Saturday, July 28, 2012

Olimpik London Bermula, Sejarah Baru Tercipta





Assalamualaikum..semalam majlis perasmian pembukaan Olimpik London berlangsung dgn jaya dan gemilangnya..Saya tak boleh nafikan kepada semua pembaca bahawa saya adalah peminat sukan no satu kat dunia ni..heh, jadi maaf kepada insan2 yang x setuju utk saya menulis tentang olimpik di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa yang saya ingin sampaikan adalah suatu ekspresi perasaan yang tersemat di dasar hati saya tentang kejohanan ini.


Semalam saya terlepas peluang utk melihat siaran langsung pembukaan Olimpik London ini tapi peluang kedua tidak saya lepaskan utk menonton siaran tertunda bersama Abang dan Puan Mama saya sejurus pulang dari solat terawih..macam biasa, menonton televisyen bersama keluarga itu suatu rutin yang merapatkan lagi ukhwah kekeluargaan kami..sambil tonton, sambil berkongsi cerita dan pendapat..


Pembukaan Olimpik kali ini benar2 melambangkan kegigihan London utk menjadi tuan rumah olimpik kali ke-3 ( kalau x silap ) ! Ya, sangat dramatik, penuh gimik dan variasi persembahan yang menarik dipamerkan oleh london..Sambil menonton, saya suka memerhati dan mengagumi sesuatu perkara. Oleh itu sy rasa eloklah saya kongsikan bersama pembaca setia blog sy ini.










Semua sedia maklum, Olimpik adalah temasya sukan terbesar yang ada di dunia diikuti oleh Komenwel..Secara sejarahnya kalau kita kaji kemunculan sukan Olimpik ini, saya percaya anda semua akan kagum dgn warisan sukan zaman berzaman ini yang tidak pernah putus biarpun perang dunia datang melanda. Pada awalnya, sukan Olimpik ini diadakan di Athens, Greece sebagai simbol mencari yang terhebat. Mereka di sana memang terkenal dgn sikap kegagahan, optimis dan keberanian mereka. Selain daripada kepercayaan mereka terhadap semangat ketuhanan (zeus) mereka, sukan dijadikan medium mengukuhkan ikatan masyarakat di sana ketika itu. Mereka mencari wira dalam kalangan mereka yg akan disanjungi dan dihormati. "best of d best"


Namun, perkembangan dunia yg semakin meluas membawa perubahan yang besar dalam acara sukan di Athens..sejajar dgn era modenisasi, sukan mendapat perhatian negara2 luar lalu ianya semakin bercambah dari tahun demi tahun. Apa yang mereka cuba terapkan adalah nilai2 kesegajatan dan perpaduan menerusi sukan. Mereka hadir bukan lagi untuk mencari siapa yang hebat semata-mata tapi anjakan minda juga sudah berubah. Sukan adalah platform membentuk perpaduan dan persefahaman antaran anggota negara2 yang terlibat. Oleh itu,segala sejarah asal yang lebih bersifat ketuhanan dan semangat roh yang dimulakan oleh Athens kini sudah dimodenkan dengan penyelarasan sukan yang lebih bersifat global.


Daripada sebuah sukan yang tidak ada garis panduan serta peraturan yang selaras, ianya dijadikan medium paling berjaya sehingga ke alaf ini setelah pelbagai transformasi dilakukan.


Saya begitu kagum melihat negara2 yang mampu menjadi Tuan Rumah utk olimpik ini.. Kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia masih tidak mampu menjadi tuan rumah olimpik kerana ianya memerlukan kekuatan ekonomi serta pentadbiran negara yang benar2 mantap. 


Untuk merealisasikan hasrat menjadi penganjur olimpik sesebuah negara akan mengalami pelbagai rintangan dan masalah dari sudut sosi-masyarakat, ekonomi. kewangan, tempat tinggal, insrastruktur jalan dan pelbagai kemudahan2 lain yang perlu dititiberatkan bagi melangsungkan temasya yang gilang gemilang ini.


