Monday, July 30, 2012

Baitul Muslim Cemerlang, Ewah Cemburunya !!



' Sedang saya menunggu giliran utk mendapatkan rawatan susulan doktor, saya ligat memerhatikan keadaan masyarakat sekeliling yang nyata membawa imej dan watak yang pelbagai rupa. Mereka semua adalah insan yang melengkapi warna warni kehidupan kita di bumi Allah ini, sungguh menghiburkan dan menyentuh perasaan. Tiba2 mata ini seakan terpaku melihat 2 buah keluarga yang begitu menarik perhatian saya utk memerhati mereka dari jarak 20 meter ^^ '

Assalamualaikum pembaca yang budiman,

Pagi tadi sejurus solat subuh saya segera bersiap menuju ke KL, ada temu janji doktor hari ini. Jadi seperti biasa, saya akan tertidur di dalam kereta sepanjang perjalanan kerana keletihan x cukup tidur setelah berjaga di tengah malam. Tapi tidur saya ternyata tidak membawa mimpi indah seperti yang saya hajatkan sebelum hanyut di buai fantasi mimpi.

Sejurus sampai di pintu utama klinik pakar ortopedik, saya segera mendapatkan no giliran dan menunggu di ruangan menunggu yang disediakan. Owh, tidak ada apa yang menghairankan saya kerana sudah 4 tahun saya mendapatkan rawatan di sini, jadi saya antara pesakit paling senior di sini.cewahh ^^

Sedang ghairah melihat karenah pesakit2 di hospital dan watak romantis, antagonis, sinis dan pasif masyarakat majmuk negara ini, saya nyata terpana melihat sinar kebahagiaan yang ditunjukkan oleh dua buah keluarga ini. Kedua-duanya membawa watak dan imej yang berbeza

Pada mulanya saya tertarik melihat seorang ank kecil, dalam lingkungan 5 tahun, sangat comel..saling x tumpah macam anak buah saya..gelagatnya buat saya rasa nk pergi lalu cubit2 pipi dia dan geletek2 perut dia..biar die ketawa manja sekuat hati di hospital tu..dan semua orang pandang kami seperti seorang abang dan adik yang sangat mesra..hehh, tapi angan2 ini hanya terbuku di memori angan2 saya..anak kecil tu sibuk bergurau dgn ibu tercintanya..sambil begelak tawa dgn abangnya yang senasib dgn saya ^^  biasalah kanak2, mana tahu duduk diam..kecomelan die buat saya xnk lepaskan pandangan..kerana saya sangat suka dgn budak2 kecik..almaklmlah, anak bongsu ..perhatian saya kembali teralih kepada sebuah lagi keluarga yang betul2 berada di belakang kerusi adik comel ni..pada masa ini, adik comel ni tengah seronok bermain game di handphone ibunya sambil bermanja2 dgn ibu tercinta.

Keluarga yang kedua ini sebenarnya lagi super duper awesome dan memikat hati saya ! ya Allah, utk pertama kalinya dalam hidup saya dapat lihat keluarga sehebat ini..terus saya panjatkan didalam hati kecil saya agar suatu hari nanti saya diberikan kekuatan oleh Allah utk memimpin anak2 dan isteri saya seperti keluarga itu yang sangat sweet di pandangan saya dan Allah insyaAllah ^^

Mereka sama sahaja seperti keluarga lain, tapi sedikit perbezaan yang ada pada mereka itulah yang buat saya betul2 jatuh cinta..haha..sepajang temph saya menunggu giliran, leher saya bagai nak patah tengok mereka sekeluarga..anak2 puan dan encik itu ada 3 orang..2 perempuan dan seorang lelaki..kesemua mereka masih kecil, mungkin semua masih sekolah rendah..dan Encik Boss utk family itu nampak begitu segak secocok dgn isteri tercintanya. Ha, cukup utk perkenalan ringkas keluarga ini..apa yang saya nk sampaikan adalah keutuhan ukhwah dan kasih sayang ditunjukkan mereka.

Mereka memanfaatkan masa terluang dgn bergilir-gilir membaca alquran..lepas adik selesai baca..Puan Ibu pula sambung baca..sambil anak2 mereka bergurau sesama sendiri...lepas ibu  habis baca..kakak sulong pula meneruskan bacaan..sejurus tu adik2 berdua ni begurau dgn ibu nya sambil si ayah khusyuk baca majalah Solusi...seterusnya ayahnya pula yang sambung baca alquran dan buku solusi tu disambung oleh Puan Ibu..bila semua dah lama menunggu, masing2 da keletihan..mereka tidur bersama dalam dakapan ibu tercinta...si ayah pula masih utuh membaca solusi sambil adik bongsu tertidur di riba ayahnya..wahh ^^ sweet sgt !!

Tiba2 terdengar bunyi handphone berding...teett ~ teett~ (Lagu Omputeh ) 

Masa ni saya bagai nk tergelak besar sebab yang empunya handphone tu adalah si ayah kepada anak2 yang comel itu :)  xsangka, beliau pun layan lagu omputeh ni...rancak gitu..tapi x pela...jiwa berseni..hehe..nampak la mereka bukan calang2 family tau!

Bila dah terjaga..Puan Ibu segera sandarkan kepala ke bahu Encik Boss !! nampak x ? betapa mesranya ikatan ukhwah mereka..saya rasa mesti mereka mengkhatamkan al-quran utk tadarus keluarga mereka..saya sangat tersentuh hati dgn kemesraan ukhwah yang bertaraf 5 bintang ini..

Rakaman kebahagiaan itu terhenti setelah no giliran saya dipanggil oleh mesin automatik hospital.. 

"5044, Bilik 16 "

Terasa ingin bertemu dgn keluarga itu semula..mudah mudahan kalau x dpt jumpa pon..saya dapat bentuk keluarga yang begitu pun sangat2 lah bersyukur kpd Allah taala. Bukanlah niat saya ingin katakan keluarga yang lain itu tidak hebat ..ohh tidak sama sekali, tapi selaku manusia yng rasional ..kita harus terima bahawa ada ciri2 keluarga yang kita memang inginkan dan impikan tapi masih belum terjadi dalam keluarga kita sendiri..tapi x mengapa, impian yang indah indah ini perlu sentiasa tersemat di jiwa kita ! Keluarga saya sekarang ni pun awesome dan haibat juga..alhamdulillah..dan sy juga berharap saya dapat jadi walid dan hubby yang haibat utk bakal zaujah saya..siapa agaknya pemilik hati ini..masih tercari cari..mencari cari..dan menanti.. ^^

Sekian sahaja, salam super awesome utk semua !


Sunday, July 29, 2012

Perginya Seorang Sahabat Saya di Ramadhan Ini




Ingatlah bahawa ada suatu perkara yang apabila sampai waktunya..ianya tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walaupun seditik..ketahuilah bahawa hal itu adalah benar dan pasti..iaitu kematian yang hakiki.

Seawal pagi tadi saya mendapat berita yang benar2 menyentuh hati dan perasaan saya sebagai seorang rakan, kenalan dan sahabat kepada saudara Nazrul Azhar iaitu rakan seperjuangan saya semasa di UiTM Shah Alam. Meskipun kami bukanlah rakan  sekelas mahupun sebilik tapi setahun perkenalan sebagai warga foundation law uitm sudah cukup meninggalkan sebuah kenangan persahabatan yang dipenuhi suka dan duka. Takziah utk beliau kerana sudah tiba masanya utk bertemu Illahi, Allah lebih sayangkan beliau. Sebagai seorang rakan, pastinya hati ini sayu dan terkejut mendengar berita pemergian beliau. Sepanjang perkenalan x pernah sekali nampak beliau sakit. Beliau yg saya kenal adalah seorang yg x suka menyusahkan orang lain tapi sentiasa ceria dan menceriakan..arwah lebih dikenali dgn gelaran Blake.


Inilah kali pertama saya kehilangan seorang rakan yang betul2 saya kenal dan bersama sama dgn saya mengumpul detik2 berharga semasa di uitm dahulu. Hanya gambar sahaja sebagai kenangan yang akan menyegarkan kembali memori persahabatan ini. Sungguh, terkilan sangat hati ni sebab xdpt bertemu dgn arwah sebelum dia kembali ke rahmatullah. Tapi sebagai seorang sahabat, saya harus merelakan pemergian beliau dan redha atas ketentuan Allah yg lebih mengetahui.


