Saturday, June 23, 2012

Melaka Maju Tarikan Pelancong No Satu :)



Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang..kalau baik hati nanti orang pun sayang !

Assalamualaikum ! Sebut pasal Melaka, maka x sahlah kalau x bayangkan Kota Bersejarah seperti yang terpapar di atas ini. Ini adalah Kota A Famosa yang dibina sejak tahun 1511 ! wooww ! Lama betul kan? Ini merupakan kubu pertahanan Perang yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja mereka menawan Melaka. Kota sebesar ini yang merangkumi keseluruan bukit di sini dibina selama 5 bulan oleh buruh2 paksa tentera Portugis ketika itu..ish ish ish...kasihan atok nenek moyang kita dahulu..Disebabkan cuaca yang panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh yang mati dalam proses pembinaan. Begitulah serba sedikit cerita tentang Kota A Famosa yang bersejarah ini. Kalau nak tahu lebih, datanglah ke Melaka :)


Gambar kat atas adalah antara kepingan2 gambar dan kawasan yang ada di sekitar kubu perang ini. Utk sampai ke puncak, kita perlu menaiki ratusan anak tangga ( ratusan sikit je ) haha.. Dan terdapat sejarah2 peninggalan yang masih dijaga di bawah kerajaan Negeri Melaka. Jangan lupa, setiap kepingan2 batu yang terlekat kat dinding mempunyai maksud tersendiri. Mungkin ramai yg x tahu, itu adalah kubur tentera2 pada masa dahulu kala.



Ini merupakan Pintu Gerbang Utama utk masuk ke Negeri Melaka. Cantikkan? Hasil cetusan idea seorang arkitek tempatan, ia mereka bentuk 3 Rumah Ibadat Utama sebagai simbolik kepelbagaian kaum dan budaya yang ada di Melaka. Ini merupakan jalan masuk daripada Tol Ayer Keroh. Sepanjang Perjalanan ini anda akan terserempak dengan seribu satu tempat menarik yang ada di Melaka. Antaranya :


Zoo Melaka Safari Night ! Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh. Yang Seronoknya Zoo Ini dibuka pada waktu pagi sehingga ke Malam. Jangan x tahu, Zoo Melaka adalah Zoo terbaik di Malaysia selepas Zoo Taiping Perak . Jadi jangan lepaskan cuti-cuti hujung Minggu anda yea :)



Taman Buaya Melaka terletak beberapa ratus meter daripada Zoo Melaka. X jauh mana pun. Cuma seberang jalan. Jadi, alang2 sampai ke Melaka jangan lupa singgah semua tempat2 yang ada kat sini. Taman Buaya ni ada perumahan2 buaya. Ada banglo, ada teres, ada flat, ada kondominium..Jadi menarik bukan? hahahaha. ( jangan mudah percaya) Utk yang berminat dgn Sang Buana ini, jangan segan2 datang ke sini.


Ini adalah Muzium Lebah Sedunia. Beratus ribu ( mungkin ) jenis lebah ada di dalam ini. Mana nak dapat tengok lebah satu dunia? Hanya di Melaka ! Ini lebih sesuai utk orang2 yang suka main dgn labah.



Haaaaa! Ini adalah salah satu projek dan hasil idea kerajaan negeri Melaka yang budiman. Terletak di MITC Melaka. Tahu MITC tu apa? Melaka International Trade Centre (MITC) .. Kalau siapa2 yang datang ke Melaka melalui Ayer Keroh, anda akan nampak suatu kawasan pentadbiran negeri Melaka ala2 Putrajaya. Kawasan itu dinamakan MITC.. Melaka Planetarium ini adalah tempat yang sesuai dilawati oleh seisi keluarga. Semua alat2 adalah canggih dan baru. X perlulah kita ke Kuala Lumpur sana tu :)


Untuk penggemar sukan bowling jangan lepaskan peluang utk merasai sendiri bermain bowling di lapangan bowling yang terbesar di Rantau Asia Tenggara ini. Pasti menjanjikan kepuasan dan kelainan kepada para pemain. Ianya terletak di MITC Melaka. Bangunan sebesar ini turut menyediakan ruangan utk bermain snooker dan indoor golf. Menarik bukan? Semoga anda tidak ketinggalan utk merasainya sendiri.




Melaka Wonderland adalah salah satu Taman Tema Air Melaka yang terbaru ada di Melaka. Ianya terletak bertentangan dengan pintu masuk Zoo Melaka. Taman Tema ini menyediakan pelbagai konsep hiburan air. Ada dianasour yang dihidupkan semula sejak zaman batu dan kini menjadi haiwan peliharaan negeri Melaka. hahaha. (tolong jgn percaya)



Ini pula adalah Taman Tema Air A Famosa.. Terletak di Alor Gajah Melaka. Sesiapa sahaja yang melalui Tol Ayer Keroh Melaka pasti akan ternampak suatu kawasan resort di tepi jalan yang dilengkapi dengan padang golf dan resort2 mewah bertaraf 5 bintang. A Famosa Water World juga memberikan kepuasan kepada pengunjung untuk bercuti. Selain mempunyai taman tema air, ia turut menyediakan kawasan bermain golf, resort 5 bintang, rumah sewa, kondominium mewah, dan juga CowBoy Town. Pada malam hari, ia menyediakan Safari Night dan terdapat aktiviti2 menarik yang boleh dirasai oleh para pengunjung.


