Wednesday, July 25, 2012

Jangan Gentar Bila Dibenci Manusia





Biarkan manusia sibuk mengutukmu di belakang..jangan sesekali kamu gentar..

Suatu hari nanti tolehlah ke belakang sambil berkata,

"aku sudah jauh ke hadapan, kamu masih lagi dalam dunia kejahilan! ayuh berubahlah"


Lumrah kehidupan, tidak akan ada manusia yang hidup tanpa dibenci..soalnya, semua manusia pasti dibenci ! Apatah lagi dihina dan dikutuk..itu adalah asam garam dalam kehidupan sebagai manusia.. Jadi jangan pernah gentar di jalan yang lurus, jangan pernah berpaling dari realiti..kerana kelak ini semua adalah bukti yang ingin disaksikan di Mahsyar Allah taala...

Janji Allah itu pasti, siapa yang memalukan diri mereka di dunia kerana Agama Allah, maka Allah akan mempercepatkan jalannya menuju ke syurga !

Siapa yang dibenci di muka bumi ini kerana berjuang utk agama Allah, maka kelak dialah orang yang diangkat darjatnya di akhirat .


Ketika itu tiada manusia yang akan mencaci sesama sendiri, kerana mereka semua telah melihat watak2 kejahatan mereka di muka bumi ini..lalu mereka semua akan menyesal,lantas berkata 

" Ya Allah kalaulah kami boleh berpatah balik ke masa yang lalu, nescaya tidak akan kami lakukan perkara2 yang terkutuk itu ya Allah "

Lihatlah manusia yang hidup tanpa pernah berasa takut akan kebenaran janji2 Allah semasa di dunia, lalu apabila dipamerkan dihadapan mereka tentang balasan dan azab Allah itu, barulah mereka semua sedar akan dosa2 yang mereka lakukan di muka bumi yang lalu.

"Sedang ada manusia lain yang sibuk mengajak manusia melakukan kebaikan, kita pula sibuk menjadi penghalang kepada usaha2 amar makruf ini..malahan tangan,mulut, dan kaki inilah yang menjadi penghalang tertegaknya kalam Allah di muka bumi ini"

Maka nantikanlah Azab Allah yang tidak akan ada tandingannya. Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana pintu taubat Allah tidak pernah tutup semasa hayat kita di muka bumi.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Wahai Insan yang mempunyai kalimah syahadah dalam dirimu,

"Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini membencimu, asalkan jangan Allah membencimu"

Manusia tidak akan pernah berhenti mengata dan menghina kerana sikap tidak puas hati itu sentiasa terbuku dalam diri manusia..kita hanyalah insan yang lemah dan tidak ada sebarang kekuatan..tapi kita ada Allah taala yang boleh memberi kekutan pada diri setiap insan, oleh itu peganglah pada tali Allah, dan berharaplah pada Dia yang Satu ! 

" Manusia2 yang mengutuk kamu itu tidak akan memberi sebarang manfaat. "

Ingatlah, sedangkan perjuangan Dakwah baginda Nabi Muhammad juga mendapat tentangan yang hebat, apatah lagi kita manusia biasa yang hidup di zaman penuh kepincangan ini, pastinya kita akan berhadapan dgn pelbagai kecaman dan dugaan..mereka pasti mencari cari kesalahan dan kekurangan kita..tapi ingatlah Allah itu Maha tahu apa yang tersirat di dalam hati setiap manusia..Allah tidak pernah mensia siakan kebergantungan kita kepadaNya.

"Biarlah dirimu tidak terkenal di kalangan manusia, asalkan dirimu terkenal disisi Allah sebagai manusia yang sabar, patuh dan taat pada perintahnya"

Lumrah manusia ingin dikenali dan disayangi oleh rakan2..tapi ada kalanya manusia akan dibenci dan dipinggirkan..ada kalanya kita berasa sangat kosong dan kesepian, tapi ingatlah manusia itu tidak pernah bersendirian kerana Allah itu sentiasa bersama hamba2 Nya setiap masa, detik dan ketika..