Berita pemergian beliau itu betul2 mengejutkan semua rakan2 foundation kami. Arwah meninggal dalam keadaan yang sangat tenang dan mudah. Saya sendiri x dapat berita sepenuhnya daripada hasil post moterm tapi yang saya dengar daripada keluarga terdekat arwah..beliau meninggal semasa dalam tidur ketika sedang berehat.. Ya Allah..tenangnya Allah menjemput arwah..sangat mudah..


Sebagai kawan, sudah menjadi tanggungjawab saya utk mendoakan arwah..semoga segala dosa2 arwah diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..saya juga berharap agar sesiapa yang mengenali arwah dapat memaafkan beliau dan menghalalkan segala hutang piutang arwah..Semoga kita merelakan pemergian arwah..dan beliau tenang di alam yang baru..


Saya akan sentiasa mengingati arwah dalam doa dan kenangan yang tersimpan di kotak memori ini !


Gurauan terkahir bersama arwah (kanan sekali)


Ketahuilah apabila mati setiap anak Adam itu, semua amalannya akan terputus melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak2 yang soleh.


Semoga kita yang masih hidup akan mengambil peringatan ini..Tidak lah Allah menjadikan sesuatu perkara melaikan untuk manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Yang hidup pasti akan bertemu dengan kematian. Semoga kita semua mendapat keampunan Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik serta beriman. Al-fatihah dan doa utk arwah.








Saturday, July 28, 2012

Olimpik London Bermula, Sejarah Baru Tercipta





Assalamualaikum..semalam majlis perasmian pembukaan Olimpik London berlangsung dgn jaya dan gemilangnya..Saya tak boleh nafikan kepada semua pembaca bahawa saya adalah peminat sukan no satu kat dunia ni..heh, jadi maaf kepada insan2 yang x setuju utk saya menulis tentang olimpik di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa yang saya ingin sampaikan adalah suatu ekspresi perasaan yang tersemat di dasar hati saya tentang kejohanan ini.


Semalam saya terlepas peluang utk melihat siaran langsung pembukaan Olimpik London ini tapi peluang kedua tidak saya lepaskan utk menonton siaran tertunda bersama Abang dan Puan Mama saya sejurus pulang dari solat terawih..macam biasa, menonton televisyen bersama keluarga itu suatu rutin yang merapatkan lagi ukhwah kekeluargaan kami..sambil tonton, sambil berkongsi cerita dan pendapat..


Pembukaan Olimpik kali ini benar2 melambangkan kegigihan London utk menjadi tuan rumah olimpik kali ke-3 ( kalau x silap ) ! Ya, sangat dramatik, penuh gimik dan variasi persembahan yang menarik dipamerkan oleh london..Sambil menonton, saya suka memerhati dan mengagumi sesuatu perkara. Oleh itu sy rasa eloklah saya kongsikan bersama pembaca setia blog sy ini.










Semua sedia maklum, Olimpik adalah temasya sukan terbesar yang ada di dunia diikuti oleh Komenwel..Secara sejarahnya kalau kita kaji kemunculan sukan Olimpik ini, saya percaya anda semua akan kagum dgn warisan sukan zaman berzaman ini yang tidak pernah putus biarpun perang dunia datang melanda. Pada awalnya, sukan Olimpik ini diadakan di Athens, Greece sebagai simbol mencari yang terhebat. Mereka di sana memang terkenal dgn sikap kegagahan, optimis dan keberanian mereka. Selain daripada kepercayaan mereka terhadap semangat ketuhanan (zeus) mereka, sukan dijadikan medium mengukuhkan ikatan masyarakat di sana ketika itu. Mereka mencari wira dalam kalangan mereka yg akan disanjungi dan dihormati. "best of d best"


Namun, perkembangan dunia yg semakin meluas membawa perubahan yang besar dalam acara sukan di Athens..sejajar dgn era modenisasi, sukan mendapat perhatian negara2 luar lalu ianya semakin bercambah dari tahun demi tahun. Apa yang mereka cuba terapkan adalah nilai2 kesegajatan dan perpaduan menerusi sukan. Mereka hadir bukan lagi untuk mencari siapa yang hebat semata-mata tapi anjakan minda juga sudah berubah. Sukan adalah platform membentuk perpaduan dan persefahaman antaran anggota negara2 yang terlibat. Oleh itu,segala sejarah asal yang lebih bersifat ketuhanan dan semangat roh yang dimulakan oleh Athens kini sudah dimodenkan dengan penyelarasan sukan yang lebih bersifat global.


Daripada sebuah sukan yang tidak ada garis panduan serta peraturan yang selaras, ianya dijadikan medium paling berjaya sehingga ke alaf ini setelah pelbagai transformasi dilakukan.


Saya begitu kagum melihat negara2 yang mampu menjadi Tuan Rumah utk olimpik ini.. Kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia masih tidak mampu menjadi tuan rumah olimpik kerana ianya memerlukan kekuatan ekonomi serta pentadbiran negara yang benar2 mantap. 


Untuk merealisasikan hasrat menjadi penganjur olimpik sesebuah negara akan mengalami pelbagai rintangan dan masalah dari sudut sosi-masyarakat, ekonomi. kewangan, tempat tinggal, insrastruktur jalan dan pelbagai kemudahan2 lain yang perlu dititiberatkan bagi melangsungkan temasya yang gilang gemilang ini.


Inilah yang dikatakan Olimpik Alaf Baru !! Ianya bukan sekadar medan mencari juara dalam juara..bukan juga medan membentuk kesegatan dalam masyarakat dunia..tapi Olimpik dijadikan penanda aras kehebatan sesebuah negara menguruskan Olimpik dgn berkesan dan berjaya..malahan ia juga dianggap sebagai lubuk tarikan pelancong dalam dunia.


Maka tidak hairanlah mengapa sesebuah negara sanggup utk menghabiskan berbillion dolar untuk memastikan Temasya Sukan Olimpik ini berlangsung dengan cemerlang !


Saya suka utk mengimbas kenangan Olimpik di Beijing 4 tahun yang lepas. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Beijing telah mengalami kelumpuhan ekonomi yang sangat dahsyat sebelum kejohahan berlangsung kerana segala pengaliran wang dalam negara China telah digunakan secara meluas utk penganjuran Olimpik di negara itu .Semua sedia maklum, China adalah suatu tamadun negara yang begitu Gah dan hebat dalam sejarah dunia. Mereka sangat terkenal dgn sikap rajin dan "full of desire" mereka dalam melaksanakan sesuatu ! Sejarah telah membuktikan Dinasti China adalah dinasti yang digeruni..Tembok Besar China adalah simbol kegagahan yang perlu diakui oleh semua pihak. Atas faktor inilah, China tidak mahu memandang ringan penganjuran sukan Olimpik sebagai suatu temasya yang mudah. Mereka mahu kekal dipandang sebagai sebuah negara yang hebat dan gah di mata dunia.


4 tahun sebelum pengajuran telah digunakan sepenuhnya oleh seluruh rakyat China utk menghadapi sukan Olimpik ! Ia sangat mengagumkan saya kerana proses pengajuran ini telah melibatkan seluruh rakyat China ! Di sana, mereka tidak menggunakan bahasa inggeris di dalam syllabus persekolahan.. Tidak seperti di negara kita yang begitu memartabatkan Bahasa Inggeris ! China begitu kagum dgn bahasa mereka sendiri. Namun sempena olimpik yang bakal dihadapi mereka, seluruh rakyatnya telah berusaha bersama sama utk belajar bahasa Inggeri. Pemandu2 teksi dan bas juga telah diarahkan mendapatkan kelas bahasa inggeris. Semuanya dilakukan dgn percuma...di mana2 sahaja rakyatnya mula didedahkan dgn bahasa Inggeris. Ya, saya sangat kagum dgn usaha dan inisiatif China untuk berhadapan dgn temasya yang besar ini. Apa yang saya masih ingat adalah kata2 seorang tenaga pengajar bahasa inggeris di sana, beliau juga adalah warga Beijing..


