Sunday, July 29, 2012

Perginya Seorang Sahabat Saya di Ramadhan Ini




Ingatlah bahawa ada suatu perkara yang apabila sampai waktunya..ianya tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walaupun seditik..ketahuilah bahawa hal itu adalah benar dan pasti..iaitu kematian yang hakiki.

Seawal pagi tadi saya mendapat berita yang benar2 menyentuh hati dan perasaan saya sebagai seorang rakan, kenalan dan sahabat kepada saudara Nazrul Azhar iaitu rakan seperjuangan saya semasa di UiTM Shah Alam. Meskipun kami bukanlah rakan  sekelas mahupun sebilik tapi setahun perkenalan sebagai warga foundation law uitm sudah cukup meninggalkan sebuah kenangan persahabatan yang dipenuhi suka dan duka. Takziah utk beliau kerana sudah tiba masanya utk bertemu Illahi, Allah lebih sayangkan beliau. Sebagai seorang rakan, pastinya hati ini sayu dan terkejut mendengar berita pemergian beliau. Sepanjang perkenalan x pernah sekali nampak beliau sakit. Beliau yg saya kenal adalah seorang yg x suka menyusahkan orang lain tapi sentiasa ceria dan menceriakan..arwah lebih dikenali dgn gelaran Blake.


Inilah kali pertama saya kehilangan seorang rakan yang betul2 saya kenal dan bersama sama dgn saya mengumpul detik2 berharga semasa di uitm dahulu. Hanya gambar sahaja sebagai kenangan yang akan menyegarkan kembali memori persahabatan ini. Sungguh, terkilan sangat hati ni sebab xdpt bertemu dgn arwah sebelum dia kembali ke rahmatullah. Tapi sebagai seorang sahabat, saya harus merelakan pemergian beliau dan redha atas ketentuan Allah yg lebih mengetahui.


Berita pemergian beliau itu betul2 mengejutkan semua rakan2 foundation kami. Arwah meninggal dalam keadaan yang sangat tenang dan mudah. Saya sendiri x dapat berita sepenuhnya daripada hasil post moterm tapi yang saya dengar daripada keluarga terdekat arwah..beliau meninggal semasa dalam tidur ketika sedang berehat.. Ya Allah..tenangnya Allah menjemput arwah..sangat mudah..


Sebagai kawan, sudah menjadi tanggungjawab saya utk mendoakan arwah..semoga segala dosa2 arwah diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..saya juga berharap agar sesiapa yang mengenali arwah dapat memaafkan beliau dan menghalalkan segala hutang piutang arwah..Semoga kita merelakan pemergian arwah..dan beliau tenang di alam yang baru..


Saya akan sentiasa mengingati arwah dalam doa dan kenangan yang tersimpan di kotak memori ini !


Gurauan terkahir bersama arwah (kanan sekali)


Ketahuilah apabila mati setiap anak Adam itu, semua amalannya akan terputus melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak2 yang soleh.


Semoga kita yang masih hidup akan mengambil peringatan ini..Tidak lah Allah menjadikan sesuatu perkara melaikan untuk manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Yang hidup pasti akan bertemu dengan kematian. Semoga kita semua mendapat keampunan Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik serta beriman. Al-fatihah dan doa utk arwah.








3 comments:

Qatrun nada said...

innalillahhiwainnailaihirojiu'n .. moga arwah di tempatkan bersama orang2 soleh ...

Naim said...

insyaAllah..mudah mudahan kan :)

LOLA KE NIE? said...

al fatihah untuk arwah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...