Monday, July 2, 2012

Palestin Suatu Amanah. Boikot MekDi Suatu Option.


Kih2..Semudah Ini Anak2 Palestin Dibunuh.
Ketawalah Ketawalah..Kita Kan X Pernah Kisah Mereka Dibunuh

Harap maaf, tajuk terlalu annoying untuk anda2 yang super duper penggemar MekDi ini. Tapi saya mohon berilah sedikit ruang dan peluang dalam kotak fikiran kita untuk menilai seketika artikel yang ingin saya tuliskan ini. Meskipun artikel ini tidak akan beri kesan kepada anda, tapi sekurang kurangnya, anda dapat sedikit info yang x seberapa manfaat pun.


Kalau nak diikutkan, aku x pernah terfikir pun nak boikot MekDi MekDot ni..Bagi aku apalah sangat boikot2 ni..Bukan haram pun makan MekDi..apatah lagi melihat lapisan-lapisan berlemak Double Cheese Burger, MekAyam, BigMek..ewahh...tu yang buat aku kalah tu.. Dekat Shah Alam tu, inilah makanan yang aku melantak saban minggu sampai lah aku jadi SIHAT mcm ni! #EH.



Hello MekDi rider, bawakan saya 2 Set Double Quater Pounder

Tapi sejak aku baca beberapa Artikel tentang MekDi dan Israel ni..kepala aku terpana sekejap memikirkan kepala adik2 kat Palestin yang pecah berderai tu.. kaki tangan baby2 yang comel tu putus..mak ayah terkorban kena bom..kene tembak..kene terajang..ya Allah.. *tolong bayangkan


Sebenarnya aku dah lama dah baca pasal Boikot memboikot ni..tapi itulah mungkin tahap kesedaran aku x sampai ke tahap itu..Sampailah aku fikir semula..sebenarnya apa usaha aku untuk rakyat Palestin?  Nak kata aku bagi bantuan kemanusiaan pun tidak..nak kata aku study betul2 pastu nak pegang dunia lagi lah tidak..itu ibarat berbohong dengan realiti..nak kata aku pergi perang sama2 dgn diorang pun tak..jadi apa usaha aku? Daripada sini aku pun fikir, memang selama ni aku x ambil langsung tanggungjawab utk membantu rakyat Palestin di sana.


Yang aku tahu, Semangat Pong Pang Pong Pang kononnya maruah Islam tercabar! Macam tu jugaklah yang aku nampak secara realitinya di Muka Buku..bila ada tentera Israel bunuh orang Palestin..semua tungkus lumus post panjang2 dekat FB.. Maki Israel..Kutuk kekejaman...Marah Amerika..Tukar Profile Picture dekat Facebook..kononnya2 langkah solidarity.. Solidarity apa? Solidarity atau sensasi yang digembar gemburkan..kemudian selang seminggu dah mula diam balik..Solidarity pun kemana melayang? Begitulah realiti kita umat Islam kat Malaysia yang suka tanam tebu di tepi bibir. Semangat atas angin..langsung xde kesedaran pada hakikatnya..

Memang lah kalau difikirkan banyak lagi produk2 Israel kat Malysia ni. Pergilah kat mana2 pun, pasti dan pasti produk keluaran Israel itu ada di mana2..Contoh paling mudah Nestle! Fuh..bersepah ada kat pasaraya. Bahkan kat rumah ustaz ustazah pun ada. Tapi biarlah usaha kita ini berfokus. Kita x perlulah nak boikot semua produk kerana itu mustahil dan sukar utk kita lakukan. Usaha biar relevan dan realiti. Biarlah kita fokus pada satu produk tapi KUAT nilainya dan kesannya.


Ada 4 Top Produk Israel yang jadi penyumbang terbesar kepada mereka iaitu MekDi, Nestle, Loreal dan CocaCola..Contohnya kalau semua rakyat Malaysia boikot MekDi, secara x langsung keuntungan kasar MekDi dalam setahun akan merudum jatuh dan mengalami kerugian ..Jadi kesannya mereka akan tarik balik share mereka dengan Israel.


Ini sebenarnya berkesan dan sangat terkesan, kita ambil contoh :
  • Contohnya Nokia..selepas Nokia mengalami kejatuhan dalam keuntungan hasil jualan, maka pihak Nokia telah menarik semula share mereka dengan Israel.
  • Same goes to Arsenal, selepas mereka diboikot suatu masa dahulu, ,mereka telah mengalami kerugian yang besar dan memaksa mereka untuk menarik semula share mereka dengan Israel.

Walaubagaimanapun sukalah saya hendak beritahu. Usaha boikot memboikot ini adalah satu option! saya ulang sekali lagi, ini adalah satu option! Jadi ini semua bergantung kepada tahap kesedaran anda, sejauh mana solidarity anda terhadap Palestin dan kekejaman di sana dapat mendidik diri anda untuk melakukan suatu usaha bersama dalam menjatuhkan Israel. Perlu diingat, dalam artikel ini tidak langsung menyatakan bahawa MekDi itu adalah HARAM. Jangan sesiapa menabur fitnah mengatakan MekDi adalah haram.


Yang pasti usaha memboikot MekDi ini akan menjadi bahan yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Mereka pasti akan mencari jalan untuk membangkang mahupun mencantas segala usaha usaha ini dengan seribu satu alasan yang mereka fikirkan relevan. Jadi bergantung kepada anda, saya ulang sekali lagi ini adalah option berdasarkan tahap kesedaran anda. Kalau anda x mahu, anda tanyalah diri anda, apa usaha anda terhadap saudara2 kita di sana.