"Kami belajar bahasa Inggeris bukan kerana kami mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan bahasa yang hebat, tapi kami mahu tunjukkan pada dunia bahawa kami juga mampu berbahasa inggeris dan kami sedia menerimanya "


Lihatlah bagaimana spirit kebangsaan yang ditunjukkan oleh warga China.! Ini suatu contoh yang perlu kita belajar dan terima dari sudut yang baik. Penganjuran di China adalah antara penganjuran Olimpik termahal dan terbaik di dunia, walaupun mengalami kejatuhan dalam ekonomi mereka..tapi sinar cahaya datang setelah kegelapan..ekonomi negara mereka naik 90% sesudah tamatnya temasya olimpik beijing 2008 ! Pelancongan mereka mencatatkan peningkatan yang luar biasa.. Inilah yang dinamakan Strive Hard Paid!


Namun, sejarah yang lama itu sudah kekal dalam buku sejarah Olimpik.. kini sejarah baru pula tercipta di London..Hal ini tidaklah begitu sukar utk Great Britain menanjurkan Olimpik kerana mereka sudah 2 kali menjadi penganjur, jadi cabaran yang mereka hadapi tidaklah begitu hebat..Namun, pujian tetap perlu diberikan kerana mereka tetap melakukan amanah ini dgn baik dan hebat!


Semasa saya sedang menonton lintas langsung perarakan masuk kontinjen dari negara2 yang terlibat..tiba2 saya terdengar negara Palestin disebut sebagai negara yang tersenarai dalam kejohanan yang sebegini Besar..dan di stadium itu juga saya terlihat Presiden Palestin yang hadir pada kejohanan yang hebat ini.. di stadium itu jugalah saya melihat Barrack Obama melambai lambaikan tangannya kepada atlet2 USA.


Ini adalah peperangan saikologi yang cuba dibawa oleh Palestin ! 


Syabas atas penyertaan ini kerana mereka sebenarnya membawa mesej kepada dunia bahawa Palestin adalah sebuah negara yang diiktiraf di dunia ! Kerana itulah mereka hadir pada Olimpik London kali ini yang turut dihadiri oleh Ban Ki-Moon Secretary General of United Nations ! Jadi ini cukup jelas utk menutup mulut ramai pihak di luar sana yang mengatakan Palestine sudah lenyap dalam peta dunia..Palestine adalah negara yang diiktiraf dan semua negara perlu menerimanyan meskipun tanah mereka telah dirampas dan dicabul namun jelas Olimpik mebawa mesej keberanian dan kegagahan mereka utk bangkit menutup mulut masyarakat dunia.


Seperkara lagi yang mengagumkan, Mohamed Ali jaguh Tinju Dunia telah diberi pengiktirafan utk bersama sama mengiringi bendera Olimpik sebelum berkibar di ruang udara.. Beliau adalah lagenda tinju yang sangat dikagumi dan disegani..sehingga hari ini masih ramai yang menganggap beliau King Of Boxing yang x boleh diganti..80ribu manusia memberikan tepukan gemuruh kepadanya..apa yang saya ingin katakan adalah beliau seorang Muslim ! Ini suatu kebanggaan kerana beliau berdiri dalam jutaan manusia yang berbeza latar agamany, tapi dia adalah Muslim yang dikagumi ramai . Tahniah Mohamed Ali. ^^


Benarlah Olimpik ini sebenarnya bukan sahaja medan menguji kekuatan mental dan fizikal para atlet..malahan ia membawa seribu satu mesej yang lebih besar dan mendalam maknanya buat dunia..Olimpik mungkin bukan suatu penganjuran Islamik yang bertujuan untuk membangunkan Ummah, tapi simboliknya Olimpik adalah lambang kemegahan serta kekuatan sesebuah negara. Palestin hadir di Olimpik bukan atas tiket ingin menjadi juara, tapi seperkara yang lebih penting adalah ingin memberitahu dunia, bahawa mereka bukan sampah atas muka bumi yang tiada nilai.! 



Atlet Negara megah mengibarkan bendera Malaysia sambil mengenakan pakaian Batik bercorak Harimau utk membawa mesej keberanian masyarakat Asia Tenggara di pentas Olimpik ini.




Saya kagum dgn usaha para atlet memburu kejayaan..! Kecekalan mereka itu penuh motivasi dan kekuatan yang perlu kita contohi..bagaimana cekalnya mereka bersedia berhadapan Olimpik, begitulah kita sebagai muslim perlu cekal berhadapan dgn Ramadhan ini..semoga kejayaan rohani dan jasmani itu terletak dalam diri kita. Allahualam.





Wednesday, July 25, 2012

Jangan Gentar Bila Dibenci Manusia





Biarkan manusia sibuk mengutukmu di belakang..jangan sesekali kamu gentar..

Suatu hari nanti tolehlah ke belakang sambil berkata,

"aku sudah jauh ke hadapan, kamu masih lagi dalam dunia kejahilan! ayuh berubahlah"


Lumrah kehidupan, tidak akan ada manusia yang hidup tanpa dibenci..soalnya, semua manusia pasti dibenci ! Apatah lagi dihina dan dikutuk..itu adalah asam garam dalam kehidupan sebagai manusia.. Jadi jangan pernah gentar di jalan yang lurus, jangan pernah berpaling dari realiti..kerana kelak ini semua adalah bukti yang ingin disaksikan di Mahsyar Allah taala...

Janji Allah itu pasti, siapa yang memalukan diri mereka di dunia kerana Agama Allah, maka Allah akan mempercepatkan jalannya menuju ke syurga !

Siapa yang dibenci di muka bumi ini kerana berjuang utk agama Allah, maka kelak dialah orang yang diangkat darjatnya di akhirat .


Ketika itu tiada manusia yang akan mencaci sesama sendiri, kerana mereka semua telah melihat watak2 kejahatan mereka di muka bumi ini..lalu mereka semua akan menyesal,lantas berkata 

" Ya Allah kalaulah kami boleh berpatah balik ke masa yang lalu, nescaya tidak akan kami lakukan perkara2 yang terkutuk itu ya Allah "

Lihatlah manusia yang hidup tanpa pernah berasa takut akan kebenaran janji2 Allah semasa di dunia, lalu apabila dipamerkan dihadapan mereka tentang balasan dan azab Allah itu, barulah mereka semua sedar akan dosa2 yang mereka lakukan di muka bumi yang lalu.

"Sedang ada manusia lain yang sibuk mengajak manusia melakukan kebaikan, kita pula sibuk menjadi penghalang kepada usaha2 amar makruf ini..malahan tangan,mulut, dan kaki inilah yang menjadi penghalang tertegaknya kalam Allah di muka bumi ini"

Maka nantikanlah Azab Allah yang tidak akan ada tandingannya. Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana pintu taubat Allah tidak pernah tutup semasa hayat kita di muka bumi.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Wahai Insan yang mempunyai kalimah syahadah dalam dirimu,

"Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini membencimu, asalkan jangan Allah membencimu"

Manusia tidak akan pernah berhenti mengata dan menghina kerana sikap tidak puas hati itu sentiasa terbuku dalam diri manusia..kita hanyalah insan yang lemah dan tidak ada sebarang kekuatan..tapi kita ada Allah taala yang boleh memberi kekutan pada diri setiap insan, oleh itu peganglah pada tali Allah, dan berharaplah pada Dia yang Satu ! 

" Manusia2 yang mengutuk kamu itu tidak akan memberi sebarang manfaat. "

Ingatlah, sedangkan perjuangan Dakwah baginda Nabi Muhammad juga mendapat tentangan yang hebat, apatah lagi kita manusia biasa yang hidup di zaman penuh kepincangan ini, pastinya kita akan berhadapan dgn pelbagai kecaman dan dugaan..mereka pasti mencari cari kesalahan dan kekurangan kita..tapi ingatlah Allah itu Maha tahu apa yang tersirat di dalam hati setiap manusia..Allah tidak pernah mensia siakan kebergantungan kita kepadaNya.

"Biarlah dirimu tidak terkenal di kalangan manusia, asalkan dirimu terkenal disisi Allah sebagai manusia yang sabar, patuh dan taat pada perintahnya"

Lumrah manusia ingin dikenali dan disayangi oleh rakan2..tapi ada kalanya manusia akan dibenci dan dipinggirkan..ada kalanya kita berasa sangat kosong dan kesepian, tapi ingatlah manusia itu tidak pernah bersendirian kerana Allah itu sentiasa bersama hamba2 Nya setiap masa, detik dan ketika..

"Berdoalah kepada Allah, nescaya akan Dia tunaikan"

Ketahuilah mereka yang menghina dan mencacimu itu tidak akan pernah senang hatinya, bukan sahaja dengan dirimu malahan dengan ramai lagi manusia..kerana dalam hati mereka ada suatu sifat yang sangat dibenci iaitu hasad dengki..oleh itu, biarlah mereka mendapat petunjuk dan hidayah Allah sedang kamu wahai manusia jangan berputus harapan mencari sinar kebahagiaan dalam hidupmu.

