Monday, July 16, 2012

Generasi Research Universities In My Family


Photo taken : During le sister convocation


Assalamualaikum, as u all know baru2 ini saya dapat offer untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah tiada apa yang dapat saya banggakan dan hebahkan, cuma sekeping rasa syukur yang tidak terhingga kerana Allah menerima permintaan saya utk sambung belajar ke peringkat degree. Yang lebih gembira sebab Allah izinkan saya utk terus berjuang menuntut ilmu sebagai pelajar jurusan undang2. Inilah impian dan harapan yang saya simpan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hari ini alhamdulillah, langkah itu semakin dekat dengan kejayaan, biarpun pelbagai kekecewaan dan kesedihan telah saya lalui kerana keputusan2 yang tidaklah begitu hebat dengan rakan2 lain, tapi syukur yang tidak terhingga kerana Allah itu Maha Tahu akan usaha hamba2Nya.


Sebelum tu nak share sikit info about my family, sebenarnya saya ada 4 adik beradik dan saya lah yang paling bongsu. Saya cuma ada sorang saje kakak which is yang pakai baju konvokesyen tu. Yang pakai tudung biru tu adalah akak ipar saya, who is d wife to my bro. So, abang saya yang lagi satu tu pulak adalah anak ke tiga..beza kami sejauh 6 tahun perjalanan..


Kami semua dibesarkan dan dididik dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian oleh kedua ibu bapa tercinta, Puan Rohayah dan Tuan Fital Ahmad.. Yang sweetnye mak dengan abah ni bercinta satu kampung, rumah mak dgn abah x sampai 1 KM pun..hehe..alhamdulillah, perkahwinan itu kekal ke hari ini dan kami pun membesar dgn bahagia dan tenang.


Sekarang ni, semua akak dan abang2 saya da kerja, maka tinggallah saya seorang sahaja yang masih setia mencari ilmu di muka bumi Malaysia ini. Btw, akak saya sudah tamat Master dan sekarang bekerja sebagai Pensyarah di Uni Malaysia Perlis. Abang yang sulong pula bekerja di LhDN..dan Abang yang muda sikit ni bekerja dengan Syarikat Travelling Jepun..dan kesemua mereka masih mencari peluang untuk sambung belajar..akak pun kalau boleh nak habiskan sampai PhD..wahh bestnyer..ayah pulak dah 6 bulan tamatkan tempoh pekerjaannya..which mean abah dah pencen la..awal lagi and muda lagi abah dah pencen sebab da penat kerja..hehe..so, inilah masa kami pula yang berusaha lebih..cehhh


Secara umunya semua ahli keluarga saya dapat sambung belajar ke universiti kecuali mak..tapi mak bukan x pandai..mak pandai dan sgt pick up..cuma adik beradik mak 12 orang..masa dulu duduk kampung dan suasana serta galakan study tu kurang..mak sekolah inggeris tapi x habiskan belajar atas faktor2 tertentu..yang lain2 alhamdulillah kami semua berjaya pun atas didikan, asuhan dan doa mak dan abah :)


The day when I knew that I got an offered from UKM, d only one which played around my mind is grateful..grateful..grateful..memang sangat2 bersyukur..lepas tu barulah saya fikirkan kembali, ini semua adalah rezeki daripada Allah utk saya dan keluarga saya. Sekarang baru saya perasan, semua ahli keluarga saya da berjaya melengkapkan senarai Research University kat dalam negara bertuah ini. Alhamdulillah !


Me    : UKM 
Sis    : UPM
Bro   : UM
Dad  : USM
Bro   : UiTM (its a part of RU actually )


Jadi dalam keluarga kami, masing2 dah ada pengalaman belajar kat tempat yang berbeza beza. Saya yang bongsu pasti dah ambil banyak pengajaran daripada abang2 dan akak saya sepanjang diorang semua menempuhi liku2 cabaran sebagai seorang pelajar. Apa yang kurang itu saya jadikan sebagai kekuatan utk saya penuhkan..jadi anak bongsu ni kadang2 lebih matang sebab kita dapat perhatikan apa yang berlaku dalam keluarga kita daripada setiap sudut keluarga..and d important thing is take lesson from our elder siblings..


Sekarang adalah masa saya pula untuk buktikan pada keluarga bahawa sy juga deserve untuk berjaya. InsyaAllah, niat dan hajat saya utk jadi seorang peguam itu akan diizinkan Allah..apatah lagi dengan berkat doa ibu bapa, adik beradik, kawan2 dan tenaga pengajar..mudah mudahan semuanya dipermudahkan. Keluarga ini adalah pusat akses cinta dan kasih sayang saya..jadi tanpa keluarga siapalah saya di muka bumi ini..mereka adalah nadi kekuatan saya ketika saya sedang lemah..dan begitu juga dgn kita semua, family adalah keutamaan kita.


Kejayaan kita sebenarnya adalah hadiah terbesar buat ibu bapa..senyuman mereka adalah hadiah utk kita..jadi, jangan mengaku kalah sebelum berjuang! X kiralah di mana dan dalam bidang apa anda dipilih oleh Allah, itu semua adalah takdir..dan pada setiap takdir itu ada hikmah..semua manusia berhak berjaya..tapi bergantung pada hati dan diri kita..ingin terus melakar kanvas kejayaan atas mengaku kalah sebelum berjuang ! :)


4 comments:

.::nisa::. said...

yeke bongsu lagi cepat matang? emm

Naim said...

haha..lambat matang..tapi sekali matang..superb! haha.. tak semua la..

Anonymous said...

haha UTM x ada

Naim said...

haha tahu x pe..UTM xdok pulak ..xlgkap la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...