Tomahan jelek dan biasa yang akan kita terima adalah penggunaan Facebook yang dikatakan untung berbillion dolar setiap tahun. Ini juga adalah produk Yahudi. hahahaha. Memang nak tergelak apatah lagi kalau yang komen ni budak yang da masuk Universiti. Kalau budak sekolah menengah boleh tahan lagi aku nak tahan gelak.Jadi sukalah saya nak cakap, Yahudi dan Zionis itu berbeza. Nabi x pernah halang kita untuk berkawan dan berurus niaga dengan Yahudi bahkan kita boleh berjual beli dengan mereka. Berbeza dengan Zionis, mereka adalah golongan2 yang menentang Islam dan melakukan kekejaman terhadap Islam. Mereka adalah golongan2 yang wajar ditentang. Jadi didalam Yahudi tidak semuanya zionis.


Sebut pula soal Facebook, umum mengetahui bahawa Facebook adalah medium penggunaan internet nombor satu abad ini. Semua orang menggunakan Facebook. Apa sahaja informasi terkini pasti kita boleh dapatkan terus melalu FB. Akan jadi umat Islam yang ketinggalan lah kita untuk boikot penggunaan Muka Buku ini. Zaman sekarang orang berdakwah guna teknologi, jadi kita gunakanlah FB tu untuk kebaikan dan kepentingan Islam. Siapa pula yang kata FB penyumbang kepada Israel ? Kalau benarpun mereka menyumbang, sudah terang lagi bersuluh saya tuliskan di atas bahawa kalau hendak boikot biarlah berfokus ! Biarlah boikot kita itu tidak merugikan Islam. Jadi kalau boikot MekDi rugi ke Islam sahabat handai sekalian? Sedikit pun tidak merugikan kita bahkan memberi manfaat dan pahala atas usaha kita ini.


Begitulah yang saya katakan, usaha "BOIKOT" ini bukan usaha yang mudah. Ianya terlalu mencabar kerana kita bukan sahaja berperang dengan nafsu diri sendiri bahkan mendapat tentangan hebat daripada orang Islam sendiri. Mereka inilah yang banyak mengupas soalan2 dan tomahan tidak senang hati mereka. Jadi cabarannya ada di dalam,luar,depan dan belakang ! 


Kalau difikir fikirkan balik, apalah sangat yang ada kat MekDi ni? Sedap sangat ke? Okeyh memang la ni makanan favourite aku, pergh x payah ulang memang setiap minggu makan. Tapi xpe lah, kita sebenarnya banyak lagi pilihan lain yang boleh dijadikan santapan no satu rakyat Malaysia. Kita beralih lah ke menu dan meal yang lain.


Di Malaysia kita ada A&W,KFC,BurgerKing, Wendys, Carls Jr, Chic King, Pizza dan Ayamas. So? Banyak kan pilihan lain...pasti dan pasti kita mampu berubah..Jangan ikutkan sangat Trend dan nafsu kita. Fikir2 kan dana yang mengalir kepada Israel untuk membeli peluru2 lalu memecahkan kepala adik2 Palestin kita di sana.


Aku ada satu suggestion, moh makan ni :





Woww! Hampa puas hati x tengok Burger Bakar yang sudah semakin famous kat Malaysia sekarang. Jadi apa tunggu lagi? Beralih lah kepada sesuatu yang baru. Yakinlah, kajian2 tentang dana MekDi kepada Israel dah pun dibuat, jadi memang benar selama ini Mekdi adalah penyumbang terbesar kepada Israel . Hasi daripada keuntungan itulah yang mereka gunakan utk membeli peluru dan menambah baik ekonomi mereka.


Mcd merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.


Untuk golongan2 non-muslim, saya menulis artikel ini atas nama kemanusiaan. Jadi saya juga ingin mengajak anda, sama2 lah kita hapuskan kekejaman Israel di Bumi Palestin sana. Umat Islam juga adalah manusia seperti kita semua yang ingin hidup bebas. Tapi mereka dikecam dan dicengkam hebat. Jadi, atas nama kemanusiaan, saya juga menyeru warga cina, india mahupun siapa sahaja di Malaysia ini kita boikotlah MekDi ini. Usaha ini pasti ada ganjaran kebaikannya, dan yang pasti semua agama meminta kita berbuat baik sesama manusia. 

Jadi sekali lagi saya mengajak anda semua, ayuhlah kita sama2 tajdid diri kita. Usaha boikot ini bukan usaha main2.. Telah terbukti keberkesanannya seperti yang berlaku terhadap Nokia dan Arsenal. Jadi, ayuhlah kita jadikan ini sebagai satu usaha. Meskipun kita x nampak kesannya, tapi yakinlah Allah nampak kesungguhan dan usaha kita ! Yakin lah bahawa niat kita ini dipandang sebagai usaha murni oleh Allah taala. Saya baru berjinak jinak mendidik diri untuk tinggalkan Happy Meals ini..supaya hidup kita lebih Happy... Moga apa yang saya sampaikan ini sedikit sebanyak terkesan juga di jiwa anda..jikalau ini baik untuk dikongsikan, boleh lah anda share artikel ini kepada rakan2 yang lain. Allahualam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...