Saturday, July 21, 2012

Jangan Jadi Hamba Ramadhan.





Salam Ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam x kira di ceruk dan benua sekalipun anda berada. Tahniah, alhamdulillah dan syukur kerana tahun ini kini masih berada di dalam Ramadhan bulan yang paling mulia berbanding bulan2 yang lain. Dan tidak lah ada malam yang terbaik melaikan malam Al-qadar iaitu suatu malam di bulan Ramadhan.. Beruntunglah orang2 yang terpilih mendapat rahmat dan nikmat malam alqadar.


Teman2 yang disayangi kerana Allah,


Saya pasti semua orang sedang gembira dan ghairah menyambut Ramadhan mubarak ini. Apatah lagi semua orang sudah ada azam dan iltizam masing2 yang ingin mendapatkan Ramadhan yang terbaik pada tahun ini. Ada yang mendapat hidayah daripada Allah utk berubah dari zaman jahiliyahnya kepada suatu fasa kehidupan yang lebih dekat kepada Allah taala. X lupa juga kepada anak2 muda yang menjadikan Ramdhan sebagai medan paling sesuai utk menambah amal ibadat dan merebut peluang2 yang ada. Semua maklum ganjaran yang Allah taala kurniakan ini sangatlah besar, oleh itu rugilah bagi orang2 yang masih lagi dibayangi mimpi yang x kesudahan.


Bagi mereka yang menghadapi tahun peperiksaan pasti mengambil peluang Ramadhan ini utk memperbanyakkan amalan2 sunat, solat hajat, qiamulail, baca quran dan memanjatkan doa kepada Allah swt. Mudah-mudahan Allah memudahkan segalan urusan belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apatah lagi ingin berhadapan dgn peperiksaan besar seperti SPM.


Sungguhpun demikian, berbaliklah kita kepada root of the ibadah..


Kita bukan hidup di dunia ini utk menjadi hamba Ramadhan tetapi kita semua adalah hamba Allah yang Satu. Mungkin ada yang akan tertanya apa itu istilah hamba Ramadhan?


Sahabat2 yang dikasihi,


Hamba Ramadhan ini adalah suatu istilah yang diguna pakai utk mengingatkan kita semua bahawa setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan kita bukanlah kerana budaya dan suasana Ramadhan semata-mata. Sebaliknya, haruslah kita sematkan dalam diri kita yang kerdil dan hina ini, bahawasanya semua amalan dan ibadat yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan mubarak ini adalah ikhlas utk Allah taala dan atas niat dalam diri kita utk berubah sesudah habisnya Ramadhan ini. Jadi, jelaslah bahawa ibadat dan usaha2 memperbaiki kekurangan diri kita semua dalam Ramadhan ini bukanlah semata-mata utk mengumpul seberapa banyak ganjaran pahala Ramadhan, tetapi adalah sebagai medan utk kita menjadi lebih baik dan cinta akan agama sesudah berakhirnya Ramadhan ini.


Sayangnya, apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini adalah suatu fenomena ibadah yang terlalu bercirikan budaya. Seolah olah Ramadhan ini adlah suatu bulan penghapusan dosa secara Kamil ( sempurna ) dan Syumul ( kesuluruhannya ) lantas sesudah berkahirnya Ramadhan maka berakhirlah ibadat2 yang kita lakukan. Yang lebih menyedihkan apabila perkara2 wajib juga diabaikan dan ianya seolah-olah tidak dipandang oleh Allah taala. Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyatnya pemikiran masyarakat Islam hari ini yang diserang pemikiran yang sudah beracun dan sakitnya telah meresap ke jiwa generasi demi generasi.


Memang benar Allah taala menggandakan amalan yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan, dan kerana itulah manusia semua berbondong bondong mengimarahkan Ramadhan yang penuh brakah ini..tapi apakah sebenarnya matlamat kita? Adakah ibadah bulan Ramadhan ini sudah cukup menampung dosa2 selepas berakhirnya Ramadhan? Jadi persoalan seperti ini yang perlu kita titik beratkan supaya kita sedar..kita bukanlah hidup utk menjadi hamba Ramadhan tetapi kita hidup adalah sebagai hamba Allah.


Pada bulan2 lain juga Allah akan memberikan ganjaran yang besar pada kita..tapi itu semua bukan atas urusan manusia utk menilai besar dan kecilnya ganjaran pahala Allah taala. Yang menjadi perkara asas adalah keikhlasan dan kesungguhan kita menjaga hubungan dan hak kita kepada Allah taala. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa sedar akan tujuan dan matlamat hidup yang singkat ini agar kita tidak akan lari dari hadaf kehidupan kita di muka bumi ini.


Menggandakan amalan dan ibadah2 di bulan Ramadhan bukanlah suatu amalan Hipokrit ! Ianya adalah ruang dan peluang yang Allah taala sediakan utk kita semua agar kita kembali sedar bahawa Allah taala masih lagi beri kesempatan kepada kita semua utk bertaubat dan mengenali Islam yang benar. Biar apa juga tomahan yang masyarakat berikan, ingatlah bahawa Hidaya itu adalah milik Allah dan bukannya milik manusia. Jadi buatlah perkara yang Allah suka, bukannya yang manusia suka.


Allah sediakan kita suatu Bulan yang sangat Mulia..oleh kerana itu rebutlah peluang yang ada..dan berazamlah agar Ramadhan ini akan menjadikan kita manusia yang lebih dekat dengan Allah taala sesudah berakhirnya Ramadhan. Kita x mungkin menjadi insan yang sempurnya akhlaknya kerana setiap anak adam pasti melakukan kesalahan, jadi jangan malu utk berubah..dan jangan patah semangat utk kembali kepada Allah setelah bumi ini kita tabur dengan dosa dan fitnah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan tidak ada manusia yang boleh menilai tahap pengasih Allah taala.


InsyaAllah semoga kita peroleh manfaat dan kebaikan pada bulan Ramadhan ini.!! Ramadhan Kareem!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...