Sunday, July 8, 2012

Pentafsiran Mimpi Menurut Perspektif Islam.



Assalamualaikum sidang pembaca yang hensem lagi cantik, tajuk hari ini cukup sesuai untuk dikupas dan dilumat habis habisan supaya kita semua boleh memahami erti dan kesan mimpi menurut pandangan Islam. Sebenarnya, tidak lah ada apa yang perlu dirisaukan dan ditakutkan kerana ini cuma perkongsian ilmu yang berguna buat semua. Jadi jangan lah ada yang mula rasa tidak senang duduk dek kerana malam tadi mimpi ehemmm..


Awalnya saya sangat x berminat untuk mencari info2 tentang mimpi ini kerana ianya terlalu simple dan mudah untuk di panjang lebarkan isinya. Tapi, takdir Allah sejak beberapa hari ini saya mengalami suatu masalah penjajahan minda dalam alam ghaib kerana sering kali mendapat mimpi buruk dan kesannya saya akan berasa sangat letih dan penat sesudah terjaga dari mimpi itu. Badan berpeluh,nafas saya jadi tidak terkawal dan perasaan takut itu memakan diri. Sejak beberapa hari ini lah saya sering diancam bunuh di dalam mimpi saya dan perjalanan mimpi itu terlalu sulit dan panjang untuk ditafsirkan. Yang pasti ianya adalah suatu mainan syaitan yang begitu buruk sehingga memberi kesan pada diri saya. Sungguh aku berlindung padaMu Allah daripada syaitan yang direjam.


Jadi hasil pembacaan saya daripada laman2 tokoh yang boleh dipercayai telah menarik minat saya untuk kongsikan kepada semua pembaca blog ini. Mudah-mudahan kita dapat memahami apakah yang dikatakan mimpi itu menurut Islam. 


Secara literlanya mimpi membawa maksud pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia sewaktu tidur. Mimpi berlaku tanpa kawalan dan kesedaran oleh orang yang mengalaminya.

Allah menceritakan didalam Al-quran bahawa mimpi itu ada 3 jenis :
  • Pertama dengan menggunakan kalimah ar-Rukyah iaitu mimpi yang benar.
  • Kedua dengan menggunakan kalimah al-hadis yang bermaksud mimpi tentang kejadian yang akan berlaku.
  • Ketiga ialah kalimah al-hulum, iaitu mimpi khayalan dan mainan tidur

Bagaimanapun manusia bukanlah makhluk istimewa yang mempunyai keupayaan untuk menentukan bentuk mimpi mereka mengikut citarasa sendiri. Ketidakupayaan itu juga membu­atkan manusia tidak mampu menghindarkan kesan mimpi yang buruk daripada menimpa diri mereka. Malah manusia ada kalanya akan mengalami kesinambungan mimpi berulang kali dan mimpi itu pula amat mengerikan.

Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi beru­paya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar.

Para cendekiawan termasuk ulama-ulama Islam pernah mencuba untuk memberikan tafsiran mengenai mimpi. Dalam Islam sendiri AI Imam Fakrul Razzi juga menyiapkan sebuah karangan bertajuk Tafsir Al Alum yang bermakna'Tafsir Mimpi'.

Melalui Al-Quran sendiri misalnya, Allah S.W.T. memaparkan beberapa kisah yang berkaitan den­gan mimpi yang pernah berlaku ke atas rasul, rasulnya.

Misalnya mimpi Nabi Yusuf yang menggam­barkan kisah baginda bermimpi melihat 11 biji planet, 13 butir bulan dan bintang tunduk dan sujud di kepalanya.

Apabila mimpi itu diceritakan baginda kepada ayahandanya, Nabi Yaakob, maka secara spontan baginda diberitahu mengenai tafsiran yang ada di sebalik mimpi itu. Ayahandanya yang faham akan tafsir mimpi itu melarang Nabi Yusuf menceritakan perihal tersebut kepada saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati sehingga boleh membawa kepada perbuatan-perbu­atan yang tidak diingini.

Gambaran ganjil

Mimpi itu jelas memberikan erti di mana pada akhirnya 11 biji planet itu menunjukkan lambang 11 saudara kandung Nabi Yusuf. Matahari serta bulan adalah lambang kedua-dua ibu bapanya yang tunduk dan menghormati baginda. Kesemua mereka mulai patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir.