Inilah yang dikatakan Olimpik Alaf Baru !! Ianya bukan sekadar medan mencari juara dalam juara..bukan juga medan membentuk kesegatan dalam masyarakat dunia..tapi Olimpik dijadikan penanda aras kehebatan sesebuah negara menguruskan Olimpik dgn berkesan dan berjaya..malahan ia juga dianggap sebagai lubuk tarikan pelancong dalam dunia.


Maka tidak hairanlah mengapa sesebuah negara sanggup utk menghabiskan berbillion dolar untuk memastikan Temasya Sukan Olimpik ini berlangsung dengan cemerlang !


Saya suka utk mengimbas kenangan Olimpik di Beijing 4 tahun yang lepas. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Beijing telah mengalami kelumpuhan ekonomi yang sangat dahsyat sebelum kejohahan berlangsung kerana segala pengaliran wang dalam negara China telah digunakan secara meluas utk penganjuran Olimpik di negara itu .Semua sedia maklum, China adalah suatu tamadun negara yang begitu Gah dan hebat dalam sejarah dunia. Mereka sangat terkenal dgn sikap rajin dan "full of desire" mereka dalam melaksanakan sesuatu ! Sejarah telah membuktikan Dinasti China adalah dinasti yang digeruni..Tembok Besar China adalah simbol kegagahan yang perlu diakui oleh semua pihak. Atas faktor inilah, China tidak mahu memandang ringan penganjuran sukan Olimpik sebagai suatu temasya yang mudah. Mereka mahu kekal dipandang sebagai sebuah negara yang hebat dan gah di mata dunia.


4 tahun sebelum pengajuran telah digunakan sepenuhnya oleh seluruh rakyat China utk menghadapi sukan Olimpik ! Ia sangat mengagumkan saya kerana proses pengajuran ini telah melibatkan seluruh rakyat China ! Di sana, mereka tidak menggunakan bahasa inggeris di dalam syllabus persekolahan.. Tidak seperti di negara kita yang begitu memartabatkan Bahasa Inggeris ! China begitu kagum dgn bahasa mereka sendiri. Namun sempena olimpik yang bakal dihadapi mereka, seluruh rakyatnya telah berusaha bersama sama utk belajar bahasa Inggeri. Pemandu2 teksi dan bas juga telah diarahkan mendapatkan kelas bahasa inggeris. Semuanya dilakukan dgn percuma...di mana2 sahaja rakyatnya mula didedahkan dgn bahasa Inggeris. Ya, saya sangat kagum dgn usaha dan inisiatif China untuk berhadapan dgn temasya yang besar ini. Apa yang saya masih ingat adalah kata2 seorang tenaga pengajar bahasa inggeris di sana, beliau juga adalah warga Beijing..


"Kami belajar bahasa Inggeris bukan kerana kami mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan bahasa yang hebat, tapi kami mahu tunjukkan pada dunia bahawa kami juga mampu berbahasa inggeris dan kami sedia menerimanya "


Lihatlah bagaimana spirit kebangsaan yang ditunjukkan oleh warga China.! Ini suatu contoh yang perlu kita belajar dan terima dari sudut yang baik. Penganjuran di China adalah antara penganjuran Olimpik termahal dan terbaik di dunia, walaupun mengalami kejatuhan dalam ekonomi mereka..tapi sinar cahaya datang setelah kegelapan..ekonomi negara mereka naik 90% sesudah tamatnya temasya olimpik beijing 2008 ! Pelancongan mereka mencatatkan peningkatan yang luar biasa.. Inilah yang dinamakan Strive Hard Paid!


Namun, sejarah yang lama itu sudah kekal dalam buku sejarah Olimpik.. kini sejarah baru pula tercipta di London..Hal ini tidaklah begitu sukar utk Great Britain menanjurkan Olimpik kerana mereka sudah 2 kali menjadi penganjur, jadi cabaran yang mereka hadapi tidaklah begitu hebat..Namun, pujian tetap perlu diberikan kerana mereka tetap melakukan amanah ini dgn baik dan hebat!