Ini merupakan sebuah hotel yang dibina berkonsepkan reka bentuk inggeris yang dibina di persisiran sungai Melaka. Pengunjung yang datang ke Melaka akan menikmati keindahan Sungai Melaka dengan menaiki cruise yang disediakan. Perjalanan akan mengambil masa selama 45 minit dan akan melalui sejauh 9KM. 


Pengunjung yang ingin menaiki boat di sungai Melaka perlulah menuju ke Taman Rempah River Cruise Melaka yang terletak tidak jauh daripada Bandar Melaka. Penumpang dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak RM5. Pembawa boat adalah percuma. hahaha!


Ini adalah gambar yang diambil pada waktu malam. Pemandangan di sungai melaka sangat menarik dan mempunyai seribu satu sejarah yang boleh dipelajari. Untuk sesiapa yang berpeluang ke sini, jangan lupa untuk bawa alat2 scuba diving atau snorkeling .. hahaha! (acahh je ) Bawa lah camera dan video recorder bersama sama anda. Rakamkan detik2 bahagia anda di negeri bersejarah ini :)


Menara Taming Sari adalah satu2nya menara beputar yang ada di dunia. Menara ini setinggi 110 meter dan mampu memuatkan 80 orang pada satu satu masa. Pengunjung boleh melihat pemandangan negeri Melaka x kira siang atau malam daripada ketinggian menara ini dan akan berputar sehingga 360 darjah.



Ini pula adalah pemandangan di Dataran Pahlawan Negeri Melaka Mega Mall pada waktu malam. Di sini adalah syurga membeli belah bagi penduduk negeri Melaka dan juga pengunjung serta pelancong yang datang dari segenap arah di seluruh dunia. Beginilah indahnya suasana di negeri Melaka pada waktu malam.


Untuk pengetahuan pembaca, Melaka memang sangat terkenal dengan masakan ikan bakar yang sedap dan menyentuh hati.hahaha. Tipu kalau x kenal Ikan Bakar Melaka yang sememangnya terkenal sejak zaman berzaman. Ini adalah salah satu medan ikan bakar di Melaka. Gambar di atas adalah Medan Ikan Bakar Muara Sg, Duyong Melaka.  Di Melaka terdapat beberapa tempat lain lagi yang bersaing dalam perebutan takhta medan Ikan Bakar paling mantapp antaranya Umbai, Alai dan Crystal Bay.


Yang di atas ini pula adalah Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai Melaka yang begitu tersohor di negara ini. Lihat sahaja gambar di atas sudah membuktikan kehadiran tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan apabila sampai di negeri Melaka. Anda pula bagaimana? Tak kan tengok gambar je kot? haha.


Ini pula adalah Pantai Pengkalan Balak Melaka yang terletak di Masjid Tanah. Pengunjung yang datang ke sini boleh menyewa chalet dan penginapan2 yang disediakan. Banyak aktiviti menarik menanti anda. Contohnya tarian Jerung, bagi makan Paus, dan Berenang bersama Dolphin ! hahaha. (jangan percaya!) Hujung minggu akan lebih bermakna kalau kita habiskan di kawasan2 peranginan seperti ini. ceeh :D


Ini adalah salah satu laluan Sungai Melaka yang anda akan lalui sekiranya anda menaiki boat yang disediakan. Tapi perhatikan perkampungan di sebelah kiri sungai ini. Itu adalah suasana di Kampung Morten Melaka yang menjadi tapak pelancongan bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini. Kerajaan negeri Melaka telah menjadikan Kampung Morten sebagai anak angkat dan dibangunkan menjadi sebuah ikon kepada negeri Melaka.


Ini adalah salah satu Rumah yang ada di Kampung Morten. Setiap rumah2 disini telah dihiasi dengan pelbagai reka bentuk dan hiasan yang cantik. Rumah ini masih dihuni oleh tuannya dan dibuka pada siang hari utk dilawati. Anda pernah dgr tentang sejarah Kampung Morten? Ia merupakan kawasan jenayah paling dahsyat di negeri Melaka pada suatu masa dahulu. Kawasan tempat tinggal di sini sangat kotor dan dhaif serta dihantui kemiskinan. Tapi hari ini, segalanya berubah 360 darjah. Kampung Morten dibangunkan menjadi pusat tarikan pelacongan paling dikagumi.



Yang paling menarik, kalau kita pernah dengar Masjid terapung di Terengganu dan Laut Merah Mekah, di negeri Melaka juga ada masjid terapung. Ini adalah Masjid Selat Negeri Melaka. Kawasan ini adalah kawasan baru yang sedang giat dibangunkan. Berdekatan dengan masjid ini sedang dibina suatu kawasan yang dipanggil sebagai Arab City. Ia dibina dengan rekaan dan seni bina Arab dan bertemakan bandar Arab. nantikan perasmiannya :)


Sekian sahaja daripada anak jati negeri Melaka. Sebenarnya x tersenarai kat dalam blog ni kalau nak tulis semua tempat2 menarik di negeri Melaka. Banyak lagi tempat sebenarnya, cuma yang saya pamerkan di sini adalah sebahagian daripada tempat2 menarik di Melaka. Datang ke Melaka jangan lupa beli coconut shake di Klebang yea. Jangan lupa juga makan Asam Pedas Melaka. Kalau nak singgah ke rumah saya, sila bagi tahu awal2, insyaAllah segala persiapan makan dan minum disediakan dengan bayaran 2 kali ganda lebih mahal. hahaha. Selamat Datang ke Negeri Hang Tuah, Negeri Bersejarah Tempat Lahir Kesultanan Melayu Melaka.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...