" Orang yang paling kuat disisi Allah adalah orang yang sabar, dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa "

Oleh itu, jangan takut dan lemah di saat tiada siapa yang menyokong langkahmu, kerana setiap langkah dan kederat itu milik Allah, Dia akan sentiasa ada bersama manusia yang bergantung harap padaNya setiap masa, detik dan ketika.

Teguhkan pendirianmu, jangan terus menerus lemah dan tersungkur dalam cacian manusia..bangkit dan rapatkan saf perjuangan..nescaya mereka yang merendahkan maruahmu itu akan tunduk dan akur akan kekhilafan mereka..



Monday, July 23, 2012

Kisah Kahwin Syafiq,16 dan Yana,14 Tahun :)



Barakallahulakuma Wa Barakah

Assalamualaikum ^^ sahabat pembaca yang budiman, semalam jengah2 di muka buku dan "garis masa" di Twitter kecoh menyebut tentang kisah perkahwinan dua mampelai sehati sejiwa ini. Saya pada mulanya mengabaikan utk mengambil tahu kisah perkahwinan dua adik2 saya ni, apatah lagi mood kahwin dalam diri saya sudar semakin pudar ditelan masa,hari,minggu dan bulan..Tapi setelah melihat timeline twitter saya x putus2 dgn kisah dua adik hensem dan comey ni, sy dgn insiatif sendiri melihat video perkahwinan mereka dan mengambil tahu sedikit tentang kisah mereka.


Apa2 pun, saya suka untuk katakan tahniah kepada mereka atas perkahwinan yang halal ini, congrate to Adik Syafiq (16) dan Yana (14).. Mereka sangat hebat kerana pada ketika saya di usia ini, saya masih lagi main card UNO di kelas..dan x lupe jugak main kejar2 kt bangunan asrama..haha..biasa la tuh ^^ ..x fikir nak ambil tanggungjawab sebagai suami dan isteri..alalalala comel :)


Hasil pemantauan dan pemerhatian saya di laman social twitter, saya dapati terdapat segelintir sahaja pihak yang bersetuju dgn perkahwinan adik berdua ini, dan ramai yang mengkritik, mengomen, mengeluarkan kata2 yang x enak didengari, dan x lupa jugak segelintir lagi yang tidak kisah..asalkan mereka x ganggu masayarakat..haha.. saya pula adalah golongan yang terperanjat, kaku dan meku..sangat teruja dan x sangka..hebatnya adik2 ini !!


Oleh itu, sukalah saya utk memberi beberapa komentar dan express kan apa yang terbuku di hati saya tentang perkahhwinan mereka ini. Jadi, sebagai seorang pembaca, anda harus bersikap lebih professional, terbuka dan neutralkan pandangan peribadi. Apa2 pun kita beralih kepada hukum agama, Allah taala..


Saya sangat tertarik untuk memuji pasangan penggantin ini kerana keberanian mereka mengambil keputusan utk berkahwin adalah suatu keputusan hidup yang paling hebat. Ingin membina masjid ini bukan utk berseronok, tapi ia juga adalah suatu proses pembinaan generasi kerana mereka akan melahirkan zuriat2 yang akan mewarisi masyarakat akan datang. Oleh kerana itulah, ilmu dan pengalaman itu sangat2 lah penting sebelum terjah ke gerbang perkahwinan, bukan apa, kita takut rumah siap pahat berbunyi...Kahwin memang seronok..tapi takut asas perkahwinan itu tidak kuat, lalu roboh di tengah jalan..nauzubillah min zalik..


Walaubagaimanapun, kedua dua cik adik ini bersikap lebih ke hadapan dan berani. Mungkin ibu bapa mereka juga punya matlamat dan pandangan tersendiri, apatah lagi memikirkan virus epidemik dan kebejatan sosial yang melanda masyarakat kita hari ini. Jadi, keputusan utk mengahwinkan kedua dua mereka adalah tindakan yang bijak, setidak-tidaknya mereka ini terhindar daripada zina yang bila2 sahaja boleh berlaku. X payah cakap siapa, bahkan lepasan sekolah agama pun x kan lari daripada zina..jadi ini adalah suatu proses prevention yang paling tepat!! ( salah satunya )


Apa yang menyedihkan saya adalah kata2 dan statement liar sesetengah pihak yang menganggap perkahwinan mereka adalah suatu yang sia2 dan hina..Jadi, saya terpanggil utk membetulkan beberapa tanggapan sinis masyarakat yang terlalu ikutkan perasaan :


Yang pertama masyarakat seolah-olah tidak faham bahawa perkahwinan ini adalah ketetapan dan jodoh Allah taala. Jadi, siapa kita layak utk melemparkan kata2 tidak baik kepada mereka hanya kerana mereka berkahwin di awal usia? Utk apa mereka berasa malu berkahwin dan memberitahu masyarakat sedangkan Allah tidak pernah mengatakan perkahwinan itu suatu dosa..tapi kita pula manusia yang sibuk meletakkan darjat dan hukum sendiri berdasarkan tahap pemahaman sosio masyarakat kita hari ini.


Kedua, ada sesetengah yang terlalu sensitif bila sebut soal kahwin muda..tambah2 perkahwinan adik berdua ni yang betul2 menyentap perasaan akak2 dan abang2 yang x kahwin lagi..maka mereka pun mengkritik dan mengeluarkan ayat2 yang memperkecilkan kemampuan adik berdua ni. Jadi, ini juga suatu masalah yang begitu menyedihkan kerana Allah sendiri tidak pernah menyatakan perkahwinan di awal usia itu sebagai jalan yang salah dan bercanggah dalam Islam, malahan Islam adalah agama yang menggalakkan Umatnya mendirikan masjid di awal usia..Tiba2 sesetengah daripada kita terlalu marah dan x senang hati dgn perkahwinan mereka. Soal mampu atau tidak, itu bukan urusan kita utk mengkritik..sedangkan yang berkahwin di usia yang lanjut pun belum tentu kekal perkahwinan mereka. Jadi, ini semua adalah soal ketentuan Allah yang tiada hak manusia utk menentukan mengikut logik akal sendiri.


Ketiga, saya melihat sesetengah daripada kita yang tidak dapat membezakan yang mana halal dan yang mana haram..atau sengaja buat2 x faham.. ^^ itu lumrah berlaku dalam masyarakat..soalnya, perlukah kita semua mengkritik perkahwinan mereka sedangkan mereka tidak langsung melakukan perkara yang bercanggah dgn hukum Islam iaitu Nikah Yang Halal..! Sedangkan ramai antara pengkritik2 tu adalah pengamal tegar Couple Sebelum Nikah..saya x suka kritik orang tapi dalam hal2 tertentu saya perlu jelaskan dgn telus bahawa nilailah dgn kaca mata yang benar dan sahih mengikut hukum yang betul...kenapa kita tidak sensitif dan tak cakna dengan isu pegang tangan, peluk meluk, cium mencium dan tepuk tampar adik2 yang berusia 16 tahun 14 tahun dan 13 tahun tu semua? Hatta x kiralah usia matang mana sekalipun, itu adalah perkara2 yang jelas dilarang, tapi masyarakat seolah olah jadi katak di bawah tempurung besi..x tahu apa2..dan x nak cakap apa2.. ini namanya penyakit masyarakat..termasuk saya yang hina dina ini.. Bila ada berita yang baik, haaa mulalah kecoh kaki2 pengkritik di seluruh negara buat andaian dan statement2 yang tidak bawa manfaat.


Saya tidak melihat isu kahwin adik Syafiq dan Yana ini sebagai perkara yang buruk dan salah...sedangkan mereka yang mengumpat mereka itulah yang lebih dikeji Allah..

Sesetengah yang lain pula menganggap bahawa perkahwinan adik berdua ini melanggar norma masyarakat kita hari ini. Adakah norma masyarakat itu sama dengan norma dan hukum hakam agama? Sekalipun norma masyarakat kita sudah rosak diracuni, tapi barang diingat bahawa perkahwinan mereka masih kekal sebagai perkahwinan yang diredhai dalam norma agama Islam. Adakah kita ingin "setuju" dengan norma masyarakat yang membataskan yang Halal dan meluaskan yang Haram? Jadi kalau kita setuju dan membenarkan norma masyarakat seperti ini, itu lah tandanya pemikiran liberalisme semakin meruncing dalam jiwa manusia zaman ini.


