Sunday, July 15, 2012

YAB Najib ke KISAS, Majlis Jasamu Dikenang


Assalamualaikum...semalam saya sempat bergerak ke sekolah tercinta saya ini, bumi waqafan Kolej Islam Sultan Alam Shah..lepas solat subuh, saya bersiap dan bergerak dari Melaka..kebetulan hari ini ada majlis besar, jadi semua alumni sekolah dan staff dijemput hadir..saya sekadar datang utk memberikan sokongan serta agenda utama adalah utk berjumpa rakan2 serta guru2 kisas sekaliannya.


Program ini dinamakan  Majlis Jasamu Dikenang iaitu majlis memperingati jasa dan bakti Allahyarham Nik Mohd Mohyideen Wan Musa mantan Pengetua Kolej Islam Klang, Selangor Darul Ehsan. 



Nama beliau Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Beliau adalah dari keturunan ulama. Nik Mohd Mohyiddeen merupakan cucu kepada Abdul Samad seorang tokoh ulama Kelantan yang masyhur dengan panggilan Tuan Tabal dan penyair Tariqah Ahmadiah pertama di Semenanjung Malaysia (Azman Ab Rahman, 2008). Ayahnya Wan Musa merupakan seorang tokoh ulama dan mufti kerajaan negeri Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad keempat. Ibunya Nik Zainab binti Nik Yahya.Melihat kepada salasilah keturunan Hj. Nik Mohd Mohyiddeen ini, datuknya Tuan Tabal ialah seorang ulama dan neneknya pula iaitu Wan Som ialah daripada keturunan pembesar negeri Kelantan. Ikatan kekeluargaan daripada dua latar belakang yang berbeza ini telah melahirkan tokoh-tokoh ulama yang disegani oleh masyarakat. Ayah Haji Nik Mohd Mohyiddeen pernah menjadi Mufti kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh tahun semasa pemerintahan Sultan Muhammad ke-IV. Beliau dilantik menjadi mufti pada 27 Julai 1909 selepas mufti Wan Nik Daud dan mufti Haji Wan Ishak.


Pengalaman beliau sebagai Pengetua di Kolej Islam Kelang banyak memberi input penting dalam usaha membuat perubahan dalam sistem pendidikan agama ketika itu. Kejayaan lulusan Kolej Islam Kelang memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya menjadi sumber inspirasi kepada Nik Mohd Mohyidden. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian di universiti-universiti tersebut seperti undang-undang, ekonomi dan bahasa. Kecemerlangan Kolej Islam dalam menghasilkan produk berkualiti ini menambahkan lagi keyakinan beliau untuk mengambilalih sebelas buah sekolah agama rakyat. Beliau menganggap sebelas buah sekolah yang diambilalih itu sebagai Sekolah Agama Model yang boleh diteladani oleh sekolah-sekolah agama rakyat dalam memodenkan sistem pelajaran agama (Jubli Perak SMKA, 2002).


Semasa berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama, Nik Mohd Mohyiddeen telah merancang dan melaksanakan misi pengambilalihan sekolah-sekolah agama rakyat yang dianggap sebagai usaha awal ke arah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). 


Kemudiannya penubuhan SMKA dengan bangunan baru menjadi realiti ketika Dr. Abdul Hamid bin Hj. Othman menjadi Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama. Misi pengambilalihan sekolah agama rakyat oleh Kementerian Pelajaran ini adalah untuk menjamin masa depan para pelajar aliran agama dan mengangkat martabat golongan berpendidikan agama (Azizi 2011). Idea pengambilalihan ini adalah untuk mewujudkan satu sistem dan institusi pendidikan yang boleh menjadi wadah ke arah menyediakan pendidikan Islam dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh masyarakat. Anjakan paradigma yang diketengahkan oleh Nik Mohd Mohyiddeen dapat dilihat melalui usaha beliau merombak sistem pelajaran sekolah-sekolah agama supaya selaras dengan aliran kebangsaan dan tuntutan masyarakat ketika itu.

Cetusan idea pengambilalihan sekolah-sekolah agama oleh Nik Mohd Mohyiddeen merupakan satu pandangan jauh yang telah membawa kejayaan yang besar kepada dunia pendidikan Islam di negara ini. Langkah ini sangat menguntungkan pelajar-pelajar Islam.



Keratan akhbar -Utusan

Sempena Majlis ini juga, Najib telah membuat pengumuman pemberian dana kepada pihak Kolej utk kemajuan dan pembangunan pelajar2 Kolej Islam keseluruhannya. Tahun hadapan, YAB bersetuju memberikan dana sebanyak 10 Juta kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah. InsyaAllah dana yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin utk pembangunan Ummah berkualiti dan masyarakat berintegriti.

Saya sempat bertemu dgn beberapa orang guru kisas dan bertanyakan tentang hal sekolah. InsyaAllah kisas dalam usaha menaiktaraf bangunan dan geografi sekolah..kisas akan diperluaskan lagi dan direka bentuk sesuai dengan reka bentuk sekolah alaf baru. Khabarnya tanah2 di belakang kolej islam milik pihak2 tertentu juga akan dibeli dan dibangunkan menjadi kawasan kolej islam.

Alhamdulillah, segala nikmat dan kesenangan diperoleh oleh warga kolej keseluruhannya. Mudah-mudahan peningkatan dalam pembangunan insfrasturuktur sekolah akan selari dengan pembangunan ilmiah, sahiah, tarbiyyah dan akademiah di bumi waqafan ini. Semoga nama kolej islam terus mahsyur di negara ini sebagai pusat melahirkan cendekiawan islam yang berkualiti dan dihormati.




Bergambar bersama Puan Aznora , antara guru kolej yang paling sibuk dalam menguruskan program dan pembangunan akademik sekolah. Berborak dengan cikgu mengingatkan kembali zaman berada di kelas semasa beliau mengajar saya di tingkatan 5 dahulu. Beliau adalah Guru Cemerlang Sejarah di kolej islam.

Seperkara yang menarik perhatian di Kolej Islam adalah Corak Baju Batik Kolej yang baru, ianya nampak lebih menarik dan menonjol. Tapi sebagai alumni sekolah, identiti asal kolej islam itu sudah hilang dengan corak batiknya yang sudah berganti dengan corak yang baru. Walaubagaimanapun, kita harus menyambut baik perubahan ini sebagai transformasi pembangunan kolej islam sultan alam shah.

Kolej Islam itu akan kekal sebagai sebuah institusi agama yang melahirkan generasi yang berkepimpinan dan berfikrah. Biarpun nama berbeza, Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang, dan Kolej Islam Sultan Alam Shah namun ianya tetap berada di bumbung dan tanah yang sama. Disinilah segalanya bermula..semoga kisas terus maju ke hadapan .


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...