Monday, July 23, 2012

Kisah Kahwin Syafiq,16 dan Yana,14 Tahun :)



Barakallahulakuma Wa Barakah

Assalamualaikum ^^ sahabat pembaca yang budiman, semalam jengah2 di muka buku dan "garis masa" di Twitter kecoh menyebut tentang kisah perkahwinan dua mampelai sehati sejiwa ini. Saya pada mulanya mengabaikan utk mengambil tahu kisah perkahwinan dua adik2 saya ni, apatah lagi mood kahwin dalam diri saya sudar semakin pudar ditelan masa,hari,minggu dan bulan..Tapi setelah melihat timeline twitter saya x putus2 dgn kisah dua adik hensem dan comey ni, sy dgn insiatif sendiri melihat video perkahwinan mereka dan mengambil tahu sedikit tentang kisah mereka.


Apa2 pun, saya suka untuk katakan tahniah kepada mereka atas perkahwinan yang halal ini, congrate to Adik Syafiq (16) dan Yana (14).. Mereka sangat hebat kerana pada ketika saya di usia ini, saya masih lagi main card UNO di kelas..dan x lupe jugak main kejar2 kt bangunan asrama..haha..biasa la tuh ^^ ..x fikir nak ambil tanggungjawab sebagai suami dan isteri..alalalala comel :)


Hasil pemantauan dan pemerhatian saya di laman social twitter, saya dapati terdapat segelintir sahaja pihak yang bersetuju dgn perkahwinan adik berdua ini, dan ramai yang mengkritik, mengomen, mengeluarkan kata2 yang x enak didengari, dan x lupa jugak segelintir lagi yang tidak kisah..asalkan mereka x ganggu masayarakat..haha.. saya pula adalah golongan yang terperanjat, kaku dan meku..sangat teruja dan x sangka..hebatnya adik2 ini !!


Oleh itu, sukalah saya utk memberi beberapa komentar dan express kan apa yang terbuku di hati saya tentang perkahhwinan mereka ini. Jadi, sebagai seorang pembaca, anda harus bersikap lebih professional, terbuka dan neutralkan pandangan peribadi. Apa2 pun kita beralih kepada hukum agama, Allah taala..


Saya sangat tertarik untuk memuji pasangan penggantin ini kerana keberanian mereka mengambil keputusan utk berkahwin adalah suatu keputusan hidup yang paling hebat. Ingin membina masjid ini bukan utk berseronok, tapi ia juga adalah suatu proses pembinaan generasi kerana mereka akan melahirkan zuriat2 yang akan mewarisi masyarakat akan datang. Oleh kerana itulah, ilmu dan pengalaman itu sangat2 lah penting sebelum terjah ke gerbang perkahwinan, bukan apa, kita takut rumah siap pahat berbunyi...Kahwin memang seronok..tapi takut asas perkahwinan itu tidak kuat, lalu roboh di tengah jalan..nauzubillah min zalik..


Walaubagaimanapun, kedua dua cik adik ini bersikap lebih ke hadapan dan berani. Mungkin ibu bapa mereka juga punya matlamat dan pandangan tersendiri, apatah lagi memikirkan virus epidemik dan kebejatan sosial yang melanda masyarakat kita hari ini. Jadi, keputusan utk mengahwinkan kedua dua mereka adalah tindakan yang bijak, setidak-tidaknya mereka ini terhindar daripada zina yang bila2 sahaja boleh berlaku. X payah cakap siapa, bahkan lepasan sekolah agama pun x kan lari daripada zina..jadi ini adalah suatu proses prevention yang paling tepat!! ( salah satunya )


Apa yang menyedihkan saya adalah kata2 dan statement liar sesetengah pihak yang menganggap perkahwinan mereka adalah suatu yang sia2 dan hina..Jadi, saya terpanggil utk membetulkan beberapa tanggapan sinis masyarakat yang terlalu ikutkan perasaan :


Yang pertama masyarakat seolah-olah tidak faham bahawa perkahwinan ini adalah ketetapan dan jodoh Allah taala. Jadi, siapa kita layak utk melemparkan kata2 tidak baik kepada mereka hanya kerana mereka berkahwin di awal usia? Utk apa mereka berasa malu berkahwin dan memberitahu masyarakat sedangkan Allah tidak pernah mengatakan perkahwinan itu suatu dosa..tapi kita pula manusia yang sibuk meletakkan darjat dan hukum sendiri berdasarkan tahap pemahaman sosio masyarakat kita hari ini.