Namun saya terfikir, pada hakikatnya perkahwinan mereka bukanlah melanggar norma masyarakat..tapi cuma perkara ini jarang2 berlaku di zaman generasi hari ini..Jadi apabila berlaku perkahwinan di usia yang terlalu muda, ianya mungkin akan menjadi buah mulut dan perbualan masyarakat. Ini suatu perkara yang tidak boleh dinafikan kerana perkara yang jarang berlaku pasti mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Tapi sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang, kita ambillah ini sebagai suatu yang positif..meskipun ianya tidak menepati cita rasa anda, tapi ianya adalah lebih baik daripada kita terus menerus membiarkan norma masyarakat kita yang dihiasi dengan kes zina, anak luar nikah, peluk meluk, tepuk tampar dan seks bebas masyarakat yang belum bernikah.. 


Saya sendiri kalau mempunyai adik perempuan, saya agak terkilan kalau dia bernikah di awal usia 14 tahun dan pastinya saya ingin die persiapkan diri dengan ilmu2 yang sewajarnya dan bersedia dengan penuh komitmen..tapi ada sesetengah masyarakat di luar sana yang x sama dengan kita, mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan alasan yang lain dengan kita. Jadi pesan saya utk para pembaca, kita kena bersikap lebih adil sebelum melampiaskan kata2 yang tidak patut kpd mereka.. Apa yang perlu, kita doakan perkahwinan adik berdua ini mendapat berkat Allah taala, dan semoga kuat menempuh bahtera rumah tangga yang begitu mencabar. Sekiranya berlaku perkara2 yang x diiingini, jangan pula kita salahkan mereka kerana terburu2 berkahwin, kerana itu semua adalah ketentuan Allah yang x boleh kita nafikan. Orang yang  berkahwin 30 tahun pun boleh retak rumah tangganya..jadi usia bukan faktor utama.


Bagi pendapat saya sendiri, secata jujurnya, kalau hendak kahwin awal pun..pastikan sudah benar2 bersedia..sy meletakkan usia 19 dan 20 tahun itu sebagai usia paling minimum lah utk membina masjid..kalau 16 itu mungkin jarang2 berlaku tapi kita ambil dari sudut yang positif . ^^

Sekian sahaja, pohon maaf atas keterlanjuran dalam penulisan. 





Sunday, July 22, 2012

Gempar ! Naim dapat Harvard Law School.


Ha! Gempar Ramadhan !

Naim dapat offer daripada Havard University...wah2..one in a million la budak Malaysia nak sambung sana..hahaha..So, dah tengok belum offer Harvard ni? amacam tercabar x?

Kalau sekali tengok mesti semua orang akan tergamam...nak percaya ke tidak...haha..

Biar betul kan manusia sepertiku mampu ke Harvard...so, pagi tadi ive post something kat Facebook dan dapat sambutan hangat..hangat..sangat hangat! hahah

Nak Baca ? Jom !!


( ni jumlah likers..setakat yg print screen ni la! hehe )

Masa mula2 post ni  x rasa pun orang akan percaya..haha..maklumlah..Harvard tu University hebat tu..xkan lah aku mampu ke sini...haish..so, sebab tu lah berani post Offer Letter Troll tu ! haha..so dah tahu lah kan? Ini Troll sahaja! sebenarnya saja jah nak gurau.. Utk kawan2 yang rapat mesti da dapat detect awal2 ni picture Troll...untuk yang lain2 tu dah hujung2 baru perasan ni picture Troll..utk yang x perasan lagi ! Mohon maaf ya kawan2 ! :)

Tapi, ada jugak yang perasan ni pic Troll sejak dari awal..hehehe.. nah saksikan komen daripada my classmate!!



Maka apabila Pecah Tembelangnya bahawa ini adalah Pic Troll maka berbondong bondonglah manusia pangil " ehh budak havard " " bile nak fly " hahah! Ngeng dah semua bahan aku nii~ Kat twitter pun kene bahan " Budak Harvard..Budak Harvard " ! hoi hoi..kita budak Local je la..

Nah then Ive post something to make everything clear... ^^



To tell u the truth..sebenarnya korang pun tahu aku mcm ne..suka wat gempar2 ni..so, dah tahu kan memang ini main2 ja..bukan nyer betul2 pun..hehe.. Bulan Ramadhan ni..jangan take series heh...ramai yang gelak2 tu cakap aku nk Fly dah..adoii jgn perli lagi..segan la..kita UKM je..haha..


Yang best nyer ada sorang member ni die cakap mcm ni :



Ya Allah..aminnn aminnn aminnnn..insyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan... yelah.. memang daripada kecik ada simpan hasrat nak sambung kat Harvard ! Mana tahu, ada rezeki sambung sana masa Master nanti kan? InsyaAllah..doakan okeyh.. Tiada yang mustahil..

Okeyh, mohon maaf...selamat Berpuasa Ramadhan semua :)



Saturday, July 21, 2012

Jangan Jadi Hamba Ramadhan.





Salam Ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam x kira di ceruk dan benua sekalipun anda berada. Tahniah, alhamdulillah dan syukur kerana tahun ini kini masih berada di dalam Ramadhan bulan yang paling mulia berbanding bulan2 yang lain. Dan tidak lah ada malam yang terbaik melaikan malam Al-qadar iaitu suatu malam di bulan Ramadhan.. Beruntunglah orang2 yang terpilih mendapat rahmat dan nikmat malam alqadar.


Teman2 yang disayangi kerana Allah,


Saya pasti semua orang sedang gembira dan ghairah menyambut Ramadhan mubarak ini. Apatah lagi semua orang sudah ada azam dan iltizam masing2 yang ingin mendapatkan Ramadhan yang terbaik pada tahun ini. Ada yang mendapat hidayah daripada Allah utk berubah dari zaman jahiliyahnya kepada suatu fasa kehidupan yang lebih dekat kepada Allah taala. X lupa juga kepada anak2 muda yang menjadikan Ramdhan sebagai medan paling sesuai utk menambah amal ibadat dan merebut peluang2 yang ada. Semua maklum ganjaran yang Allah taala kurniakan ini sangatlah besar, oleh itu rugilah bagi orang2 yang masih lagi dibayangi mimpi yang x kesudahan.


Bagi mereka yang menghadapi tahun peperiksaan pasti mengambil peluang Ramadhan ini utk memperbanyakkan amalan2 sunat, solat hajat, qiamulail, baca quran dan memanjatkan doa kepada Allah swt. Mudah-mudahan Allah memudahkan segalan urusan belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apatah lagi ingin berhadapan dgn peperiksaan besar seperti SPM.


Sungguhpun demikian, berbaliklah kita kepada root of the ibadah..


Kita bukan hidup di dunia ini utk menjadi hamba Ramadhan tetapi kita semua adalah hamba Allah yang Satu. Mungkin ada yang akan tertanya apa itu istilah hamba Ramadhan?


Sahabat2 yang dikasihi,


Hamba Ramadhan ini adalah suatu istilah yang diguna pakai utk mengingatkan kita semua bahawa setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan kita bukanlah kerana budaya dan suasana Ramadhan semata-mata. Sebaliknya, haruslah kita sematkan dalam diri kita yang kerdil dan hina ini, bahawasanya semua amalan dan ibadat yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan mubarak ini adalah ikhlas utk Allah taala dan atas niat dalam diri kita utk berubah sesudah habisnya Ramadhan ini. Jadi, jelaslah bahawa ibadat dan usaha2 memperbaiki kekurangan diri kita semua dalam Ramadhan ini bukanlah semata-mata utk mengumpul seberapa banyak ganjaran pahala Ramadhan, tetapi adalah sebagai medan utk kita menjadi lebih baik dan cinta akan agama sesudah berakhirnya Ramadhan ini.


Sayangnya, apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini adalah suatu fenomena ibadah yang terlalu bercirikan budaya. Seolah olah Ramadhan ini adlah suatu bulan penghapusan dosa secara Kamil ( sempurna ) dan Syumul ( kesuluruhannya ) lantas sesudah berkahirnya Ramadhan maka berakhirlah ibadat2 yang kita lakukan. Yang lebih menyedihkan apabila perkara2 wajib juga diabaikan dan ianya seolah-olah tidak dipandang oleh Allah taala. Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyatnya pemikiran masyarakat Islam hari ini yang diserang pemikiran yang sudah beracun dan sakitnya telah meresap ke jiwa generasi demi generasi.


