Monday, June 4, 2012

Ukhwah Dijalin Menambah Seri Di Hari Bersanding.


Kompang dipalu pengganti baru
Duduk bersimpuh tersipu malu~ ewahh..



Assalamualaikum..salam rindu kepada semua pembaca2 setia blog ini.. dah beberapa hari saya melarikan diri ke sana ke sini sebab tengah sibuk sekarang ni..maklumlah, banyak benda nk diselesaikan minggu ni..ape2 pun cuba tengok gambar kat atas? cehcehceh..sweet kan? sekali tengok, tiba2 rasa mcm salah rumah penggantin..hehe..yelah, mana lah kami kenal dgn Abg Kacak Bertanjak ini..Akak Berbunga Ros tu pun saya x berapa kenal, cuma yang saya tahu mereka adalah sebahagian daripada warga kisas..jadi deria kebahgiaan tu turut sama dirasai oleh kami warga kisas khasnya :)

Seperti yang semua sedia maklum ini adalah Himpunan Kahwin Batch 55 2.0 ~

Jadi, ramai la kawan2 Batch kami turun untuk meraikan pasangan penggantin yang kacak dan comel ini..Saya sendiri bergerak dari Melaka ke Shah Alam pagi2 tu..ade yang datang dari Perak, Kedah dan sekitar Kuala Lumpur..semuanya sama, datang untuk berkumpul dan berjumpa kawan2 di samping meraikan kedua mampelai di atas..alhamdulillah, kami rasa resepi kemantapan ukhwah batch kami adalah selalu berjumpa dan bertemu..tambah2 dengan adanya majlis2 macam ni..alhamdulillah, Ukhwah Dijalin Menambah Seri Di Hari Bersanding !

Suasana lokasi majlis sangat2 lah menarik, tambahan pula berhadapan dengan tasik.. Jadi suasana perkahwinan ini menjadi semakin santai dan meriah..deru angin menambahkan lagi kehangatan di hari bersanding..

Pertemuan dengan kawan yang sudah sekian lama tidak bersua membuatkan kami x kering gusi bercerita..inilah yang menjadi perisa dalam persahabatan kami..alang-alang berjumpa jangan dibazirkan sedikit masa..memang seronok..persoalan pertama yang bermain di fikiran kami.. Macam mana lah agaknya pasangan penggantin ni berkenalan yea? nak tahu x?

Gosip2 mak jemah ni memang ada di mana-mana..tapi insyaAllah cerita ini sohih~haha

Saudari Amirah ni bukan calang-calang orang di Kisas..beliau ni seorang pendebat Bahasa Arab..kalau sesiapa yang pernah terbaca dalam mana2 surat khabar ataupun majalan Score A pada tahun 2010, pasti akan teringat wajah Cik Amirah ni di muka hadapan majalan tersebut.. Beliau adalah Bekas Pembahas Terbaik Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan. MasyaAllah..hebat kan? Jadi kehebatan ini pastinya perlu diasah dan dilatih..bukannya lahir2 terus jadi hebat..dan marilah kita berkenalan dgn tenaga pengajar beliau..selain daripada guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa.. Saudara Nazirul Mubin iaitu suami beliau sendiri adalah insan yang pernah berjasa dalam mengajar beliau untuk menempah nama sebagai pendebat yang hebat..Di Kisas lah bibit2 perkenalan itu bermula sewaktu mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk pertandingan debat bahasa arab.. #owhh begitulah ceritanyaa :)

Benarlah Jodoh Itu Suatu Perancangan Allah Yang Amat2 Awesome!

Siapa sangka, pintu hati saudara Nazirul Mubin akhirnya diketuk hebat oleh Cik Amirah ini..alhamdulillah, Allah telah permudahkan perjalanan mereka..dikhabarkan saudara Mubin ini sekarang berumur 26 tahun dan bekerja di Institut Terjemahan Negara..dan Cik Amirah ini adalah seorang hafizah lepasan Darul Quran..dan sekarang membuat persediaan di Intec Shah Alam. Subhanallah, semoga mereka akan terus kekal bahagia ke akhir hayat.