Kedua, ada sesetengah yang terlalu sensitif bila sebut soal kahwin muda..tambah2 perkahwinan adik berdua ni yang betul2 menyentap perasaan akak2 dan abang2 yang x kahwin lagi..maka mereka pun mengkritik dan mengeluarkan ayat2 yang memperkecilkan kemampuan adik berdua ni. Jadi, ini juga suatu masalah yang begitu menyedihkan kerana Allah sendiri tidak pernah menyatakan perkahwinan di awal usia itu sebagai jalan yang salah dan bercanggah dalam Islam, malahan Islam adalah agama yang menggalakkan Umatnya mendirikan masjid di awal usia..Tiba2 sesetengah daripada kita terlalu marah dan x senang hati dgn perkahwinan mereka. Soal mampu atau tidak, itu bukan urusan kita utk mengkritik..sedangkan yang berkahwin di usia yang lanjut pun belum tentu kekal perkahwinan mereka. Jadi, ini semua adalah soal ketentuan Allah yang tiada hak manusia utk menentukan mengikut logik akal sendiri.


Ketiga, saya melihat sesetengah daripada kita yang tidak dapat membezakan yang mana halal dan yang mana haram..atau sengaja buat2 x faham.. ^^ itu lumrah berlaku dalam masyarakat..soalnya, perlukah kita semua mengkritik perkahwinan mereka sedangkan mereka tidak langsung melakukan perkara yang bercanggah dgn hukum Islam iaitu Nikah Yang Halal..! Sedangkan ramai antara pengkritik2 tu adalah pengamal tegar Couple Sebelum Nikah..saya x suka kritik orang tapi dalam hal2 tertentu saya perlu jelaskan dgn telus bahawa nilailah dgn kaca mata yang benar dan sahih mengikut hukum yang betul...kenapa kita tidak sensitif dan tak cakna dengan isu pegang tangan, peluk meluk, cium mencium dan tepuk tampar adik2 yang berusia 16 tahun 14 tahun dan 13 tahun tu semua? Hatta x kiralah usia matang mana sekalipun, itu adalah perkara2 yang jelas dilarang, tapi masyarakat seolah olah jadi katak di bawah tempurung besi..x tahu apa2..dan x nak cakap apa2.. ini namanya penyakit masyarakat..termasuk saya yang hina dina ini.. Bila ada berita yang baik, haaa mulalah kecoh kaki2 pengkritik di seluruh negara buat andaian dan statement2 yang tidak bawa manfaat.


Saya tidak melihat isu kahwin adik Syafiq dan Yana ini sebagai perkara yang buruk dan salah...sedangkan mereka yang mengumpat mereka itulah yang lebih dikeji Allah..

Sesetengah yang lain pula menganggap bahawa perkahwinan adik berdua ini melanggar norma masyarakat kita hari ini. Adakah norma masyarakat itu sama dengan norma dan hukum hakam agama? Sekalipun norma masyarakat kita sudah rosak diracuni, tapi barang diingat bahawa perkahwinan mereka masih kekal sebagai perkahwinan yang diredhai dalam norma agama Islam. Adakah kita ingin "setuju" dengan norma masyarakat yang membataskan yang Halal dan meluaskan yang Haram? Jadi kalau kita setuju dan membenarkan norma masyarakat seperti ini, itu lah tandanya pemikiran liberalisme semakin meruncing dalam jiwa manusia zaman ini.