Memang benar Allah taala menggandakan amalan yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan, dan kerana itulah manusia semua berbondong bondong mengimarahkan Ramadhan yang penuh brakah ini..tapi apakah sebenarnya matlamat kita? Adakah ibadah bulan Ramadhan ini sudah cukup menampung dosa2 selepas berakhirnya Ramadhan? Jadi persoalan seperti ini yang perlu kita titik beratkan supaya kita sedar..kita bukanlah hidup utk menjadi hamba Ramadhan tetapi kita hidup adalah sebagai hamba Allah.


Pada bulan2 lain juga Allah akan memberikan ganjaran yang besar pada kita..tapi itu semua bukan atas urusan manusia utk menilai besar dan kecilnya ganjaran pahala Allah taala. Yang menjadi perkara asas adalah keikhlasan dan kesungguhan kita menjaga hubungan dan hak kita kepada Allah taala. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa sedar akan tujuan dan matlamat hidup yang singkat ini agar kita tidak akan lari dari hadaf kehidupan kita di muka bumi ini.


Menggandakan amalan dan ibadah2 di bulan Ramadhan bukanlah suatu amalan Hipokrit ! Ianya adalah ruang dan peluang yang Allah taala sediakan utk kita semua agar kita kembali sedar bahawa Allah taala masih lagi beri kesempatan kepada kita semua utk bertaubat dan mengenali Islam yang benar. Biar apa juga tomahan yang masyarakat berikan, ingatlah bahawa Hidaya itu adalah milik Allah dan bukannya milik manusia. Jadi buatlah perkara yang Allah suka, bukannya yang manusia suka.


Allah sediakan kita suatu Bulan yang sangat Mulia..oleh kerana itu rebutlah peluang yang ada..dan berazamlah agar Ramadhan ini akan menjadikan kita manusia yang lebih dekat dengan Allah taala sesudah berakhirnya Ramadhan. Kita x mungkin menjadi insan yang sempurnya akhlaknya kerana setiap anak adam pasti melakukan kesalahan, jadi jangan malu utk berubah..dan jangan patah semangat utk kembali kepada Allah setelah bumi ini kita tabur dengan dosa dan fitnah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan tidak ada manusia yang boleh menilai tahap pengasih Allah taala.


InsyaAllah semoga kita peroleh manfaat dan kebaikan pada bulan Ramadhan ini.!! Ramadhan Kareem!



Friday, July 20, 2012

Ramadhan Tiba Lagi, Menggamit Memori Zaman Sekolah




Ramadhan Yang Lalu....


Dua tahun meninggalkan kenangan yang masih segar di kotak fikiran ini...meniup debu2 yang terlekat pada sehelai serban milikku..nampak masih cantik..owhh, ya..lantas kenangan ini beralih pada kehidupan Ramadhan semasa aku di zaman persekolahan...kenangan yang begitu indah apatah lagi diserikan dengan kuntuman kasih dan sayang sesama sahabat lillahi taala..


Tika itu, kehidupan kami ibarat adik beradik yang saling melengkapi..yang kurang ditambah..yang lebih dikongsi...itulah namanya life compliment each other..ukhwah itu indah..perlu dijaga, disemai, disiram, dan dibaja..maka lahirlah sebuah kehidupan yang manis..


Dah 2 tahun berpuasa luar daripada bumi Kisas..Masih ingat lagi kata2 abang2 senior masa tu....


"Antum orang ni semua, akan rasakan betapa seronoknya puasa di kisas..nanti antum semua dah keluar, antum mesti rindu nak puasa di sini"


Yea..memang benar, memori di sana bukan seperti api yang padam sesudah disimbah air..ia kekal menyubur dan bercambah meskipun tinggal kenangan..rindu utk menghabiskan sisa2 ramadhan di sana..terasa diri ini terjaga..punya suasana yang baik..juga rakan2 yang saling membina semangat utk jadi lebih baik..meskipun kami semua juga x lari dari salah dan silap..


Siapa yang x rindu suasana berpuasa di asrama...


Pagi2 kami semua dihiburkan dgn ayat2 suci quran al karim..lantas membangkitkan kami utk mendirikan solat 2 rakaat kepada Allah sebelum gerak menunaikan sahur... MasyaAllah, qiam itu sudah ibarat lagu dan irama di sana..menghiburkan..dan menggairahkan.. 


Tahun itu kami semua sedang bertungkus lumus study utk imtihan..ya Allah..dalam bulan puasa..tgh trial masa tu..masing2 sibuk dgn tugasan..nak study lagi..nk uruskan adik2..nak buat program utk ramadhan...nak prepare utk trial..spm...dan yang paling penting waktu kami utk beribadat kpada Allah..yaa, itulah kehidupan yang benar2 mengajar erti kedewasaan dan kematangan dalam diri..


Melihat angin petang yang sepoi-sepoi bahasa...langit cerah membiru..mengizikan kami utk keluar membeli juadah berbuka di bazar ramadhan..ha, inilah waktu yang ditunggu tunggu.. waktu berbuka! 


Tepat pukul 6 petang dewan makan dah mula diserang..masing2 chop meja makan masing2..cari ayam yang besar2..masa tu kami semua dipisahkan dengan kroni rumah masing2..jadi makan ikut sistem rumah..bukanlah niat utk memecah belah warga batch..itu sekadar sisterm utk memudahkan urusan di dewan makan...


Masih ingat suatu petang...seorang sahabat di blok pesan..


" Naim tolong chop tempat utk aku...pilih Ayam besar2 sikit ok! "


Hahaha..dalam pesan dan demand ~ nak jugak beliau ayam besar..kalau da semua nk yang besar2, siapa pulak yang nak kecik2? Maka bermulalah konsep..siapa cepat dia dapat..siapa lambat die x dpt la..hehe..utk yang x dpt..maka kita gunakan elemen redha dan syukur ! ambil lah apa yang ada..syukur..sebab ramai lagi yg x dpt makan mcm kita ni semua.. ^^


Haha..begitulah hidup di asrama..yang penting kena ada tolak ansur..


Mungkin aku akan terus terkenang " cendol sebelah asrama, murtabak, roti john, soya depan petronas dan x lupa juga bubur lambuk masjid sultan suleiman " bila lagi kita nak santap semua ni sama2 kan...


Malam2 kami semua akan solat tarawih sama2...mesti tertunggu tunggu imam yang suara best2 ni..haih..mahu melayang juga sampai ke mekah kalau bacaan nya mantop..dan pasti x boleh lupa kenangan iktiqaf di masjid...malam2 hari sambil bawak buku Biology.. AddMath.. Chemist.. Fizik.. Akaun..haha..semua sekali la..lepas tu kita akan study tidur..study..sahur dan g kelas esok harinya...


Bulan ramadhan semua berlalu dengan pantas..waktu sekolah juga disingkatkan...balik ke asrama solat zohor..baca quran..dan tidur semahunya...hehhe...bangun study...solat asar..dan mula bertadarus...dan apabila langit mula kelihatan gelap dan samar2 kelihatan warna merahnya...kami semua menunggu santapan berbuka...ya Allah ramadhan itu adalah sebuah kehidupan yang begitu indah..

Maka itulah dia sebuah nostalgia dan kenangan berada di bumi kisas...aku akan terus merindui zaman persekolahan itu kerana ianya adalah lakaran sejarah yang x kan berulang dan x kan dirasai kali kedua..Hari ini kita pasti melalui lakaran nostalgia yang baru ..semoga Ramadhan kita semua akan bertambah baik biarpun di kiri dan kanan kita tiada lagi teman yang sama2 melakarkan sejarah kehidupan dengan kita suatu masa dulu...


Well There Will Be No Ramadhan Like The Older One
Because We Are Going To Make A New Ramadhan
The Best One ! Yet Still Together :)


Thursday, July 19, 2012

Owh Masa Depan !



Assalamualaikum..

Kehadapan menemui masa depanku, yang x tahu masih hidup atau tidak. Sungguh masa laluku telah memberi banyak pengajaran buat diriku, dan apa yang aku lakukan sekarang hanyalah utk kebaikan masa depanku.