"Berdoalah kepada Allah, nescaya akan Dia tunaikan"

Ketahuilah mereka yang menghina dan mencacimu itu tidak akan pernah senang hatinya, bukan sahaja dengan dirimu malahan dengan ramai lagi manusia..kerana dalam hati mereka ada suatu sifat yang sangat dibenci iaitu hasad dengki..oleh itu, biarlah mereka mendapat petunjuk dan hidayah Allah sedang kamu wahai manusia jangan berputus harapan mencari sinar kebahagiaan dalam hidupmu.

" Orang yang paling kuat disisi Allah adalah orang yang sabar, dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa "

Oleh itu, jangan takut dan lemah di saat tiada siapa yang menyokong langkahmu, kerana setiap langkah dan kederat itu milik Allah, Dia akan sentiasa ada bersama manusia yang bergantung harap padaNya setiap masa, detik dan ketika.

Teguhkan pendirianmu, jangan terus menerus lemah dan tersungkur dalam cacian manusia..bangkit dan rapatkan saf perjuangan..nescaya mereka yang merendahkan maruahmu itu akan tunduk dan akur akan kekhilafan mereka..



10 comments:

Cik Yaya said...

yup..btol tu..sy sokong...heee =D

kalaula masa bole dputar semula..............

Naim said...

hehe..masa beputar semla? sanggup ke yaya hadapi semua history tu semula ^^

Anonymous said...

Assalamualaikum
Naim bin Fital
Saya dah jatuh hati dengan awak
Ya , saya pendam perasaan ni
Kalau betul kita ada jodoh ,
Doa saya agar saya dapat bertemu dengan awak

NAS

Naim said...

wsalam, awak, sy hormati perasaan awak..sy pun x kenal awak..tapi, insyaAllah doalah yg terbaik utk awak, kalau bukan saya jodoh awak..maknanya, ada seseorang yg lebih layak..insyaAllah jgn risau yea :)

Anonymous said...

Ya , saya mengaku saya pun tak kenal awak.
Saya jatuh hati dengan gaya penulisan awak ,
Ustaz saya cakap , percakapan kita melambangkan peribadi kita , dan saya jatuh hati pada peribadi awak.
Ntah lah. Saya tak tahu kenapa , tapi saya dapat rasa yang awak jodoh saya. Saya minta maaf , saya tak berniat nak mengganggu hati , perasaan , dan fikiran awak. Saya cuma meluahkan. Semoga awak kuat semangat di ukm tu nanti. Saya tahu awak akan mula busy dengan kuliah semua dan saya bakal rindu dgn penulisan awak.

Naim said...

humm, tapi perwatakan sy x lah sebaik yg awak sangka..mungkin kelebihan sy cuma pada gaya penulisan..jujur sy kata, sy sama je mcm org lain..Eh xde la menganggu, sy faham.. Setiap org ada perasaan masing2 kan...tu fitrah..insyaAllah doakan sy berjaya, mmg akan busy..dan sy pun dah semakin xde idea nk menulis :)

Anonymous said...

Dan jujur saya katakan yang saya bukan mencari lelaki yang baik tapi saya mengharap pada lelaki yang saya suka. Terima kasih banyak2 sebab awak merupakan faktor signifikan saya senyum lebar sekarang. Tipu kalau saya katakan yang saya tak gembira sebab awak sudi luangkan masa melayan perasaan saya. Tidak ! Saya tak mengharap untuk memiliki awak. Saya cuma berharap kita boleh jadi kawan. Kawan yang rapat mungkin? ^^ oh yaa , saya bakal menduduki peperiksaan besar hujung tahun ni. Selesai saja exam tu , saya akan hubungi awak dan saya amat berharap kita boleh jadi kawan dunia nyata bukan lagi alam maya. Tepat 13.12.2012 , saya akan hubungi awak kembali. Jadi , boleh saya dapatkan cara yang paling cepat tuk hubungi awak pada 13 hb tu nanti ?

Naim said...

Owh, awak nk amik spm yea tahun ni..insyaAllah buat yg terbaik! kalau ada jodoh utk kita bertemu dan berkawan, mana2 pun boleh jumpa..awak cari la sy kat mana2..blog ni ade je sentiasa, Fb sy pun ade, email sy pun ade..bile2 awak nk contact, sila lah :)

Anonymous said...

Ok. Saya cari awak kat blog 13hb nanti.
All the best naim.
Assalamualaikum
NAS. ^^

Fandi @ Apen said...

alhamdulillah...semoga sama sama harapkan keredhaan allah yang maha peyayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...