Hari perkahwinan ini diserikan lagi dengan kehadiran pasangan istimewa Kisas, siapa lagi kalau bukan pasangan suami isteri paling romantis abad ini.. Amir Halim dan Siraj..alhamdulillah dikhabarkan x lama lagi batch kami akan dapat anak buah pertama..ini berita gembira buat semua pihak..berseri seri wajah mereka datang semalam..nampak sinar kebahgiaan yang tersimpan di hati mereka..cewah..


Benarlah kata Ustazah Fatimah Syarha, berkahwin ini resipi kebahgiaan yang x dapat dibuat-buat..kita yang melihat pun turut sama berasa seronok..alhamdulillah, mereka adalah anak didik bumi waqafan yang sudah berjaya membina baitul muslim..moga2 mereka akan terus menjadi insan yang hebat,ibu bapa yang hebat dan pendidik yang hebat.Barakallahhulakum,,

Siapakah yang akan menjadi penyambung Kisas Generation ini ? Sama2 kita tunggu dan saksikan..x mustahil, bukan mustahil dan tiada yang mustahil..pasti ada..saya menunggu lagi kawan2 yang lain untuk menyebarkan berita gembira ini..blog ini sentiasa mencari peluang untuk memuatkan berita kebahgiaan anda semua.. :)


InsyaAllah ni wakil pihak muslimat, dalam ramai2 ini..pasti ada yang sedang memasang strategi paling berkesan..tudung sama labuh, hati lain2 ye idak? haha..insyaAllah..bunga2 yang keluar daripada dahan-dahan subur bumi waqafan ini selalu jadi perhatian kumbang-kumbang..cuma masanya belum tiba. Allah sedang merancang sesuatu yang indah dan sweet beyond our expectation~ ewah..

Walaupun kami semua x berapa kenal antara satu sama lain sewaktu sama2 menadah ilmu di kisas dahulu, tapi kami tahu, selagi kami berada di bawah satu bumbung kami semua adalah sebuah keluarga..jadi, pertemuan2 seperti ini akan menggamit kembali memori kami sewaktu bersama-sama di bawah naungan bumi waqafan..


Kesempatan yang ada x mungkin dilepaskan berlalu begitu sahaja, majlis bersurai dan kami mula mencari peluang untuk berbulatan gembira..kebetulan tasik shah alam ini memang sediakan kemudahan berkayak, jadi kami semua berkumpul dan menghabiskan sisa2 waktu disini sehinggalah ke petang..Ini sebahagian daripada kami yang turut hadir ke majlis ini..ukhwah ini semakin lama semakin utuh..alhamdulillah semoga ketemu di lain hari..saat2 macam ni memang sukar untuk kita dapat, jadi ini suatu anugerah daripada Allah. Esok lusa kita boleh la buat reunion kat Shah Alam yea? Biar sejarah terus tercipta di Shah Alam ini :)

Inilah keseronokan yang kami rasakan..yang penggantin sudah pasti dua kali ganda lebih bahagia..haha.. Semoga kita akan berjumpa di lain hari yang indah seperti ini..

Salam bahagia buat semua khususnya rakan2 bumi waqafan.



12 comments:

cik nara omey said...

Best tengok org kahwin..!!lalalala

budak yg duduk sbelah ko skang said...

eyt naim..ko xyah nak "pintu hati diketuk hebat" sgt lah der..tulis je digoyang2 ke ditendang ke..baru nampak hebad doe!!

haha..just a matter of word choice anyway...

hamba-Dia said...

like the wway of the writing..

klakar...

Naim said...

haha..amboi cik nara..insyaAllah..x lama lagi la tuh :)

Naim said...

heheh! ni mesti paweh kan? lakalaka! aku tulis diketuk hebat tu mcm sopan sangat kan! ? haha..tu la,,igt nk buat ayat lebih bombastik..tapi xpela..segan la pulop :D

Naim said...

haha..tanx! semoga terhibur di lain entry :D

.::nisa::. said...

ok. like like. :D

Naim said...

hahah! like sampai ke bintang.. :D

erma nazillah said...

oh..bila cinta...haha..adei..gurau gurau..

Naim said...

haha..ape tu akak? hee..sy tunggu akak nye turn jugak ni :D

iffa Afifa said...

wah , , bestnyer . . HAHA :P

Cik Prada said...

mirah ni sebelah katil aku dulu. (kitorang rapatkan katil bagi jadi queen size, kantoi) dah jadi juga isteri orang... alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...