Masa depan, aku harap semuanya baik2 sahaja..aku tahu hidup ini x semuanya bertemu jalan bahagia dan kesenangan..ada kalanya kita semua kena redha dengan jalan yang bukan dengan kehendak hati kita. Ya, itu lumrah.

Owh masa depan, aku rasa takut nak berhadapan dengan realiti nanti. Masakan aku mampu mengotakan kata2 aku yang telah dan sedang aku lemparkan. Mampukah aku laksanakan janji yang tertunggak. humm hum humm.. masa depan yang begitu menggusarkan..

Kau tahu x yang aku tengah mengelamun fikirkan apa yang bakal aku tempuhi..aku tengah merancang sesuatu utk menjadi seni dalam hidupku..aku tengah menjaga aset2 berharga utk masa depan aku..tapi kalau ada orang lain yang rampas apa yang aku simpan ini..apakah aku akan jadi gile? owhh masa depan..u are so funny..jangan buat lawak dalam keadaan hamba tgh series ni..

Okayh2..cukup lah..aku harap kau tahu wahai masa depan.. sebab aku takut.. hidup x seindah yang diimpikan..haihh... kalaulah semudah google, edit dan erase sahaja semua plan ni..xlah kusut kepala ini pikirkan engkau masa depan...

Okeyh..take it easy...selamat bertemu masa depan..



Monday, July 16, 2012

Generasi Research Universities In My Family


Photo taken : During le sister convocation


Assalamualaikum, as u all know baru2 ini saya dapat offer untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah tiada apa yang dapat saya banggakan dan hebahkan, cuma sekeping rasa syukur yang tidak terhingga kerana Allah menerima permintaan saya utk sambung belajar ke peringkat degree. Yang lebih gembira sebab Allah izinkan saya utk terus berjuang menuntut ilmu sebagai pelajar jurusan undang2. Inilah impian dan harapan yang saya simpan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hari ini alhamdulillah, langkah itu semakin dekat dengan kejayaan, biarpun pelbagai kekecewaan dan kesedihan telah saya lalui kerana keputusan2 yang tidaklah begitu hebat dengan rakan2 lain, tapi syukur yang tidak terhingga kerana Allah itu Maha Tahu akan usaha hamba2Nya.


Sebelum tu nak share sikit info about my family, sebenarnya saya ada 4 adik beradik dan saya lah yang paling bongsu. Saya cuma ada sorang saje kakak which is yang pakai baju konvokesyen tu. Yang pakai tudung biru tu adalah akak ipar saya, who is d wife to my bro. So, abang saya yang lagi satu tu pulak adalah anak ke tiga..beza kami sejauh 6 tahun perjalanan..


Kami semua dibesarkan dan dididik dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian oleh kedua ibu bapa tercinta, Puan Rohayah dan Tuan Fital Ahmad.. Yang sweetnye mak dengan abah ni bercinta satu kampung, rumah mak dgn abah x sampai 1 KM pun..hehe..alhamdulillah, perkahwinan itu kekal ke hari ini dan kami pun membesar dgn bahagia dan tenang.


Sekarang ni, semua akak dan abang2 saya da kerja, maka tinggallah saya seorang sahaja yang masih setia mencari ilmu di muka bumi Malaysia ini. Btw, akak saya sudah tamat Master dan sekarang bekerja sebagai Pensyarah di Uni Malaysia Perlis. Abang yang sulong pula bekerja di LhDN..dan Abang yang muda sikit ni bekerja dengan Syarikat Travelling Jepun..dan kesemua mereka masih mencari peluang untuk sambung belajar..akak pun kalau boleh nak habiskan sampai PhD..wahh bestnyer..ayah pulak dah 6 bulan tamatkan tempoh pekerjaannya..which mean abah dah pencen la..awal lagi and muda lagi abah dah pencen sebab da penat kerja..hehe..so, inilah masa kami pula yang berusaha lebih..cehhh


Secara umunya semua ahli keluarga saya dapat sambung belajar ke universiti kecuali mak..tapi mak bukan x pandai..mak pandai dan sgt pick up..cuma adik beradik mak 12 orang..masa dulu duduk kampung dan suasana serta galakan study tu kurang..mak sekolah inggeris tapi x habiskan belajar atas faktor2 tertentu..yang lain2 alhamdulillah kami semua berjaya pun atas didikan, asuhan dan doa mak dan abah :)


The day when I knew that I got an offered from UKM, d only one which played around my mind is grateful..grateful..grateful..memang sangat2 bersyukur..lepas tu barulah saya fikirkan kembali, ini semua adalah rezeki daripada Allah utk saya dan keluarga saya. Sekarang baru saya perasan, semua ahli keluarga saya da berjaya melengkapkan senarai Research University kat dalam negara bertuah ini. Alhamdulillah !


Me    : UKM 
Sis    : UPM
Bro   : UM
Dad  : USM
Bro   : UiTM (its a part of RU actually )


Jadi dalam keluarga kami, masing2 dah ada pengalaman belajar kat tempat yang berbeza beza. Saya yang bongsu pasti dah ambil banyak pengajaran daripada abang2 dan akak saya sepanjang diorang semua menempuhi liku2 cabaran sebagai seorang pelajar. Apa yang kurang itu saya jadikan sebagai kekuatan utk saya penuhkan..jadi anak bongsu ni kadang2 lebih matang sebab kita dapat perhatikan apa yang berlaku dalam keluarga kita daripada setiap sudut keluarga..and d important thing is take lesson from our elder siblings..


Sekarang adalah masa saya pula untuk buktikan pada keluarga bahawa sy juga deserve untuk berjaya. InsyaAllah, niat dan hajat saya utk jadi seorang peguam itu akan diizinkan Allah..apatah lagi dengan berkat doa ibu bapa, adik beradik, kawan2 dan tenaga pengajar..mudah mudahan semuanya dipermudahkan. Keluarga ini adalah pusat akses cinta dan kasih sayang saya..jadi tanpa keluarga siapalah saya di muka bumi ini..mereka adalah nadi kekuatan saya ketika saya sedang lemah..dan begitu juga dgn kita semua, family adalah keutamaan kita.


Kejayaan kita sebenarnya adalah hadiah terbesar buat ibu bapa..senyuman mereka adalah hadiah utk kita..jadi, jangan mengaku kalah sebelum berjuang! X kiralah di mana dan dalam bidang apa anda dipilih oleh Allah, itu semua adalah takdir..dan pada setiap takdir itu ada hikmah..semua manusia berhak berjaya..tapi bergantung pada hati dan diri kita..ingin terus melakar kanvas kejayaan atas mengaku kalah sebelum berjuang ! :)


Sunday, July 15, 2012

YAB Najib ke KISAS, Majlis Jasamu Dikenang


Assalamualaikum...semalam saya sempat bergerak ke sekolah tercinta saya ini, bumi waqafan Kolej Islam Sultan Alam Shah..lepas solat subuh, saya bersiap dan bergerak dari Melaka..kebetulan hari ini ada majlis besar, jadi semua alumni sekolah dan staff dijemput hadir..saya sekadar datang utk memberikan sokongan serta agenda utama adalah utk berjumpa rakan2 serta guru2 kisas sekaliannya.


Program ini dinamakan  Majlis Jasamu Dikenang iaitu majlis memperingati jasa dan bakti Allahyarham Nik Mohd Mohyideen Wan Musa mantan Pengetua Kolej Islam Klang, Selangor Darul Ehsan. 



Nama beliau Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Beliau adalah dari keturunan ulama. Nik Mohd Mohyiddeen merupakan cucu kepada Abdul Samad seorang tokoh ulama Kelantan yang masyhur dengan panggilan Tuan Tabal dan penyair Tariqah Ahmadiah pertama di Semenanjung Malaysia (Azman Ab Rahman, 2008). Ayahnya Wan Musa merupakan seorang tokoh ulama dan mufti kerajaan negeri Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad keempat. Ibunya Nik Zainab binti Nik Yahya.Melihat kepada salasilah keturunan Hj. Nik Mohd Mohyiddeen ini, datuknya Tuan Tabal ialah seorang ulama dan neneknya pula iaitu Wan Som ialah daripada keturunan pembesar negeri Kelantan. Ikatan kekeluargaan daripada dua latar belakang yang berbeza ini telah melahirkan tokoh-tokoh ulama yang disegani oleh masyarakat. Ayah Haji Nik Mohd Mohyiddeen pernah menjadi Mufti kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh tahun semasa pemerintahan Sultan Muhammad ke-IV. Beliau dilantik menjadi mufti pada 27 Julai 1909 selepas mufti Wan Nik Daud dan mufti Haji Wan Ishak.


