Thursday, July 5, 2012

Persiapan2 Terakhir Sebelum Ramadhan ! Fuh !



Haapp happ Pelahapp!

Road To Ramadhan.. MasyaAllah pejam celik pejam celik, Ramadhan muncul kembali..Alhamdulillah, berbaki 2 minggu terakhir ini rasanya dah sampai fasa klimaks utk bersedia berhadapan dengan Ramadhan Al Mubarak.. bila masuk 15 Syaaban maka ramai la orang yang mula tersentak dan tersentap jiwa raganya..baru la sedar rupenyer banyak dah dosa2 selama ni..banyak da buang masa dengan perkara2 yang x berfaedah..haiih...termasuk lah hamba yang menulis ni..baru la terkejut sebab 15 Syaaban dah pun tiba.. ini bermakna kita sekarang berada di fasa2 penghujung sebelum tibanya bulan yang dinanti nanti Ramadhan karim..subhanallah.


Ayuh Semak Semula Diri Kita !


1) Cuba tengok kat cermin..tatap wajah kita, ada lagi tak seri al-quran ?

Okeyh ! Kalau dah nampak kusam2 dimuka itu..tu tandanya seri al-quran sudah tidak ada. Sekarang ada lah fasa pecutan untuk seri kan hati kita dengan Nur Al-quran. Ayuh jom kita kembali menyuburkan hati ini dengan kalam2 terindah Alquran al karim. Bila hati bercahaya maka wajah pun bercahaya. Itulah hebatnya biila kita membaca al-quran :)


2) Cuba cek Facebook ada lagi tak gambar2 kita yang x tutup aurat ?

Okeyh..saya faham anda mengambil rendah perkara ini. Setidak tidaknya, hormatilah bulan yang mulia ini.Tidak kira lelaki atau perempuan, dua2 pun sama. Mana tahu dengan rasa ringan hati kita untuk deletekan gambar2 tu, maka Allah campakkan hidayah dalam diri untuk terus menjaga aurat sepanjang masa. Yang perempuan terus berhijab, subhanallah! cantik kalau macam tu!

3) Cuba cek solat..ada tinggal x? 


Haa! Kalau rasa-rasa ada lagi solat2 kita yang tertangguh..bolehlah qada kan solat2 itu..bersiap sedia hadapi Ramadhan dengan penuh ketenangan! Kalau yang rajin lambat2 kan solat tu, lepas tu kita kena lebih alert..bunyi je azan cepat2 tinggalkan Facebook ke Twitter ke.Pakat2 solat dulu! Ingat kita dalam fasa pecutan ! So,kene bersiap sedia ni. fuh fuh..ready!


4) Cuba bangun malam ( qiam ) dan zikir kat Allah, ada nangis x?


Okeyh..mungkin susah nak bangun qiam sekarang ni..tapi kita cuba training..warming up dulu badan2 ni..set alarm bangun tgh malam..solat 2 rakaat..lepas tu kita buat sessi luahan kasih dengan Allah taala...luahkan rasa cinta kita kat dia..banyak2 kan zikir. Kalau x nangis itu tandanya kita ada masalah hati..so bermakna hati kita da banyak sangat terisi dgn perkara2 yang sia2..subhanallah.


5) Cuba amik masa 10 minit sebelum tidur dan muhasabah diri


Seriesly ini adalah salah satu bentuk terapi diri..kita boleh tingkatkan keghairahan kita utk buat baik pada keesokan hari..muhasabah diri, fikirkan balik kesilapan2 yang da pernah kita buat..dan jangan lupa maafkan semua dosa orang lain kat kita. insyaAllah kita akan lebih cool and steady.


6) Cek peti ais ada makanan best2 x? hahaha.


Okeyh ini betul ni..kalau ada baik habiskan!! haha. Ye lah, takut nanti tengah puasa kita boleh terpikirkan makanan best tu..dan2 je karang ada yang puasa yok yok..tapi insyaAllah semua da besar kan? Jangan la ponteng2 puasa lagi..berdosa tau ponteng puasa..kalau uzur syari'e xpe lah..Tapi series ni kalau ada makanan best sila habiskan..supaya nafsu kita masa ramadhan lebih terkawan..haha..


7) Prepare semula kaifiat solat tarawikh dan rukun2 puasa yang betul


Nama pun manusia..pasti ada yang terlupa kaifiat solat tarawikh..dan x lupa juga rukun2 puasa yang betul..jadi bersiap sedialah..takut nanti kita buat amal ibadat..tapi amal ibadat kita itu salah tatacaranya..tapi kat sini semua da pakar kan? Jadi x perlu la diberi tazkirah panjang2..haha..

Done !! Well Done !!

Sama2 kita berdoa semoga Allah sampaikan hajat2 kita untuk memasuki Madrasah Tarbiyyah Ramadahn Mubarak ini..alahaii..bermacam macam nama lah yang kita dapat..Madarasa Tarbiyyah la..Universiti of Ramadahan la..haha..xkiralah apa juga namanya..Semoga semua tergolong dalam golongan insan2 yang mendapat petunjuk dan rahmat dariNya :)




Barulah syokk bertemu Ramadhan..ibarat menunggu kekasih hati yang dah lama x bertemu..wahh seronok sangat !! :)



2 comments:

aienzunnur said...

xsabar nak jumpa ramadhan..=p

Naim said...

haha...yup2..semoga Allah berikan kita kesempatan. InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...