solat di masjid? apakah selama ini umat Islam dilarang menuntut Ilmu agama? Apakah selama ini umat Islam disekat menuntut ilmu? Apakah selama ini umat Islam diketepikan? Jika benar kita ikhlas perjuangkan Islam, tanyalah diri kita, apakah selama ini kita yang selalu berada di masjid utk mendengar kuliah2 agama? Apakah selama ini kita berkira-kira utk memberikan sedekah di masjid untuk pembangunan umat Islam? Apakah selama ini kita banyak membantu pembangunan institusi Islam di kawasan halaman kita? Apakah selama ini kita menjalankan tanggungjawab dakwah di kawasan tempat tinggal kita? Apakah selama ini dengan kemudahan yang ada kita gunakannya utk manfaat agama Islam?


Tanyalah diri kita wahai teman2..dengan nikmat yang sedia ada pun kita x mampu untuk naikkan martabat Islam..malahan kadang2 kita lah yang menjadi punca Islam itu jatuh, inikan pula kita menjadi orang yang lantang bersuara kononnya hak Islam di Malaysia di sekat. Negara ini negara kuffar. 


Teman-teman, sungguhpun negara ini kuffar, tetapi kalau diri kita tidak kuffar nescaya selamatlah kita dunia dan akhirat. Tetapi andai kata negara ini negara Islam yang syumul, tetapi diri kita kuffar, ianya tetap mengheret kita ke dalam api neraka. Pokok dan  pangkalnya adalah penghayatan dan pengamalan Islam dalam diri kita ini jugalah yang menentukan kehidupan kita dunia dan akhirat.


Saya sedar betapa pentingnya negara kita untuk mempertahankan Islam dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya. Siapa yang tidak suka negara ini menjadi negara Islam yang syumul? Semua orang suka, bahkan orang bukan Islam juga akan mendapat kebaikannya. Siapa yang tidak suka negara ini ditadbir oleg barisan ulamak Islam? Semua orang suka, bahkan mereka boleh menjadi Imam di Masjid. Contoh terbesar adalah Tuan Guru Nik Aziz sendiri, Menteri Besar Kelantan yang saya kagumi lagi hormati.


Kita semua inginkan negara ini menjadi sebuah negara Islam yang mendokong Al-quran dan Al-sunnah! Inilah rujukan utama umat Islam utk berjaya dunia dan akhirat. Kita semua inginkan pelaksanaan sistem2 ekonomi Islam, undang2 Islam, siasah Islam dan semuanya bersandarkan pada Al Quran dan Sunnah.


Jadi teman-teman, bersatulah dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita ini ! Niat di dalam hati kita adalah untuk membina sebuah tamadun Islam yang disegani di samping membina jati diri Islam dalam diri kita. Bukanlah niat di hati kita untuk menjatuhkan barisan kepimpinan  yang ada, bukanlah niat kita untuk menghapuskan mereka, bukanlah niat kita untuk memalukan mereka...biarlah perjuangan kita ini perjuangan yang ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Jangan disulami perjuangan ini untuk kepentingan nafsu dan politik.


Ingatlah Islam itu adalan pencorak dalam politik..bukan politik yang mencorakkan Islam..Islam itu adalah tatacara kehidupan..jika tidak ada penghayatan maka, rosak binasalah diri dan negara..Kita inginkan sebuah ketemadunan Islam yang disegani, jadi bangunkanlah dengan corak yang Islam ajarkan.


Kita tidak perlu melepaskan ketaatan kepada pimpinan yang ada, tetapi kita juga bukan tunggul yang tidak mampu bergerak dan berfikir. Kita ada akal, kita sendiri dapat menilai baik dan buruknya sesuatu perkara. Maka, bila sampai waktunya untuk kita berubah, kita perlu mengubah. Jika benar ingin melihat negara ini ditadbir oleh seorang pemimpin harapan rakyat, seorang pemimpin yang dihormati dan disegani, maka pilihlah dengan cara terhormat. Negara ini ada caranya, pilihan raya bukan medium untuk melawan siapa menang siapa kalah. Tetapi siapa layak dan sanggup menerima amanah, dialah yang akan mendapat jawatan itu. Kita adalah rakyat, justuru kita ada hak untuk memilih pemimpin ! Jadi di sinilah platform terbaik umat Islam utk memilih pemimpin yang layak untuk memimpin lantas menaikkan martabat Islam itu sendiri.


Lantas selepas itu akan terbentuklah sebuah kepimpinan baru yang rakyat sendiri idamkan. Tidak kira siapa pun di barisan kepimpinan itu, maka wajiblah kita mentaati pemerintahan mereka selagi mana mereka tidak menyuruh pada kemungkaran. Jika pemimpin itu memerangi kita, maka wajarlah kita bangkit pertahankan maruah dan hak kita sebagai manusia.Jika di hadapan kita adalah seorang pemimpin Islam yang disegani, maka sokonglah dia dengan apa cara sekalipun, dan setiap insan pasti akan melakukan kesalahan. Jika kesalahan yang mereka lakukan, maka janganlah kita terus menerus mencaci, memaki dan menjatuhkan maruah pemimpin. Maka jadilah orang yang berakal yang akan bertindak menggunakan minda. Jika mereka salah, ya beranilah katakan mereka salah, itulah dakwah..tapi bukan mencalarkan maruah..Bila sampai waktunya untuk mengubah, maka ubahlah mengikut medium yang disediakan. Usaha2 memartabatkan Islam itu akan terus berlaku dengan harmoni. Inilah sebuah ketemadunan Islam yang kita inginkan. Hidup dalam keadaan aman, tanpa pergaduhan dan tiada permusuhan.