Namun saya terfikir, pada hakikatnya perkahwinan mereka bukanlah melanggar norma masyarakat..tapi cuma perkara ini jarang2 berlaku di zaman generasi hari ini..Jadi apabila berlaku perkahwinan di usia yang terlalu muda, ianya mungkin akan menjadi buah mulut dan perbualan masyarakat. Ini suatu perkara yang tidak boleh dinafikan kerana perkara yang jarang berlaku pasti mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Tapi sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang, kita ambillah ini sebagai suatu yang positif..meskipun ianya tidak menepati cita rasa anda, tapi ianya adalah lebih baik daripada kita terus menerus membiarkan norma masyarakat kita yang dihiasi dengan kes zina, anak luar nikah, peluk meluk, tepuk tampar dan seks bebas masyarakat yang belum bernikah.. 


Saya sendiri kalau mempunyai adik perempuan, saya agak terkilan kalau dia bernikah di awal usia 14 tahun dan pastinya saya ingin die persiapkan diri dengan ilmu2 yang sewajarnya dan bersedia dengan penuh komitmen..tapi ada sesetengah masyarakat di luar sana yang x sama dengan kita, mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan alasan yang lain dengan kita. Jadi pesan saya utk para pembaca, kita kena bersikap lebih adil sebelum melampiaskan kata2 yang tidak patut kpd mereka.. Apa yang perlu, kita doakan perkahwinan adik berdua ini mendapat berkat Allah taala, dan semoga kuat menempuh bahtera rumah tangga yang begitu mencabar. Sekiranya berlaku perkara2 yang x diiingini, jangan pula kita salahkan mereka kerana terburu2 berkahwin, kerana itu semua adalah ketentuan Allah yang x boleh kita nafikan. Orang yang  berkahwin 30 tahun pun boleh retak rumah tangganya..jadi usia bukan faktor utama.


Bagi pendapat saya sendiri, secata jujurnya, kalau hendak kahwin awal pun..pastikan sudah benar2 bersedia..sy meletakkan usia 19 dan 20 tahun itu sebagai usia paling minimum lah utk membina masjid..kalau 16 itu mungkin jarang2 berlaku tapi kita ambil dari sudut yang positif . ^^

Sekian sahaja, pohon maaf atas keterlanjuran dalam penulisan. 





22 comments:

AIMAN said...

bravo naim

unsecretostory said...

alhamdulillah . ajal maut jodoh pertemuan ditangan ALLAH . Kita merancang ALLAH yg menentukan :)

kak mah said...

Tahniah...

Anonymous said...

iyolahhh

Anonymous said...

Its ok. Maybe dah jodoh. Allah yg tentukan. I agreed about that but still cannot accept the marriage dari mata kasar. They're too young. Think about the future esp at these time, modern time. Parents shud play a role. Give the best advice about marriage. Not approach them to kawin utk lepas responsibility. I hope to hear a statement from them soon. Tak nak sangka yg bukan2. Whats the point upload a video like that?

Anonymous said...

naim jelez la tuuu..

Naim said...

tanx aiman heh :)

Naim said...

sangat betul tu! :)

Naim said...

tahniah utk mereka..bukan utk saya ^^

Naim said...

x setuju x pe ^^

Naim said...

Video itu diupload mungkin sebab diorang pun nak femest..retis la tu.. haha ^^

Naim said...

hehh xde la..saya x sedia la.. :)

Anonymous said...

Apa la yg pelik sgt klu kawin muda..ada seorg kawan bru umo 19 taun dh kawin..dpt anak umo 20 taun,dan dia bakal doktor..n spa kata x leh maju dlm pendidikan..penah tanya dia,dia ckp..bila kawin ni Allah turunkan rezeki mcm2 cara..n bila dapat anak,rezeki anak,setiap kali dia belajar,ilmu senang nak masuk..dia penah amik exam masa pantang lepas dia beranak tu..klu tngok memang dia x da masa la nk study langsung..klu ada pun,study atas katil hospital..tpi yg kagumnya,result dia sma dengan budak2 yg study berminggu2..x da plak fail..rezeki anak katanya..bila dh kawin,rasa tanggungjawab tu tinggi..serius, nmpk dia sgt matang drpd umo yg sebenarnya..huhu..kdg2 jeles la jgak,tpi tahu diri ni x mampu lagi,jadi baik tunggu masa yg sesuai..pda yg dh rsa diri mampu,teruskn kawin muda,rezeki Allah, insyaAllah akn bertambah2.=)