Urutan daripada peristiwa itu, Al-Quran juga memaparkan kisah mimpi raja Mesir ketika Nabi Yusuf berada di penjara. Mimpi tersebut cuba ditafsir oleh para penasihat istana. Tetapi ternyata mereka semua, termasuk pakar-pakar tafsir mimpi, gagal menemukan makna yang tersirat di sebalik mimpi raja Mesir itu.

Mimpi yang dialami oleh Raja Mesir dengan gambaran yang ganjil itu ialah beliau melihat tujuh tangkai gandum yang subur dan penuh isinya.

Pada masa yang sama Raja Mesir juga melihat tujuh tangkai gandum yang kering dan langsung tidak berisi. Raja Mesir juga melihat melalui mimpinya muncul tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan tujuh ekor sapi yang kurus.

Mimpi ini seolah-olah langsung tidak membawa sebarang makna untuk direnungi oleh orang biasa kerana ia wujud secara simbolik yang hanya dapat ditafsir oleh mereka yang memahami kaedah mentafsir mimpi. Setelah semua penasihat dan pakar-pakar takbir mimpi istana gagal untuk menemukan erti mimpi itu, akhirnya mereka merujuk masalah itu kepada Nabi Yusuf.

Baginda pun memberikan tafsirannya yang jelas lagi meyakinkan. Kata Nabi Yusuf, tujuh tangkai gandum yang berisi dalam mimpi itu memberi erti tujuh tahun yang penuh dengan kesuburan di Mesir. Tujuh tangkai gandum yang kering pula memberi petanda tujuh tahun berikutnya akan melanda zaman kegersangan. Tujuh tahun kegersangan itu menunjukkan tana­man tidak akan menjadi di bumi Mesir.

Tujuh ekor sapi gemuk melambangkan penghasi­Ian hasil negara yang banyak selama tujuh tahun itu dan amat perlu disimpan bagi menampung keperluan rakyat.
Simbol rakyat dilambangkan oleh tujuh ekor sapi kurus yang terus hidup dengan memakan hasil tujuh tahun kemakmuran yang dilambangkan oleh tujuh ekor sapi gemuk.

Tafsiran Nabi Yusuf amat meyakinkan Raja Mesir lalu diperintahkan rakyatnya untuk bercucuk tanam sebanyak yang mungkin dan menyimpan hasil tersebut untuk menghadapi cabaran zaman kegersangan yang bakal mereka hadapi pada tujuh tahun berikutnya.

Langkah bekerja keras menghasilkan tanaman serta tindakan berjimat cermat untuk menghadapi kegersangan ternyata menjadi realiti di mana kemarau melanda Mesir selama tujuh tahun dan makanan rakyat mencukupi kerana mereka meny­impan bekalan yang secukupnya.

Rakyat Mesir selamat daripada bencana kebulu­ran kerana apa yang ditafsir oleh Nabi Yusuf ter­hadap mimpi yang dialami oleh raja mereka memang benar-benar terjadi.
Kisah yang dipaparkan oleh Al-Quran ini ternya­ta membuktikan keupayaan Nabi Yusuf membuat tafsiran terhadap mimpi serta memberikan alamat dan petandanya dengan tepat.

Bimbingan kepada manusia

Kisah ini juga memberikan bimbingan yang murni kepada manusia agar melihat fenomena kehidupan ini sebagai anugerah Allah yang amat berharga. Allah memberikan bimbingan kepada manusia bukan sahaja ketika mereka berjaga (sedar) dan waras malah petunjuk dan hidayatnya juga disampaikan melalui mimpi ketika mereka tidur.

Sesungguhnya bagi mereka yang mahu mem­pelajari akan hakikat itu maka disedarinya akan segala kebaikan daripada petunjuk Allah.

Adab-adab ketika dan selepas mendapat sesuatu mimpi

"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca ta'auz), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.." 

(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
  • Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
  • Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali. 
  • Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain. 
  • Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

Bagaimana caranya hendak mentafsir mimpi ?

Tidak ramai orang tahu mentafsirkan mimpi kecuali sedikit. Ilmu mentafsirkan mimpi adalah anugerah ALLAH kepada mereka yang mendalami ayat-ayat al-Quran serta berpengetahuan tinggi terhadap kitab ALLAH dan sunnah. 

“Barang siapa yang dikehendaki ALLAH akan kebaikan baginya maka ALLAH pun akan memberikan kepadanya kefahaman dalam urusan agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.