Pengalaman beliau sebagai Pengetua di Kolej Islam Kelang banyak memberi input penting dalam usaha membuat perubahan dalam sistem pendidikan agama ketika itu. Kejayaan lulusan Kolej Islam Kelang memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya menjadi sumber inspirasi kepada Nik Mohd Mohyidden. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian di universiti-universiti tersebut seperti undang-undang, ekonomi dan bahasa. Kecemerlangan Kolej Islam dalam menghasilkan produk berkualiti ini menambahkan lagi keyakinan beliau untuk mengambilalih sebelas buah sekolah agama rakyat. Beliau menganggap sebelas buah sekolah yang diambilalih itu sebagai Sekolah Agama Model yang boleh diteladani oleh sekolah-sekolah agama rakyat dalam memodenkan sistem pelajaran agama (Jubli Perak SMKA, 2002).


Semasa berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama, Nik Mohd Mohyiddeen telah merancang dan melaksanakan misi pengambilalihan sekolah-sekolah agama rakyat yang dianggap sebagai usaha awal ke arah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). 


Kemudiannya penubuhan SMKA dengan bangunan baru menjadi realiti ketika Dr. Abdul Hamid bin Hj. Othman menjadi Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama. Misi pengambilalihan sekolah agama rakyat oleh Kementerian Pelajaran ini adalah untuk menjamin masa depan para pelajar aliran agama dan mengangkat martabat golongan berpendidikan agama (Azizi 2011). Idea pengambilalihan ini adalah untuk mewujudkan satu sistem dan institusi pendidikan yang boleh menjadi wadah ke arah menyediakan pendidikan Islam dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh masyarakat. Anjakan paradigma yang diketengahkan oleh Nik Mohd Mohyiddeen dapat dilihat melalui usaha beliau merombak sistem pelajaran sekolah-sekolah agama supaya selaras dengan aliran kebangsaan dan tuntutan masyarakat ketika itu.

Cetusan idea pengambilalihan sekolah-sekolah agama oleh Nik Mohd Mohyiddeen merupakan satu pandangan jauh yang telah membawa kejayaan yang besar kepada dunia pendidikan Islam di negara ini. Langkah ini sangat menguntungkan pelajar-pelajar Islam.



Keratan akhbar -Utusan

Sempena Majlis ini juga, Najib telah membuat pengumuman pemberian dana kepada pihak Kolej utk kemajuan dan pembangunan pelajar2 Kolej Islam keseluruhannya. Tahun hadapan, YAB bersetuju memberikan dana sebanyak 10 Juta kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah. InsyaAllah dana yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin utk pembangunan Ummah berkualiti dan masyarakat berintegriti.

Saya sempat bertemu dgn beberapa orang guru kisas dan bertanyakan tentang hal sekolah. InsyaAllah kisas dalam usaha menaiktaraf bangunan dan geografi sekolah..kisas akan diperluaskan lagi dan direka bentuk sesuai dengan reka bentuk sekolah alaf baru. Khabarnya tanah2 di belakang kolej islam milik pihak2 tertentu juga akan dibeli dan dibangunkan menjadi kawasan kolej islam.

Alhamdulillah, segala nikmat dan kesenangan diperoleh oleh warga kolej keseluruhannya. Mudah-mudahan peningkatan dalam pembangunan insfrasturuktur sekolah akan selari dengan pembangunan ilmiah, sahiah, tarbiyyah dan akademiah di bumi waqafan ini. Semoga nama kolej islam terus mahsyur di negara ini sebagai pusat melahirkan cendekiawan islam yang berkualiti dan dihormati.




Bergambar bersama Puan Aznora , antara guru kolej yang paling sibuk dalam menguruskan program dan pembangunan akademik sekolah. Berborak dengan cikgu mengingatkan kembali zaman berada di kelas semasa beliau mengajar saya di tingkatan 5 dahulu. Beliau adalah Guru Cemerlang Sejarah di kolej islam.

Seperkara yang menarik perhatian di Kolej Islam adalah Corak Baju Batik Kolej yang baru, ianya nampak lebih menarik dan menonjol. Tapi sebagai alumni sekolah, identiti asal kolej islam itu sudah hilang dengan corak batiknya yang sudah berganti dengan corak yang baru. Walaubagaimanapun, kita harus menyambut baik perubahan ini sebagai transformasi pembangunan kolej islam sultan alam shah.

Kolej Islam itu akan kekal sebagai sebuah institusi agama yang melahirkan generasi yang berkepimpinan dan berfikrah. Biarpun nama berbeza, Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang, dan Kolej Islam Sultan Alam Shah namun ianya tetap berada di bumbung dan tanah yang sama. Disinilah segalanya bermula..semoga kisas terus maju ke hadapan .


Friday, July 13, 2012

My UPU Result .Sarjana Muda Undang-undang.



Langkah baru bermula..yang lama tinggalkan sebagai sejarah...
Tempat baru bakal mencipta impian baru..melakar sejarah yg baru..
alhamdulillah,degree in law..ukm bangi medan perjuangan seterusnya..

Setelah berbulan lamanya menunggu keputusan upu, finally Allah utuskan berita gembira utk hamba2Nya di seluruh negara...Alhamdulillah cita2 saya selama ni nak sambung degree in Law tercapai..inilah saat yang dinantikan oleh semua student..daripada kecik belajar dan belajar..akhirnya, degree lah yang paling penting sebab dengan segulung Ijazah, ianya sudah cukup mendapatkan tempat yang terbaik bagi kita di dalam kerjaya dan profession yang kita ceburi.


Hakikatnya, semuanya adalah dengan kuasa dan izin Allah yang memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Syukur sangat dengan pemberian ini, bukan senang nak lepas foundation ary tuh dan dapat sambung law.. Inilah pemberian yang perlu disyukuri..


Meskpin pada awalnya hati ni nak sangat masuk UM sebab semua orang pun tahu UM is the best law school kat negara kita..bukanlah maksudnya UKM x hebat, tapi memang student yang masuk UM is cream of d cream..mereka memang pandai :)


Tapi Allah itu Maha mengetahui yang terbaik utk hamba2Nya..UKM adalah tempat yang telah tersedia utk saya..alhamdulillah laluan saya sudah terbuka di sini..mudah2 han suatu sejarah baru bakal tercipta di sini.. hakikatnya, tempat bukan faktor kejayaan seseorang tapi usaha dan azam seseorang itu yang menentukan kejayaannya pada masa depan..semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn pemberian yg Allah tetapkan..


Keputusan upu ini mungkin meninggalkan kenangan yang berbeza buat semua orang...ada yang berasa sangat gembiran dan bersyukur..ada yang rasa tidak berpuas hati, sedih, kecewa, putus harapan..dan x lupa juga yang megah dan bangga diri..


Walau apa juga keadaan, ingatlah segala yang kita terima ni adalah daripada Allah..suka atau tidak, sungguh ini semua bukan urusan kita..apa yang kita rancang dan doakan, Allah jugalah yang menentukan kerana Allah itu sehebat hebat perancang dalam hidup kita..


Untuk kawan2 yang x dapat sambung pengajian dalam bidang undang2..saya turut tumpang simpati dan sedih..saya faham betapa penatnya setahun belajar dalam asasi undang2..bertungkus lumus dengan pelbagai cara..tapi segalanya adalah ketentuan Allah..saya harap anda semua sabar, dan redha dengan keputusan ini..kita x pernah tahu apa yang Allah tetapkan kat dalam hidup kita dalam masa 10 ke 20 tahun akan datang..jadi bersangka baiklah dengan Allah taala. InsyaAllah kehidupan kita akan lebih bermakna dan penuh dengan rasa syukur.


Untuk yang x dapat sambung ke mana2 tempat, insyaAllah, teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan jalan kita semua. Allah x pernah sia siakan doa dan usaha hambanya, percayalah..Apa yang kita terima, ada jutaan hikmah yang x terlintas dalam kotak fikiran kita..Mudah mudahan kita semua mendapat kejayaan daripadaNya.


Bulan 9 ini adalah musim student2 baru degree masuk menempuh musim belajar..Semoga Allah berikan saya dan kawan2 semua kekuatan untuk melakar kanvas kejayaan di bumi bertuah ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...