Anonymous said...

bagi ak la kan..video mcm tu memang bagus diupload..mybe la salah satu nk femes..tpi bagi ak benda baik pa salahnya nk upload..klu benda2 buruk upload,x da spa bising pun..asal benda2 baik mesti ada yg nk bising..n satu lagi,video mcm ni pengaruhnya sgt besar..setidak2nya budak2 muda yg skrg tngah hangat bercinta mungkin akn fikir tuk kawin mcm diorg ni..bagi ak la..ni adalah satu pencetus dan dakwah secara tidak sedar kerana ia membuktikan kawin muda x da masalahnya dan x da la pelik mcm kita2 selalu fikir..n cuba bayangkan,klu ada pasangan muda yg tergerak hati selepas tngok video ni,n rancang nak kawin awal..berapa bnyk pahala diorg dpt kerana telah mengajak pasangan2 muda kt luar sana melakukan kebaikkan dan tinggalkn maksiat.dan selagi pasangan tu bersama,selagi tu la pahala tu datang.menunjukkan perlakuan baik jugak adalah satu sedekah dan dakwah.tahniah tuk adik2 yg kawin ni..semoga lebih ramai yg kawin muda dan elakkan maksiat dlm dunia yg dh semakin x terkawal pergaulannya.

Anonymous said...

x da masalah pun..tngok drpd video pun kta leh rasa yg parent diorg ni mampu nk tanggung diorg ni smpai la diorg beso..pada ak la..selepas dh kawin,biar dlu parent tanggung suma kos hidup diorg..x yah susah2kn diri nk keja ka apa ka..belajar mcm biasa cumanya masing2 x da la nk wat maksiat ka..kapel x senonoh bagai..n lepas masing2 dh habis sekolah,smbung study..n biarkn parent tanggung diorg jugak smpai la diorg dh start keja..kalu diorg x kawin pun,still mak bapak kena tanggung..kita yg x kawin ni pun mak bapak yg tanggung..so pa masalhnya kalu dia kawin..blah la dengan modern time kau tu..modern2 tu la yg banyak bunting pastu buang anak tepi jalan..dlm hidup ni,jgn membelakangi agama.agama dh kata kawin tu bagus..kawin muda lagi bagus..kenapa nk isukan??..modern la sangat...kau pandai2 ja wat statement parent diorg lepas tanggungjawab..klu diorg lepas,x da nya diorang kawinkn budak2 ni..yg lepas tu,yg duk biar anak berkepit pagi ptg malam dgn jantan entah mana hala ntah..tu baru x amik tahu..ada paham.

Naim said...

haha, susahnya nak detech korang ni..semau guna anonymous... tah2 ni sume orang yg sama ni! haha.. ha, yes..video ni mmg bagus pun..xde masalah pun sebenarnya :)

Naim said...

hehe..sabar la..insyaAllah ada jodoh, ade rezeki ada keizinan Allah kita pasti kawin juga..cuba cek entry2 saya dekat post kahwin tu! ada 3 org kawan sy dah kawin masa umur 19..haha..baca la ^^

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

kalau kau kawen..
bila-bila pon boleh..
ko kan dah ready dgn sume2 nie..

wafa said...

klu dlm islam sendiri pun kata..klu seseorang lelaki dh suka dekat
prpuan..cepat2 lah msok mminang..

Anonymous said...

bagos la die org berkahwin die org mengelakkan dari berzina betol x sy pun budak sk sy harap die org boleh tumpu kan perhatian kat pelajaran sb pelajaran 2 penting gak

amelinda xendra said...

Hingus masih melele...becinta pun x penah..haha(kutuk diri sndiri)

amelinda xendra said...

Cayalah...kahwin muda,...aq?masih pakai jam hello kitty..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...