Sunday, July 1, 2012

Spain Won 4-0 Against Itali in EURO 2012


As Expected Spain Won The Game Against Italy 

Tahniah kepada ESPANA kerana berjaya mengekalkan Kejuaraan EURO kali kedua berturut-turut dalam tempoh 4 tahun. Spain akhirnya berjaya menumpaskan Skuad Itali dengan kenduri besar iaitu 4-0 ! Ini satu2 nya jumlah goal terbesar yang pernah dihasilkan dalam Final Match EURO sejak ia diperkenalkan. ! 

Nampaknya SPAIN bukan calang2 Kumpulan yang boleh dipandang enteng oleh mana2 negara lain. Meskipun Balotelli dikatakan mempunyai spirit dan kekuatan kuasa kuda yang luar biasa tapi itu semua dengan mudah dipatah-patahkan oleh skuad bola sepak SPAIN yang nyata beraksi lebih garang dan positif. Mereka bermain dengan begitu baik dan corak taktikal yang ditunjukkan jelas gagal dibaca oleh pemain Italy. Spain mempunyai pemain2 yang cukup berdisiplin dan berkebolehan.


Meskipun SPAIN dikutuk hebat kerana corak permainannya yang membosankan tetapi jelas, segala strategi yang digunakan oleh jurulatih mereka adalah suatu yang luar biasa. Tindakan Spain untuk tidak menurunkan penyerang utama dalam kesebelasan utama dalam Final Match adalah tindakan di luar jangakaan dan berani mengambil risiko, namun SPAIN nyata tidak ketandusan idea kerana pemain2 mereka sudah diasah tajam untuk mencantas segala pucuk2 paku daripada pasukan Italia. Aduhaii kasihan Balotelli dan Pirlo kerana sengat2 mereka nampaknya tidak dapat mematikan pergerakan lawan yang nyata sudah immune dengan corak permainan Italy.Jelas SPAIN adalah kuasa besar bola sepak abad ini.

 Fakta Perlawanan Akhir Spain vs Italy EURO 2012 :
  • SPAIN menang 4-0 ke atas Italy
  • Jaringan 4 goal adalah yang terbesar dalam Final EURO sejak diperkenalkan
  • 2 jaringan di separuh masa pertama dan 2 jaringan di separuh masa kedua
  • Jaringan David Silva pada minit ke 14 adalah jaringan terpantas Final EURO
  • SPAIN bermain tanpa penyerang utama dalam kesebelasan utama
  • SPAIN menjadi Juara EURO sebanyak 3 kali dan sudah menyamai rekod German
  • SPAIN memenangi 3 Kejuaraan Utama dalam masa 4 tahun.
  • SPAIN Juara EURO pada tahun 2008 dan 2012.
  • SPAIN juga adalah Juara Piala Dunia pada tahun 2010.
  • Fernando Torrez berjaya menjaringkan goal dalam dua Final EURO berturut-turut
  • Fernando Torrez menjadi penjaring terbanyak EURO bersama Balotelli iaitu sebanyak 3 goal
  • Juan Mata diturunkan buat Pertama kali dalam EURO 2012 ini dan membuat jaringan Pertama beliau dalam sentuhan Pertama beliau di Final Match ini.
  • Juan Mata dan Torrez adalah pemain Chelsea yang bersama sama menjaringkan goal di separuh masa kedua.
  • Iniesta adalah pemain yang paling banyak membuat hantaran dalam EURO kali ini.
  • Iniesta membuat banyak percubaan ke goal lawan tapi tidak menghasilkan sebarang goal
  • Iker Cassilas hanya melepaskan Satu Goal sahaja sepanjang EURO 2012 ini.(tolak penalti)
  • Final Match kali ini menemukan Dua Pasukan dalam Kumpulan yang sama iaitu Kump C.
  • Italy dan Spain telah bertemu pada perlawanan pertama peringkat kumpulan dan bertemu di perlawanan akhir EURO kali ini.
  • Itali pertama kali tewas dengan jaringan yang besar dalam EURO kali ini.
  • Itali bermain dengan 10 pemain dalam separuh masa kedua.
  • Italy kali terakhir bergelar juara adalah pada Piala Dunia 2006 dan EURO 1968
  • Buffon tetap dianggap sebagai antara Goal Keeper Terbaik Dunia
  • Itali berada di Ranking ke-12 Dunia manakala Spain di Ranking Pertama Dunia


Kegembiraan yang tidak dibuat-buat oleh pemain SPAIN

Kejayaan Itali untuk sampai ke peringkat akhir EURO adalah suatu kejayaan besar buat mereka dan mereka haru berbangga dengan pencapaian itu. Itali bukanlah suatu pasukan pilihan kerana prestasi mereka yang merudum sejak kebelakangan ini. German yang menjadi pasukan pilihan berjaya ditumpaskan oleh Gergasi Besar Itali pada peringkat Separuh Akhir apabila Balotelli menyumbat 2 biji goal kejayaan buat Itali.

Namun, malam ini nyata kejayaan milik SPAIN. Memang x mampu disangkal dan dipangkas oleh mana-mana negara bahawa SPAIN adalah Hulk Bola Sepak Abad ini yang harus digeruni! Skuad bimbingan Vicente del Bosque telah membuktikan mereka memang layak memiliki Kejuaraan EURO kali ini.

Tahniah buat penjaring goal,

Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan oleh Jordi Alba pada minit ke-41.Gol ketiga dijaringkan oleh Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi Juan Mata. 

Itali pastinya kecewa kerana mereka sebenarnya mampu membenamkan SPAIN jika mereka mengekalkan corak permainan mereka seperti mana mereka melenyapkan mimpi Indah German. Tapi apakan daya, EURO kali ini adalah medium tarbiyyah terbaik buat Balotelli supaya dia lebih matang dan gah dalam EURO akan datang! :)

Untuk Tuan Rumah Bersama Poland dan Ukraine mereka juga gagal menjadikan EURO 2012 ini sebagai platform kejayaan mereka. Apa2 pun Tahniah dan Syabas buat Spain dan Italy kerana berjaya sampai ke tahap ini. Kesatuan Eropah dikatakan akan membantu bagi menstabilkan semula Ekonomi Spain dan Itali atas kejayaan mereka di EURO kali ini. Hebat2..EURO ini bukan sahaja utk mencapai kejayaan bola sepak tapi adalah medium membantu ekonomi negara.



Iniesta sebagai pencorak utama pasukan Spain adalah pemain yang wajar diberi penghormatan.


Torrez jarang bermain tapi penjaring terbanyak bagi pasukan Spain untuk EURO 2012 ini.


Balotelli penyerang utama Itali gagal menyumbat sebarang jaringan dan akhirnya menitiskan air mata kelakian beliau


Pirlo selaku pemain mid field yang begitu pakar dalam mencorak serangan Itali juga gagal mengkucar kacirkan pemain Spain


Kesebelasan Utama Pasukan SPAIN


Kesebelasan Utama Pasukan Italia


Maka berakhirlah EURO 2012 dengan kemenangan berpihak kepada Juara Bertahan Sepanyol. Sekarang adalah masa untuk para pemain berehat dan memasang strategi baru untuk bertarung di sukan olimpik London 2012. Nantikan EURO 2016 akan datang. Mungkin Itali bakal Juara. Siapa tahu? Mungkin Juga Portugal. Apa2 pun, Tahniah buat Spain :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...