(Sahih Muslim, dan lain-lain)

Walaubagaimanapun, mimpi bukanlah suatu perkara yang boleh diangkat sebagai bahan kepercayaan dan penyelewengan. Masalah hari ini apabila terdapat segelinti golongan yang mendakwa diri mereka bermimpi dgn baginda Rasulullah lalu mendapat amanat daripada baginda untuk disampaikan kepada masyarakat. Perkara seperti ini yang tidak bersandarkan kepada ilmu dan kefahaman agama akan membawa kepada kesesatan yang jelas. 

Nabi SAW bersabda,

Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh”  (Hadis Imam al-Bukhari).

Ada yang menjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa mimpi guru atau syeikh lalu mereka jadikan mimpi ini sebagai dalil dalam membawa ajaran baru.

Namun sebenarnya al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat.

Inilah lapangan skop mimpi benar dan ia tidak lebih dari itu. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah wafat. Allah SWT memerintahkan Rasulullah menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya kepada seluruh umat manusia.

Mimpi bertemu dengan Nabi SAW juga sebahagian daripada al-Mubasysyiraat yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. 

“Sesiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Sesiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.” (Hadis Imam al-Bukhari)

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa seseorang itu hanya dianggap benar-benar bertemu Rasulullah di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang digambarkan di dalam hadis sahih. Seterusnya kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah.

Syaitan juga bisa muncul di dalam mimpi dan menyerupai manusia lalu mengaku sebagai Rasulullulah. Oleh kerana itu, wajarlah kita menyandar mimpi kita kepada hadis dan al-quran sekiranya terdapat mimpi yang dikatakan bertemu dgn baginda Muhammad saw.

“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga dan syaitan tidak mampu menyerupaiku.” (Hadis al-Bukhari).

Imam al-Nawawi memberikan tiga pendapat mengenai maksud sebenar ‘maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga’ :
  • Pertama ia berkaitan dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Oleh itu sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Nabi sedangkan dia belum berhijrah maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk berhijrah dan bertemu dengan Nabi secara zahir.
  • Kedua, dia akan melihat kenyataan mimpinya itu dalam keadaan terjaga pada hari kiamat, kerana semua umat Baginda akan melihatnya pada hari kiamat.
  • Ketiga, dia akan melihat Nabi pada hari akhirat secara khusus dalam keadaan dekat dan mendapat syafaat daripadanya.

Allah menyempurnakan syariat agama Islam dengan penurunan wahyu kepada Nabi ketika hayat Baginda. Kesempurnaan syariat agama Islam ini diakui sendiri Allah melalui firman-Nya, 

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam menjadi agama kamu”. (al-Maaidah: 3) 

Justeru, mereka yang mendakwa sesuatu ajaran baru itu masih boleh diterima menerusi mimpi hanya mencerminkan gambaran pemikiran mereka yang menganggap Islam ini belum sempurna sehingga memerlukan ritual baru. Ini adalah pemikiran yang rosak dan memudaratkan agama Islam sendiri.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua dalam meneliti maksud sebenar mimpi yang ditafsirkan berdasarkan al-quran dan hadis serta sirah para anbiyaa. Allahualam.

sumber :


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4203.20
http://www.sinarharian.com.my/rencana/petanda-mimpi-menurut-islam-1.38084
http://www.kiemiftah.com/2011/06/mimpi-menurut-islam-fantasi-atau.html


4 comments:

Jasmayne Chan said...

Assalamualaikum, syukran jazeelan utk perkongsian. Saya ingin bertanya pendapat saudara tentang mimpi hari kiamat...sejauh mana sahih kebenarannya diatas tafsir maksudnya...boleh bantu sy untuk mencerahkan? Sekadar bertanya..Jakallahu khayr..

Jasmayne Chan said...

Assalamualaikum, syukran jazeelan utk perkongsian. Saya ingin bertanya pendapat saudara tentang mimpi hari kiamat...sejauh mana sahih kebenarannya diatas tafsir maksudnya...boleh bantu sy untuk mencerahkan? Sekadar bertanya..Jakallahu khayr..

Anonymous said...

@jasmayne chan . kiamat diri semakin hampir . wallahualam

Anonymous said...

askm. sy nak tanya. apakah maksud mimpi kucing membuang air besar di tempat tidur saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...