Semasa saya sedang menonton lintas langsung perarakan masuk kontinjen dari negara2 yang terlibat..tiba2 saya terdengar negara Palestin disebut sebagai negara yang tersenarai dalam kejohanan yang sebegini Besar..dan di stadium itu juga saya terlihat Presiden Palestin yang hadir pada kejohanan yang hebat ini.. di stadium itu jugalah saya melihat Barrack Obama melambai lambaikan tangannya kepada atlet2 USA.


Ini adalah peperangan saikologi yang cuba dibawa oleh Palestin ! 


Syabas atas penyertaan ini kerana mereka sebenarnya membawa mesej kepada dunia bahawa Palestin adalah sebuah negara yang diiktiraf di dunia ! Kerana itulah mereka hadir pada Olimpik London kali ini yang turut dihadiri oleh Ban Ki-Moon Secretary General of United Nations ! Jadi ini cukup jelas utk menutup mulut ramai pihak di luar sana yang mengatakan Palestine sudah lenyap dalam peta dunia..Palestine adalah negara yang diiktiraf dan semua negara perlu menerimanyan meskipun tanah mereka telah dirampas dan dicabul namun jelas Olimpik mebawa mesej keberanian dan kegagahan mereka utk bangkit menutup mulut masyarakat dunia.


Seperkara lagi yang mengagumkan, Mohamed Ali jaguh Tinju Dunia telah diberi pengiktirafan utk bersama sama mengiringi bendera Olimpik sebelum berkibar di ruang udara.. Beliau adalah lagenda tinju yang sangat dikagumi dan disegani..sehingga hari ini masih ramai yang menganggap beliau King Of Boxing yang x boleh diganti..80ribu manusia memberikan tepukan gemuruh kepadanya..apa yang saya ingin katakan adalah beliau seorang Muslim ! Ini suatu kebanggaan kerana beliau berdiri dalam jutaan manusia yang berbeza latar agamany, tapi dia adalah Muslim yang dikagumi ramai . Tahniah Mohamed Ali. ^^


Benarlah Olimpik ini sebenarnya bukan sahaja medan menguji kekuatan mental dan fizikal para atlet..malahan ia membawa seribu satu mesej yang lebih besar dan mendalam maknanya buat dunia..Olimpik mungkin bukan suatu penganjuran Islamik yang bertujuan untuk membangunkan Ummah, tapi simboliknya Olimpik adalah lambang kemegahan serta kekuatan sesebuah negara. Palestin hadir di Olimpik bukan atas tiket ingin menjadi juara, tapi seperkara yang lebih penting adalah ingin memberitahu dunia, bahawa mereka bukan sampah atas muka bumi yang tiada nilai.! 



Atlet Negara megah mengibarkan bendera Malaysia sambil mengenakan pakaian Batik bercorak Harimau utk membawa mesej keberanian masyarakat Asia Tenggara di pentas Olimpik ini.




Saya kagum dgn usaha para atlet memburu kejayaan..! Kecekalan mereka itu penuh motivasi dan kekuatan yang perlu kita contohi..bagaimana cekalnya mereka bersedia berhadapan Olimpik, begitulah kita sebagai muslim perlu cekal berhadapan dgn Ramadhan ini..semoga kejayaan rohani dan jasmani itu terletak dalam diri kita. Allahualam.





3 comments:

Qatrun nada said...

mantop ayat lawyer ..thumb up (Y) ...

Naim said...

cehhh..x de la hebat pong ^^

qharina hisham said...

saye juge merupakan salah seprang peminat sukan.. terima kasih atas perkongsian ini.. sangat bermanfaat dan seronok untuk dibace esp pasal china tu. saye nie suke bace mengenai kehebatan tamadun sesiapa dan ape2 aje syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...