Hanya ada satu jalan untuk membentuk sebuah masyarakat Islam yang berjaya..hanya jalan Perpaduan sahajalah yang akan menjamin kejayaan sebuah negara Islam..mana mungkin kita satu agama, satu aqidahnya dan satu tujuannya akan mendapat kesatuan hati kalau kita terus menerus berpecah.. Percayalah, tidak kira bila waktunya, 10 tahun, 20 tahun mahupun 30 tahun lagi.. Umat Islam itu perlu bersatu menjadi Satu ! Bukan 2! Bukan 3 ! Hanya Satu ! Maka, percayalah, bila kita bersatu semata-mata kerana Allah, maka Allah akan berikan kemenangan utk kita dunia dan akhirat.




Sekalung penghargaan dan tahniah juga buat Pimpinan Baru Mesir yang dikhabarkan jatuh ke tangan Dr.Morsi seorang Hafiz Quran yang membawa gerakan Ikhwanul Muslimin. Bayangkan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sudah mencecah 100 tahun, maka inilah pertama kalinya mereka menang di bumi Mesir. Inilah perjuangan yang dipenuhi dengan kesabaran dan mujahadah. InsyaAllah, Islam sedang bangkit di serata dunia.



Akhir kalam, peganglah prinsip ini di dalam hati anda. Jika bukan kita yang ingin mengubah, siapa lagi yang kita harapkan? Adakah kita mengharapkan pertolongan Allah tanpa usaha dan ikhtiar daripada kita? Ingatlah juga teman2, untuk membentuk sebuah negara Islam, kita jangan menyandarkan segala-galanya pada permainan politik semata-mata. Jika benar kita ikhlas berjuang utk agama, maka berusahalah menuntut ilmu, dan kemudian bergabung tenagalah mengubah dasar2 yang ada dalam negara ini mengikut kemampuan yang kita ada. Ingatlah, Islam itu berjaya kerana ukhwah dan kebergantungan mereka terhadap Allah.Percayalah bahawa Islam itu akan menang. 


Selamat Menonton Suatu Pidato Oleh Tuan Badrul Sani :


"Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.”
(Imam Hassan Al-Hudhaibi)


2 comments:

farahdya said...

maaf ya,
apa2 pun sy pernah mendengar ceramah dri Ustaz Zaharuddin..menurut ilmu y beliau smpaikan..Kalau pemimpin itu zalim terhadap rakyatnya..zalim ini bukanlah sekadar membunuh rakyat tanpa sebab..malahan kalau menggunakan wang rakyat di jalan y salah juga dikira zalim..maka wajarlah kita menyebarkan keburukan itu..berkenaan membenci perkara y mungkar bukan membenci pelaku mungkar..hurm, sy terfikir..Hosni Mubarak y zalim terhadap rakyatnya..beliau juga manusia biasa ..tapi tahap kezaliman beliau memaksa kita turut memebenci pelaku mungkar itu?? macam mana ni?
keliru~~

Naim said...

Terima kasih atas komentar ini,

Ya memang benar,kalau menggunakan wang rakyat itu zalim
Saya x kata guna wang rakyat itu x zalim. Jadi pertamanya, bezakan bunuh dan guna wang rakyat. Bunuh itu perbuatan yang jelas, kita nampak depan mata. Jadi jelas dia zalim. Guna wang rakyat tu mcm ne? Kita nampak ? dari sumber mana dia guna? Atau selama ni kita hanya dengar cakap2 kosong tanpa usul periksa dn kemudian terjun buat kesimpulan sendiri, pemimpin guna duit rakyat.

Owh yea, memang kalau difikirkan logik, memang ada mereka guna duit rakyat..apa2 pun adakah itu melepaskan ketaatan kita pada mereka?
Jawapannya tidak. - rujuk ceramah Ustaz Asri dan Ust Fathul Bahri

Kedua, Hosni Mubarak itu beza dgn pemimpin kita. Tahu x siapa Hosni Mubarak? Dia buat apa di Mesir? Adakah sama apa yang beliau lakukan dengan apa yang berlaku di Malaysia? Fikir2 kan.

Menguar uarkan keburukan itu perlu utk memberitahu rakyat apa yg sepatutnya mereka lakukan. Suapaya rakyat tidak berdiam diri jadi tunggul. Kerana hak memilih pemimpin adalah di tangan kita.

Jadi, kesimpulannya, kita bukan tunggul yang x tahu menilai mana pemimpin yang layak dan mana pemimpin yang tidak layak. Kita ada pilihan raya, masa itu adalah masa terbaik nak tentukan siapa pilihan kita. apakah jalan ini pun susah utk diterima?

Saya berfikir, kalau rakyat Malaysia kesuluruhannya berubah dan ilmu islam ini disebarkan dgn begitu baik, jadi kepimpinan itu sendiri akan berubah.Selama ini pun, dengan kemudahan yang ada, umat islam bukan bersyukur..malahan kita yang jadi perosak kepada agama kita sendiri. Nauzubillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...